Peraduan Jalinan Silaturahim


Dengan pembelian produk Alicafé, Per’l, Per’l Xlim, Extra Power Root, Alitéa ,Oligo, anda layak menyertai peraduan ini. Sebelum hantar penyertaan, anda perlulah sertakan bukti pembelian yang diperlukan (lihat carta)

Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap penyertaan mesti dilampirkan dengan keratan logo atau pembuka tin asal, resit asal dan butiran peribadi yang lengkap.

Hanya keratan logo atau pembuka tin asal sahaja yang akan diterima.

Untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini, ada  2 cara iaitu

  • Melalui pos biasa (perlu ada bukti pembelian)
  • Melalui Whatsap (perlu ada resit pembelian & bukti pembelian).

Hadiah Dan Kaedah Pemilihan Pemenang

Hadiah Utama – 18 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi Pakej Umrah (termasuk makanan dan penginapan satu bilik untuk dua orang berkongsi) untuk dua (2) orang akan ditanggung oleh pihak penganjur.

Pemenang boleh memilih untuk mengerjakan Umrah bagi dirinya sendiri atau mencalonkan mana-mana pihak ketiga.

Senarai pemenang akan diumumkan di laman web dan/atau sebarang akaun media sosial yang dimiliki oleh pihak penganjur.

Wakil daripada pihak penganjur akan membuat pilihan pemenang secara rawak.

Pada posting ini disiarkan, sudah 6 pemenang dipilih (Kalau tak silap eMenang, pemenang diumumkan setiap minggu) boleh lihat Disini

Tempoh peraduan: 1 Mei 2017 -15 September 2017.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak beli atau memang ada keperluan untuk beli.

Cara


Jadual Bukti Pembelian


Hadiah

Hadiah Utama – 18 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi Pakej Umrah (termasuk makanan dan penginapan satu bilik untuk dua orang berkongsi) untuk dua (2) orang akan ditanggung oleh pihak penganjur.

*Pemenang boleh memilih untuk mengerjakan Umrah bagi dirinya sendiri atau mencalonkan mana-mana pihak ketiga.

Terma & Syarat

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia & warga asing berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat (anak, ibubapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri) Power Root Marketing Sdn. Bhd. (pihak penganjur), syarikat bersekutunya, agensi pengiklanan, promosi, pengelola acara, dan perhubungan awamnya dan si bankrap.

2. Tempoh peraduan ini bermula dari 1 Mei 2017 dan berakhir pada 15 September 2017. Pihak penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan. Semua penyertaan mesti diterima sebelum jam 2359 (waktu Malaysia) pada 15 September 2017. Sebarang penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan dan terbatal secara automatik.

3. Kriteria kelayakan dan penghantaran penyertaan. Dengan pembelian produk Alicafé/Per’l/Per’l Xlim/Extra Power Root/Alitéa/Oligo, anda layak menyertai peraduan ini. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi setiap penyertaan mesti dilampirkan dengan keratan logo atau pembuka tin asal, resit asal dan butiran peribadi yang lengkap.

4. Hanya keratan logo atau pembuka tin asal sahaja yang akan diterima.

5. Cara menyertai peraduan:
CARA 1

  • i. Beli produk Alicafé/Per’l/Per’l Xlim/Extra Power Root/Alitéa/Oligo.
  • ii. Gunting keratan logo atau cabut pembuka tin sebagai bukti pembelian.
  • iii. Jawab: Hadiah untuk peraduan ini adalah Pakej Umrah. (Betul/Salah)
    iv. Lengkapkan butiran peribadi anda.
  • v. Pos penyertaan ke Power Root Marketing Sdn. Bhd. atau masukkan penyertaan ke dalam peti borang yang disediakan.

CARA 2

  • i. Beli produk Alicafé/Per’l/Per’l Xlim/Extra Power Root/Alitéa/Oligo.
  • ii. Tangkap gambar resit.
  • iii. Jawab: Hadiah untuk peraduan ini adalah Pakej Umrah. (Betul/Salah)
  • iv. Whatsapp gambar resit, keratan logo atau pembuka tin anda berserta butiran berikut:
    Nama_No. MyKad_No. Resit_Jawapan kepada 010-8398838
  • v. Simpan resit, keratan logo atau pembuka tin asal.
    Whatsapp 010-8398838 tidak akan menjawab atau memberi sebarang jawapan kepada peserta.

6. Resit bertulis tangan tanpa nombor resit, nama dan alamat penuh peruncit tidak akan diterima manakala cop peruncit berserta maklumat yang dinyatakan akan diterima. Penyertaan berganda menggunakan resit asal yang sama akan dibatalkan kelayakannya; hanya penyertaan terawal sahaja yang akan diterima pakai. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan yang salah, penyertaan dengan bukti pembelian yang salah atau rosak akan dibatalkan secara automatik.

7. Hadiah Utama – 18 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi Pakej Umrah (termasuk makanan dan penginapan satu bilik untuk dua orang berkongsi) untuk dua (2) orang akan ditanggung oleh pihak penganjur.

8. Senarai pemenang akan diumumkan di laman web dan/atau sebarang akaun media sosial yang dimiliki oleh pihak penganjur.

9. Wakil daripada pihak penganjur akan membuat pilihan pemenang secara rawak.

10. Para pemenang akan diberitahu melalui panggilan telefon. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga kali percubaan selama tiga hari berturut-turut, pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang dan pemenang seterusnya akan dipilih. Pihak penganjur mungkin atau mungkin tidak akan memilih calon baru untuk menggantikan calon tersebut. Jika tiada calon baru dipilih, penganjur akan menarik balik salah satu daripada hadiah.

11. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan hadiah secara automatik sekiranya pemenang tidak dapat menyertai rombongan ke Umrah dan/atau hadir tetapi enggan menyertai sebarang upacara penyampaian/program publisiti.

12. Pemenang boleh memilih untuk mengerjakan Umrah bagi dirinya sendiri atau mencalonkan mana-mana pihak ketiga. Salinan MyKad dan pasport untuk mereka yang akan mengerjakan Umrah mesti diserahkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas dihubungi oleh pihak penganjur. Jika penyerahan tersebut tidak diterima dalam masa yang telah ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan anda. Pemenang atau calon pemenang mesti mempunyai dokumen yang sah dan juga keupayaan untuk melancong ke luar negara. Jika mereka tidak boleh memenuhi syarat-syarat yang dikatakan, pemenang mesti mencalonkan satu lagi pihak ketiga dalam masa dua (2) minggu dan jika dia gagal berbuat demikian, pihak penganjur berhak untuk membatalkan hadiah.

13. Pihak penganjur, syarikat bersekutunya, agensi, dan syarikat yang terlibat dengan peraduan ini menafikan sebarang atau semua liabiliti yang terbit daripada penganjuran peraduan ini dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian (termasuk, tidak tertakluk, secara tidak langsung, khusus atau kerugian turutan, atau keuntungan), perbelanjaan, kemusnahan, kecederaan diri atau kematian (sama ada terjadi akibat daripada kecuaian peserta tersebut) berpunca dari pembabitan peserta dalam peraduan, penebusan dan/atau penggunaan hadiah. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta yang layak telah bersetuju untuk mempertahan, menanggung kerugian dan melepaskan pihak penganjur daripada sebarang saman, tuntutan, kerugian, kemusnahan, dan perbelanjaan yang berkaitan dengan peraduan ini.

14. Pihak penganjur tidak menanggung kos pengangkutan pemenang atau calon pemenang dari pergi dan balik dari lapangan terbang KLIA, kos permohonan atau pembaharuan pasport, insurans, kos tambahan daripada penginapan, permohonan visa, dan apa-apa kos yang tidak dinyatakan secara khusus disini.

15. Peserta-peserta yang gagal untuk menepati dan mematuhi peraturan-peraturan peraduan ini akan dibatalkan penyertaannya secara automatik.

16. Pihak penganjur, sekutu-sekutu, dan agensi yang terlibat dengan peraduan ini tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas penyertaan-penyertaan yang hilang, rosak, lambat atau yang mengalami sebarang kesalahan teknikal.

17. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membatalkan penyertaan yang tidak layak atau atas apa-apa sebab yang dianggap munasabah menurut budi bicara penganjur.

18. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana kelayakan atau hadiah jika:

(i) terdapat kesangsian bahawa peserta telah meminda secara salah atau menguntungkan dari pindaan tersebut peraturan pertandingan ini atau terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini; atau

(ii) dalam pendapat tunggal pihak penganjur, ia percaya bahawa peserta telah cuba untuk menjejaskan operasi pertandingan secara penipuan. Sekiranya berlaku satu penyingkiran selepas hadiah telah dianugerahkan kepada seorang pemenang, pihak penganjur berhak menuntut kesemua wang yang diperbelanjakan oleh pihak penganjur dalam hadiah tersebut.

19. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

20. Pihak penganjur berhak mengubah, meminda, memansuh atau menambah terma dan syarat peraduan pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis selanjutnya dan perubahan, tambahan atau pindaan tersebut hendaklah dipatuhi secara automatik oleh para peserta.

21. Dengan menyertai peraduan ini, peserta akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad. Pihak penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta adalah tertakluk kepada perubahan sedemikian.

22. Sekiranya peserta mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ‘Peraduan Jalinan Silaturahim’ ini, peserta boleh melayari Facebook Alicafé & Facebook Per’l. Dengan pembekalan butir-butir anda kepada pihak penganjur, anda bersetuju dengan Notis Privasi yang dipaparkan di www.powerroot.com

Untuk yang nak hantar secara POS, boleh dapatkan borag peraduan dari kedai atau pasaraya berhampiran anda. Atau boleh juga download & print borang peraduan dari SINI

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya DISINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?