Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravaganza


Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravaganza sesuai disertai oleh pengguna produk Pra Bayar Pos Laju.

Dengan pembelian produk Prabayar Pos Laju seperti kotak, sampul atau pelekat bernilai RM30 atau ke atas dalam 1 resit dari mana-mana cawangan Pos Laju atau pejabat pos yang terlibat, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Produk Pra Bayar Pos Laju sumber

Dalam peraduan ini ada 2 kaedah penghantaran. Anda boleh hantar penyertaan menggunakan SMS atau boleh juga hantar di laman Rasmi Peraduan disini www.lajuxtravaganza.poslaju.com.my

Dalam peraduan ini ada hadiah Bulanan dan juga Hadiah UTAMA (Hadiah Xtravaganza, Hadiah Super Grand dan Hadiah Grand.). Pemenang dalam peraduan ini dipilih secara rawak oleh sistem.

Anda boleh memenangi hadiah bulanan lebih daripada sekali untuk bulan berikutnya. Tapi jika anda telah menang hadiah bulan anda tidak layak menang Hadiah Xtravaganza, Hadiah Super Grand dan Hadiah Grand.

Tempo0h Peraduan: 1 Disember 2017 hingga 28 Februari 2018

Cara

Produk yang terlibat ialah produk prabayar Pos Laju sahaja, iaitu kotak, sampul dan pelekat.

-Untuk menyertai Peraduan ini, pelanggan perlu membeli produk prabayar Pos Laju bernilai RM30 ke atas di dalam satu (1) resit dari mana-mana cawangan Pos Laju atau pejabat pos yang terlibat.

Pelanggan perlu menyimpan resit pembelian asal sebagai bukti. Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai Peraduan ini. Setiap pembelian bernilai RM30 melayakkan pelanggan untuk satu (1) penyertaan. Contoh pembelian seperti berikut :

  • Pembelian produk prabayar Pos Laju bernilai RM140 = 4 penyertaan.

-Pelanggan boleh menyertai Peraduan dengan menghantar butiran lengkap menerusi khidmat pesanan ringkas ‘SMS’ atau di laman sesawang peraduan.

  • a) SMS : Taip POSLAJU< jarak >JUMLAH TRANSAKSI< jarak >NAMA< jarak >NO KP< jarak >NO RESIT ke 62033

Contoh SMS : POSLAJU 250 Christina Hod 880927145007 41912532

-Produk prabayar Pos Laju boleh didapati di Pusat Pos Laju, Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Laju Go2U dan Pos-on-Wheels.

Hadiah

 Hadiah terbahagi kepada 4 kategori :

Hadiah Xtravaganza x 1
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM9,000

Hadiah Super Grand x 3
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM6,000
Hadiah Grand x 5
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM3,000
Hadiah Bulanan x 60
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM1,000
     • Cabutan akan dibuat pada bulan Januari, Februari dan Mac 2018.

Terma & Syarat

1. Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravaganza (“Peraduan”) dianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad (“Penganjur”). Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan (individu atau organisasi) yang membeli produk prabayar Pos Laju sahaja.

2. Peraduan ini akan berlangsung mulai 1 Disember 2017 sehingga 28 Februari 2018 (“Tempoh Promosi”). Pihak Penganjur berhak menukar, mengubahsuai serta menamatkan Peraduan tanpa sebarang notis. Penyertaan yang diterima lewat atau selepas tamat Tempoh Promosi tidak layak untuk menyertai Peraduan ini.

3. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk tetap sah Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas termasuk kakitangan Pos Malaysia kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung dalam kempen dan keluarga terdekat mereka.

4. Produk yang terlibat ialah produk prabayar Pos Laju sahaja, iaitu kotak, sampul dan pelekat.

5. Untuk menyertai Peraduan ini, pelanggan perlu membeli produk prabayar Pos Laju bernilai RM30 ke atas di dalam satu (1) resit dari mana-mana cawangan Pos Laju atau pejabat pos yang terlibat. Pelanggan perlu menyimpan resit pembelian asal sebagai bukti. Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai Peraduan ini. Setiap pembelian bernilai RM30 melayakkan pelanggan untuk satu (1) penyertaan. Contoh pembelian seperti berikut :
Pembelian produk prabayar Pos Laju bernilai RM140 = 4 penyertaan.

6. Pelanggan boleh menyertai Peraduan dengan menghantar butiran lengkap menerusi khidmat pesanan ringkas ‘SMS’ atau di laman sesawang peraduan. Lebih banyak pembelian, lebih besar peluang untuk menang!

a) SMS : TaipPOSLAJU< jarak >JUMLAH TRANSAKSI< jarak >NAMA< jarak >NO KP< jarak >NO RESIT ke 62033
Contoh SMS : POSLAJU 250 Christina Hod 880927145007 41912532

b) Laman Sesawang Peraduan : www.lajuxtravaganza.poslaju.com.my

7. Produk prabayar Pos Laju boleh didapati di Pusat Pos Laju, Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Laju Go2U dan Pos-on-Wheels.

8. Hadiah terbahagi kepada 4 kategori :
a) Hadiah Xtravaganza x 1
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM9,000
b) Hadiah Super Grand x 3
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM6,000
c) Hadiah Grand x 5
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM3,000
d) Hadiah Bulanan x 60
     • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju bernilai RM1,000
     • Cabutan akan dibuat pada bulan Januari, Februari dan Mac 2018.

9. Pemenang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon untuk pengesahan maklumat diri. Peserta mestilah mempunyai maklumat dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor yang boleh dihubungi. Butiran dan syarat pengambilan hadiah juga akan diberitahu. Kegagalan untuk menghubungi pemenang dalam tiga (3) kali percubaan dan mengemukakan butiran seperti yang diminta akan menyebabkan kelayakan terbatal. Pemenang yang telah dipilih mesti menunjukan resit asal sebagai bukti pembelian

10. Pemenang yang sama layak untuk memenangi Peraduan ini lebih daripada sekali dengan mengemukakan penyertaan baharu bagi bulan-bulan berikutnya. Akan tetapi, penyertaan yang telah dipilih sebagai pemenang bulanan tidak layak untuk memenangi Hadiah Xtravaganza, Hadiah Super Grand dan Hadiah Grand.

11. Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab atau persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (staf) sebagai pemenang.

12. Bagi pemenang bulanan, pengumuman akan dibuat pada minggu kedua bulan berikutnya. Manakala untuk Hadiah Xtravaganza, Hadiah Super Grand dan Hadiah Grand, pengumuman akan dibuat dalam masa tiga (3) minggu selepas tamat Tempoh Promosi. Sila layari laman sesawang atau Facebook Pos Malaysia atau Pos Laju untuk pengumuman pemenang.

13. Pemenang boleh menebus hadiah seperti berikut :
a) Hadiah Bulanan
     Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang untuk menuntut hadiah.
b) Hadiah Xtravaganza, Hadiah Super Grand dan Hadiah Grand
     Majlis penyampaian hadiah akan dianjurkan oleh Penganjur selepas Peraduan berakhir yang mana akan diumumkan kelak

14. Hadiah mesti dituntut pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengambil semula hadiah sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.

15. Pihak Penganjur berhak menukar atau menggantikan hadiah dengan mana-mana hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis. Semua hadiah tidak boleh dipindahmilik, ditebus balik atau ditukar kepada wang tunai atau mana-mana bentuk hadiah lain.

16. Baucar penghantaran prabayar hanya boleh ditebus di cawangan Pos Laju sahaja.

17. Para pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan / atau program publisiti lain pada masa dan tempat yag ditetapkan oleh Penganjur untuk tujuan menuntut hadiah mereka dan segala kos yang terlibat perlu ditanggung sendiri.

18. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan penyertaan atau pemenang yang didapati mengubahsuai, memberi butiran palsu atau maklumat tidak lengkap.

19. Pihak Penganjur tidak akan menanggung atau bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk apa-apa kekurangan atau kerugian secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh peserta disebabkan perubahan, penyambungan, pembatalan atau penamatan Peraduan ini.

20. Dengan menyertai Peraduan ini, Penganjur berhak untuk mencetak dan mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan promosi, pengiklanan atau pengumuman para pemenang dalam media cetak atau elektronik.

21. Semua keputusan pihak Penganjur berkenaan dengan Peraduan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan.

22. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang telah ditetapkan oleh Penganjur dan juga pihak juri. Pihak Penganjur berhak untuk menukar atau meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

sumber

Untuk hantarkan penyertaan secara online, anda boleh submi di laman rasmi peraduan DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?