Kempen Kongsi Keriangan Aidilfitri Sunquick


Kempen Kongsi Keriangan Aidilfitri ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 15 Jun 2018, 12.01am kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

Bukti pembelian tidak diperlukan.

Hadiah/Peserta terpilih:
a. Peserta terpilih oleh Penganjur berdasarkan penyertaan (sebab/kisah) yang paling kreatif.

b. Semua Peserta terpilih Kempen ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh akhir Kempen. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Peserta terpilih Kempen ini.

c. Setiap Peserta terpilih akan menerima Pek Perayaan Khas Sunquick. Setiap satu Peserta terpilih akan menerima satu (1) pek dan satu (1) pek untuk orang yang ditag dalam penyertaan Kempen ini.

d. Lima belas (15) penyertaan terpilih setiap minggu selama enam belas (16) hari iaitu berjumlah tiga puluh (30) penyertaan yang memenuhi kriteria dan kreativiti akan dipilih Penganjur.

sumber

Tempoh Peraduan: 15 Jun 2018, 12.01am hingga 30 Jun 2018, 11.59pm

Cara

Bagaimana untuk sertai:

a. Tag insan tersayang (keluarga/saudara/rakan) anda di ruangan komen pada kiriman berpin Kempen ini.

TAG Di Sini

b. Sertakan sebab anda ingin ‘Berkongsi Keriangan’ Aidilfitri ini bersama insan tersebut dengan tidak melebihi dua puluh (20) patah perkataan.

c. Tiga puluh (30) peserta selama enam belas (16) hari dengan sebab/kisah kreatif akan dipilih untuk menerima hadiah. Peserta akan dipilih secara berperingkat iaitu lima belas (15) pada minggu satu (1) dan lima belas (15) lagi pada minggu dua (2).

d. Apabila peserta mengetag/mengirim penyertaan ke kiriman berpin Kempen, peserta telah mengakui;

  • i. Orang yang ditag untuk penyertaan telah memberi persetujuan/maklum untuk turut serta bagi Kempen ini.
  • ii. Tiada sebarang pencabulan privasi dan/atau tiada persetujuan daripada orang yang ditag tersebut. Penyertaan tanpa persetujuan bersama dianggap tidak sah.
  • iii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya.
  • iv. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kiriman yang dihantar pada kiriman berpin Kempen.

Hadiah

  • 15 peserta terpilih & insan tersayang masing-masing akan dapat Pek Perayaan Khas Sunquick!

Terma & Syarat

Kempen Kongsi Keriangan Aidilfitri: Terma dan Syarat

Sila baca terma dan syarat ini (“Terma dan Syarat”) dengan teliti kerana ia merupakan perjanjian yang diikat dari sudut undang-undang di antara orang yang menggunakan Laman (“Pengguna-Pengguna” termasuk anda sebagai “Pengguna”) dan Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. (“Kumpulan Barkath”, terma yang merangkumi setiap ahli kumpulan syarikat yang Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. adalah syarikat induk, subsidiari atau syarikat gabungan termasuklah Sunquick Malaysia). Di dalam Terma dan Syarat, “kami” dan “kita” merujuk kepada Barkath (Malaysia). Jika anda meneruskan akses laman Facebook ini (“Laman”), anda telah bersetuju terhadap semua Terma dan Syarat, termasuk Kod Perilaku yang Wajar (seperti yang dinyatakan dibawah) dan polisi peribadi yang merupakan sebahagian Terma dan Syarat ini. Sekiranya, anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini, anda tidak boleh mengakses atau melihat Laman ini.

1. Kempen Kongsi Keriangan Aidilfitri (“Kempen”) akan berlangsung dari 15 Jun 2018, 12.01am hingga 30 Jun 2018, 11.59pm iaitu selama enam belas (16) hari (“Tempoh Kempen”). Barkath CO-RO Manufacturing Sdn. Bhd. dan Sunquick Malaysia (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen akan dibatalkan secara automatik.

2. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 15 Jun 2018, 12.01am kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi bersekutu dan/atau berkaitan.

3. Bukti pembelian bagi tujuan penyertaan adalah tidak diperlukan.

4. Bagaimana untuk sertai:
a. Tag insan tersayang (keluarga/saudara/rakan) anda di ruangan komen pada kiriman berpin Kempen ini.

b. Sertakan sebab anda ingin ‘Berkongsi Keriangan’ Aidilfitri ini bersama insan tersebut dengan tidak melebihi dua puluh (20) patah perkataan.

c. Tiga puluh (30) peserta selama enam belas (16) hari dengan sebab/kisah kreatif akan dipilih untuk menerima hadiah. Peserta akan dipilih secara berperingkat iaitu lima belas (15) pada minggu satu (1) dan lima belas (15) lagi pada minggu dua (2).

d. Apabila peserta mengetag/mengirim penyertaan ke kiriman berpin Kempen, peserta telah mengakui;

  • i. Orang yang ditag untuk penyertaan telah memberi persetujuan/maklum untuk turut serta bagi Kempen ini.
  • ii. Tiada sebarang pencabulan privasi dan/atau tiada persetujuan daripada orang yang ditag tersebut. Penyertaan tanpa persetujuan bersama dianggap tidak sah.
  • iii. Tiada sebarang perlanggaran hak cipta dan sepertinya.
  • iv. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kiriman yang dihantar pada kiriman berpin Kempen.

5. Hadiah/Peserta terpilih:
a. Peserta terpilih oleh Penganjur berdasarkan penyertaan (sebab/kisah) yang paling kreatif.

b. Semua Peserta terpilih Kempen ini akan diumumkan di laman Facebook Penganjur dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh akhir Kempen. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Peserta terpilih Kempen ini.

c. Setiap Peserta terpilih akan menerima Pek Perayaan Khas Sunquick. Setiap satu Peserta terpilih akan menerima satu (1) pek dan satu (1) pek untuk orang yang ditag dalam penyertaan Kempen ini.

d. Lima belas (15) penyertaan terpilih setiap minggu selama enam belas (16) hari iaitu berjumlah tiga puluh (30) penyertaan yang memenuhi kriteria dan kreativiti akan dipilih Penganjur.

e. Penuntutan hadiah:
i. Penganjur akan menghubungi Peserta terpilih melalui akaun Facebook penyertaan bagi tujuan makluman, pengesahan dan butiran peribadi.

ii. Hadiah akan dikirim ke alamat yang diberikan oleh Peserta terpilih.

iii. Peserta terpilih perlu faks atau emel kad pengenalan kepada Penganjur bagi tujuan pengesahan apabila dihubungi oleh Penganjur atau;

iv. Hadiah juga boleh dituntut di ibu pejabat Penganjur atas permintaan Peserta terpilih (Alamat Penganjur: Barkath Co-Ro Sdn Bhd, Level 8, Tower 8, Avenue 5, The Horizon Phase 2, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur)

v. Hadiah hanya boleh ditebus dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemberitahuan, tertakluk pada budi bicara Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat ditebus dalam tempoh yang tidak dinyatakan.

vi. Jika Peserta terpilih tidak dapat hadir untuk menuntut, wakil penerima hendaklah membawa salinan kad pengenalan Peserta terpilih sebagai pengesahan.

f. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi Peserta terpilih gagal, contohnya tiada maklum balas selepas tiga (3) lagi percubaan dilakukan. Sekiranya percubaan ini juga gagal, Penganjur berhak untuk memilih Peserta seterusnya yang layak untuk menerima Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Peserta terpilih yang layak tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab.

g. Semua Peserta terpilih Kempen akan diumumkan pada laman Facebook Sunquick Malaysia. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan Peserta terpilih Kempen.

h. Hadiah dalam bentuk fizikal tidak boleh ditebus sebagai wang tunai.

i. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah (untuk diri sendiri) dan satu (1) hadiah lagi untuk orang yang ditag dalam penyertaan sahaja.

6. Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Kempen tidak akan bertanggungjawab dari sebarang segi untuk kelewatan, gangguan atau ketidaksampaian penyertaan dan sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik Internet dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun pengguna/pelanggan yang tidak diizinkan bagi Kempen ini.

7. Penganjur mempunyai hak automatik, dalam budi bicaranya sendiri untuk menghapuskan, membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dalam budi bicara Penganjur, tidak sesuai, fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup atau sudah mati (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau gambaran yang palsu).

8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

9. Penganjur berhak membatalkan dan menyingkirkan gambar penyertaan yang dimuat naik oleh peserta yang mengandungi sebarang bahasa yang sensitif yang boleh menyinggung atau kandungan yang berkaitan keganasan dan/atau pengambilan alkohol, elemen untuk merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur dan seumpamanya.

10. Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang dan semua representasi dan waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, dagangan atau kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan hadiah-hadiah adalah dengan ini dikecualikan.

11. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti dalam sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan tuntutan yang timbul akibat penyertaan dalam Kempen ini.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti yang timbul atau dialami oleh Peserta, tetamunya atau pihak lain, termasuk kecuaian, berkenaan dengan apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan, kemalangan dan/atau kematian yang timbul daripada dan berhubung dengan Kempen ini dan/atau penggunaan hadiah-hadiah Kempen ini. Sebarang pertikaian berkenaan dengan apa-apa terma dan syarat berkenaan dengan penggunaan hadiah-hadiah Kempen ini mesti diselesaikan secara langsung di antara Peserta terpilih dengan pihak masing-masing dan bukan Penganjur. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tersebut.

13. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa keingkaran atau kerugian yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah pihak Penganjur.

14. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dan Peserta terpilih bersetuju untuk memberikan data peribadi dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto Pemenang serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap Peserta tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur. Kegagalan oleh Peserta untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan Peserta dikecualikan.

15. Dengan menyertai Kempen ini dan mengemukakan data peribadi anda yang boleh dikenalpasti, Peserta memberikan keizinan kepada pihak Penganjur dan/atau ejen yang diberi kuasa untuk menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi anda bagi menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan anda dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan dan demi meningkatkan taraf produk dan perkhidmatannya. Data peribadi Peserta ini disimpan dalam cara yang sesuai oleh pihak Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda.

16. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi semua Terma dan Syarat Kempen rasmi serta keputusan Penganjur.

17. Terma dan syarat ini boleh diubah, ditambah atau diubah oleh pihak Penganjur melalui laman Facebook Sunquick Malaysia, atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini.

18. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Kempen atau membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan notis secara meletakkan di laman Facebook Sunquick Malaysia, atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Penganjur. Para Peserta dianggap telah mengakses laman Facebook Sunquick Malaysia tersebut dan bersetuju dengan apa-apa perubahan atau permindaan kepada terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Kempen atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh pihak Penganjur tidak melayakkan Peserta untuk apa-apa pampasan terhadap pihak Penganjur bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana Peserta secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan perubahan Tempoh Kempen atau pembatalan, penamatan atau penggantungan.

19. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap Peserta dianggap mengenepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap pihak Penganjur dan pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal pihak ketiga yang pihak Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Kempen ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Kempen dan hadiah-hadiah.

20. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?