Peraduan Raikan Kecerian Aidilfitri


Cara

Hadiah

Hadiah-hadiah
– Terdapat sejumlah Seratus Lapan Puluh Satu [181] Hadiah yang akan dimenangi sepanjang tempoh Peraduan.

– Satu [1] Peserta akan berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu pakej naik taraf kelengkapan kediaman dari Harvey Norman bernilai RM 25,000. Pakej termasuk baucar bernilai RM 23,500 dan kos pengangkutan bernilai RM1,500. Kos Pengangkutan hanya termasuk pemindahan barangan Hadiah Utama dari Harvey Norman ke satu [1] lokasi sahaja.

– Seratus Lapan Puluh [180] Peserta akan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan iaitu satu [1] baucar Harvey Norman bernilai RM150. Terdapat Dua Puluh [20] Pemenang Mingguan setiap minggu.

– Tempoh Hadiah Mingguan adalah seperti berikut:-

  • Minggu 1 – 1 Mei Hingga 7 Mei 2018 (7 Hari)
  • MInggu 2 – 8 Mei Hingga 14 Mei 2018 (7 Hari)
  • MInggu 3 – 15 Mei Hingga 21 Mei 2018 (7 Hari)
  • Minggu 4 – 22 Mei Hingga 28 Mei 2018 (7 Hari)
  • Minggu 5 – 29 Mei Hingga 4 Jun (7 Hari)
  • Minggu 6 – 5 Jun Hingga 11 Jun (7 Hari)
  • Minggu 7 – 12 Jun Hingga 18 Jun (7 Hari)
  • Minggu 8 – 19 Jun Hingga 25 Jun (7 Hari)
  • Minggu 9 – 26 Jun Hingga 30 Jun (5 Hari)

Terma & Syarat

Penganjur, Tempoh & Kelayakan

1. Peraduan Raikan Keceriaan Aidilfitri [“Peraduan”] dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (165147-W) [“Penganjur”] bermula pada 1 Mei 2018 dan berakhir pada 30 Jun 2018 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak untuk meminda terma, syarat atau Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan mesti sampai kepada Penganjur pada atau sebelum 30 Jun 2018.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Penganjur dan agensi pengiklan, promosi, acara dan perhubungan awam mereka, serta anggota keluarga terdekat masing-masing [“Peserta”].

3. Peserta layak menyertai Peraduan ini dengan pembelian sebarang produk jenama Softlan, Glo, Axion dan/atau Ajax dalam satu resit asal sepanjang Tempoh Peraduan.

4. Sertai Peraduan ini dengan langkah-langkah berikut:

Melalui WhatsApp
Jawab soalan berikut: Softlan, Glo, Axion dan Ajax adalah jenama-jenama yang menyertai Peraduan ini. (YA atau TIDAK)

Whatsapp gambar resit dengan ___ kepada 010-5672945

Contoh: SITI FATIMAH_800101105000_123, JALAN BESAR, TAMAN BESAR, 40000, PETALING JAYA, SELANGOR_BETUL
Setiap penyertaan mesti disertakan dengan resit asal [“Bukti Pembelian”] produk jenama Softlan, Glo, Axion dan/atau Ajax.

5. Peserta boleh menyertai lebih daripada satu [1] kali. Satu [1] resit sah untuk satu [1] penyertaan sahaja.

6. Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tanpa Bukti Pembelian atau mengandungi produk pembelian yang salah tidak akan diterima.

Hadiah-hadiah
7. Terdapat sejumlah Seratus Lapan Puluh Satu [181] Hadiah yang akan dimenangi sepanjang tempoh Peraduan. 

8. Satu [1] Peserta akan berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu pakej naik taraf kelengkapan kediaman dari Harvey Norman bernilai RM 25,000. Pakej termasuk baucar bernilai RM 23,500 dan kos pengangkutan bernilai RM1,500. Kos Pengangkutan hanya termasuk pemindahan barangan Hadiah Utama dari Harvey Norman ke satu [1] lokasi sahaja.

9. Seratus Lapan Puluh [180] Peserta akan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan iaitu satu [1] baucar Harvey Norman bernilai RM150. Terdapat Dua Puluh [20] Pemenang Mingguan setiap minggu.

10. Tempoh Hadiah Mingguan adalah seperti berikut:-
Minggu 1 – 1 Mei Hingga 7 Mei 2018 (7 Hari)
MInggu 2 – 8 Mei Hingga 14 Mei 2018 (7 Hari)
MInggu 3 – 15 Mei Hingga 21 Mei 2018 (7 Hari)
Minggu 4 – 22 Mei Hingga 28 Mei 2018 (7 Hari)
Minggu 5 – 29 Mei Hingga 4 Jun (7 Hari)
Minggu 6 – 5 Jun Hingga 11 Jun (7 Hari)
Minggu 7 – 12 Jun Hingga 18 Jun (7 Hari)
Minggu 8 – 19 Jun Hingga 25 Jun (7 Hari)
Minggu 9 – 26 Jun Hingga 30 Jun (5 Hari)

Pemilihan Pemenang
11. Pemenang akan dipilih berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur. Pihak Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang disyaki bersalah menipu, menggodam atau mengacau proses penyertaan Peraduan atau operasi Peraduan.

12. Setiap Peserta hanya boleh memenangi satu [1] hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. Hadiah tidak boleh ditukar hak milik dan tidak boleh ditukar dengan tunai.

13. Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 4-6 minggu dari tarikh tamat Tempoh Peraduan melalui telefon. Sekiranya terdapat sesiapa peserta yang tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] percubaan kelayakannya akan dibatalkan.

14. Peserta akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlakunya sebarang kecederaan, kerosakan, atau kerugian akibat daripada mengambil bahagian dalam Peraduan ini, atau semasa menebus dan/atau mengunakan hadiah mereka.

Tanggungjawab & Hak Penganjur
15. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat Peraduan ini. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan. Peserta mengaku janji tidak akan menuntut atau mengambil apa-apa tindakan terhadap Penganjur mengenai Peraduan ini.

16. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur [“Agensi”] untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam penyertaan untuk tujuan Peraduan.

17. Penganjur dan/atau Agensi akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung dan menetapkan syarat kepada Agensi untuk berbuat demikian.

18. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah yang mempunyai nilai yang sama mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

19. Sebarang maklum balas atau aduan, Peserta boleh menghubungi talian +6012-5739776.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd dan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
Pengguna yang dihormati,

Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-

  1. Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi daripada penyertaan anda;
  2. Data peribadi Individu dikumpul untuk Peraduan Raikan Keceriaan Aidilfitri [“Peraduan”];
  3. Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;
  4. Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
  5. Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja;
  6. Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
  7. Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan

Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +6012-5739776 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang, dan pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?