Peraduan Mamee ‘Makan Sampai Menang’


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengemar mee segera terutamanya Mi Cawan Mamee. Dengan pembelian mana-mana produk Mi Cawan Mamee Chef, Mamee Express atau Mamee Sllrrp yang mengambil bahagian, anda layak untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Berikut adalah produk yang mengambil bahagian:

  • MAMEE CHEF Cawan berperisa Chicken Shiitake, Curry Laksa, TomYam ataupun Lontong
  • MAMEE EXPRESS Cawan berperisa Chicken, Curry, Vegetarian ataupun Tomyam
  • MAMEE SLLRRRP Cawan berperisa Kari Berapi ataupun Kari Xtra Pedas.

Cara penghantaran dalam peraduan ini hanya boleh dihantar menerusi aplikasi Whatsap. Cara penghantarannya, jawab 1 soalan , sertakan kod unik, nombor MyKad & nama penuh ke nombor +6016 372 6297 melalui Whatsapp.

Bagaimana untuk mendapatkan Kod Unik pada produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian?

  • Dapatkan Mi Cawan MAMEE CHEF, Mi Cawan MAMEE EXPRESS dan Mi Cawan MAMEE SLLRRRP Cawan 72g, 62g: Kod unik dicetak di bahagian dalam label cawan / produk tersebut [“Bukti Pembelian”].
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan kod unik produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian:
  • Peserta dikehendaki menyimpan kesemua label yang dicetak dengan Kod Unik yang digunakan di dalam penyertaan sebagai bukti pembelian. Jika gagal membuat demikian, pihak MDD berhak membatalkan penyertaan peserta dengan serta-merta.

Setiap produk yang mengambil sudah diberikan mata atau point tertentu.

Struktur peruntukan mata seperti berikut:

  • Mi Cawan MAMEE CHEF = 2 Mata Penyertaan
  • Mi Cawan MAMEE EXPRESS = 1 Mata Penyertaan
  • Mi Cawan MAMEE SLLRRRP Cawan 72g, 62g = 1 Mata Penyertaan

Dalam peraduan ini terdapat 42 hadiah keseluruhan. Hadiah dalam peraduan ini diperuntukkan secara mingguan. Jadi Terdapat 6 hadiah mingguan setiap minggu selama peraduan ini berlangsung. Pemenang hadiah mingguan peraduan akan ditentukan seperti berikut:

  • · Enam (6) Peserta dengan jumlah jawapan yang betul dengan mata terkumpul yang tertinggi akan memenangi Hadiah Mingguan tersebut.

Pemenang akan dipilih pada SETIAP MINGGU (di dalam Tempoh Peraduan). Sila rujuk ke jadual Tempoh Peraduan Mingguan untuk menentukan tempoh penyertaan anda.

Mata terkumpul akan kembali ke KOSONG (0) pada akhir setiap Tempoh Peraduan Mingguan.

Tempoh Peraduan Mingguan (7 minggu keseluruhan di dalam tempoh peraduan)

  • Minggu 1: 13 Nov – 19 Nov 2017 (6x pemenang)
  • Minggu 2: 20 Nov – 26 Nov 2017 (6x pemenang)
  • Minggu 3: 27 Nov – 3 Dis 2017 (6x pemenang)
  • Minggu 4: 4 Dis – 10 Dis 2017 (6x pemenang)
  • Minggu 5: 11 Dis – 17 Dis 2017 (6x pemenang)
  • Minggu 6: 18 Dis – 24 Dis 2017 (6x pemenang)
  • Minggu 7: 25 Dis – 31 Dis 2017 (6x pemenang)

Jadi kalau anda memang suka makan Mi cawan Mamee tersebut, anda memang sesuailah join peraduan ini. Atau pun kalau anda bercadang  nak buat jamuan makan-makan, menu Mi Cawan Mamee ni boleh dipertimbangkan sebagai salah satu menu dalam peraduan tu.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang  nak makan atau ata keperluan untuk beli.

· Sekira terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan peraduan ini, sila hubungi pihak penganjur di talian +603 7802 8928 (pada hari dan waktu bekerja sahaja, kecuali cuti negeri dan cuti umum).

Tempoh Peraduan 13 November 2017, jam hingga 31 Disember 2017, jam 23:59:59 malam

Langkah-Langkah

Langkah 1: Beli Mi Cawan Mamee Chef, Mamee Express atau Mamee Sllrrp.

  • MAMEE CHEF Cawan berperisa Chicken Shiitake, Curry Laksa, TomYam ataupun Lontong
  • MAMEE EXPRESS Cawan berperisa Chicken, Curry, Vegetarian ataupun Tomyam
  • MAMEE SLLRRRP Cawan berperisa Kari Berapi ataupun Kari Xtra Pedas

Langkah 2: Jawab soalan ini: Terdapat TIGA (3) produk Mi Cawan Mamee yang mengambil bahagian di dalam Peraduan Mamee Makan Sampai Menang. Betul atau salah?

Langkah 3: Hantar jawapan, kod unik, nombor MyKad & nama penuh ke nombor +6016 372 6297 melalui Whatsapp.

Hadiah

Gambar sekadar hiasan sahaja. Munkin berbeza dengan hadiah sebenar.

Hadiah (Mingguan) terdiri daripada berikut: 42x Hadiah Keseluruhan.

  • Telefon pintar – iPhone terkini x 6 pemenang setiap minggu

 

Terma & Syarat

Penganjur & Kelayakan

1. Peraduan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd. [“MDD” / “Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Brunei yang mempunyai Kad Pengenalan yang sah pada 13 November 2017 [“Peserta”].

2. Individu daripada golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:

a) Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau

b) Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat, agensi pengiklanan dan/atau agensi promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

c) Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya]
Tempoh

3. Peraduan ini akan berlangsung mulai 13 November 2017, jam 0:00:00 hingga 31 Disember 2017, jam 23:59:59 malam [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas 31 Disember 2017 akan dibatalkan.

Tempoh Peraduan Mingguan (7 minggu keseluruhan di dalam tempoh peraduan)

· Minggu 1: 13 Nov – 19 Nov 2017
· Minggu 2: 20 Nov – 26 Nov 2017
· Minggu 3: 27 Nov – 3 Dis 2017
· Minggu 4: 4 Dis – 10 Dis 2017
· Minggu 5: 11 Dis – 17 Dis 2017
· Minggu 6: 18 Dis – 24 Dis 2017
· Minggu 7: 25 Dis – 31 Dis 2017

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

4. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli sebarang produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian (sila lihat “Jadual Pembelian” atau sila rujuk ke laman sesawang berikut www.facebook.com/mymameechef/.
Jadual Pembelian dan Kod Unik

5. Para peserta di kehendaki mendapat Kod Unik dari produk Mi Cawan MAMEE yang tertera di bawah.
· MAMEE CHEF Cawan berperisa Chicken Shiitake, Curry Laksa, TomYam ataupun Lontong
· MAMEE EXPRESS Cawan berperisa Chicken, Curry, Vegetarian ataupun Tomyam
· MAMEE SLLRRRP Cawan berperisa Kari Berapi ataupun Kari Xtra Pedas

6. Bagaimana untuk mendapatkan Kod Unik pada produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian?
· Dapatkan Mi Cawan MAMEE CHEF, Mi Cawan MAMEE EXPRESS dan Mi Cawan MAMEE SLLRRRP Cawan 72g, 62g: Kod unik dicetak di bahagian dalam label cawan / produk tersebut [“Bukti Pembelian”].

7. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan kod unik produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian:
· Peserta dikehendaki menyimpan kesemua label yang dicetak dengan Kod Unik yang digunakan di dalam penyertaan sebagai bukti pembelian. Jika gagal membuat demikian, pihak MDD berhak membatalkan penyertaan peserta dengan serta-merta.

8. Setiap SATU (1) kod unik produk Mi Cawan MAMEE yang sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja. Sila rujuk struktur pemberian mata yang dapat diperolehi dengan setiap jawapan yang betul melalui setiap produk Mi Cawan MAMEE yang mengambil bahagian.

9. Struktur peruntukan mata seperti berikut:
Mi Cawan MAMEE CHEF = 2 Mata Penyertaan
Mi Cawan MAMEE EXPRESS = 1 Mata Penyertaan
Mi Cawan MAMEE SLLRRRP Cawan 72g, 62g = 1 Mata Penyertaan

· Sekira terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan peraduan ini, sila hubungi pihak kami di talian +603 7802 8928 (pada hari dan waktu bekerja sahaja, kecuali cuti negeri dan cuti umum).

Cara / Mekanisme Penyertaan

10. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semus Peserta hendaklah:
· Langkah 1: Beli Mi Cawan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ (lihat Jadual Pembelian di atas) di dalam Tempoh Peraduan (13 November – 31 Disember 2017).

· Langkah 2: Jawab Soalan Peraduan yang tertera pada label Mi Cawan MAMEE ‘MAKAN SAMPAI MENANG’ dan buka label tersebut untuk mendapatkan Kod Unik anda. Hrap maklum: Label yang mengandungi Kod Unik mestilah disimpan sebagai Bukti Pembelian dan diberikan kepada Pihak Penganjur sebagai pengesahan semasa tuntutan Hadiah.

· Langkah 3: Hantarkan maklumat berikut; Jawapan kepada Soalan Peraduan, Kod Unik, Nombor MyKad dan Nama Penuh melalui aplikasi WhatsApp ke nombor +6016 372 6297 (nombor rangkaian telco di Malaysia)

11. Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan kesemua butir dengan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

12. Semua penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan kod unik yang sah akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
Pemilihan Pemenang, Hadiah-Hadiah Peraduan dan Pengumuman Pemenang Mingguan

13. Pemenang akan dipilih pada SETIAP MINGGU (di dalam Tempoh Peraduan). Sila rujuk ke jadual Tempoh Peraduan Mingguan untuk menentukan tempoh penyertaan anda.

14. Mata terkumpul akan kembali ke KOSONG (0) pada akhir setiap Tempoh Peraduan Mingguan.

15. Terdapat sejumlah 42 hadiah keseluruhan bagi peraduan ini’ bermakna 6 hadiah akan diperuntukkan pada setiap minggu.

16. Hadiah (Mingguan) terdiri daripada berikut:
· Telefon pintar – iPhone terkini x 6 pemenang setiap minggu

17. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki tetapi setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah sahaja (di sepanjang Tempoh Peraduan).

18. Pemenang hadiah mingguan peraduan akan ditentukan seperti berikut:
· Enam (6) Peserta dengan jumlah jawapan yang betul dengan mata terkumpul yang tertinggi akan memenangi Hadiah Mingguan tersebut.

19. Setiap pemenang hadiah mingguan akan menerima panggilan telefon (Isnin – Jumaat, jam 12pm – 5pm) dari Pihak Penganjur untuk menjawab SATU (1) soalan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya pemenang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat/betul, peserta yang seterusnya akan dihubungi.

20. Pemenang hadiah harian dikehendaki mengemukakan bukti pembelian dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan peserta tersebut.

21. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah atas dasar “seperti adanya” atau “as-is” dan pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna hadiah yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada risalah peraduan dan bahan-bahan cetakan yang lain.

22. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, risiko penebusan hadiah adalah tanggungjawab pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk / hadiah daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang hadiah semata-mata.

Kriteria Pengadilan

23. Keputusan pengadilan / pihak penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
Notis Pemenang

24. Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon. Panggialn telefon akan dibuat dari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja), 12pm hingga 5pm oleh Penganjur.

25. Para pemenang mesti menyerahkan bukti pembelian kepada MDD dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dihubungi. Kemudian barulah hadiah-hadiah boleh ditebus atau dihantar kepada pemenang dalam tempoh SATU (1) bulan dari tarikh notis tersebut. Penebusan atau tuntutan selepas tempoh ini adalah tidak sah dan terbatal. Pihak penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan atau tuntutan hadiah.

26. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal mengikut prosedur penebusan hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan pihak Penganjur.

27. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur, dan setakat perlu di bawah undang-undang berkaitan, semua peserta yang menjadi pemenang bersetuju membenarkan Penganjur untuk membuat pengumuman tersebut. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman sesawang atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

28. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah peraduan.
Hak Pihak Penganjur

29. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, pihak Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap:

  • o Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam maklumat para pemenang peraduan), perkara yang tidak dimasukkan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, pindaan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau tertunda, sama ada timbul semasa operasi atau transmisi atau sebaliknya disebabkan oleh fungsi server, virus, pepijat atau sebab-sebab lain yang di luar kawalannya.
  • o Peraduan ini disediakan mengikut keadaan “sedia ada”. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.
  • o Terma dan syarat ini dikawal selia oleh undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian yang berpunca atau sehubungan dengannya adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
  • o Pihak Penganjur dan penaja-penajanya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat penyertaan yang tidak betul atau tidak tepat, sama ada berpunca daripada para peserta atau oleh mana-mana peralatan atau pengaturcaraan yang berkaitan dengan atau digunakan dalam peraduan ini atau disebabkan sebarang kesilapan teknikal atau manusia yang mungkin berlaku sewaktu pemprosesan penyertaan dalam Peraduan ini.

30. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian sah.

31. Penganjur tidak akan menggantikan mana-mana hadiah tanpa notis terlebih dahulu tanpa alasan yang munasabah atau sekiranya tidak perlu.Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.

32. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlakunya liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan oleh penyertaan mereka di dalam peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah Peserta bersetuju melepaskan Penganjur dari sebarang tuntutan.
Publisiti

33. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal, membenarkan dan bersetuju bahawa pihak Penganjur dan agensinya dibenarkan untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

34. Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Peraduan ini seperti yang dinyatakan pada www.facebook.com/mymameechef atau sebaliknya adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

35. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini akan diguna pakai.

36. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.

Perubahan kepada Terma & Syarat

37. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.
Penggantungan

38. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Perlindungan Data

39. Dengan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju untuk, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, gantirugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.

40. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika diperlukan untuk tujuan menganjur Peraduan ini, atau dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
Harta Intelek

41. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.
Melainkan hak cipta dan hak harta intelek yang berkaitan dengan hadiah yang layak dimenangi oleh Peserta, semua hakcipta dan hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam paten, nama cap dagangan, hak keempunyaan yang terkandung dalam produk yang dirujuk dalam Terma dan Syarat ini, iaitu, antara lainnya, MAMEE, MAMEE CHEF, MAMA EXPRESS, MAMEE SLLRRRP adalah hak milik Penganjur sama ada didaftarkan di atas nama Penganjur ataupun tidak.

sumber

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?