Peraduan Spritzer SEA Games ’Sports Maniac’


Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna atau peminum air mineral Spritzer. Dengan pembelian mana-mana botol Air Mineral Semulajadi Spritzer 600ml atau 1.5L  (Label Harimau) dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan ada layak untuk sertai peraduan ini.

Contoh Gambar Botol Air Mineral Spritzer Label Harimau

Kalau anda nak Beli, cari botol Spritzer yang ada gambar Harimau. Yang tu ada QR code. Sebab kalau nak submit penyertaan atau nak qualify dalam game sport ni mesti scan QR code tu dulu baru boleh join (kod bawah penutup.)

Untuk Menyertai atau submit penyertaan dalam peraduan ini, Anda perlulah scan QR code dibawah penutup tu menggunakan apliaksi We Chat (preferred). Kemudian dah masuk dalam tu daftar dan main game yang disediakan.

Nasihat dari eMenang kepada semua, jangan beli semata-mata untuk join peraduan ni sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli sahaja.

Hadiah & Cara Pemilihan Pemenang.

Dalam peraduan ini ada 2 kategori Hadiah iaitu Hadiah Peringkat A (Hadiah Terutama) dan Hadiah Peringkat B (Hadiah Mingguan).

Untuk makluman anda, Hadiah Grand Prize perlu ditentukan oleh calon peserta Grand Prize dalam satu acara yang akan berlangsung di Lembah Klang untuk menentukan samada peserta itu berjaya memenangi hadiah Grand Prize atau tidak.

Calon peserta untuk acara Grand Prize ini dipilih daripada peserta yang menghantar penyertaan tertinggi yang layak semasa tempoh peraduan.

Jika calon peserta Grand Prize tersebut tidak berjaya dalam acara tersebut, beliau hanya akan memenangi hadiah Pertama iaitu 10,000 Mata AirAsia BIG  dan satu tahun bekalan Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM11,000.00. (Maksudnya hadiah Grand Prize “burn” – tiada siapa yang menang).

Untuk hadiah Terutama yang lain (Hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga) pemenang dipilih daripada peserta yang menghantar penyertaan tertinggi layak yang berikutnya (turun kebawah).

Bagi hadiah mingguan, Hadiahnya adalah berbeza setiap minggu. Peraduan ini akan diadakan selama 8 Minggu seperti berikut:

a. Minggu Peraduan 1: 01 Ogos 2017 – 13 Ogos 2017;
b. Minggu Peraduan 2: 14 Ogos 2017 – 20 Ogos 2017;
c. Minggu Peraduan 3: 21 Ogos 2017 – 27 Ogos 2017;
d. Minggu Peraduan 4: 28 Ogos 2017 – 03 September 2017;
e. Minggu Peraduan 5: 04 September 2017 – 10 September 2017;
f. Minggu Peraduan 6: 11 September 2017 – 17 September 2017;
g. Minggu Peraduan 7: 18 September 2017 – 24 September 2017;
h. Minggu Peraduan 8: 25 September 2017 – 30 September 2017.

Cara Pemilihan Hadiah Mingguan

Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dan dibahagikan dengan jumlah hadiah yang diperuntukkan dan ditambah 0.5 (Kiranya mcam lucky drawlah).

Sebagai contoh untuk Minggu Peraduan 1: jika terdapat sebanyak 939 penyertaan layak, nombor ini akan dibahagikan dengan 15.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 60.
Maka penyertaan layak ke-60, ke-120, ke-180 dan seterusnya akan disenarai pendekkan sebagai pemenang Hadiah Mingguan yang layak dan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan untuk Minggu Peraduan tersebut.

Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-60 adalah penyertaan layak ke-59.

Peringkat B – Hadiah Mingguan

  • Hadiah Mingguan 1 x 15 pemenang: Tiket Pembukaan Kuala Lumpur 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 2 x 15 pemenang: Tiket Penutupan Kuala Lumpur 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 3 x 45 pemenang: Kemeja T edisi terhad Spritzer SEA Games 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 4 x 45 pemenang: Kemeja T edisi terhad Spritzer SEA Games 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 5 x 30: Beg sukan berjenama (bernilai RM100.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 6 x 40: Dispenser mini edisi terhad SEA Games (bernilai RM80.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 7 x 20: Barangan sukan berjenama (bernilai RM200.00) setiap satu.
  • Hadiah Mingguan 8 x 20: Raket badminton berjenama (bernilai RM250.00) setiap satu.

Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah (kecuali untuk tiket-tiket Pembukaan dan Penutupan Kuala Lumpur 2017). Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.

Semua hadiah yang diberikan mesti dituntut daripada alamat berikut:

Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6,
Seksyen 33, 40400 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Peraduan Spritzer SEA Games ’Sports Maniac’ akan berlangsung dari 1 Ogos 2017, 8:00 pagi hingga 30 September 2017, 11:59 malam.

Nasihat dari eMenang : Jangan beli semata-mata untuk join peraduan ni sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli sahaja.

Cara-Cara:

Untuk menyertai Peraduan:
a. Para peserta mestilah membeli mana-mana botol Air Mineral Semulajadi Spritzer 600ml atau 1.5L dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan.

b. Imbas kod QR unik yang terdapat di bawah penutup botol (kod QR unik terdapat pada setiap penutup). Ini akan membawa peserta ke laman mikro Permainan ‘Online’. (WeChat-preferred scanner. Each QR Code is unique & gives you credits)

c. Daftar di ‘online’ dan ikuti arahan untuk bermain Permainan ‘Online’ tersebut. (available on Mobile only)

d. Untuk kelayakan dalam pemilihan pemenang Peringkat A, para peserta mesti berjaya menyelesaikan kesemua sepuluh (10) peringkat Permainan ‘Online’.

e. Untuk kelayakan dalam pemilihan pemenang Peringkat B, para peserta mesti mengimbas kod QR unik yang sah, melengkapkan pendaftaran ‘online’ dan bermain Permainan ‘Online’ sekurang-kurangnya satu (1) kali.

Hadiah

Hadiah-hadiah Peraduan:

a. Peringkat A – Hadiah Terutama:

  • Hadiah Utama x 1: Jongkong emas dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM51,000.00.
  • Hadiah Pertama x 1: 10,000 mata AirAsia BIG dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM11,000.00.
  • Hadiah Kedua x 2: 3,000 mata AirAsia BIG dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM4,000.00 setiap satu.
  • Hadiah Ketiga x 3: 1,000 mata AirAsia BIG dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM2,000.00 setiap satu.

b. Peringkat B – Hadiah Mingguan x 230:
i. Hadiah Mingguan 1 x 15 pemenang: Tiket Pembukaan Kuala Lumpur 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.

ii. Hadiah Mingguan 2 x 15 pemenang: Tiket Penutupan Kuala Lumpur 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.

iii. Hadiah Mingguan 3 x 45 pemenang: Kemeja T edisi terhad Spritzer SEA Games 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.

iv. Hadiah Mingguan 4 x 45 pemenang: Kemeja T edisi terhad Spritzer SEA Games 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.
v. Hadiah Mingguan 5 x 30: Beg sukan berjenama (bernilai RM100.00) setiap satu.

vi. Hadiah Mingguan 6 x 40: Dispenser mini edisi terhad SEA Games (bernilai RM80.00) setiap satu.

vii. Hadiah Mingguan 7 x 20: Barangan sukan berjenama (bernilai RM200.00) setiap satu.

viii. Hadiah Mingguan 8 x 20: Raket badminton berjenama (bernilai RM250.00) setiap satu.

c. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat A dan satu (1) hadiah Peringkat B sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

d. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah (kecuali untuk tiket-tiket Pembukaan dan Penutupan Kuala Lumpur 2017). Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.

e. Semua hadiah yang diberikan adalah tertakluk kepada pengesahan akhir kelayakan dan pematuhan kepada Terma & Syarat ini.

f. Semua hadiah yang diberikan mesti dituntut daripada alamat berikut:

Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6,
Seksyen 33, 40400 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Terma & Syarat

1. Peraduan Spritzer SEA Games ’Sports Maniac’ akan berlangsung dari 1 Ogos 2017, 8:00 pagi hingga 30 September 2017, 11:59 malam (“Tempoh Peraduan”). Chuan Sin Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama 8 Minggu Peraduan seperti berikut:

a. Minggu Peraduan 1: 01 Ogos 2017 – 13 Ogos 2017;
b. Minggu Peraduan 2: 14 Ogos 2017 – 20 Ogos 2017;
c. Minggu Peraduan 3: 21 Ogos 2017 – 27 Ogos 2017;
d. Minggu Peraduan 4: 28 Ogos 2017 – 03 September 2017;
e. Minggu Peraduan 5: 04 September 2017 – 10 September 2017;
f. Minggu Peraduan 6: 11 September 2017 – 17 September 2017;
g. Minggu Peraduan 7: 18 September 2017 – 24 September 2017;
h. Minggu Peraduan 8: 25 September 2017 – 30 September 2017.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Ogos 2017) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Untuk menyertai Peraduan:
a. Para peserta mestilah membeli mana-mana botol Air Mineral Semulajadi Spritzer 600ml atau 1.5L dari mana-mana pasar raya/kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan.

b. Imbas kod QR unik yang terdapat di bawah penutup botol (kod QR unik terdapat pada setiap penutup). Ini akan membawa peserta ke laman mikro Permainan ‘Online’.
c. Daftar di ‘online’ dan ikuti arahan untuk bermain Permainan ‘Online’ tersebut.

d. Untuk kelayakan dalam pemilihan pemenang Peringkat A, para peserta mesti berjaya menyelesaikan kesemua sepuluh (10) peringkat Permainan ‘Online’.

e. Untuk kelayakan dalam pemilihan pemenang Peringkat B, para peserta mesti mengimbas kod QR unik yang sah, melengkapkan pendaftaran ‘online’ dan bermain Permainan ‘Online’ sekurang-kurangnya satu (1) kali.

4. Cara pemilihan pemenang:
a. Peringkat A – Hadiah Terutama: Hadiah Utama x 1, Hadiah Pertama x 1, Hadiah Kedua x 2 dan Hadiah Ketiga x 3:
i. Para pemenang Peringkat A yang layak akan ditentukan daripada para peserta yang berjaya menyelesaikan kesemua sepuluh (10) peringkat Permainan ‘Online’. Peserta dengan jumlah penyertaan layak tertinggi diterima (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan akan disenarai pendekkan sebagai pemenang Hadiah Utama yang layak.

ii. Pemenang layak Hadiah Utama akan dijemput ke Lembah Kelang untuk mengambil bahagian dalam satu acara untuk menentukan sama ada peserta adalah pemenang Hadiah Utama dan jika gagal, peserta akan memenangi Hadiah Pertama dan Hadiah Utama akan dibatalkan. Semua kos perjalanan dan sebarang perbelanjaan dalam menyertai acara ini akan ditanggung oleh peserta.

iii. Senario 1 (pemenang layak Hadiah Utama memenangi Hadiah Utama): Peserta dengan jumlah penyertaan layak kedua tertinggi diterima (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan berpeluang memenangi Hadiah Pertama, dua (2) peserta dengan jumlah penyertaan layak tertinggi diterima seterusnya (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan berpeluang memenangi Hadiah Kedua setiap satu, manakala tiga (3) peserta dengan jumlah penyertaan layak tertinggi diterima berikutnya (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan berpeluang memenangi Hadiah Ketiga setiap satu.

iv. Senario 2 (pemenang layak Hadiah Utama memenangi Hadiah Pertama): Dua (2) peserta dengan jumlah penyertaan layak tertinggi diterima seterusnya (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan berpeluang memenangi Hadiah Kedua setiap satu, manakala tiga (3) peserta dengan jumlah penyertaan layak tertinggi diterima berikutnya (berdasarkan kod-kod QR unik sah yang diimbas) pada akhir Tempoh Peraduan berpeluang memenangi Hadiah Ketiga setiap satu.

v. Sekiranya berlaku seri (jumlah penyertaan layak yang sama), para peserta akan diminta untuk memberikan slogan kreatif (20 perkataan) bagi “Mengapakah anda patut memenangi hadiah”. Slogan yang paling kreatif akan menang.

b. Peringkat B – Hadiah Mingguan x 230:
i. Para peserta yang telah melengkapkan langkah-langkah berikut akan layak untuk pemilihan Hadiah Mingguan –mengimbas kod QR unik yang sah, melengkapkan pendaftaran ‘online’ dan bermain Permainan ‘Online’.

ii. Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dan dibahagikan dengan jumlah hadiah yang diperuntukkan dan ditambah 0.5, sebagai contoh untuk Minggu Peraduan 1: jika terdapat sebanyak 939 penyertaan layak, nombor ini akan dibahagikan dengan 15.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 60. Maka penyertaan layak ke-60, ke-120, ke-180 dan seterusnya akan disenarai pendekkan sebagai pemenang Hadiah Mingguan yang layak dan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan untuk Minggu Peraduan tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-60 adalah penyertaan layak ke-59.

c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

5. Hadiah-hadiah Peraduan:

a. Peringkat A – Hadiah Terutama:
i. Hadiah Utama x 1: Jongkong emas dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM51,000.00.
ii. Hadiah Pertama x 1: 10,000 mata AirAsia BIG dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM11,000.00.
iii. Hadiah Kedua x 2: 3,000 mata AirAsia BIG dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM4,000.00 setiap satu.
iv. Hadiah Ketiga x 3: 1,000 mata AirAsia BIG dan bekalan satu tahun Air Mineral Semulajadi Spritzer bernilai RM2,000.00 setiap satu.

b. Peringkat B – Hadiah Mingguan:
i. Hadiah Mingguan 1 x 15 pemenang: Tiket Pembukaan Kuala Lumpur 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.

ii. Hadiah Mingguan 2 x 15 pemenang: Tiket Penutupan Kuala Lumpur 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.

iii. Hadiah Mingguan 3 x 45 pemenang: Kemeja T edisi terhad Spritzer SEA Games 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.

iv. Hadiah Mingguan 4 x 45 pemenang: Kemeja T edisi terhad Spritzer SEA Games 2017 (bernilai RM100.00) setiap satu.
v. Hadiah Mingguan 5 x 30: Beg sukan berjenama (bernilai RM100.00) setiap satu.

vi. Hadiah Mingguan 6 x 40: Dispenser mini edisi terhad SEA Games (bernilai RM80.00) setiap satu.

vii. Hadiah Mingguan 7 x 20: Barangan sukan berjenama (bernilai RM200.00) setiap satu.

viii. Hadiah Mingguan 8 x 20: Raket badminton berjenama (bernilai RM250.00) setiap satu.

c. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat A dan satu (1) hadiah Peringkat B sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

d. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah (kecuali untuk tiket-tiket Pembukaan dan Penutupan Kuala Lumpur 2017). Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.

e. Semua hadiah yang diberikan adalah tertakluk kepada pengesahan akhir kelayakan dan pematuhan kepada Terma & Syarat ini.

f. Semua hadiah yang diberikan mesti dituntut daripada alamat berikut:

Chuan Sin Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sitar 33/6,
Seksyen 33, 40400 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

g. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Pihak Penganjur adalah seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia/Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.

h. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

6. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam penghantaran, kegagalan talian komunikasi, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal sistem komputer dalam talian, server atau pembekal, peralatan komputer, perisian, atau kegagalan pada akaun, masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet dan/atau laman web.

7. Para pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh Pihak Penganjur.

9. Semua penyertaan adalah hak Chuan Sin Sdn. Bhd. Dengan menyertai Peraduan, setiap peserta bersetuju dengan dasar peribadi Pihak Penganjur yang terdapat dalam laman web. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi setiap peserta untuk tujuan pentadbiran Peraduan, memaklumkan dan mengumumkan peserta yang berjaya. Pihak Penganjur berhak mengemukakan maklumat peribadi peserta kepada parti lain termasuk mereka yang terlibat dalam pentadbiran Peraduan, memaklumkan dan mengumumkan peserta yang berjaya, dan agensi-agensi pengiklanan dan PR. Sekiranya peserta tidak memberikan maklumat peribadi yang ditetapkan kepada Pihak Penganjur, peserta tidak boleh menyertai Peraduan.

10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, Pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1800-88-3111 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, Pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

11. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad Pihak Penganjur.

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat Peraduan atau membatalkan Peraduan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta dianggap telah bersetuju dengan segala perubahan tersebut .

13. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan keputusan Pihak Penganjur tidak akan dilayan.

14. Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi-versi tersebut, Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. sumber

Jika ada sebarang Soalan berkaitan peraduan ini. Boleh Tanya Di Facebook Spritzer.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?