Peraduan Nestlé Whatsapp Eksklusif di 99 SpeedMart


Kalau anda ada beli 2 botol, tin , kotak Milo atau Nescafe dari kedai 99 Speed Mart, anda bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Pemenang dalam peraduan ini dipilih secara no. bersiri yang dibahagi. Ada 200 hadiah minguan ditawarkan setiap minggu semasa peraduan ini berlangsung dan 1 Hadiah Istimewa sahaja sepanjang tempoh peraduan.

Hadiah Mingguan dalam peraduan ini adalah  Penginapan 1 Malam Bilik Deluxe Y5 First World Hotel. Kalau menang hadiah mingguan tu, takkanlah semata-mata nak pergi Genting nak bermalam satu malam di Hotel tu. .Rasa macam tak berbaloi untuk yang tiada bajet untuk berkunjung ke Genting.

Kalau rumah anda sebelah atau dekat hotel tu, sesuai sangatlah join peraduan ni.hehe

Hadiah Istimewa pulak ada seorang pemenang sahaja iaitu Pelayaran Percutian SuperStar Libra Cruise 4H/3M (Penang>Phuket>Krabi>Penang) untuk keluarga berempat bernilai RM10,000.

sumber

Tempoh Peraduan: 1 Julai – 31 Ogos 2017

Cara

Langkah-Langkah

  1. Beli minima 2 minuman tin/botol/kotak NESCAFÉ & MILO Sedia Untuk Diminum dari mana-mana kedai 99 Speedmart sepanjang Tempoh Peraduan.
  2. Whatsapp gambar resit dan taip nama penuh dan nombor Mykad ke 012-2033711. Simpan resit asal untuk pengesahan sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.
  3. Link untuk menjadi ahli Genting Rewards akan dihantar ke telefon bimbit anda. Sila isi butiran yang diperlukan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

 

Hadiah

Hadiah-Hadiah

Hadiah Mingguan x 200 Pemenang Mingguan x 9 Minggu
Penginapan 1 Malam Bilik Deluxe Y5 First World Hotel

Hadiah Istimewa x 1 Pemenang
Pelayaran Percutian SuperStar Libra Cruise (Penang>Phuket>Krabi>Penang) untuk keluarga berempat bernilai RM10,000.

Terma & Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan
Pihak Penganjur & Kelayakan
1 PERADUAN NESTLÉ WHATSAPP & MENANG [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh NESTLÉ Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Pihak Penganjur”] dengan kerjasama bersama WorldCard Services Sdn Bhd dan Star Cruises sebagai penaja hadiahhadiah dan dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 1/07/2017.

2 Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a] Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka
[anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan, syarikat penaja hadiah-hadiah dan / atau Peraduan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1 Peraduan ini akan bermula dari 1/07/2017 pada “00:00:001” hingga 31/08/2017 pada “23:59:59” [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1 Untuk menyertai Peraduan ini, beli dua [2] produk sedia minum NESCAFÉ atau MILO dari mana-mana kedai 99 Speedmart di dalam satu [1] resit rasmi yang bertarikh di dalam Tempoh Peraduan [“Resit Rasmi”]. Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

Peserta boleh mengemukakan lebih daripada dua [2] produk
sedia minum NESCAFÉ di dalam satu Resit Rasmi, setiap dua [2] produk layak untuk satu [1] penyertaan, sebagai contoh;
Resit Rasmi mengandungi pembelian enam [6] produk sedia minum NESCAFÉ dan MILO, peserta dikira layak untuk tiga [3] penyertaan.

2 Penyertaan Peraduan ini adalah secara digital melalui WhatsApp Messaging [“WAM”] dari sebarang nombor telefon bimbit terdaftar di Malaysia. Penyertaan peserta hanya akan dianggap diterima dan sah selepas kedua-dua langkah di bawah dilengkapkan. Penyertaan peserta-peserta yang tidak melengkapi kedua-dua langkah berikut sebelum akhir
Tempoh Peraduan akan dibatalkan. Setiap penyertaan sah akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri dan adalah bersamaan dengan satu [1] peluang untuk menang.

Langkah 1:
Peserta dikehendaki menaip butiran nama penuh seperti di MyKad dan nombor MyKad, ambil gambar Resit Rasmi dan hantar gambar dan butiran tersebut melalui WAM ke 012-2033711.

Langkah 2:
Seterusnya, peserta akan menerima maklum balas melalui WAM dengan link laman web Genting Rewards. Peserta MESTI mengisi butiran yang dikehendaki di dalam borang laman web, bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Genting Rewards dan hantar untuk menjadi ahli Genting Rewards. Peserta mesti menggunakan nama dan nombor MyKad yang sama dengan butiran yang dihantar melalui WAM untuk mengisi borang laman web Genting Rewards.

3 Nombor WAM 012-2033711 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua Penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Penganjur tidak akan membalas segala pertanyaan atau rujukan melalui WAM.

4 Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmi asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan Resit Rasmi apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

5 Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan satu [1] Resit Rasmi unik yang lengkap dengan butiran yang dikehendaki. Penyertaan dengan butiran yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat dan tidak betul, berulang dan/atau gambar Resit Rasmi tidak jelas akan dibatalkan.

6 Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan,
kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa
izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang
rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan,
peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah
teknikal atau kesesakan lalu-lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

7 Setiap penyertaan sah akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri dan adalah bersamaan dengan satu [1] peluang untuk
menang.
Hadiah-Hadiah
1 Hadiah-Hadiah Mingguan
[a] Terdapat dua ratus [200] Hadiah-Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap minggu selama sembilan [9] minggu.
[b] Hadiah-Hadiah Mingguan adalah penginapan satu [1] malam bilik Deluxe di Y5 First World Hotel. Pemenangpemenang
mesti membuat penempahan dan penginapan di dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh penempahan yang ditetapkan adalah dari 1/9/17 hingga 30/9/17. Tempoh penginapan adalah dari 7/9/17 – 31/10/17. Pemenangpemenang
harus membuat penempahan dan penginapan di dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Ketersediaan bilik dan tarikh penginapan adalah tertakluk kepada kebolehsediaan pada masa tempahan.

[c] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan untuk penyertaan yang sah sepanjang Tempoh Peraduan Mingguan akan
dibahagikan kepada 200 [dua ratus] dan dibundarkan ke nombor bulat, sebagai contoh; 10,000 ÷ 200 = 50. Pemenangpemenang
Hadiah Mingguan adalah nombor bersiri ke-50 sebagai pemenang nombor bersiri pertama dan nombor bersiri ke-100 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

[d] Tempoh Peraduan Mingguan adalah:

Minggu 1: 1 – 7 Jul 2017
Minggu 2: 8 – 14 Jul 2017
Minggu 3: 15 – 21 Jul 2017
Minggu 4: 22 – 28 Jul 2017
Minggu 5: 29 Jul – 4 Ogos 2017
Minggu 6: 5 – 11 Ogos 2017
Minggu 7: 12 – 18 Ogos 2017
Minggu 8: 19 – 25 Ogos 2017
Minggu 9: 26 – 31 Ogos 2017

2 Hadiah Istimewa
[a] Terdapat satu [1] Hadiah Istimewa untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

[b] Hadiah Istimewa adalah satu [1] percutian cruise Superstar Libra 4H/3M oleh Star Cruises ke Penang>Phuket>Krabi>Penang untuk keluarga berempat bernilai RM10,000 dalam tempoh 1/9/17 – 19/11/17. Pemenang-pemenang mesti membuat penempahan dan penginapan di dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh penempahan yang ditetapkan adalah dari 1/9/17 hingga 30/9/17.

[c] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagikan kepada 2 [dua] dan
dibundarkan ke nombor bulat, sebagai contoh; 50,000 ÷ 2 = 25,000. Pemenang Hadiah Istmewa adalah nombor bersiri
ke-25,000.

3 Sebarang kos lain-lain seperti duit belanja, makanan, cukai, pasport sah, visa, pengangkutan balik pulang dari manamana
destinasi, insurans, cukai pelabuhan, tips, dan sebarang kos sampingan yang tidak dinyatakan di dalam Terma dan
Syarat Peraduan ini adalah tanggungjawab pemenang-pemenang. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan
syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang
disertakan bersama hadiah berkenaan. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang pembatalan atau
pemindaan tarikh yang mungkin menghalang perlaksanaan hadiah-hadiah.
4 Peserta-peserta layak memenangi satu [1] Hadiah Mingguan dan satu [1] Hadiah Istimewa sahaja sepanjang Tempoh
Peraduan.
5 Pemenang akan diberitahu melalui WAM atau telefon. Senarai pemenang-pemenang juga akan diumumkan di laman
web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my]. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh seperti tertera diatas.
Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik dan/atau dibatal. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya
pemberitahuan menerusi WAM dan/atau telefon kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.

5 Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai
dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan
akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan tunai, kredit dan barangan lain atau baucar
secara sebahagian atau sepenuhnya. Semuah hadiah-hadiah diterima sepenuhnya atas risiko pemenang-pemenang dan
hadiah-hadiah yang diberikan oleh Pihak Penganjur, dan/atau pihak yang menyediakan hadiah tidak bersama sebarang
waranti.

6 Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang
menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.
7 Resit Rasmi dan/atau gambar yang palsu dan/atau tidak lengkap dan penyertaan duplikasi akan mengakibatkan
pembatalan kelayakan dan hadiah.

Liabiliti & Tanggungjawab
1 Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian,
kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat
mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk
melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang
berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1 Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk
tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan
atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

2 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta
yang didapati atau disyaki membega proses penghantaran penyertaan Peraduan atau pengendalian Peraduan
dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang
dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan.

3 Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Peraduan sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Peraduan seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik Penganjur.

Notis Privasi
1 Dengan menyertai Peraduan ini, anda telah bersetuju untuk Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, penaja-penaja Peraduan termasuk WorldCard Services Sdn Bhd dan Star Cruises, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan atas talian bagi tujuan Peraduan ini. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2 Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau
bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan
yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan
maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

3 Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk
memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan
untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

4 Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda.
Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya
untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain
daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

5 Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi
sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap
undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di
http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

6 Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta
salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:
• Alamat: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810
Petaling Jaya, Selangor.
Atau
• Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus
Atau
• Hubungi kami : 1-800-88-3433

7 Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda
dalam Peraduan ini dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

8.Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

Terma & Syarat
1.Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2.Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta
keputusan Pihak Penganjur.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?