Peraduan Indah Water 2018


Peraduan ini sah dari 1hb April 2018 hingga 31hb Ogos 2018

Cara

Hantarkan Penyertaan Disini

Hadiah

Terma & Syarat

Dengan menyertai Peraduan Indah Water “Peraduan Bayar & Menang” (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:

1. Peraduan ini dianjurkan oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua pelanggan di bawah kategori domestik (tidak termasuk kuarters Kerajaan) yang berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1hb April 2018) kecuali kakitangan pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekatnya, rakan perniagaan, syarikat sekutu, pembekal / pengedar, agensi promosi / pengiklanan / perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.

2. Peraduan ini sah dari 1hb April 2018 hingga 31hb Ogos 2018, (“Tempoh Peraduan”). Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan atau menukar tarikh tutup Peraduan serta mengubah kaedah Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

3. Cara-cara penyertaan Peraduan ini:
Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan di www.iwk.com.my/bayardanmenang.

Borang penyertaan tersebut hanya perlu dilengkapkan sekali sahaja untuk setiap nombor akaun pembetungan.
a. Untuk kelayakan Hadiah Utama, Peserta perlu menjelaskan semua bil sehingga Ogos 2018.

b. Untuk kelayakan Hadiah Istimewa Pusingan 1 (1hb April 2018 – 31hb Mei 2018), Peserta perlu menjelaskan semua bil selewat-lewatnya pada 31hb Mei 2018 (“Penyertaan Layak Pusingan 1”).

c. Untuk kelayakan Hadiah Istimewa Pusingan 2 (1hb Jun 2018 – 31hb Ogos 2018), Peserta perlu menjelaskan semua bil selewat-lewatnya pada 31hb Ogos 2018 (“Penyertaan Layak Pusingan 2”).

4. Peserta boleh mengumpul seberapa banyak penyertaan yang boleh dengan menyelesaikan bil IWK untuk meningkatkan peluang kemenangan. Rujuk jadual di bawah untuk jumlah penyertaan yang diperuntukkan bagi tempoh bil masing-masing:

5. Hadiah Peraduan (“Hadiah”):
a. Hadiah Utama x satu (1) pemenang – Myvi 1.3LG Automatik (tidak termasuk cukai jalan, insurans, caj penghantaran dan caj perkhidmatan / pengendalian lain). Warna dan spesifikasi kenderaan adalah mengikut budi Penganjur. Spesifikasi mungkin berbeza daripada apa yang diiklankan dan tertakluk kepada ketersediaan.

b. Hadiah Istimewa x sepuluh (10) pemenang setiap pusingan x dua (2) pusingan
i. Pusingan 1 (tutup pada 31 Mei 2018) – Pakej Percutian ke Gold Coast
ii. Pusingan 2 (tutup pada 31 Ogos 2018) – Pakej Percutian ke Osaka
Peserta yang mendaftar untuk perkhidmatan e-bil melalui www.iwk.com.my/customer/ebill akan menerima dua (2) penyertaan secara automatik.

Contoh A: Ahmad telah menjelaskan bil IWKnya sehingga Ogos 2018 dan mendaftar untuk e-bill, dia mempunyai sepuluh (10) penyertaan pertandingan.

6. Pemilihan pemenang:

a. a) Semua Penyertaan yang Layak bagi Pusingan 1 dan Pusingan 2 akan tertakluk kepada proses pemilihan berkomputer untuk memilih satu (1) Peserta untuk Hadiah Utama.

b. Semua Penyertaan yang Layak bagi Pusingan 1 (akan ditutup pada 31hb Mei 2018) akan tertakluk kepada proses pemilihan berkomputer untuk memilih sepuluh (10) Peserta Hadiah Istimewa Pusingan 1.

c. Semua Penyertaan yang Layak bagi Pusingan 2 (akan ditutup pada 31hb Ogos 2018) akan tertakluk kepada proses pemilihan berkomputer untuk memilih sepuluh (10) Peserta Hadiah Istimewa Pusingan 2.

7. Pemenang yang dipilih perlu menunjukkan bukti/resit pembayaran bil IWK.

8. Setiap Peserta, tanpa mengira bilangan akaun IWK yang ada, boleh memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama & satu (1) Hadiah Khas.

9. Peserta yang telah disenarai pendek akan dihubungi melalui panggilan telefon dan e-mel. Sekiranya Peserta yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan Peserta yang disenarai pendek dengan nama seterusnya di dalam senarai.

10. Peserta yang disenarai pendek perlu mengemukakan salinan pengenalan MyKad yang jelas dan boleh dibaca melalui pos kepada Indah Water “Peraduan Bayar & Menang”, No. 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan.

11. Pihak Penganjur berhak menentukan cara penghantaran atau penebusan (yang mana berkenaan) hadiah pemenang. Semua pengaturan penghantaran adalah berdasarkan alamat di dalam pendaftaran akaun Indah Water Peserta. Peserta adalah bertanggungjawab atas pemberian alamat yang betul, sah dan lengkap. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang hadiah yang tidak diterima. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan dan/atau kehilangan hadiah semasa proses penghantaran serta penerimaan hadiah. Pemulangan hadiah oleh pemenang disebabkan oleh sebarang keadaan tidak akan dilayani. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecacatan, kehilangan, kerosakan, atau kecurian hadiah selepas penghantaran.

12. Semua hadiah adalah tertakluk kepada terma-terma yang dinyatakan dalam surat pengesahan / hadiah hadiah / baucar hadiah, mengikut mana yang berkenaan dan mesti dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan, hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Sekiranya hadiah yang telah ditetapkan tidak dapat diperolehi, Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk memberikan hadiah alternatif yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh ditebus dengan wang tunai, tidak boleh dipindah milik dan hanya akan diberikan kepada pemenang yang dapat memenuhi semua keperluan untuk menuntut hadiah yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.

13. Pihak Penganjur dan semua rakan peraduannya tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara berikut: (a) campur tangan oleh pihak yang tidak dibenarkan semasa Peraduan; (b) sebarang kesilapan / kegagalan teknikal dalam pentadbiran peraduan dan pemprosesan; dan (c) apa-apa liabiliti sama ada secara langsung atau tidak langsung disebabkan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

14. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

15. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan telah memberikan Penganjur hak untuk menerbitkan dan / atau memaparkan butir-butir dan / atau gambar Peserta dalam media cetak dan media elektronik untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman tanpa sebarang royalti dan / atau pampasan.

16. Sebarang perbelanjaan yang dilakukan untuk menyertai Peraduan ini, untuk menuntut ganjaran dan / atau untuk menghadiri mana-mana acara atau majlis, adalah tanggungjawab mutlak Peserta. Peserta bersetuju untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang ditanggung disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

17. Penganjur boleh mengikut budi bicara mutlaknya meminda syarat dan ketentuan yang ditetapkan di sini tanpa pemberitahuan sebelumnya. Semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan meliputi semua Peserta Peraduan ini, dan tiada surat-menyurat akan dilayan.

18. Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi yang diberikan dalam Peraduan ini (tanpa had, termasuk nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi segala tujuan pengurusan Peraduan ini (seperti menghubungi Peserta) dan untuk tujuan pemasaran dan perniagaan pihak Penganjur. Pihak Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan segala butiran peribadi adalah sulit dan tidak disalahgunakan.

Terma & syarat Peraduan ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi, versi Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan ini, sila e-mel ke bayardah@iwk.com.my

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?