Peraduan Spritzer World Game Contest


Peraduan Spritzer World Game Contest ini sesuai disertai oleh ‘peminum’ atau pengguna air Air Mineral Semulajadi Spritzer.

Dengan pembelian mana-mana botol Air Mineral Semulajadi Spritzer 500ml atau 600ml atau 1.5L dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan, anda boleh sertai peraduan ini.

Imbas kod QR unik yang terdapat di bawah penutup botol (kod QR unik terdapat pada setiap penutup). Ini akan membawa peserta ke laman mikro Permainan ‘Online’.

Daftar ‘online’ dan ikuti arahan untuk bermain Permainan ‘Online’ tersebut.

Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah iaitu Peringkat A: Hadiah Utama dan Peringkat B: Hadiah Setiap Dua Minggu.

Untuk menjadi calon pemenang Peringkat A, peserta hendaklah menjadi 50 peserta dengan markah tertinggi dalam Permainan ‘Online’ tersebut.

Jadi kalau anda beli banyak-banyak Air Mineral Semulajadi Spritzer untuk program jamuan makan-makan, atau ada acara sukan seperti lumba lari atau merentas desa, anda sesuailah sertai untuk bersaing dalam kategori ini.

Untuk menjadi calon pemenang Peringkat B, peserta hendaklah mengimbas kod QR unik yang sah, telah melengkapkan pendaftaran ‘Online’ dan bermain Permainan ‘Online’ sekurang-kurangnya satu (1) kali.

Kaedah pemilihan pemenang untuk hadiah Peringkat B, lebih macam lucky draw lah. Boleh baca, dalam terma & syarat untuk detail.

Cara Pemilihan Pemenang:

a. Peringkat A – Hadiah Utama x 50:
Para pemenang Peringkat A yang layak akan ditentukan daripada 50 peserta dengan markah tertinggi dalam Permainan ‘Online’. Peserta yang mempunyai jumlah markah tertinggi yang sah (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan akan disenarai pendekkan sebagai pemenang yang layak menerima Hadiah Utama.

b. Peringkat B – Hadiah Setiap Dua Minggu x 200: (50 pemenang setiap 2 minggu)

i.Para peserta yang telah melengkapkan langkah-langkah berikut akan layak untuk menyertai pemilihan Hadiah Setiap Dua Minggu – mengimbas kod QR unik yang sah, melengkapkan pendaftaran ‘online’ dan bermain Permainan ‘Online’.

ii.Para pemenang Hadiah Setiap Dua Minggu akan ditentukan oleh jumlah penyertaan yang sah yang diterima dalam tempoh dua minggu pertandingan tersebut dan dibahagikan dengan jumlah hadiah, kemudian ditambah dengan 0.5.

Contoh: Hadiah Dua Mingguan: Jika jumlah penyertaan layak adalah 939, jumlah ini akan dibahagikan dengan 50.5 dan dijadikan nombor bulat terendah, iaitu 18.

Maka, penyertaan yang layak adalah ke-18, ke-36, ke-54 dan seterusnya, akan dimasukkan ke dalam senarai terpilih pemenang Hadiah Setiap Dua Minggu dan berpeluang memenangi Hadiah Setiap Dua Minggu. Jika penyertaan yang terpilih disingkirkan, penyertaan sebelumnya akan terpilih sebagai pemenang.

Contohnya, pemenang yang layak ke-18 akan digantikan dengan pemenang ke-17. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda ada keperluan untuk beli atau untuk minum sahaja.

Tempoh Peraduan: 1 April 2018 hingga 27 Mei 2018, 11.59 malam

Cara

Untuk menyertai Peraduan:

a. Para peserta mestilah membeli mana-mana botol Air Mineral Semulajadi Spritzer 500ml atau 600ml atau 1.5L dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan.

b.Imbas kod QR unik yang terdapat di bawah penutup botol (kod QR unik terdapat pada setiap penutup). Ini akan membawa peserta ke laman mikro Permainan ‘Online’.

  • Untuk Video Toturial boleh tengok kat SINI

c. Daftar ‘online’ dan ikuti arahan untuk bermain Permainan ‘Online’ tersebut.

d.Untuk menjadi calon pemenang Peringkat A, peserta hendaklah menjadi 50 peserta dengan markah tertinggi dalam Permainan ‘Online’ tersebut.

e.Untuk menjadi calon pemenang Peringkat B, peserta hendaklah mengimbas kod QR unik yang sah, telah melengkapkan pendaftaran ‘Online’ dan bermain Permainan ‘Online’ sekurang-kurangnya satu (1) kali.

Jika ada apa-apa soalan boleh tanya di Facebook Spritzer

Hadiah

Hadiah-hadiah Peraduan:

a. Peringkat A – Hadiah Utama:

  1. Telefon Pintar VIVO V9 (Modal Baharu) X 50

b. Peringkat B – Hadiah Setiap Dua Minggu:

  1. 1 April – 15 April: JD Sports Baucar x 50 pemenang
  2. 16 April – 29 April: 4,000 mata AirAsia Big x 50 pemenang
  3. 30 April – 13 Mei: Bola FIFA World Cup Top Replique by Adidas x 50 pemenang
  4. 14 Mei – 27 Mei: Kemeja polo FIFA World Cup by Adidas x 50 pemenang

Terma & Syarat

1. Peraduan Spritzer World Game Contest akan berlangsung dari 1 April 2018, 8 pagi hingga 27 Mei 2018, 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”). Chuan Sin Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.

Peraduan ini mempunyai Hadiah Setiap Dua Minggu x 4 seperti berikut:

  1. 01 April 2018 – 15 April 2018;
  2. 16 April 2018 – 29 April 2018;
  3. 30 April 2018 – 13 Mei 2018;
  4. 14 Mei 2018 – 27 Mei 2018;

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan kad pengenalan rasmi dan bermastautin di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 April 2018) kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Untuk menyertai Peraduan:

  1. Para peserta mestilah membeli mana-mana botol Air Mineral Semulajadi Spritzer 500ml atau 600ml atau 1.5L dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan.
  2. Imbas kod QR unik yang terdapat di bawah penutup botol (kod QR unik terdapat pada setiap penutup). Ini akan membawa peserta ke laman mikro Permainan ‘Online’.
  3. Daftar ‘online’ dan ikuti arahan untuk bermain Permainan ‘Online’ tersebut.
  4. Untuk menjadi calon pemenang Peringkat A, peserta hendaklah menjadi 50 peserta dengan markah tertinggi dalam Permainan ‘Online’ tersebut.
  5. Untuk menjadi calon pemenang Peringkat B, peserta hendaklah mengimbas kod QR unik yang sah, telah melengkapkan pendaftaran ‘Online’ dan bermain Permainan ‘Online’ sekurang-kurangnya satu (1) kali.

4. Cara pemilihan pemenang:

a. Peringkat A – Hadiah Utama x 50:
Para pemenang Peringkat A yang layak akan ditentukan daripada 50 peserta dengan markah tertinggi dalam Permainan ‘Online’. Peserta yang mempunyai jumlah markah tertinggi yang sah (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan akan disenarai pendekkan sebagai pemenang yang layak menerima Hadiah Utama.

b. Peringkat B – Hadiah Setiap Dua Minggu x 200:

i.Para peserta yang telah melengkapkan langkah-langkah berikut akan layak untuk menyertai pemilihan Hadiah Setiap Dua Minggu – mengimbas kod QR unik yang sah, melengkapkan pendaftaran ‘online’ dan bermain Permainan ‘Online’.

ii.Para pemenang Hadiah Setiap Dua Minggu akan ditentukan oleh jumlah penyertaan yang sah yang diterima dalam tempoh dua minggu pertandingan tersebut dan dibahagikan dengan jumlah hadiah, kemudian ditambah dengan 0.5.

Contoh: Hadiah Dua Mingguan: Jika jumlah penyertaan layak adalah 939, jumlah ini akan dibahagikan dengan 50.5 dan dijadikan nombor bulat terendah, iaitu 18.

Maka, penyertaan yang layak adalah ke-18, ke-36, ke-54 dan seterusnya, akan dimasukkan ke dalam senarai terpilih pemenang Hadiah Setiap Dua Minggu dan berpeluang memenangi Hadiah Setiap Dua Minggu. Jika penyertaan yang terpilih disingkirkan, penyertaan sebelumnya akan terpilih sebagai pemenang.

Contohnya, pemenang yang layak ke-18 akan digantikan dengan pemenang ke-17.

C. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, panggilan tidak dijawab, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan seterusnya akan diteruskan dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

5. Hadiah-hadiah Peraduan:

a. Peringkat A – Hadiah Utama:

  1. Telefon Pintar VIVO V9 (Modal Baharu) X 50

b. Peringkat B – Hadiah Setiap Dua Minggu:

  1. 1 April – 15 April: JD Sports Baucar x 50 pemenang
  2. 16 April – 29 April: 4,000 mata AirAsia Big x 50 pemenang
  3. 30 April – 13 Mei: Bola FIFA World Cup Top Replique by Adidas x 50 pemenang
  4. 14 Mei – 27 Mei: Kemeja polo FIFA World Cup by Adidas x 50 pemenang

c. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat A dan satu (1) hadiah Peringkat B sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

d. Hadiah Peringkat A hendaklah dituntut atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas tarikh pengumuman pemenang. Semua hadiah yang gagal dituntut sembilan puluh (90) hari selepas tarikh pengumuman pemenang akan dibatalkan oleh Pihak Penganjur.

e. Hadiah Peringkat B akan dihantar melalui pos kepada pemenang dalam sembilan puluh (90) hari selepas tarikh pengumuman pemenang. Semua hadiah yang gagal dituntut sembilan puluh (90) hari selepas tarikh pengumuman pemenang akan dibatalkan oleh Pihak Penganjur.

f. Semua hadiah yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pengesahan akhir kelayakan dan pematuhan kepada Terma & Syarat ini.

g. Semua hadiah Peringkat A mesti dituntut di alamat:
Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6,
Seksyen 33, 40400 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

h. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bukti pengenalan diri yang diterima oleh Pihak Penganjur adalah seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia/Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta/pemenang jika pemenang gagal mengemukakan bukti pengenalan diri.

i. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

6. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam penghantaran, kegagalan talian komunikasi, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal sistem komputer dalam talian, server atau pembekal, peralatan komputer, perisian, atau kegagalan pada akaun, masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet dan/atau laman web.

7. Para pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh Pihak Penganjur.

9. Semua penyertaan adalah hak Chuan Sin Sdn. Bhd. Dengan menyertai Peraduan, setiap peserta bersetuju dengan polisi privasi Pihak Penganjur yang terdapat dalam laman web. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi setiap peserta untuk tujuan pentadbiran Peraduan, memaklumkan dan mengumumkan peserta yang berjaya. Pihak Penganjur berhak mengemukakan maklumat peribadi peserta kepada parti lain termasuk mereka yang terlibat dalam pentadbiran Peraduan, memaklumkan dan mengumumkan peserta yang berjaya, dan agensi-agensi pengiklanan dan PR. Sekiranya peserta tidak memberikan maklumat peribadi yang ditetapkan kepada Pihak Penganjur, peserta tidak boleh menyertai Peraduan.

10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, Pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 03-7733 5173 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang) bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad Pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat Peraduan atau membatalkan Peraduan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta dianggap telah bersetuju dengan segala perubahan tersebut .

13. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan keputusan Pihak Penganjur tidak akan dilayan.

14. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi-versi tersebut, Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

You may find the info here:

  1. Facebook Post: https://www.facebook.com/Spritzer/videos/1966537290024488/
  2. Tutorial and T&C: http://h5.smwqr.com/footballutc_videotnc/index.html.

0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?