Oreo Dunk to Win Contest


Dengan pembelian produk Oreo bernilai RM5 dalam satu resit  bercetak anda boleh sertai Oreo Dunk to Win Contest ini. Dalam peraduan ini terdapat 1 hadiah Utama keseluruhan dan 13 hadiah mingguan (1 minggu 1 pemenang).

Bagi pembelian dari pasaraya Giant dan 7 Eleven terdapat hadiah lain (Hadiah Istimewa)yang ditawarkan selain hadiah yang dinyatakan tadi.

Untuk pasaraya Giant hadiah Istimewanya adalah Samsung Galaxy S9 (1 pemenang X3 bulan) manakala ntk 7 Eleven hadiah Istimewanya adalah iPad 4 (1 pemenang X3 bulan) .

 

Penyertaan dalam peraduan ini hanya boleh dihantar menggunakan aplikasi Whatsap.

Tempoh Peraduan: 1 Ogos 2018 hingga 31 Oktober 2018

Cara

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

1. Untuk menyertai Peraduan ini, beli jumlah nilai minima RM5 produk Oreo di dalam
Tempoh Peraduan. Bukti Pembelian yang diperlukan untuk menyertai Peraduan ini
adalah satu [1] resit asli dicetak dengan pembelian jumlah nilai minima RM5 produk
Oreo yang bertarikh di dalam Tempoh Penyertaan [“BP”]. Resit tidak boleh
digabungkan. Untuk melayaki peluang memenangi Hadiah Istimewa Bulanan, penyerta
harus menyertakan BP dari mana-mana kedai 7-11 atau Giant di Malaysia.

2. Penyertaan Peraduan ini adalah secara digital melalui WhatsApp Messaging [“WAM”]
dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Peserta dikehendaki menaip
butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad, ambil gambar BP dan hantar
gambar dan butiran tersebut melalui WAM ke 012-5740001. Penganjur tidak akan
menghantar perakuan penerimaan untuk segala penyertaan melalui WAM.

3. Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan sepanjang
Tempoh Peraduan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] BP unik
dan lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Peserta akan dikenalpasti melalui
nombor MyKad dan BP yang diterima melalui WAM.

4. Setiap penyertaan yang sah dan layak yang diterima oleh Pihak Penganjur sepanjang
Tempoh Peraduan akan diperuntukkan nombor bersiri. Setiap nombor bersiri yang
diperuntukkan setara dengan satu [1] peluang untuk menang. Jika BP yang dikemukakan
mengandungi jumlah nilai pembelian produk Oreo yang lebih daripada RM5, setiap
jumlah nilai pembelian RM5 akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri. Sebagai
contoh; BP mengandungi pembelian produk Oreo berjumlah RM17, peserta akan
diperuntukkan tiga [3] nombor bersiri.

5. Peserta MESTI menyimpan resit rasmi asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk
pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan Resit
Rasmi apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

6. Bukti penghantaran penyertaan bukan bukti penerimaan dan Pihak Penganjur tidak
bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kehilangan, kerosakan dan/atau tidak
penerimaan penyertaan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawap atas sebarang
kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan
operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian
tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau
gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem
komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer,
sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh
masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan
telekomunikasi.

Hadiah

Terma & Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan
Pihak Penganjur & Kelayakan

1. ‘Oreo Dunk to Win Contest’ [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Mondolez
Malaysia Sales Sdn. Bhd. [Nombor Pendaftaran Syarikat 536551-W] [“Pihak
Penganjur”] dan peraduan ini dibuka kepada semua penduduk permastautin tetap
Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 01/08/2017.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:

a. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan
dengannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik,
termasuk suami/isteri]; dan /atau

b. Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan /
atau Pihak Penganjur khidmat peraduan [termasuk syarikat bersekutu dan
berkaitan dengannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adikberadik,
termasuk suami/isteri].

Tempoh
1. Tempoh penyertaan Peraduan ini akan bermula dari 01/08/2018 pada jam “00:00:01”
hingga 31/10/2018 pada jam “23:59:59” [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak
menunda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih
dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan
secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1. Untuk menyertai Peraduan ini, beli jumlah nilai minima RM5 produk Oreo di dalam
Tempoh Peraduan. Bukti Pembelian yang diperlukan untuk menyertai Peraduan ini
adalah satu [1] resit asli dicetak dengan pembelian jumlah nilai minima RM5 produk
Oreo yang bertarikh di dalam Tempoh Penyertaan [“BP”]. Resit tidak boleh
digabungkan. Untuk melayaki peluang memenangi Hadiah Istimewa Bulanan, penyerta
harus menyertakan BP dari mana-mana kedai 7-11 atau Giant di Malaysia.

2. Penyertaan Peraduan ini adalah secara digital melalui WhatsApp Messaging [“WAM”]
dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Peserta dikehendaki menaip
butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad, ambil gambar BP dan hantar
gambar dan butiran tersebut melalui WAM ke 012-5740001. Penganjur tidak akan
menghantar perakuan penerimaan untuk segala penyertaan melalui WAM.

3. Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan sepanjang
Tempoh Peraduan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] BP unik
dan lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Peserta akan dikenalpasti melalui
nombor MyKad dan BP yang diterima melalui WAM.

4. Setiap penyertaan yang sah dan layak yang diterima oleh Pihak Penganjur sepanjang
Tempoh Peraduan akan diperuntukkan nombor bersiri. Setiap nombor bersiri yang
diperuntukkan setara dengan satu [1] peluang untuk menang. Jika BP yang dikemukakan
mengandungi jumlah nilai pembelian produk Oreo yang lebih daripada RM5, setiap
jumlah nilai pembelian RM5 akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri. Sebagai
contoh; BP mengandungi pembelian produk Oreo berjumlah RM17, peserta akan
diperuntukkan tiga [3] nombor bersiri.

5. Peserta MESTI menyimpan resit rasmi asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk
pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan Resit
Rasmi apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

6. Bukti penghantaran penyertaan bukan bukti penerimaan dan Pihak Penganjur tidak
bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kehilangan, kerosakan dan/atau tidak
penerimaan penyertaan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawap atas sebarang
kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan
operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian
tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau
gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem
komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer,
sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh
masalah teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan
telekomunikasi.

Hadiah-Hadiah
1. Terdapat satu [1] Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan; dua [2]
Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap minggu dengan jumlah dua puluh enam [26]
untuk dimenangi sepanjang tempoh tiga belas [13] minggu; dan satu [1] Hadiah
Istimewa Bulanan untuk dimenangi setiap bulan sepanjang tempoh tiga [3] bulan.
Hadiah Istimewa Bulanan hanya layak dimenangi dengan BP yang dikemukan dari kedaikedai
7-11 dan Giant sahaja. Hadiah Utama, Hadiah Mingguan dan Hadiah Istimewa
Bulanan adalah:

Hadiah Utama
1.1 Pakej percutian untuk empat [4] orang ke Hawaii, USA yang termasuk empat [4]
tiket penerbangan Ekonomi daripada KLIA ke Honolulu International Airport;
penunggangan ulang-alik dari Honolulu International Airport ke hotel; dan dua [2]
Bilik Kembar untuk penginapan di Hilton Hawaii Village [atau setara] untuk empat
[4] malam termasuk sarapan pagi.

1.2 Hadiah Utama adalah sah untuk perjalanan dalam tempoh 01/01/19 – 31/05/19
sahaja.

1.3 Segala penerbangan dan penginapan tertakluk kepada kebolehsediaan pada masa
tempahan. Hadiah ini mesti digunakan menurut segala tarikh dan destinasi yang
ditentukan oleh Pihak Penganjur, ejennya atau penajanya. Sebarang kos lain-lain
seperti duit belanja, makanan, cukai, pasport sah, visa, pengangkutan balik pulang
dari mana-mana destinasi tidak dinyatakan, insurans dan sebarang kos sampingan
yang tidak dinyatakan di dalam Terma dan Syarat Peraduan ini adalah
tanggungjawab pemenang-pemenang.

1.4 Dengan persetujuan penerimaan hadiah ini bahawa kesemua komponen hadiah ini
mesti digunakan semasa tempoh percutian dan menurut tarikh dan destinasi yang
ditentukan oleh Pihak Penganjur.

1.5 Dengan persetujuan penerimaan hadiah ini bahawa kesemua komponen hadiah ini
mesti digunakan semasa tempoh percutian dan menurut tarikh dan destinasi yang
ditentukan oleh Pihak Penganjur, dan/atau pihak yang menyediakan hadiah ini,
dimana sekiranya pemenang-pemenang tidak menuruti terma ini, hadiah-hadiah
akan dilucutkan. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang
ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga
terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, termasuk terma dan
syarat yang ditentukan oleh syarikat penerbangan, hotel, dan lain-lain. Pihak
Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang pembatalan atau pemindaan
tarikh yang mungkin menghalang perlaksanaan hadiah-hadiah.

Hadiah Mingguan
1.6 Hadiah Mingguan adalah satu [1] bagasi perjalanan American Tourister Curio
Spinner 69CM.

Hadiah Istimewa Bulanan
1.7 Hadiah Istimewa Bulanan untuk BP yang diterima daripada 7-11 adalah: satu [1]
Ipad Mini 4; dan untuk BP yang diterima daripada Giant: satu [1] Samsung Galaxy 9.

2. Penentuan pemenang-pemenang Hadiah Mingguan: Jumlah nombor bersiri yang
diperuntukkan setiap tempoh peraduan mingguan akan dibahagikan dengan dua [2]
untuk menentukan nombor bersiri yang menang untuk Hadiah Mingguan. Jika
jumlah pembahagian adalah nombor puluhan, maka nombor puluhan itu akan
dibulatkan ke nombor bulat terdekat lebih kecil.

3. Sebagai contoh: Jika jumlah penyertaan sah yang diperuntukkan nombor bersiri
adalah 10,000, ia akan dibahagikan dengan 2 dan bersama dengan 5000. Peserta
yang memenangi Hadiah Mingguan adalah penyertaan bernombor siri 5000 dan
10,000.

4. Tempoh Peraduan Mingguan adalah:
Minggu 1: 1-7 Ogos 18
Minggu 2: 8-14 Ogos 18
Minggu 3: 15-21 Ogos 18
Minggu 4: 21-28 Ogos 18
Minggu 5: 29 Ogos – 4 Sep 18
Minggu 6: 5-11 Sep 18
Minggu 7: 12-18 Sep 18
Minggu 8: 19-25 Sep 18
Minggu 9: 26 Sep – 2 Okt 18
Minggu 10: 3-9 Okt 18
Minggu 11: 10-16 Okt 18
Minggu 12: 17-23 Okt 18
Minggu 13: 24-31 Okt 18

5. Penentuan pemenang-pemenang Hadiah Istimewa Bulanan: Jumlah nombor bersiri yang
diperuntukkan untuk penyertaan dengan BP dari 7-11 atau Giant setiap tempoh
peraduan bulanan akan dibahagikan dengan dua [2] untuk menentukan nombor bersiri
yang menang untuk Hadiah Istimewa Bulanan. Jika jumlah pembahagian adalah nombor
puluhan, maka nombor puluhan itu akan dibulatkan ke nombor bulat terdekat lebih
kecil.

6. Sebagai contoh: Jika jumlah penyertaan sah dengan BP daripada 7-11 yang
diperuntukkan nombor bersiri adalah 10,000, ia akan dibahagikan dengan 2 dan
bersama dengan 5000. Peserta yang memenangi Hadiah Istimewa Bulanan adalah
penyertaan bernombor siri 5000.

7. Tempoh Peraduan Bulanan adalah:

Bulan 1: 1-31 Ogos 2018
Bulan 2: 1-30 Sep 2018
Bulan 3: 1-31 Okt 2018

8. Penentuan Finalis Hadiah Utama: Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap
tempoh peraduan akan dibahagikan dengan sepuluh [10] untuk menentukan nombor
bersiri yang terpilih sebagai Finalis Hadiah Utama. Jika jumlah pembahagian adalah
nombor puluhan, maka nombor puluhan itu akan dibulatkan ke nombor bulat terdekat
lebih kecil.

9. Sebagai contoh: Jika jumlah penyertaan sah diperuntukkan nombor bersiri adalah
80,000, ia akan dibahagikan dengan 10 dan bersama dengan 8000. Peserta yang dipilih
sebagai Finalis Hadiah Utama [“Finalis”] adalah penyertaan bernombor siri 8000, 16,000
dan berikutnya.

10. Cabaran Finale Hadiah Utama [“Cabaran Finale”]

a. Semua Finalis perlu menghadiri satu Cabaran Finale pada tarikh dan lokasi di
Lembah Klang yang akan ditentukan oleh Pihak Penganjur dimana para Finalis
akan bertanding dalam pelbagai cabaran. Terma dan syarat Cabaran Finale akan
diberikan kepada para Finalis pada hari Cabaran Finale.

b. Hanya peserta dengan nama dan butiran peribadi yang diberikan dalam
penyertaan Peraduan yang layak menghadiri Cabaran Finale. Para Finalis perlu
menghadiri sendiri ke CabaranFinale dan tidak boleh melantik wakil untuk
menghadiri bagi pihak mereka. Semua peserta yang dipilih akan dihubungi
melalui nombor telefon yang telah diberikan di dalam penyertaan Peraduan dan
peserta akan diumumkan tentang butiran lanjut bagi Cabaran Finale.

c. Jika mana-mana Finalis tidak berjaya dihubungi selepas tiga [3] kali, menolak
atau gagal untuk menghadiri Cabaran Finale, Finalis itu akan disingkirkan dan
Finalis seterusnya akan dipilih untuk menggantikan peserta yang telah
disingkirkan.

d. Pemenang Cabaran Finale akan dinamakan pemenang Hadiah Utama

e. Jika berlaku seri, suatu Cabaran pematah seri akan dijalankan pada hari yang
sama untuk menentukan pemenang Hadiah Utama.

11. Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana
hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya, pada bila-bila masa tanpa
sebarang notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan
diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit dan
barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

12. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak
Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang
disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

13. Semua Hadiah Mingguan dan Hadiah Istimewa Bulanan mesti dituntut dalam tempoh
tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman pemenang-pemenang. Semua hadiah yang tidak
dituntut akan ditarik balik.

14. Peserta-peserta layak memenangi satu [1] Hadiah Mingguan dan satu [1] Hadiah
Istimewa Bulanan, dan satu [1] Hadiah Utama sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

Liability dan Tanggungjawab
1. Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya
jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan
atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam
Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju
untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap
sebarang liabiliti.

2. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran
dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan
menghadiri Cabaran Finale dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang
sepenuhnya.

Hak Penganjur
1. Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya menggunakan nama dan/atau
gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan
dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat
tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

2. Pihak Penganjur berhak mengubah, menggantung atau membatal Peraduan ini dan/atau
membatalkan Cabaran Finale pada bila-bila masa tanpa notis atau diperlukan memberi
sebarang sebab.

3. Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk menyingkirkan mana-mana
peserta yang disyaki atau terbukti bersalah atas pengubahan proses penyertaan
Peraduan atau operasi Peraduan dan Pihak Penganjur berhak untuk mengenakan
tindakan undang-undang ke atas individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti
penipuan atau aktiviti lain yang mampu menjejaskan Peraduan.

Notis Privasi
1. Dengan menyertai Peraduan, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan
syarikat gabungannya untuk menggunakan nama, gambar dan imejnya untuk tujuan
pengiklanan dan publisiti pada masa depan berhubung dengan Peraduan dalam manamana
dan semua media tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan atau kebenaran
tambahan.

2. Dengan menyertai Peraduan, Penganjur bersetuju hanya untuk mengumpulkan dan
menggunakan data pada Laman Peminat dan Laman Web dan melindunginya seperti
yang ditetapkan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan
dengan perlindungan data, dan memberitahu peserta cara untuk menghubungi
Penganjur.

3. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butiran
peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak
untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di
bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara
lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

4. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
a. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran
peribadi anda dengan menghubungi kami di ask@7pounds.com.my dan
memberi kami nama dan alamat e-mel Peserta supaya kami boleh
mengeluarkan butiran berkenaan

b. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai anda yang dipegang
oleh pihak kami [kami berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk
menunaikan hak ini].

c. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang
dipegang oleh pihak kami.

d. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan
Penganjur, ataumelaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila
hubungi Penganjur di ask@7pounds.com.my

e. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan
data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses
data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh
memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah
undang-undang, menerusi waran geledah, subpoena atau arahan mahkamah.

Terms & Conditions
1. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada
Terma dan Syarat ini serta keputusan Pihak Penganjur.

2. Pihak Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat Peraduan ini dari semasa ke semasa
dan Terma dan Syarat terkini akan dikuatkuasakan atas segala peruntukkan atau
representasi yang terdapat di mana-mana bahan promosi atau pengiklanan Peraduan
ini. Para peserta digalakkan mengunjungi laman web Pihak Penganjur dari semasa ke
semasa untuk merujuk Terma dan Syarat terkini jika ada.

3. Terma dan Syarat Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan
tertakluk kepada bidang kuasa ekslusif makhamah Malaysia

Untuk maklumat lanjut sila layari Oreo Dunk Contest


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?