Peraduan Brylcreem Beli & Barcelona


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna Gel rambut Brylcreem. Dengan pembelian satu Brylcreem Gel 60ml, Brylcreem Gel 125ml, atau Brylcreem Gel 150ml, anda layak untuk sertai peraduan.

Cara untuk untuk menghantar penyertaan dalam peraduan ini hanya boleh dihantar menggunakan aplikasi Whatsap sahaja.

Caranya ialah ambil gambar resit pembelian tersebut jawab, satu soalan & sertakan detail peribadi anda seperti nama seperti dalam no IC, No kad pengenalan dan Whasap detail tersebut ke no. Whatsap 014-9623855

Dan jangan lupa simpan resit tersebut elok-elok, mana tau kut-kut anda terpilih sebagai pemenang anda dikehendaki untuk pos resit tersebut kepada pihak pegenajur.;

Dalam peraduan ini ada 2 kategori Hadiah iaitu hadiah Besar dan hadiah Mingguan.

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan dengan kaedah no bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky draw lah. Walaupun beli 1 Gel rambut Brylcreem ni, kebarangkalian peluang nak menang hadiah tu tetap ada.

PROSES PEMILIHAN PEMENANG
1. Hadiah-Hadiah Besar: Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah besar yang kemudian akan dibahagi dengan:

a. Tiga [3] untuk mendapatkan tiga [3] nombor bersiri untuk Peserta Terpilih memenangi Hadiah Utama.

b. Lima [5] untuk mendapatkan lima [5] nombor bersiri untuk Peserta Terpilih memenangi Hadiah Sagu Hati.
Sekiranya pembahagian menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor bersiri akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Contoh pemilihan Hadiah Utama: Jika nombor bersiri Penyertaan Layak berjumlah 8036, maka 8036 akan dibahagi dengan 3 dan menghasilkan 2678.6 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 2678. Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri 2678, 5356 dan 8034 akan dipilih sebagai Peserta terpilih untuk memenangi tiga (3) Hadiah Utama.

Contoh pemilihan Hadiah Sagu Hati: Jika nombor bersiri Penyertaan Layak mencapai 8036, maka 8036 akan dibahagi dengan 5 dan menghasilkan 1607.2 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 1607. Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri 1607, 3214, 4821, 6428 dan 8035 akan dipilih sebagai Peserta terpilih untk memenangi lima (5) Hadiah Sagu Hati.

2. Setiap Pemenang terpilih layak untuk memenangi hanya satu (1) Hadiah-hadiah Besar dengan nilai paling tinggi.

3. Hadiah Mingguan: Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah besar untuk setiap minggu yang kemudian akan dibahagi dengan satu ratus [100] untuk mendapatkan satu ratus [100] nombor bersiri untuk Peserta terpilih memenangi Hadiah Mingguan.

Sekiranya pembahagian menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor bersiri akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Contoh: Jika nombor bersiri Penyertaan Layak untuk Minggu 1 mencapai 803, maka 803 akan dibahagi dengan 100 dan menghasilkan 8.3 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 8. Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri 8, 16, 24, 32, 40 dan seterusnya akan dipilih sebagai Peserta terpilih untuk memenangi satu ratus (100) Hadiah Mingguan untuk Minggu 1.

4. Setiap Pemenang terpilih layak untuk memenangi hanya satu (1) Hadiah-hadiah Besar dengan nilai paling tinggi dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

5. Setiap Peserta terpilih mesti menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk memenangi Hadiah. Penganjur akan menghubungi Peserta Terpilih melalui nombor hubungan yang diberikan semasa proses mengemukakan Penyertaan. Peserta digalakkan supaya sentiasa mengaktifkan nombor hubungan mereka.

6. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika dihubungi, memilih untuk tidak menjawab soalan, gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta dan membatalkan hadiah, atau Peserta layak seterusnya boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan jika Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

7. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan menukar proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayani. Penganjur berhak untuk membuat pilihan Pemenang secara muktamad dan surat-menyurat berkaitan pemilihan Pemenang Peraduan tidak akan dilayani.

8. Peserta/Pemenang dikehendaki menunjukkan Bukti Pengenalan semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk pengesahan. Bukti Pengenalan yang diterima oleh Penganjur adalah: Kad Pengenalan Diri Malaysia/Pasport/Lesen Memandu yang sah. Kegagalan untuk menunjukkan sebarang Bukti Pengenalan memberikan hak kepada Penganjur membatalkan Peserta/Pemenang.

9. Semua Pemenang mesti menuntut Hadiah seperti yang dinyatakan dan dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut Hadiah mereka pada hari dan masa yang ditetapkan, Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah.

10. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan terma dan syarat yang dikenakan ke atas semua Hadiah, jika ada.

11. Pemenang bertanggungjawab terhadap sebarang cukai berkaitan dan perbelanjaan yang tidak dinyatakan dalam butir-butir Hadiah. Penganjur tidak menjamin ketersediaan Hadiah dan Penganjur berhak menggunakan budi bicara penuh dan mutlaknya untuk menggantikan dan/atau menukar Hadiah yang dimenangi dengan Hadiah lain yang sama nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejen atau penajanya. sumber

Jadi kalau anda ada beli Gel rambut Brylcreem ni dalam tempoh peraduan , jangan lupa minta resit tu, sebab anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini. Daripada anda buang resit tu, baik hantarkan penyertaan dalam peraduan ini, daripada tak dapat apa-apa.

Tempoh Peraduan: 1 September 2017 hingga 31 Oktober 2017

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir. Beli jika anda memang nak guna atau ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara

Hadiah

HADIAH-HADIAH BESAR
1. Hadiah Utama: Pakej Pelancongan 6H4M untuk 4 orang ke Barcelona bernilai RM36,000 setiap satu x 3 Pemenang.
2. Hadiah Sagu Hati: Samsung Galaxy S8 bernilai RM3,299 setiap satu x 5 Pemenang.

HADIAH-HADIAH MINGGUAN
1. Hadiah Mingguan: Baucar Petrol bernilai RM50 setiap satu x 100 Pemenang x 8 minggu.
2. Tempoh mingguan adalah seperti berikut:

Minggu 1:1 Sept – 7 Sept 2017
Minggu 2:8 Sept – 14 Sept 2017
Minggu 3:15 Sept – 21 Sept 2017
Minggu 4:22 Sept – 28 Sept 2017
Minggu 5:29 Sept – 5 Okt 2017
Minggu 6:6 Okt – 12 Okt 2017
Minggu 7:13 Okt – 19 Okt 2017
Minggu 8: 20 Okt- 31 Okt 2017

Terma & Syarat

Terma-terma & Syarat-syarat
Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan Brylcreem Beli & Barcelona (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 1hb September 2017, 12:00pg dan berakhir pada 31hb Oktober 2017, 11:59ptg (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.
Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan dalam versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

KELAYAKAN
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Peserta dikehendaki membeli produk-produk Brycreem Gel dan menyimpan resit asal (“Bukti Pembelian”) agar berpeluang memenangi Peraduan. Penganjur boleh meminta Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya peserta dipilih sebagai pemenang.
3. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

KAEDAH MENYERTAI PERADUAN
1. Untuk menyertai Peraduan ini dan merebut peluang untuk menang, semua Peserta mesti membeli sebarang produk Brylcreem Gel dalam satu resit dari mana-mana saluran runcit atau laman E-dagang di Malaysia (“Produk”).

2. Peserta mesti menjawab Betul atau Salah kepada satu soalan peraduan untuk melayakkan diri. Soalan Peraduan adalah:

PENYERTAAN PERADUAN MELALUI APLIKASI WHATSAPP
1. Peserta mesti menulis butir-butir diri mereka yang dikehendaki iaitu nama penuh, nombor pengenalan, jawapan yang betul kepada soalan di atas dan tandakan Produk yang dibeli.

2. Ambil satu (1) gambar yang jelas menunjukkan Bukti Pembelian dan hantar gambar melalui aplikasi WhatsApp ke 014-9623855 dalam satu (1) mesej (“Penyertaan”). Penganjur TIDAK AKAN menghantar laporan perakuan penerimaan Penyertaan.

3. Talian telefon khas telah disediakan oleh Penganjur untuk menerima Penyertaan yang dikemukakan oleh Peserta untuk Peraduan ini sahaja. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan tetapi setiap Penyertaan mesti disertakan dengan satu Bukti Pembelian yang belum pernah dikemukakan. Setiap Bukti Pembelian layak untuk satu (1) Penyertaan sahaja.

4. Penganjur berhak untuk membatalkan Penyertaan dengan gambar dan/atau butir-utir Peserta yang tidak jelas, Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca dan/atau berulang.

PERUNTUKAN NOMBOR BERSIRI
1. Penyertaan Bukti Pembelian dengan butir-butir Peserta yang dikehendaki dan jawapan betul yang diterima akan diluluskan oleh Penganjur sebagai Penyertaan yang layak (“Penyertaan Layak”).

2. Setiap Penyertaan Layak yang diterima akan diperuntukkan peluang kemenangan berdasarkan jumlah pembelian Produk seperti yang dinyatakan dalam Bukti Pembelian. Maksimum sembilan (9) peluang kemenangan akan diperuntukkan untuk setiap Penyertaan Layak yang diterima.

3. Penganjur akan mengecap satu nombor bersiri berturutan pada Penyertaan Layak yang diterima berdasarkan peluang kemenangan yang diperuntukkan bermula dengan nombor “1” (“Nombor Bersiri”).

4. Penganjur akan memperuntukkan peluang kemenangan berdasarkan jumlah pembelian Produk seperti yang ditunjukkan dalam Bukti Pembelian sebagaimana berikut:

HADIAH-HADIAH BESAR
1. Hadiah Utama: Pakej Pelancongan 6H4M untuk 4 orang ke Barcelona bernilai RM36,000 setiap satu x 3 Pemenang.
2. Hadiah Sagu Hati: Samsung Galaxy S8 bernilai RM3,299 setiap satu x 5 Pemenang.

HADIAH-HADIAH MINGGUAN
1. Hadiah Mingguan: Baucar Petrol bernilai RM50 setiap satu x 100 Pemenang x 8 minggu.
2. Tempoh mingguan adalah seperti berikut:

Minggu 1:1 Sept – 7 Sept 2017
Minggu 2:8 Sept – 14 Sept 2017
Minggu 3:15 Sept – 21 Sept 2017
Minggu 4:22 Sept – 28 Sept 2017
Minggu 5:29 Sept – 5 Okt 2017
Minggu 6:6 Okt – 12 Okt 2017
Minggu 7:13 Okt – 19 Okt 2017
Minggu 8: 20 Okt- 31 Okt 2017

PROSES PEMILIHAN PEMENANG
1. Hadiah-Hadiah Besar: Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah besar yang kemudian akan dibahagi dengan:

a. Tiga [3] untuk mendapatkan tiga [3] nombor bersiri untuk Peserta Terpilih memenangi Hadiah Utama.

b. Lima [5] untuk mendapatkan lima [5] nombor bersiri untuk Peserta Terpilih memenangi Hadiah Sagu Hati.
Sekiranya pembahagian menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor bersiri akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Contoh pemilihan Hadiah Utama: Jika nombor bersiri Penyertaan Layak berjumlah 8036, maka 8036 akan dibahagi dengan 3 dan menghasilkan 2678.6 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 2678. Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri 2678, 5356 dan 8034 akan dipilih sebagai Peserta terpilih untuk memenangi tiga (3) Hadiah Utama.

Contoh pemilihan Hadiah Sagu Hati: Jika nombor bersiri Penyertaan Layak mencapai 8036, maka 8036 akan dibahagi dengan 5 dan menghasilkan 1607.2 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 1607. Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri 1607, 3214, 4821, 6428 dan 8035 akan dipilih sebagai Peserta terpilih untk memenangi lima (5) Hadiah Sagu Hati.

2. Setiap Pemenang terpilih layak untuk memenangi hanya satu (1) Hadiah-hadiah Besar dengan nilai paling tinggi.

3. Hadiah Mingguan: Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada semua Penyertaan Layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah besar untuk setiap minggu yang kemudian akan dibahagi dengan satu ratus [100] untuk mendapatkan satu ratus [100] nombor bersiri untuk Peserta terpilih memenangi Hadiah Mingguan.

Sekiranya pembahagian menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor bersiri akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Contoh: Jika nombor bersiri Penyertaan Layak untuk Minggu 1 mencapai 803, maka 803 akan dibahagi dengan 100 dan menghasilkan 8.3 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 8. Peserta yang diperuntukkan Nombor Bersiri 8, 16, 24, 32, 40 dan seterusnya akan dipilih sebagai Peserta terpilih untuk memenangi satu ratus (100) Hadiah Mingguan untuk Minggu 1.

4. Setiap Pemenang terpilih layak untuk memenangi hanya satu (1) Hadiah-hadiah Besar dengan nilai paling tinggi dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

5. Setiap Peserta terpilih mesti menjawab satu (1) soalan dengan betul untuk memenangi Hadiah. Penganjur akan menghubungi Peserta Terpilih melalui nombor hubungan yang diberikan semasa proses mengemukakan Penyertaan. Peserta digalakkan supaya sentiasa mengaktifkan nombor hubungan mereka.

6. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika dihubungi, memilih untuk tidak menjawab soalan, gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta dan membatalkan hadiah, atau Peserta layak seterusnya boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan jika Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

7. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan menukar proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayani. Penganjur berhak untuk membuat pilihan Pemenang secara muktamad dan surat-menyurat berkaitan pemilihan Pemenang Peraduan tidak akan dilayani.

8. Peserta/Pemenang dikehendaki menunjukkan Bukti Pengenalan semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk pengesahan. Bukti Pengenalan yang diterima oleh Penganjur adalah: Kad Pengenalan Diri Malaysia/Pasport/Lesen Memandu yang sah. Kegagalan untuk menunjukkan sebarang Bukti Pengenalan memberikan hak kepada Penganjur membatalkan Peserta/Pemenang.

9. Semua Pemenang mesti menuntut Hadiah seperti yang dinyatakan dan dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut Hadiah mereka pada hari dan masa yang ditetapkan, Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah.

10. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan terma dan syarat yang dikenakan ke atas semua Hadiah, jika ada.

11. Pemenang bertanggungjawab terhadap sebarang cukai berkaitan dan perbelanjaan yang tidak dinyatakan dalam butir-butir Hadiah. Penganjur tidak menjamin ketersediaan Hadiah dan Penganjur berhak menggunakan budi bicara penuh dan mutlaknya untuk menggantikan dan/atau menukar Hadiah yang dimenangi dengan Hadiah lain yang sama nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejen atau penajanya.

12. Semua Hadiah diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja dalam “keadaan seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa waranti atau jaminan dalam apa bentuk sekalipun, sama ada tersurat atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menandatangani surat pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.

HAK PENGANJUR
1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan.

2. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut.

3. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:
a. Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.

b. Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.

c. Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.

d. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.

4. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.

5. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.

2. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah untuk Peraduan ini.

3. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.4. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.

5. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.

6. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.

7. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.

8. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan dan/atau Program.

9. Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya.

10. Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi.

11. Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –

a. Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau

b. Peserta memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau

c. menurut penentuan tunggal Penganjur, Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan melalui fraud, penipuan atau perdayaan; atau

12. Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

13. Meskipun Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Penganjur.

Untuk baca terma &syarat Penuh boleh baca DISINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?