Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka


Produk minuman POKKA sekarang ini sedang mengadakan Peraduan Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Bersama Pokka di Pasaraya GIANT.

Dengan pembelian minimum RM12 produk Pokka dalam 1 resit tunggal dipasaraya Giant dalam tempoh peraduan, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Penyertaan dalam peraduan ini boleh dihantar dengan 2 cara iaitu melalui Pos atau melalui Whatssap. Anda boleh pilih cara mana yang anda sukai.

Kalau anda tak ada smartphone bolehlah hantar borang peraduan melaui Pos.Kalau ada smartphome boleh terus hantar menggunakan aplikasi Whatsapp (boleh tengok cara-cara seperti dibawah.)

Dalam peraduan ini ada 13 pemenang kesemuanya.

Pemenang akan dipilih berdasarkan ketepatan jawapan peserta, kreativiti slogan yang diberikan dan butir-butir diri yang lengkap. Maknanya anda perlulah tulis slogan yang kreatif untuk mencuit hati pihak penganjur.

Jadi jika anda ada beli produk minuman POKKA bernilai RM12 dan keatas di pasaraya Giant dalam tempoh peraduan, jangan lepaslan peluang untuk sertai peraduan ini, mana tau rezeki anda termenang hadiah pulak nanti daripada buang resit tak  dapat apa-apa, baik join peraduan kan.

Jika ada apa-apa solan berkaitan peraduan ini, anda bolehlah PM Facebook POKKA untuk maklumat lanjut.

Tempoh Peraduan: 1 Ogos – 30 September 2017

Nasihat eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli, contohnya macam nakbuat jamuan harijadi, nak buat rumah terbuka atau sebagainya.

Cara-Cara

1. Beli mana-mana produk Pokka bernilai RM12 minimum dalam 1 resit tunggal di Pasaraya Giant.

2. Hantar penyertaan melalui :

A. Melalui Pos (boleh dapatkan borang penyertaan di pasaraya Giant. Isi borang peraduan, sertakan resit pembelian dan Poskan ke alamat yang tertera)

ATAU

B. Melalui Whatsapp

-Ambil gambar resit dengan jelas.

-Whatsapp butir-butir di bawah dan lampirkan gambar resit ke 013-6017211 :

  • a) Nama :
  • b)No. Kad Pengenalan
  • c) No. Resit
  • d)Jawapan kepada soalan : Lengkapkan ayat di bawah :
    “ Asli lagi menyegarkan, itulah ____________ !”
  • e) Slogan kreatif (tidak lebih daripada 50 patah perkataan)

–  Simpan resit sebagai bukti pembelian untuk tujuan penebusan hadiah (sekiranyan terpilih sebagai pemenang)

Hadiah

  • Hadiah Utama – Peti Sejuk Bernilai RM5,000 x 1 pemenang
  • Hadiah Kedua – Peti Sejuk bernilai RM3,000 x 1 pemenang
  • Hadiah Ketiga – Ketuhar Stim bernilai RM1,500 x 1 pemenang
  • Hadiah Saguhati – Baucar Giant bernilai RM100 x 10 pemenang)

Terma & Syarat

Link to the official contest page : Pokka Facebook Page


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?