Peraduan Temui Citramu 2018 – Menangi Percutian ke Pulau di Malaysia


Peraduan Temui Citramu 2018 – Menangi Percutian ke Pulau di Malaysia ini hanya berlangsung Eksklusif di kedai Watson.

Dalam peradan ini terdapat 20 baucar (20 pemenang) percutian ke pulau-pulau Malaysia yang bernilai RM 500 setiap satu.

Pemenang-pemenang hadiah akan ditentukan berdasarkan gambar yang kreatif, kapsyen yang menarik, serta resit yang diterima.

Gambar dan resit pembelian mestilah jelas dan tidak kabur untuk melayakkan diri anda memenangi hadiah-hadiah berdasarkan Peraturan Peraduan ini. -sumber

Berdasarkan posting di Facebook My Citra, pemenang akan diumumkan pada  1 November 2018.

p/s pastikan selfie anda tidak mendedahkan aurat.

Tempoh Peraduan: Peraduan ini sah dari 1 August 2018 sehingga 31 August 2018.

Cara

1: Beli produk CITRA Losyen bernilai RM20 dari mana-mana kedai cawangan Watsons Malaysia.

2: Muat naik bukti resit pembelian anda dan gambar produk Citra Losyen atau ‘selfie’ anda dengan tema inspirasi percutian secara kreatif & tulis kapsyen ‘Bagaimana CITRA Losyen membantu mencerahkan kulit anda apabila anda bercuti’ dalam komen di Facebook anda diikuti dengan #WatsonsMalaysia #WatsonsXCitra #CantikCaraCitra, dan ‘tag’ tiga orang kawan-kawan anda .

sumber

*Tertakluk pada terma dan syarat. ( https://goo.gl/AKumbz )

HADIAH-HADIAH

1. Setiap Pemenang hanya akan memenangi Satu daripada (20) Hadiah yang ditetapkan.
2. Pemenang-pemenang hadiah akan ditentukan berdasarkan gambar yang kreatif, kapsyen yang menarik, serta resit yang diterima.

Terma & Syarat

PENGANJUR, KELAYAKAN & TEMPOH
1. “Peraduan Temui Citramu 2018 – Menangi Percutian ke Pulau di Malaysia” dianjurkan oleh Datta Shree Sdn Bhd [595827-K].

2. Peraduan ini sah dari 1 August 2018 sehingga 31 August 2018.

3. Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah (secara kolektif “Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan Peraduan”). Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan.

4. Penganjur berhak menggantung, menangguh, membatalkan, dan/atau menamatkan tempoh “Peraduan Temui Citramu 2018 – Menangi Percutian ke Pulau di Malaysia” dan/atau menukar, meminda, menggugur, dan/atau menambah syarat & peraturan “Peraduan Temui Citramu 2018 – Menangi Percutian ke Pulau di Malaysia” pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

5. Pihak penganjur juga berhak mengesahkan dan memastikan kesahihan penyertaan dan membatalkan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki mengubahsuai proses peraduan, operasi peraduan ataupun melanggar syarat akses laman Facebook Watsons Malaysia, mengikut budi bicara mutlaknya.

6. Golongan berikut tidak layak untuk mengambil bahagian bagi peraduan ini:

a. Kakitangan pihak penganjur termasuk anak-anak syarikat ataupun syarikat-syarikat yang
berkaitan dan ahli keluarga terdekat;

b. Wakil, kakitangan, penjawat dan/atau agen pemasaran pengiklanan dan/atau pembekal
promosi pihak penganjur termasuk syarikat gabungannya dan perkhidmatan
berkaitan, dan ahli keluarga terdekat.

PENYERTAAN & KRITERIA KELAYAKAN
1. Untuk memenangi “Peraduan Temui Citramu 2018 – Menangi Percutian ke Pulau di Malaysia”, peserta perlu membeli produk Citra Losyen RM20 ke atas dari mana-mana kedai cawangan Watsons, muatnaikkan gambar resit pembelian dan gambar produk Citra Losyen atau ‘selfie’ anda dalam tema inspirasi percutian secara kreatif, serta tulis kapsyen ‘bagaimana CITRA Losyen membantu mencerahkan kulit anda apabila anda bercuti’ dalam komen Facebook Watsons Malaysia #CantikCaraCitra.

2. Semua penyertaan harus diisi dengan butiran yang lengkap. Hanya penyertaan yang lengkap serta memenuhi Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan Peraduan yang ditetapkan layak untuk mengambil bahagian dan memenangi hadiah dalam Peraduan ini (‘’ Penyertaan Layak”).

3. Hanya Penyertaan Layak yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan diproses.

4. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

5. Sebarang penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan oleh penganjur.

6. Pemenang perlu mengambil hadiah yang dimenangi dari ibu pejabat atau mana-mana kedai cawangan Watsons yang ditetapkan.

7. Pemenang yang tidak dapat hadir pada tarikh & lokasi yang ditetapkan boleh menghantar wakil untuk mengambil hadiah. Namun, wakil yang diamanahkan perlu menunjukkan bukti perwakilan seperti Salinan Kad Pengenalan Pemenang & surat kebenaran untuk perwakilan.

HADIAH-HADIAH
1. Setiap Pemenang hanya akan memenangi Satu daripada (20) Hadiah yang ditetapkan.
2. Pemenang-pemenang hadiah akan ditentukan berdasarkan gambar yang kreatif, kapsyen yang menarik, serta resit yang diterima.

3. Gambar dan resit pembelian mestilah jelas dan tidak kabur untuk melayakkan diri anda memenangi hadiah-hadiah berdasarkan Peraturan Peraduan ini.
4. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menukar peraturan dan syarat peraduan ini tanpa sebarang notis awal.

5. Semua Pemenang akan dimaklumkan oleh Penganjur di laman Facebook Watsons Malaysia dan dihubungi melalui panggilan telefon.

6. Semua hadiah mestilah dituntut oleh Pemenang sebelum 31 Disember 2018. Hadiah yang gagal dituntut selepas tarikh tersebut akan dilupuskan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang hadiah lewat atau gagal dituntut.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
1. Para peserta akan menanggung liabiliti sepenuhnya semasa menyertai peraduan, menebus hadiah dan ketika menggunakan hadiah yang dimenangi. Ini termasuk sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan atau sebarang kemalangan (termasuk kehilangan nyawa).

2. Semua kos dan/atau perbelanjaan berkaitan yang dialami semasa menyertai peraduan ini dan sewaktu mengambil hadiah merupakan tanggungjawab peserta.

3. Sebarang perbelanjaan untuk menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

4. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar mereka serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa memberi sebarang notis dan peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan atau sebarang bentuk pampasan yang lain ke atas Pihak Penganjur.

5. Semua hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan nilai wang tunai, atau barangan gantian, sama ada sebahagian atau keseluruhan.

sumber

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?