Peraduan SERI-AJI® (Perencah Nasi Goreng )


Tempoh Peraduan: 18hb April 2018 hingga 17hb Jun 2018

CARA

Cara Penyertaan

a) Beli mana-mana SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.

b) Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar.

c) Layari http://www.ajinomoto.com.my/contest/, isikan borang dan muat naikkan gambar tersebut.

5. Kelayakkan

a) Satu resit hanya layak untuk satu penyertaan sahaja.

b) Peserta boleh menyertai peraduan ini lebih daripada satu kali dengan resit pembelian berlainan.

c) Jika Peserta menyertai lebih daripada satu kali dengan resit pembelian yang sama, jumlah penyertaan akan dikira sekali sahaja.

Peraduan ini boleh disertai melalui Internet sahaja.

Hadiah

a) Pilihan pemenang untuk semua jenis hadiah akan dipilih secara cabutan bertuah.

b) 12 Hadiah Utama

  • Set alat memasak (5 unit) berjenama bernilai RM500 x 4
  • Kad Hadiah Petronas bernilai RM500 x 4
  • Set makan (16 unit) berjenama bernilai RM500 x 4

c) 40 Hadiah Saguhati

Termos 250ml Bernilai RM120

d) Jadual pemenang

i) Hadiah Utama

  • Pusingan Pertama – 18hb Apr 2018 hingga 17hb Mei 2018 (6 pemenang)
  • Pusingan Ke-dua – 18hb Mei 2018 hingga 17hb Jun 2018 (6 pemenang)

ii) Hadiah Saguhati

  • Pusingan Pertama – 18hb Apr 2018 to 2hb Mei 2018 – 10 pemenang
  • Pusingan Ke-dua – 3hb Mei 2018 to 17hb Mei 2018 – 10 pemenang
  • Pusingan Ke-tiga – 18hb Mei 2018 to 1hb Jun 2018 – 10 pemenang
  • Pusingan Ke-empat – 2hb Jun 2018 to 17hb Jun 2018 – 10 pemenang

Terma dan Syarat

1. Peraduan SERI-AJI® BELI & MENANG akan berlangsung dari 18hb April 2018 hingga 17hb Jun 2018 (“Tempoh Peraduan”). Ajinomoto (Malaysia) Berhad (“Penganjur”) berhak untuk memendek atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan permastautin Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 18hb April 2018), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Bukti pembelian (Resit) produk Penganjur diperlukan sebagai bukti bukti penyertaan. Kegagalan mengemukakan bukti penyertaan atas permintaan semasa penebusan hadiah akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.

4. Cara penyertaan:

a) Beli mana-mana SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng bernilai RM2 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.

b) Ambil gambar bungkusan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar.

c) Layari http://www.ajinomoto.com.my/contest/, isikan borang dan muat naikkan gambar tersebut.

5. Kelayakkan

a) Satu resit hanya layak untuk satu penyertaan sahaja.

b) Peserta boleh menyertai peraduan ini lebih daripada satu kali dengan resit pembelian berlainan.

c) Jika Peserta menyertai lebih daripada satu kali dengan resit pembelian yang sama, jumlah penyertaan akan dikira sekali sahaja.

6. Peraduan ini boleh disertai melalui Internet sahaja.

7. Pemilihan pemenang:

a) Pilihan pemenang untuk semua jenis hadiah akan dipilih secara cabutan bertuah.

b) 12 Hadiah Utama

Set alat memasak (5 unit) berjenama bernilai RM500 x 4
Kad Hadiah Petronas bernilai RM500 x 4
Set makan (16 unit) berjenama bernilai RM500 x 4

c) 40 Hadiah Saguhati

Termos 250ml Bernilai RM120

d) Jadual pemenang

i) Hadiah Utama

Pusingan Pertama – 18hb Apr 2018 hingga 17hb Mei 2018 (6 pemenang)
Pusingan Ke-dua – 18hb Mei 2018 hingga 17hb Jun 2018 (6 pemenang)

ii) Hadiah Saguhati

Pusingan Pertama – 18hb Apr 2018 to 2hb Mei 2018 – 10 pemenang
Pusingan Ke-dua – 3hb Mei 2018 to 17hb Mei 2018 – 10 pemenang
Pusingan Ke-tiga – 18hb Mei 2018 to 1hb Jun 2018 – 10 pemenang
Pusingan Ke-empat – 2hb Jun 2018 to 17hb Jun 2018 – 10 pemenang

8. Para pemenang Hadiah Terutama dan Hadiah Saguhati yang layak akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, seperti contoh, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas panggilan pertama dibuat. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak memilih peserta seterusnya sebagai pemenang yang layak. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang-pemenang yang layak tidak dapat dimaklumkan atas sebarang sebab.

a) Seorang (1) peserta layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Terutama dan satu (1) Hadiah Saguhati sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

b) Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut selepas enam puluh (60) hari tersebut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak dilampirkan gambar.

10. Pihak Penganjur mempunyai hak automatik, di atas budi bicaranya untuk menyingkirkan, membatalkan kelayakan penyertan yang tidak lengkap atau lewat atau penyertaan di mana mengikut budi bicara pihak Penganjur mempunyai pernyataan fitnah, melibatkan penjiplakan, melanggar (atau mungkin melanggar) hak cipta, tanda dagangan, atau hak intelek atau hak proprietari mana-mana entiti atau pihak, orang yang hidup atau meninggal dunia (termasuk hak-hak privasi atau publisiti atau perlambangan gambaran yang palsu).

11. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua jenis atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada.

12. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.

13. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

14. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan yang dinyatakan dalam Ajinomoto (Malaysia) Berhad’s Penyataan Privasi dan untuk pemasaran, promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

15. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

16. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Syarat-Syarat dan Peraturan Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.

17. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?