Peraduan Emas Raya 2017


Peraduan Emas Raya 2017 ini sesuai disertai oleh pengguna produk  Drinho, HomeSoy, minuman Umbro powered by Isomax dan Soyfresh Hersey’s.

produk yang turut serta – sumber

Dengan pembelian minimum RM20 produk yang turut serta yang disebutkan tersebut, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Setiap pembelian RM20 akan diberi satu (1) peluang penyertaan. Contohnya:-

Jumlah Pembelian ¦ Peluang Penyertaan

  • RM 19.80: Penyertaan tidak layak –
  • RM 20.00: 1 peluang penyertaan –
  • RM 40.50: 2 peluang penyertaan-

Dalam peraduan ini ada 18 pemenang kesemuanya. hadiah dalam peraduan ini adalah baucar Habib Jewels.

Pihak Penganjur akan berusaha menghubungi peserta terpilih janaan komputer berdasarkan butiran yang diberikan di dalam penyertaan Peraduan melalui telefon sebanyak tiga (3) percubaan.

Sekiranya peserta terpilih tidak dapat dihubungi, peserta terpilih yang seterusnya akan dihubungi. Senarai pemenang akan diumumkan di surat khabar Harian Metro. -sumber

Tempoh Peraduan: 15 Mei 2017 sehingga 31 Julai 2017.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak beli atau memang ada keperluan untuk beli.

Cara

Dengan pembelian minimum RM20 produk yang turut serta dalam peraduan ini, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Terdapat 2 cara penyertaan
(a) Penyertaan melalui Borang Peraduan

1. Lengkapkan butiran peribadi dan jawapan betul kepada soalan cabaran di dalam borang penyertaan dan hantar bersama Bukti Pembelian melalui pos biasa kepada Peraduan Emas Raya 2017, Ace Canning Corp Sdn Bhd, Lot 33-37, Lengkuk Keluli 1, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor DE, Malaysia.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan di dalam satu (1) sampul surat.

(b) Penyertaan melalui Laman Mikro Peraduan, www.acecanning.com/web/emasraya2017

Hantar Penyertaan secara Online DISINI

Hadiah

HADIAH PERADUAN

  • Hadiah Pertama x 3 pemenang: Baucer tunai Habib Jewels bernilai RM2,000 untuk setiap pemenang
  • Hadiah Kedua x 5 pemenang: Baucer tunai Habib Jewels bernilai RM1,500 untuk setiap pemenang
  • Hadiah Ketiga x 10 pemenang: Baucer tunai Habib Jewels bernilai RM500 untuk setiap pemenang

Terma & Syarat

Dengan menyertai Peraduan Emas Raya 2017 (Peraduan), anda (Peserta) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang disenaraikan seperti berikut:-

1. Peraduan ini dianjurkan oleh Ace Canning Corporation Sdn Bhd [11631-M] (Pihak Penganjur) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada tahun 2017), kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat- syarikat sekutunya, pembekal/pengedar, agensi promosi/ pengiklanan/ perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.

2. Peraduan berlangsung dari 15hb Mei 2017 sehingga 31hb Julai 2017 (Tempoh Peraduan).

CARA-CARA PENYERTAAN
3. Bukti Pembelian adalah Invois Cukai Sah yang memaparkan pembelian mana-mana produk jenama yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Salinan resit dan resit cetak semula juga diterima. Bagaimanapun resit bertulis tidak diterima. Setiap pembelian RM20 akan diberi satu (1) peluang penyertaan. Contohnya:-
Jumlah Pembelian Peluang Penyertaan
– RM 19.80 Penyertaan tidak layak
– RM 20.00 1 peluang penyertaan
– RM 40.50 2 peluang penyertaan

4. Terdapat 2 cara penyertaan:-
(a) Penyertaan melalui Borang Peraduan

1. Lengkapkan butiran peribadi dan jawapan betul kepada soalan cabaran di dalam borang penyertaan dan hantar bersama Bukti Pembelian melalui pos biasa kepada Peraduan Emas Raya 2017, Ace Canning Corp Sdn Bhd, Lot 33-37, Lengkuk Keluli 1, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor DE, Malaysia.

2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan di dalam satu (1) sampul surat.

(b) Penyertaan melalui Laman Mikro Peraduan, www.acecanning.com/web/emasraya2017

3. Lengkapkan butiran peribadi dan jawapan betul kepada soalan cabaran di laman mikro peraduan dan memuatnaik gambar Resit/Invois Cukai Sah (Bukti Pembelian) yang jelas.

HADIAH PERADUAN
5. Hadiah Pertama x 3 pemenang: Baucer tunai Habib Jewels bernilai RM2,000 untuk setiap pemenang

6. Hadiah Kedua x 5 pemenang: Baucer tunai Habib Jewels bernilai RM1,500 untuk setiap pemenang

7. Hadiah Ketiga x 10 pemenang: Baucer tunai Habib Jewels bernilai RM500 untuk setiap pemenang

8. Peserta boleh memenangi sama ada satu (1) Hadiah Pertama atau satu (1) Hadiah Kedua sahaja atau satu (1) Hadiah Ketiga sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

9. Pihak Penganjur akan berusaha menghubungi peserta terpilih janaan komputer berdasarkan butiran yang diberikan di dalam penyertaan Peraduan melalui telefon sebanyak tiga (3) percubaan. Sekiranya peserta terpilih tidak dapat dihubungi, peserta terpilih yang seterusnya akan dihubungi. Senarai pemenang akan diumumkan di surat khabar Harian Metro.

LAIN-LAIN
10. Penyertaan yang akan dibatalkan serta-merta adalah penyertaan yang tidak lengkap, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai bukti pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis.

11. Semua hadiah yang dituntut adalah tertakluk kepada terma seperti yang dinyatakan dalam surat pengesahan/perjanjian hadiah/baucar hadiah. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiah yang tidak dituntut akan dilucutkan. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik.

12. Pihak Penganjur berhak menentukan cara penghantaran atau penebusan hadiah oleh pemenang. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan, kerosakan, kehilangan hadiah yang berlaku semasa proses penghantaran atau penebusan hadiah.

13. Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini dan menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah ditanggung oleh Peserta sendiri.

14. Semua borang penyertaan dan Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk penyertaan Peraduan ini akan menjadi hakmilik Pihak Penganjur.

15. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dengan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.

16. Pihak Penganjur dan kesemua pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut:

  • a. campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini;
  • b. sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan;
  • c. sebarang penyertaan yang hilang, dicuri, rosak, salah dihantar atau tidak diterima;
  • d. semua liabiliti (termasuk kematian) sama ada disebabkan secara langsung atau tidak oleh penyertaan dalam Peraduan ini dan penggunaan Hadiah.

17. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

18. Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui www.acecanning.com/web/contact-us atau pos kepada Perkhidmatan Pelanggan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, Lot 33-37, Lengkuk Keluli 1, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor DE, Malaysia.

sumber

Hantar Penyertaan secara Online DISINI

Jika ada sebarang soalan berkaitan, bolehlah tanya DISINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?