Peraduan Barkath Ceria Raya


Cara Pemilihan Pemenang:

Semua pemenang yang layak akan dipilih melalui sistem rawak komputer. Pemenang yang layak akan dihubungi melalui Facebook Messenger untuk memberikan maklumat peribadi. Sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan. Pemenang dikehendaki untuk menyediakan semua butiran yang diminta oleh Penganjur untuk tujuan penghantaran hadiah dalam tempoh yang ditetapkan. Butiran yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Tempoh Peraduan: 7 Jun 2018 hingga 18 Julai 2018 pukul 11.59 malam.

Cara

Langkah 1:
Like Laman Facebook “Club Bintang Barkath” dan Follow Profil Instagram “Club Bintang Barkath

Langkah 2:
Beli mana-mana produk HACKS, KINGS, MAYENS atau SARINA berjumlah minimum RM8 dalam satu resit tunggal.

Langkah 3:
Muat naik gambar resit pembelian di ruangan komen di bawah status Peraduan dalam sepanjang Tempoh Peraduan: <http://bit.ly/CBBCeriaRaya>.

Langkah 4:
Tag 5 rakan Facebook anda.
3.3 Penyertaan mestilah dikemukakan melalui ruangan komen di status Peraduan. Penyertaan yang dibuat melalui mana-mana platform lain seperti Private Message kepada Facebook Club Bintang Barkath dan/atau ruangan komen di notis Terma dan Syarat dan/atau status di halaman Facebook atau profil Instagram Club Bintang Barkath tidak akan dilayan.

Hadiah

Hadiah Mingguan
Set Bekas Makanan 3 dalam 1 Ekslusif Club Bintang Barkath x 20 pemenang

Hadiah Utama
Produk TEFAL bernilai RM1,500 X 2 pemenang

Terma & Syarat

Penganjur Dan Kelayakan
1.1 Peraduan Barkath Ceria Raya (“Peraduan”) dianjurkan oleh Kumpulan Barkath Sdn. Bhd (“Penganjur”).

1. 2 Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja berumur 18 tahun ke atas, kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan 1.3 di bawah.
1.3 Mereka yang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-
a) Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau
b) Wakil, pekerja dan/atau agen periklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi bagi Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka).

2. Tempoh
2.1 Peraduan ini akan bermula pada hari Khamis, 7 Jun 2018 pukul 12.00 tengahari dan ditutup pada hari Rabu, 18 Julai 2018 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”). Penganjur boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menukar Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan dibatal secara automatik.

2.2 Tempoh Peraduan:
i. Minggu 1: Khamis, 7 Jun 2018 pukul 12.01 tengahari hingga Rabu, 13 Jun 2018 pukul 11.59 malam.
ii. Minggu 2: Khamis, 14 Jun 2018 pukul 12.01 pagi hingga Rabu, 20 Jun 2018 pukul 11.59 malam.
iii. Minggu 3: Khamis, 21 Jun 2018 pukul 12.01 pagi hingga Rabu, 27 Jun 2018 pukul 11.59 malam.
iv. Minggu 4: Khamis, 28 Jun 2018 pukul 12.01 pagi hingga Rabu, 4 Julai 2018 pukul 11.59 malam.
v. Minggu 5: Khamis, 5 Julai 2018 pukul 12.01 pagi hingga Rabu, 11 Julai 2018 pukul 11.59 malam.
vi. Minggu 6: Khamis, 12 Jun 2018 pukul 12.01 pagi hingga Rabu, 18 Julai 2018 pukul 11.59 malam.

2.3 Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Sebarang suret-menyurat atau pertanyaan tidak akan dilayan.

3. Cara Penyertaan
3.1 Semua penyerahan untuk Peraduan ini dianggap sebagai “Penyertaan” untuk tujuan Terma dan Syarat ini.
3.2 Untuk mengambil bahagian, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap yang berikut:-

Langkah 1:
Like Laman Facebook “Club Bintang Barkath” dan Follow Profil Instagram “Club Bintang Barkath”

Langkah 2:
Beli mana-mana produk HACKS, KINGS, MAYENS atau SARINA berjumlah minimum RM8 dalam satu resit tunggal.

Langkah 3:
Muat naik gambar resit pembelian di ruangan komen di bawah status Peraduan dalam sepanjang Tempoh Peraduan: <http://bit.ly/CBBCeriaRaya>.

Langkah 4:
Tag 5 rakan Facebook anda.
3.3 Penyertaan mestilah dikemukakan melalui ruangan komen di status Peraduan. Penyertaan yang dibuat melalui mana-mana platform lain seperti Private Message kepada Facebook Club Bintang Barkath dan/atau ruangan komen di notis Terma dan Syarat dan/atau status di halaman Facebook atau profil Instagram Club Bintang Barkath tidak akan dilayan.

3.4 Peserta Yang Layak boleh mengemukakan seberapa banyak resit pembelian yang dikehendaki sepanjang Tempoh Peraduan. Setiap resit pembelian yang dikongsi di ruangan komen status Peraduan dikira sebagai satu Penyertaan tetapi setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.

3.5 Pastikan semua komen adalah bersikap sopan dan berkaitan dengan Peraduan Barkath Ceria Raya sahaja. Komen berunsur spam atau iklan adalah tidak dibenarkan.

3.6 Penganjur berhak untuk membuat apa-apa perubahan, membatalkan dan apa-apa perubahan lain yang berkaitan dengan Peraduan dan sebarang aduan tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan.

4. Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan

4.1 Semua pemenang yang layak akan dipilih melalui sistem rawak komputer. Pemenang yang layak akan dihubungi melalui Facebook Messenger untuk memberikan maklumat peribadi. Sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan. Pemenang dikehendaki untuk menyediakan semua butiran yang diminta oleh Penganjur untuk tujuan penghantaran hadiah dalam tempoh yang ditetapkan. Butiran yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4.2 Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah.

4.3 Pemenang akan menerima:-

Hadiah Mingguan
Set Bekas Makanan 3 dalam 1 Ekslusif Club Bintang Barkath x 20 pemenang

Hadiah Utama
Produk TEFAL bernilai RM1,500 X 2 pemenang

Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk Cabutan Hadiah Utama.
4.4 Pemenang akan diumumkan setiap minggu melalui laman Facebook dan Instagram Club Bintang Barkath.
4.5 Penghantaran Hadiah Mingguan akan dimulakan dalam tempoh empat (4) minggu kerja selepas penyerahan dan pengesahan butiran pemenang. Hadiah akan dihantar ke alamat yang diberikan oleh pemenang. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan dan/atau kehilangan item yang berlaku semasa proses penghantaran.

4.6 Sekiranya pemenang Hadiah Utama menetap di sekitar Semenanjung Malaysia, Penganjur akan mengatur penghantaran hadiah kepada alamat yang diberikan pemenang. Pemenang Hadiah Utama dikehendaki untuk menunjukkan salinan Kad Pengenalan yang sah untuk pengesahan semasa menerima hadiah. Jika gagal berbuat demikian, hadiah akan terbatal.

4.7 Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberi berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual untuk mendapat tunai, kredit, lain-lain item atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

4.8 Peserta yang Layak dan/atau para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada atau yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penggunaan hadiah yang dimenangi dan/atau pengambilan hadiah mereka. Sebarang kos dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan yang ditanggung kerana menyertai Peraduan ini dan/atau ketika menebus hadiah, adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta yang Layak dan para pemenang.

4.9 Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat Peraduan.

4.10 Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.

5. Liabiliti & Tanggungjawab
5.1 Penganjur, syarikat-syarikatnya yang berkaitan dan bersekutu dan agensinya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangantidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan Peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).

5.2 Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta yang Layak bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.

6. Hak Penganjur
6.1 Semua penyertaan akan menjadi hak milik Penganjur dan Peserta yang Layak tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta yang Layak bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto-foto Peserta yang Layak dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, Peserta yang Layak dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan gambar yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini. Peserta yang Layak tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.

6.2 Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta yang Layak adalah dianggap telah membaca, memahami semua Terma dan Syarat Peraduan ini dan mereka bersetuju sepenuhnya dan tanpa syarat untuk terikat dengannya (sepertimana bila diubah atau berubah). Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Peraduan. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.

6.3 Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Peraduan tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.

6.4 Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Peraduan ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahan peruntukan yang lain).

6.5 Setiap Peserta yang Layak bersetuju bahawa beliau telah membaca dan memahami Terma dan Syarat ini dan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

6.6 Terma dan Syarat yang ditetapkan disini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?