Peraduan Kemeriahan Aidilfitri Bersama Wipro Unza


Berpeluang memenangi hadiah barangan elektrik dengan menyertai Peraduan Kemeriahan Aidilfitri Bersama Wipro Unza.

Peraduan ini hanya berlangsung di Watson. Jadi jika anda terpilih sebagai pemenang, anda mestilah menunjukkan resit pembelian sebarang produk Wipro Unza yang dibeli dari Watson.

Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna produk Wipro Unza seperti Safi, Aiken, Dashing dan lain-lain lagi. (lihat jenama dibawah).

eMenang tak pasti bagaimana pemenang dipilih, sebab tidak dinyatakan dalam terma & Syarat.Tapi rasanya pemenang dipilih menerusi slogan kreatif kot sebab peserta perlu melengkap slogan.

Tempoh Peraduan adalah dari 23 Mei 2017 hingga 24 Julai 2017.

Cara-Cara Penyertaan

 

(1)  Setiap peserta perlu ambil gambar Selfie/Wefie bersama produk Wipro Unza,

(2)  Muat naik gambar tersebut dan lengkapkan slogan berikut secara kreatif “Hari Raya Aidilfitri sentiasa meriah bersama produk Wipro Unza kerana…” (tidak melebihi 15 patah perkataan .

(3) Hashtag #Raya2017xWiproUnza #WUxWatsonsMalaysia dan TAG @watsonsmalaysia dan @WURaya2017

Nasihat dari eMenang: Pastikan gambar Selfie/WeFie yang diambil tidak mendedahkan ‘aurat’. Setiap gambar yang dihantar dalam peraduan ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Hadiah

  • 1x pemenang hadiah utama akan menangi Mesen Pencuci Pakaian bernilai RM1,500.
  • 2x pemenang hadiah kedua akan menangi seorang SATU (1) Ketuhar Gelombang Mikro yang bernilai RM500.
  • 30x pemenang hadiah ketiga akan menangi SATU (1) Jag Cerek Tanpa Kord yang bernilai RM89 masing-masing.
  • 50x pemenang hadiah saguhati akan menangi SATU (1) set Jag dan Gelas masing-masing.

Senarai nama pemenang akan diumumkan pada 30 September.

*Resit pembelian dari Watsons perlu disimpan dan dikemukakan semasa menuntut hadiah.

Terma & Syarat

1. Dengan menyertai ‘Peraduan Kemeriahan Aidilfitri bersama Wipro Unza’ ini, para peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dan/atau mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan (termasuk yang diputuskan oleh WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. tanpa sebarang notis).

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia kecuali kakitangan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD., atau ahli keluarga terdekat dan/atau agensi pengiklanan dan promosi, pengedar yang dilantik dan syarikat pengelola peraduan termasuk syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat mereka.

3. Tempoh Peraduan adalah dari 23 Mei 2017 hingga 24 Julai 2017.

4. Semua penyertaan yang layak mestilah diterima oleh sistem kami pada 23:59:59 (Waktu Malaysia), 24 Julai 2017. Penyertaan yang lambat atau tidak sah tidak akan dilayan. Waktu penghantaran adalah mengikut waktu sistem kami.

5. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang salah, tidak lengkap, menimbulkan keraguan atau tidak sah. Peserta bersetuju untuk tidak secara sengaja merosakkan atau menyebabkan gangguan pada Peraduan dan/atau menghalang peserta lain dari menyertai Peraduan ini.

6. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan dan/atau menolak mana-mana penyertaan yang dianggap dan/atau mengandungi unsur-unsur tidak sesuai untuk mana-mana pihak. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk tidak menghantar penyertaan yang mengandungi sebarang unsur-unsur pornografi atau lucah, mengancam atau menggunakan bahasa kesat serta mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai untuk sesetengah pihak.

7. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas, agensi-agensi pengiklanan dan promosi yang berkaitan serta penasihat undang-undang tidak bertanggungjawab ke atas:-

a. sebarang kesilapan teknikal yang disebabkan oleh gangguan rangkaian internet, serangan virus, penggodaman maklumat, kerosakan dan kegagalan perkakasan maklumat atau sebaliknya;

b. telefon, elektronik, perkakas atau program perisian, rangkaian, internet, pelayan atau kerosakan komputer, kegagalan, gangguan, kesilapan komunikasi atau sebarang kesukaran yang disebabkan oleh kesilapan manusia, mekanikal atau elektrik, tanpa had, termasuklah penangkapan data berkaitan maklumat penyertaan dalam talian yang salah atau tidak tepat;

c. lambat, hilang, lewat, salah, tidak lengkap, tidak sah atau e-mel yang sukar difahami;

d. gagal, tidak lengkap, hilang, tidak teratur, bercampur-aduk, terganggu, tiada transmisi atau transmisi komputer yang lambat;

e. sebarang perkara yang berlaku di luar kawalan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan boleh menyebabkan gangguan atau kegagalan Peraduan;

f. sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan yang timbul berhubung atau akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan hadiah atau daripada penyertaan dalam Peraduan; atau

g. sebarang kesilapan cetakan atau tipografi dalam mana-mana bahan berkaitan dengan Peraduan.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk melepaskan daripada semua liabiliti dan melindungi WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan para pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil-wakil, syarikat induk dan serta syarikat gabungan, anak-anak syarikat, pemegang lesen, agensi pengiklanan serta agensi berkaitan dan penasihat undang-undang dari mana-mana kerugian, ganti rugi, hak, apa-apa jenis tuntutan dan tindakan akibat daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan hadiah atau sebarang aktiviti berkaitan dengan pengambilan hadiah, tanpa had termasuklah kecederaan, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencerobohan privasi.

9. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, syarikat bersekutu, anak syarikat, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi yang berkaitan tidak menjamin, menyatakan dengan terang atau sebaliknya, dalam fakta atau undang-undang berhubung penggunaan atau penikmatan hadiah, termasuklah had tanpa batasan, kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk membenarkan WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. dan syarikat induk, anak syarikat, syarikat gabungan, pemegang lesen, pengarah, pegawai, ejen, kontraktor bebas dan agensi-agensi pengiklanan/promosi menggunakan nama, maklumat yang disertakan dalam laman web Peraduan, kesamaan, maklumat biografi dan kenyataan untuk sebarang tujuan, termasuklah, tanpa had, pengiklanan, perdagangan atau promosi tanpa sebarang had masa, di mana-mana media kelak tanpa sebarang pampasan, melainkan yang telah ditetapkan undang-undang. Status pemenang boleh dilucutkan dan/atau pemenang baru akan dipilih jika pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi, pendaftaran tidak sah dan/atau gagal menuntut hadiah. Keengganan atau pemulangan pemberitahuan hadiah yang gagal dihantar kepada pemenang terpilih juga dianggap batal dan/atau pemenang baru akan dipilih.

11. Dengan penyertaan ini, para peserta mengakui kelayakan penyertaan dan menyatakan persetujuan terhadap sebarang publisiti berhubung penyertaan mereka oleh pihak WIPRO UNZA (M) SDN. BHD.

12. Rayuan untuk menyemak status penyertaan tidak akan dilayan.

13. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk membuat keputusan muktamad dalam sebarang pertikaian berbangkit.

14. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk menggunakan mana-mana bahan yang diterima semasa Peraduan (termasuklah nama peserta, alamat e-mel, nombor telefon, gambar dan lain-lain) untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan komunikasi.

15. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk meminda semula mekanik, terma dan syarat Peraduan serta lain-lain aspek berkaitan Peraduan tanpa sebarang notis.

16. WIPRO UNZA (M) SDN. BHD. berhak untuk menggantung atau membatalkan Peraduan mengikut budi bicara dan keadaan yang tidak diduga tanpa sebarang notis.

CARA – CARA PENYERTAAN
17. Setiap peserta perlu (1) ambil gambar selfie/keluarga bersama produk Wipro Unza, (2) muat naik gambar dan lengkapkan slogan yang diberikan dalam tidak melebihi 15 patah perkataan , (3) menggunakan hashtag #Raya2017xWiproUnza #WUxWatsonsMalaysia dan TAG @watsonsmalaysia dan @WURaya2017.

CARA-CARA UNTUK MENANG

18. SATU (1) pemenang hadiah utama akan menangi Mesen Pencuci Pakaian bernilai RM1,500. DUA (2) pemenang hadiah kedua akan menangi seorang SATU (1) Ketuhar Gelombang Mikro yang bernilai RM500. TIGA PULUH (30) pemenang hadiah ketiga akan menangi SATU (1) Jag Cerek Tanpa Kord yang bernilai RM89 masing-masing. LIMA PULUH (50) pemenang hadiah saguhati akan menangi SATU (1) set Jag dan Gelas masing-masing.

HADIAH-HADIAH
19. SATU (1) pemenang hadiah utama akan menangi Mesen Pencuci Pakaian bernilai RM1,500. DUA (2) pemenang hadiah kedua akan menangi seorang SATU (1) Ketuhar Gelombang Mikro yang bernilai RM500. TIGA PULUH (30) pemenang hadiah ketiga akan menangi SATU (1) Jag Cerek Tanpa Kord yang bernilai RM89 masing-masing. LIMA PULUH (50) pemenang hadiah saguhati akan menangi SATU (1) set Jag dan Gelas masing-masing.

20. Senarai nama pemenang akan diumumkan pada 30 September 2017. Senarai tersebut akan dipaparkan di laman Facebook Watsons Malaysia, dan pemenang-pemenang akan dihubungi melalui telefon.
21. Pemenang-pemenang bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi termasuk nama penuh, number I/C, e-mel, alamat menyurat dan gambar resit Watsons sebagai bukti.

22. Hadiah akan diberikan di Wipro Unza (M) Sdn. Bhd atau pejabat urusan Wipro Unza yang terletak di seluruh Malaysia. Segala peralatan elektrik yang berat akan dikirim kepada pemenang-pemenang.
23. Sebarang kos perjalanan untuk mengambil hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri.

24. Sebarang hadiah tidak boleh ditukar ke wang ringgit. Wipro Unza (M) Sdn. Bhd. berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang hampir sama. Sebarang bentuk kos atau bayaran yang berkaitan dengan menuntut hadiah ditanggung oleh pemenang sendiri. sumber

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah bertanya di facebook

Safi

Watson


1 Comment
  1. Fadhilah Mansor 2 months ago

    hi, pemenang dah dihubungi melalui pm fb

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?