Peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN


Berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai Peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN.

Ambil gambar atau video persiapan Hari Raya anda dan postkan di Facebook anda beserta hashtag. Kemudian TAG Nivea Men dan 3 kawan anda.

Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini.

Setiap minggu dalam tempoh peraduan 17 pemenang akan dipilih untuk memenagi hadiah. 15 pemenang setiap minggu akan memenangi hadiah Kit Segar Raya dan  2 pemenang setiap minggu akan memenangi Hadiah Mingguan Eksklusif -Baju Melayu Masquline by Zaquanadha

Hadiah Utama – Motorsikal Yamaha FZ 150i untuk 1 pemenang sahaja dalam tempoh peraduan.

 

Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling kreatif

Para pemenang akan diumumkan melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia dalam masa 1 minggu selepas tempoh peraduan tamat.

Minggu ini adalah minggu terakhir peraduan ini. Jadi kalau ada sesiapa berminat bolehlah hantarkan penyertaan sekarang sempena masih dalam mood raya lagi ni.

Peraduan ini berlangsung dari 1 Jun 2017 – 30 Jun 2017 (tempoh peraduan).

Cara

Untuk menyertai Peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN, peserta dikehendaki untuk:

Langkah 1: Pastikan profile anda terbuka untuk umum.

Langkah 2: Ambil gambar atau video persiapan Hari Raya anda.

Langkah 3: Kongsi di Facebook anda dengan hashtag #GayaRayaNIVEAMEN

Langkah 4: Tag @niveamen serta 3 rakan-rakan lain.

Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini.

Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling kreatif.

Hadiah

Hadiah Utama – Motorsikal Yamaha FZ 150i untuk 1 pemenang sahaja dalam tempoh peraduan.

Hadiah Mingguan – Kit Segar Raya untuk 15 pemenang setiap minggu dan jumlah pemenang untuk tempoh peraduan adalah 60 pemenang sahaja.

Hadiah Mingguan Eksklusif – Baju Melayu Masquline by Zaquanadha untuk 2 pemenang setiap minggu dan jumlah pemenang untuk tempoh peraduan adalah 8 pemenang sahaja.

Terma & Syarat

Peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN

1. Peraduan ini dianjurkan oleh Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd.
2. “Peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN” merupakan peraduan Hari Raya bersama NIVEA MEN.

3. Peraduan ini berlangsung dari 1 Jun 2017 – 30 Jun 2017 (tempoh peraduan). Pihak penganjur berhak untuk mengubah tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan. Semua penyertaan yang diterima selepas tempoh waktu akan dibatalkan.

4. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk dan warganegara tetap Malaysia. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju bahawa syarat-syarat di dalam Terma & Syarat telah dipenuhi.

5. Golongan berikut tidak layak untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini:

  • a. Kakitangan pihak penganjur termasuk anak-anak syarikat ataupun syarikat-syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat;
  • b. Wakil, kakitangan, penjawat dan/atau agen pemasaran pengiklanan dan/atau pembekal perkhidmatan promosi pihak penganjur termasuk syarikat gabungannya dan perkhidmatan berkaitan, dan ahli keluarga terdekat.

6. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma & Syarat peraduan. Ini termasuk penyertaan yang mempunyai maklumat yang tidak sah, tidak betul atau maklumat yang tidak dapat disahkan.

7. Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengesahkan dan memastikan kesahihan penyertaan dan membatalkan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki mengubah suai proses pendaftaran peraduan, operasi peraduan ini ataupun melanggar syarat akses laman web NIVEA MEN Malaysia.

8. Untuk menyertai Peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN, peserta dikehendaki untuk:

  • a. Pastikan profil Facebook terbuka untuk umum.
  • b. Ambil gambar ataupun video persiapan Hari Raya, kongsi di profil Facebook dengan hashtag #GayaRayaNIVEAMEN dan tag @niveamen dan 3 rakan-rakan lain.

9. Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini.

10. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling kreatif.
11. Hadiah Utama – Motorsikal Yamaha FZ 150i untuk 1 pemenang sahaja dalam tempoh peraduan.

Hadiah Mingguan – Kit Segar Raya untuk 15 pemenang setiap minggu dan jumlah pemenang untuk tempoh peraduan adalah 60 pemenang sahaja.

Hadiah Mingguan Eksklusif – Baju Melayu Masquline by Zaquanadha untuk 2 pemenang setiap minggu dan jumlah pemenang untuk tempoh peraduan adalah 8 pemenang sahaja.

12. Tempoh peraduan seperti berikut:

  • a. Minggu 1: 1 Jun – 9 Jun 2017
  • b. Minggu 2: 10 Jun – 16 Jun 2017
  • c. Minggu 3: 17 Jun – 23 Jun 2017
  • d. Minggu 4: 24 Jun – 30 Jun 2017

13. Setiap peserta dibenarkan untuk memenangi peraduan sekali sahaja, sama ada Hadiah Utama, Hadiah Mingguan ataupun Hadiah Mingguan Eksklusif.

14. Keputusan oleh Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd adalah muktamad dan sebarang perhubungan surat-menyurat tidak akan dilayan.

15. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberikan sebarang alasan.

16. Pihak penganjur mengekalkan semua hak milik ke atas kandungan dalam perisian aplikasi dan mempunyai hak cipta untuk semua kandungan di dalamnya untuk tujuan pemasaran/pengiklanan.

17. Para pemenang akan diumumkan melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia dalam masa 1 minggu selepas tempoh peraduan tamat.

18. Para pemenang perlu PM butiran mereka melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia dalam masa 5 hari bekerja setelah pengumuman pemenang dilakukan.

19. Sekiranya para pemenang tidak memberikan butiran mereka setelah tempoh 5 hari bekerja, hadiah tersebut akan dibatalkan.

20. Para pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau panggilan telefon dan cara pengambilan hadiah akan dimaklumkan.

21. Sekiranya para pemenang tidak dapat dihubungi melalui kaedah-kaedah tersebut untuk 3 kali, hadiah tersebut akan dibatalkan.

22. Hadiah akan dihantar ke para pemenang melalui pos dalam masa 3 bulan selepas pengumuman pemenang.

23. Para pemenang juga boleh menuntut hadiah di pejabat Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd, T1-L2 Level 12, Tower 1, PJ 33, Petaling Jaya, Selangor 46100 Malaysia dalam masa 3 bulan selepas pengumuman pemenang.

24. Pihak penganjur berhak untuk meminta bukti bertulis nombor KP dan umur mana-mana pemenang sebelum penghantaran atau pengambilan hadiah. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan pemberian hadiah kepada mana-mana pemenang yang gagal untuk menyediakan maklumat yang diminta.

25. Pihak penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk melakukan proses pengesahan para pemenang dan melakukan penghantaran hadiah, para peserta bersetuju bahawa pihak penganjur mungkin akan memberi maklumat yang diperlukan tentang para pemenang kepada pihak ketiga untuk perlaksanaan perkhidmatan.

26. Pihak penganjur tidak akan mendedahkan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga kecuali diarah oleh undang-undang yang berkenaan.

27. Maklumat yang diberikan hanya akan digunakan bagi tujuan peraduan NIVEA MEN #GayaRayaNIVEAMEN sahaja.

28. Hadiah akan diterima oleh pemenang melalui alamat yang diberikan atau dikirimkan melalui pos berdaftar ke alamat pos berdaftar pemenang dalam penyertaan.

29. Hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik dan tidak boleh ditebus dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab.

30. Pihak penganjur dengan budi bicara mutlaknya berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Nilai hadiah adalah betul pada masa cetakan; semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’. sumber

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?