Peraduan Raya Shokubutsu


Tempoh Peraduan: 7 Mei 2018 hingga 10 Jun 2018, jam 23:59

CARA PENYERTAAN

Langkah 1: Beli mana-mana produk Shokubutsu bernilai minima RM20 dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) dari 7hb Mei 2018 sehingga 10hb Jun 2018 (“Tempoh Peraduan”). Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan peraduan.

Langkah 2: Jawab soalan yang berikut dengan betul:

Shokubutsu akan meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini”.
Betul atau Salah?

Langkah 3: Hantar penyertaan melalui Whatsapp ke nombor +6012-649 3373

a) Sertakan gambar resit yang lengkap dan jelas.
Penting! Mesti menyimpan resit asal anda untuk tujuan pengesahan sekiranya terpilih sebagai pemenang.

b) Taipkan butiran peribadi dan pastikan jawapan adalah betul seperti berikut:

<Nama, No.Kad Pengenalan, Jawapan>
Contoh: Mohamad Ali, 890917075110, Betul

Hadiah

Hadiah mingguan (“Hadiah”) – Kad petrol bernilai RM80 x 100 pemenang / minggu x 5 minggu (500 Hadiah secara keseluruhan).

TERMA DAN SYARAT

Dengan menyertai Peraduan Raya Shokubutsu (“Peraduan”), anda (“Peserta”) bersetuju dan menerima terma dan syarat yang tersenarai seperti berikut: –

1. Peraduan ini dianjurkan oleh Southern Lion Sdn Bhd (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1hb Mei 2018), kecuali kakitangan Penganjur, termasuk ahli keluarga terdekat mereka, rakan perniagaan mereka, syarikat promosi / agensi pengiklanan / agensi perhubungan awam dan syarikat sekutunya yang terlibat dalam Peraduan ini.

2. Peraduan adalah sah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mulai dari 7hb Mei 2018, jam 00:00 dan berakhir pada 10 hb Jun 2018, jam 23:59 (“Tempoh Peraduan”).

3. Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan atau menamatkan, menukar tarikh tutup Tempoh Peraduan serta meminda mekanik Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

4. Produk yang tersenarai dalam peraduan ini:- Semua jenama Shokubutsu; termasuk buih mandi cecair Shokubutsu, sabun cuci tangan Shokubutsu & bar sabun Shokubutsu.

5. Hadiah mingguan (“Hadiah”) – Kad petrol bernilai RM80 x 100 pemenang / minggu x 5 minggu (500 Hadiah secara keseluruhan).

6. Pemilihan pemenang: –
a. Setiap penyertaan yang layak akan diberikan satu (1) nombor siri.
b. Pemenang akan dipilih secara rawak. Semua penyertaan yang layak akan melalui proses pemilihan berkomputer untuk menyenaraikan 100 pemenang Hadiah Mingguan setiap minggu (“Pemenang Terpilih”) berdasarkan jadual di bawah: –

c. Peserta yang terpilih akan dihubungi menerusi WhatsApp dengan usaha terbaik dengan maksimum tiga (3) cubaan. Sekiranya ‘Pemenang Terpilih’ tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan “Pemenang Terpilih” dengan nama yang seterusnya di dalam senarai.

d. Peserta yang terpilih dikehendaki mengemukakan salinan kad pengenalan yang jelas bersama dengan resit asal mereka untuk tujuan pengesahan melalui pos ke Peraduan Raya Shokubutsu, No.15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pengumuman.

e. Hadiah akan dihantar ke alamat yang disediakan oleh Peserta. Adalah tanggungjawab Peserta untuk memberikan alamat yang betul dan sah.

7. Semua hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat pengesahan / hadiah hadiah / baucar hadiah dan mestilah dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan, Kegagalan untuk menebus hadiah akan dilucutkan. Jika hadiah tidak dapat diperoleh dengan alasan apa pun, Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk memberikan hadiah alternatif tanpa notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh ditebus dengan wang tunai, tidak boleh dipindah milik dan hanya akan diberikan kepada pemenang yang dapat memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat.

8. Peserta boleh memenangi hanya satu (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.

9. Peserta boleh menyertai seberapa banyak penyertaan yang mereka kehendaki tetapi setiap penyertaan mesti disokong dengan resit asal yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. Segala penyertaan yang dihantar sebelum atau selepas Tempoh Peraduan akan dibatalkan kelayakannya. Hanya resit asal bercetak dengan ciri ciri produk yang betul akan diterima. Resit tulisan tangan, resit salinan dan resit cetakan semula akan dibatalkan kelayakannya secara automatik.

10. Senarai nama pemenang-pemenang akan disediakan 12 minggu selepas tarikh tutup Peraduan di https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia/

11. Kelayakan setiap individu dan penyertaan akan hilang sekiranya: – Penganjur mendapati bahawa satu resit yang sama dikemukakan untuk penyertaan yang berbeza; penyertaan yang tidak lengkap, rosak, tidak boleh dibaca, terlambat dan tidak memadai atau dengan resit asal yang salah. Bukti penyerahan bukan bukti penerimaan. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

12. Semua “Bukti Pembelian” yang diserahkan untuk Peraduan akan menjadi milik Penganjur.

13. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan telah memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan dan / atau mempamerkan butir-butir dan / atau gambar pemenang dalam media cetak dan media elektronik untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman pemenang tanpa sebarang royalti dan / atau pampasan.

14. Sebarang perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini, menuntut hadiah dan / atau untuk menghadiri sebarang acara atau majlis penyampaian hadiah, adalah tanggungjawab pemenang. Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jikalau terdapat sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang dialami atau timbul disebabkan penyertaan peserta dalam Peraduan ini.

15. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayani.

16. Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mendapatkan akses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Penganjur. Permintaan tersebut boleh dibuat melalui e-mel di http://www.southernlion.com.my/contact/ atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd., Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 10 Julai 2018.

Terma dan syarat ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi, versi Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan ini, sila hubungi Talian Hotline kami di 03-5635-1391, Isnin hingga Jumaat, 10 pagi – 5 p.m. (tidak termasuk cuti umum).

 

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?