Peraduan Kimball Satu Sudu Je


Anda nak wang tunai RM20? Sertai Peraduan Kimball Satu Sudu Je dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM20.Untuk menyertai peraduan ini, penyertaannya adalah PERCUMA sahaja.

Dalam peraduan ini ada 50 pemenang kesemuanya. Pemenang yang menyertakan resit bukti pembelian (bertarikh dari 1 Oktober 2017 – 31 Oktober 2017 sahaja) sekurang-kurangnya 1 botol Sos Tiram Kimball layak untuk memenangi 5x ganda hadiah wang tunai (RM100)

Ini bermakna jika anda ada beli sekurang-kurangnya 1 botol Sos Tiram Kimball dan anda menyertai peraduan ini, kemudian katakannlah anda terpilih sebagai salah seorang pemenang, maka anda akan menang hadiah RM100.

Kalau anda tak beli Sos Tiram Kimball pun tak apa, katakanlah anda terplih sebagi pemenang, anda tetap akan dapat hadiah wang tunai RM20.

Untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini, anda mestilah ada akaun Facebook. Anda perlulah jawab 1 soalan kemudian TAG 2 kawan anda pada ruangan komen posting rasmi peraduan bersama jawapan anda.

Kriteria Penghakiman & Pemilihan Pemenang
1. Penyertaan yang layak akan diadili berdasarkan kriteria berikut:

  • i. Jawapan tepat
  • ii. Jawapan diberi didalam waktu peraduan yang ditetapkan.
  • iii. 50 pemenang dipilih menggunakan formula di bawah:
    Bilangan penyertaan / 10 = XX

Contoh: 120 penyertaan / 10 = 12, 24, 36, 48, 60, 72, 84, 96, 108, 120

Semua penyertaan yang diterima oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan, yang mematuhi Kriteria Peraduan [“Penyertaan Layak”], akan dikumpulkan mengikut masa penghantaran (hari / bulan / tahun / jam / minit / saat) ke dalam satu [1] pangkalan data.

Tempoh peraduan: 1 – 31 Oktober 2017

Cara-Cara Penyertaan

Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki melengkapkan kriteria berikut [Kriteria Peraduan]:

  • i. Menonton video yang dimuatnaik di laman Facebook Kimball dan mengira berapa sudu Sos Tiram Kimball yang digunakan di dalam video tersebut.
  • ii. Peserta perlu menghantar jawapan yang tepat pada ruangan komen hantaran peraduan tersebut dan tag 2 rakan untuk berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai RM20 seperti contoh di bawah:
    CONTOH: 3 sudu Sos Tiram Kimball digunakan di dalam resipi. @Abu @Ali
  • iii. Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, anda dikehendaki untuk menyerahkan butir-butir peribadi anda termasuk Nama seperti dalam MyKad, nombor MyKad, nombor telefon, nombor akaun bank dan alamat e-mel untuk tujuan pengesahan.
  • iv. Pemenang yang menyertakan resit bukti pembelian (bertarikh dari 1 Oktober 2017 – 31 Oktober 2017 sahaja) sekurang-kurangnya 1 botol Sos Tiram Kimball layak untuk memenangi 5x ganda hadiah wang tunai (RM100)

Penyertaan boleh dihantar DISINI

Hadiah

50x peemenang: Wang tunai RM20 setiap pemenang.

  • NOTE: (Jika pemenang ada beli sos Tiram Kimball semasa tempoh peraduan (perlu ada resit), Pemenang akan dapat wang tunai RM100)

Terdapat lima puluh (50) Hadiah bagi Peraduan ini. Sekiranya pemenang menyertakan
bukti pembelian sekurang-kurangnya satu (1) botol Sos Berperisa Tiram Kimball
bertarikh antara 1 Oktober 2017 sehingga 31 Oktober 2017, pemenang layak
memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100.

TERMA & SYARAT PENYERTAAN

Maklumat mengenai cara-cara memasuki (PERADUAN KIIMBALL ‘SATU SUDU JE’) [Peraduan] dan hadiah membentuk sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan. Dengan menyertai Peraduan ini, anda menerima terma-terma dan syarat-syarat ini. Penyertaan yang tidak mengikut terma dan syarat ini akan dibatalkan.

Penganjur: Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd. (339867-V)

Cara-cara penyertaan

Kelayakan

1. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia dengan MyKad yang sah dan alamat di Malaysia yang sah dan berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2017.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini:

a. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan mereka]; dan / atau

b. Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau pembekal khidmat promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka[suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk pasangan mereka].

Tempoh
1. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Oktoberr 2017 pada pukul “00:00:01” hingga 31 Oktober, 2017 pada “23:59:59” [Tempoh Peraduan].

2. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula atau melanjutkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan

Kaedah Kemasukan
1.Peserta mesti mendaftar sebagai ahli laman web www.facebook.com [Laman Web]. Sila rujuk kepada polisi privasi Laman Web ini dan terma-terma dan syarat-syarat di Laman Web, yang mengikat ahli dan pengguna Laman Web.

2. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki melengkapkan kriteria berikut [Kriteria Peraduan]:

  • i. Menonton video yang dimuatnaik di laman Facebook Kimball dan mengira berapa sudu Sos Tiram Kimball yang digunakan di dalam video tersebut.
  • ii. Peserta perlu menghantar jawapan yang tepat pada ruangan komen hantaran peraduan tersebut dan tag 2 rakan untuk berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai RM20 seperti contoh di bawah:
    3 sudu Sos Tiram Kimball digunakan di dalam resipi. @Abu @Ali
  • iii. Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, anda dikehendaki untuk menyerahkan butir-butir peribadi anda termasuk Nama seperti dalam MyKad, nombor MyKad, nombor telefon, nombor akaun bank dan alamat e-mel untuk tujuan pengesahan.
  • iv. Pemenang yang menyertakan resit bukti pembelian (bertarikh dari 1 Oktober 2017 – 31 Oktober 2017 sahaja) sekurang-kurangnya 1 botol Sos Tiram Kimball layak untuk memenangi 5x ganda hadiah wang tunai (RM100)

3. Penyertaan berganda diterima untuk Peraduan ini.

4. Untuk menyertai Peraduan ini, setiap penyertaan yang dihantar mesti memenuhi semua kriteria yang digariskan dalam terma dan syarat ini. Mana-mana penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.

5. Penyertaan boleh dikemukakan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

6. Penyertaan yang tidak dilengkapkan mengikut terma dan syarat ini atau yang diterima selepas tamat Tempoh tidak akan dipertimbangkan. Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak boleh difahami tidak akan diambil kira. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap penyertaan yang lewat, hilang atau tersilap.

Tempoh Peraduan
1 Oktober 2017 – 31 Oktober 2017

Hadiah
1. Terdapat lima puluh (50) Hadiah bagi Peraduan ini. Sekiranya pemenang menyertakan
bukti pembelian sekurang-kurangnya satu (1) botol Sos Berperisa Tiram Kimball
bertarikh antara 1 Oktober 2017 sehingga 31 Oktober 2017, pemenang layak
memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100.

2. Pemenang Peraduan akan diumumkan selepas Peraduan berakhir di Laman Facebook Kimball Malaysia. Hanya satu (1) hadiah untuk setiap pemenang tidak kira berapa penyertaan dihantar.

3. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar. Di mana berlakunya hadiah (atau sebahagian daripada hadiah) tidak tersedia atas apa-apa sebab, pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah (atau sebahagian daripada hadiah itu) dengan hadiah lain yang bernilai dan / atau mempunyai spesifikasi yang sama, tertakluk kepada sebarang kelulusan yang diperlukan dari pihak berkuasa berkaitan dengan perjudian, pemenang akan diberitahu dengan sewajarnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan kepada nilai pasaran bagi produk yang ditawarkan sebagai hadiah.

4. Semua kos atau keperluan yang berkaitan dengan hadiah dan juga penebusan hadiah yang lain adalah tanggungjawab pemenang. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa implikasi cukai yang mungkin timbul daripada hadiah dimenangi. Nasihat kewangan bebas harus dirujuk.

5. Pihak Penganjur berhak untuk menolak dari membenarkan pemenang hadiah atau tetamu mereka untuk mengambil mana-mana komponen hadiah jika pihak Penganjur mengikut budi bicara mutlak mereka, mendapati bahawa pemenang hadiah atau tetamu mereka tidak berada dalam keadaan mental atau fizikal yang diperlukan untuk menikmati atau menggunakan hadiah dengan selamat.

Kriteria Penghakiman & Pemilihan Pemenang
1. Penyertaan yang layak akan diadili berdasarkan kriteria berikut:

  • i. Jawapan tepat
  • ii. Jawapan diberi didalam waktu peraduan yang ditetapkan.
  • iii. 50 pemenang dipilih menggunakan formula di bawah:
    Bilangan penyertaan / 10 = XX

Contoh: 120 penyertaan / 10 = 12, 24, 36, 48, 60, 72, 84, 96, 108, 120

2. Semua penyertaan yang diterima oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan, yang mematuhi Kriteria Peraduan [“Penyertaan Layak”], akan dikumpulkan mengikut masa penghantaran (hari / bulan / tahun / jam / minit / saat) ke dalam satu [1] pangkalan data.

Liabiliti dan Tanggungjawab

1. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat pengambilan bahagian dalam Peraduan ini, penebusan dan / atau penggunaan hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa-apa cara sekalipun.

2. Semua pengangkutan, kos rakaman peribadi dan / atau sebarang kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta.

3. Penganjur tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, perampasan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses yang tidak dibenarkan kepada, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kesilapan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan web atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di Internet dan / atau laman web.

4. Peserta juga bersetuju bahawa Penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada peserta dan / atau komputer mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk bermain, memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web Campbell Soup Southeast Asia atau Kimball dan berkaitan dengan Peraduan ini, termasuk tanpa had sebarang kegagalan pelayan web, kehilangan, kelewatan atau kerosakan data atau kerosakan lain.

5. PERADUAN KIMBALL SATU SUDU JE disediakan atas dasar “sedia ada” dan, melainkan dilarang oleh undang-undang, pihak Penganjur secara nyata menolak sebarang jaminan dalam apa jua bentuk, termasuk, tetapi tidak terhad kepada waranti kebolehgunaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, dan bukan pelanggaran. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan sebarang keputusan khusus daripada penggunaan laman web korporat Campbell Soup Southeast Asia atau Kimball. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang anda perolehi daripada kami, atau melalui laman web korporat Campbell Soup Southeast Asia atau Kimball akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak dinyatakan di sini.

6. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi sebarang kelewatan dan / atau kegagalan menerima penyertaan yang disebabkan oleh ketidakupayaan Pembekal Perkhidmatan Internet masing-masing [ISP] Syarikat dan / atau rangkaian telekomunikasi untuk menyediakan internet tepat pada masanya dan / atau perkhidmatan dan / atau telekomunikasi yang cekap.

Hak Penganjur
1. Dengan menghantar penyertaan anda untuk Peraduan ini, semua peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelek dalam semua penyertaan akan menjadi kepunyaan Penganjur. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua peserta, menyiarkan nama-nama peserta, dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut bagi apa-apa iklan, perdagangan, tujuan promosi dan untuk apa-apa sebab lain sekalipun, tanpa sebarang notis kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau apa-apa bayaran atau pampasan berhubung dengan sebarang maklumat ini atau entri mereka. Untuk mengelakkan keraguan, penyertaan yang dikemukakan tidak akan diedit untuk tujuan pengadilan.

2. Penganjur juga berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan penyertaan dan peserta (termasuk identiti peserta, umur dan alamat). Kesilapan dan ketinggalan boleh diterima mengikut budi bicara Penganjur. Kegagalan oleh pihak Penganjur untuk menguatkuasakan mana-mana hak tersebut pada mana-mana peringkat tidak merupakan penepian hak itu.

3. Jika terdapat pertikaian tentang identiti peserta, pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menentukan identiti peserta.

4. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan atau perbelanjaan (termasuk perbelanjaan undang-undang), kos atau caj yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian langsung, tidak langsung atau berturutan) atau apa-apa kehilangan, kerosakan atau kecederaan diri (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian langsung, tidak langsung atau berturutan) yang dialami atau dikekalkan, akibat mengambil bahagian dalam Peraduan ini, atau penggunaan mana-mana hadiah, kecuali bagi apa-apa liabiliti yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang. Di samping itu, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peraduan tidak termasuk liabiliti bagi apa-apa masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, komputer dalam talian sistem, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, atau kesesakan trafik di Internet atau mana-mana laman web, pembawa telefon pintar atau sebarang campur tangan yang tidak dibenarkan, atau mana-mana kombinasi itu, termasuk apa-apa yang tidak dihantar atas kerosakkan penyertaan kepada pihak Penganjur, kecederaan atau kerosakan kepada peserta atau mana-mana komputer individu lain yang berkaitan atau akibat daripada penyertaan dalam atau memuat turun atau memuat naik apa-apa bahan-bahan dalam Peraduan ini.

5. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, mengisytiharkan mana-mana atau semua penyertaan yang dibuat oleh seorang peserta tidak sah jika peserta:
a. gagal untuk membuktikan kelayakan mereka untuk menyertai Peraduan ini; atau
b. mengganggu proses penyertaan atau mendapat kelebihan dari gangguan itu;
c. menghantar penyertaan yang tidak selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat

6. Tanpa mengehadkan mana-mana terma di dalam ini, peserta bersetuju untuk menanggung rugi Penganjur bagi apa-apa pelanggaran terma di atas.

7. Jika di atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak mampu berlangsung seperti yang dirancang, termasuk akibat jangkitan oleh virus komputer, pepijat, kerugian tuntutan, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, yang merosakkan atau menjejaskan keselamatan pentadbiran, keadilan atau integriti atau perilaku yang betul Peraduan ini, pihak Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya boleh mengambil apa-apa tindakan yang ada, dan untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung Peraduan ini, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan / Kerajaan Negeri.

sumber

Jawapan boleh dicari dari SINI

Penyertaan boleh dihantar DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?