Peraduan Digital Eveready ‘Sparking Family Moments Through Generations’


Berpeluang memenangi hadiah kamera Fujifilm Intax Wide bersama filem dwi pek dengan menyertai Peraduan Digital Eveready ‘Sparking Family Moments Through Generations’.

Anda jangan terkeliru ya, peraduan bateri Eveready ini ada 2 versi iaitu yang versi “ofline(yang perlu ada bukti pembelian RM10 tu) dan versi digital.

Untuk peraduan versi Digital ini ada 5 pemenang kesemuanya dan penyertaan adalah percuma (maksudnya tidak memerlukan bukti pembelian)

Lagi satu, jika anda terpilih sebagai pemenang anda perlul menuntut sendiri hadiah tersebut dalam masa 60 hari . Jika hadiah tidak dituntut hadiah tersebut akan dilupuskan.

Cara pemilihan pemenang:
Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut;

  • i. 70% pemilihan juri atas dasar foto kandid kreatif;
  • ii. 30% kutipan suka/like tertinggi.

Para pemenang akan diumumkan di laman Facebook Eveready Malaysia pada 16 Oktober 2017. Tarikh pengumuman pemenang adalah tidak muktamad. Penganjur berhak meminda atau menangguh tarikh, atas sebarang sebab pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu

Jadi jika anda bermiant untuk sertai peraduan ini bolehlah hantarkan penyertaan sekarang. cara-cara penyertaan sila lihat dibawah.

Tempoh Peraduan: 15 Julai 2017 hingga 30 September 2017.

Cara Penyertaan

Para peserta mestilah log masuk menggunakan akaun peribadi Facebook yang sah ke sisipan Peraduan Facebook Eveready “Peraduan Digital Family Moments (SFMTG)“(”Eveready Facebook tab”).

a. Langkah penyertaan:

  • i. Peserta dikehendaki memilih bingkai gambar yang disukai;
  • ii. Muat naik foto keluarga kandid dan kreatif (maksimum saiz 4MB dalam format jpeg atau png) bersama kapsyen yang tidak diwajibkan. Isikan butiran peribadi;
  • iii. Kongsikan foto penyertaan.

Penyertaan boleh dihantar DISINI (Klik Button Log IN)

P/s Nasihat dari eMenang: Pastikan gambar yang anda Upload dalam peraduan ini tidak mendedahkan ‘aurat’. Setiap gambar yang di submit dalam peraduan ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Cara pemilihan pemenang:
a. Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut;

  • i. 70% pemilihan juri atas dasar foto kandid kreatif;
  • ii. 30% kutipan suka/like tertinggi.

b. Pemenang akan menerima hadiah kamera Fujifilm Intax Wide bersama filem dwi pek bernilai setiap satu.

c. Para pemenang yang layak akan diberitahu melalui pesanan peribadi kepada akaun Facebook yang digunakan sebagai penyertaan atau melalui telefon untuk disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, tiada respon daripada pesanan peribadi Facebook, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

d. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.

e. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

f. Para pemenang akan diumumkan di laman Facebook Eveready Malaysia pada 16 Oktober 2017. Tarikh pengumuman pemenang adalah tidak muktamad. Penganjur berhak meminda atau menangguh tarikh, atas sebarang sebab pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Pihak Penganjur berhak untuk menukar medium untuk mengumumkan pemenang dengan menggunakan mana-mana kaedah yang sesuai jika perlu.

Hadiah

  • 5x Pemenang: Setiap Pemenang akan menerima hadiah kamera Fujifilm Intax Wide bersama filem dwi pek .

Terma & Syarat

1. Peraduan Digital Eveready ‘Sparking Family Moments Through Generations’ akan berlangsung dari 15 Julai 2017 hingga 30 September 2017 (“Tempoh Peraduan”). Energizer Malaysia Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 Julai 2017) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Penyertaan Peraduan:
Para peserta mestilah log masuk menggunakan akaun peribadi Facebook yang sah ke sisipan Peraduan Facebook Eveready “Peraduan Digital Family Moments (SFMTG)”(”Eveready Facebook tab”).

a. Langkah penyertaan:
i. Peserta dikehendaki memilih bingkai gambar yang disukai;
ii. Muat naik foto keluarga kandid dan kreatif (maksimum saiz 4MB dalam format jpeg atau png) bersama kapsyen yang tidak diwajibkan. Isikan butiran peribadi;
iii. Kongsikan foto penyertaan.

4. Cara pemilihan pemenang:
a. Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut;
i. 70% pemilihan juri atas dasar foto kandid kreatif;
ii. 30% kutipan suka/like tertinggi.

b. Pemenang akan menerima hadiah kamera Fujifilm Intax Wide bersama filem dwi pek bernilai setiap satu.

c. Para pemenang yang layak akan diberitahu melalui pesanan peribadi kepada akaun Facebook yang digunakan sebagai penyertaan atau melalui telefon untuk disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, tiada respon daripada pesanan peribadi Facebook, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

d. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.

e. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

f. Para pemenang akan diumumkan di laman Facebook Eveready Malaysia pada 16 Oktober 2017. Tarikh pengumuman pemenang adalah tidak muktamad. Penganjur berhak meminda atau menangguh tarikh, atas sebarang sebab pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Pihak Penganjur berhak untuk menukar medium untuk mengumumkan pemenang dengan menggunakan mana-mana kaedah yang sesuai jika perlu.

5. Para pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

6. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

7. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya.

Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui pesanan peribadi di Facebook Eveready Malaysia bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan kongsi lain untuk kegunaan bebas mereka.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad pihak Penganjur.

9. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

10. Peserta bersetuju secara muktamad untuk mengetepikan dan melepaskan pihak Penganjur daripada sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh peserta akibat daripada apa-apa tindakan atau peninggalan pihak Penganjur atau berhubung dengan atau menurut penyertaan peserta.

11. Peserta dengan ini bersetuju untuk memberi jaminan ganti rugi dan melepaskan pihak Penganjur, sekutunya, dan setiap daripada pengarah, pemegang saham, pekerja, rakan kongsi, agen, kontraktor, pembekal dan wakil-wakil mereka daripada segala kerugian, kerosakan, tuntutan, liabiliti, perbelanjaan atau kos yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan peserta.

12. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan peserta bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Sekiranya terdapat pertikaian yang timbul di bawah ini, pertikaian tersebut akan diselesaikan oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia.

13. Peserta memberikan hak kepada pihak Penganjur lesen seluruh dunia, tidak boleh dibatalkan, bukan eksklusif, bebas royalti untuk menggunakan, mengeluarkan semula, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah dan mengedarkan apa-apa bahan (termasuk tanpa had teks, imej, bahan audio, bahan video dan bahan audio-visual) yang dikemukakan peserta, untuk apa jua tujuan (“Kandungan Pengguna”) dalam apa-apa cara sebagaimana yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur.

Peserta dengan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang dan semua kandungan yang diserahkan kepada Penganjur dan peserta akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh kandungan tersebut. Peserta juga bersetuju bahawa pihak Penganjur bebas daripada menanggung rugi daripada dan terhadap semua tindakan, tindakan undang-undang, tuntutan atau permintaan, prosiding, kerugian, kerosakan, pampasan, kos (termasuk kos perundangan), caj dan perbelanjaan di mana pihak Penganjur mungkin atau akan ditanggung berkenaan dengan apa-apa kandungan yang diserahkan.

sumber

Penyertaan boleh dihantar DISINI (Klik Button Log IN)


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?