Peraduan 100 Plus Active Sports Fiesta


Dengan setiap pembelian mana-mana 100PLUS ACTIVE REPLENISH yang turut serta, dengan penutup promosi khas, akan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan. Dapatkan kod unik angka abjad 8 (lapan) digit yang tercetak dalam penutup promosi khas sebagai bukti pembelian (“BP”) untuk melayakkan penyertaan.

Penghantaran penyertaan Peraduan adalah melalui aplikasi WhatsApp dari mana-mana nombor talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 011-5664 4118.

Setiap penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan kod kunci diikuti #, nama seperti dalam MyKad diikuti #, nombor MyKad diikuti # dan kod unik BP secara berterusan.

Contoh:
Taip: FN#970101015202#MARCUS LIEW#FN12345A dan hantar melalui
WhatsApp ke 011-5664 4118.

Pemenang dalam dalam peraduan ini ditentukan menerusi no. bersiri yang dibahagi, kiranya macam lucky draw lah.

Hadiah Bulanan
Terdapat 100 (satu ratus) Hadiah Bulanan untuk 3 (tiga) bulan berturut-turut. Terdapat sejumlah 300 (tiga ratus) Hadiah Bulanan berupa 1 (satu) Jersi Bola Sepak untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

Cara Pemilihan Pemenang Hadiah Bulanan:

Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap bulan akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan 100 (satu ratus) untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Bulanan setiap bulan. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi bulan tersebut ialah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 8.89, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 8. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 8. Seramai 100 (satu ratus) Peserta bagi bulan tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 8 iaitu , 16, 24, 32, 40 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Bulanan bagi bulan tersebut.

Hadiah UTAMA & Khas
Terdapat 2 (dua) peringkat Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan:

  • 5 Hadiah Utama berbentuk pakej percutian untuk menyaksikan acara sukan impian anda untuk 2 (dua) orang.
  • 100 (satu ratus) Hadiah Khas berbentuk 1 (satu) Pas VIP SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017.

Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan:

  • 5 (lima) untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama.
  • 100 (satu ratus) untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Istimewa.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Hadiah Utama: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 18889, maka 18889 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 3777.8, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 3777. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 3777. Peserta yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 3777 iaitu 3777, 7554, 11331, 15108 dan 18885 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

Hadiah Istimewa : Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 18889, maka 18889 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 188.89 yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 188. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 188. Seramai 100 (satu ratus) Peserta yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 188 iaitu 188, 376, 564, 752, 940 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Istimewa. sumber

Untuk Maklumat lanjut boleh baca dalam Terma & Syarat

Nanti kalau anda menang Hadiah Utama, pilih acara suka yang elok-elok ya masa nak pergi tengok tu. Jangan pulak pergi tengok acara sukan Gimnastik, sukan renang atau sukan yang mendedah ‘aurat’.. hehe.

Pergi tengok acara Badminton Masa Datuk Lee Chong Wei main ok jugak..

Tempoh Peraduan: 1 Mei hingga 31 Julai 2017

Cara

step 1

step 2

Kriteria Kelayakan & Penghantaran Penyertaan
Setiap pembelian mana-mana 100PLUS ACTIVE REPLENISH yang turut serta, dengan penutup promosi khas, akan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan. Dapatkan kod unik angka abjad 8 (lapan) digit yang tercetak dalam penutup promosi khas sebagai bukti pembelian (“BP”) untuk melayakkan penyertaan.

Penghantaran penyertaan Peraduan adalah melalui aplikasi WhatsApp dari mana-mana nombor talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 011-5664 4118.

Setiap penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan kod kunci diikuti #, nama seperti dalam MyKad diikuti #, nombor MyKad diikuti # dan kod unik BP secara berterusan.

Contoh:
Taip: FN#970101015202#MARCUS LIEW#FN12345A dan hantar melalui
WhatsApp ke 011-5664 4118.

Setiap penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan butir-butir peribadi dan kod unik BP yang dikehendaki. Setiap peserta berhak/layak untuk menghantar lebih daripada 1 (satu) penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan 1 (satu) kod unik BP. Setiap kod unik BP hanya boleh digunakan sekali. Penyertaan
seterusnya yang diterima dengan kod unik BP yang sama akan dibatalkan dan hanya penyertaan pertama layak diterima.

Semua penyertaan yang diterima tertakluk kepada pengesahan Penganjur. Penganjur berhak secara mutlak untuk membatalkan secara automatik penyertaan yang tidak lengkap dan/atau penyertaan dengan ulangan kod unik BP dan/atau penyertaan yang lewat diterima (iaitu penyertaan yang diterima selepas 31/07/2017, 23.59mlm).

Peserta MESTI menyimpan BP untuk pengesahan pemenang dan tebusan hadiah. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan pembatalan penyertaan dan hadiah yang dimenangi.

Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan penyertaan tanpa perlu memberikan sebarang notis kepada mana-mana pihak. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mereka sekiranya Peserta tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan.

Semua Penyertaan Layak yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan akan diberi 1 (satu) nombor bersiri. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan bagi Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri “1”.

 

Hadiah

pas vip

Terma & Syarat

TERMA & SYARAT PERADUAN
Penganjur & Tempoh Peraduan
1. PERADUAN 100PLUS ACTIVE SPORTS FIESTA (“Peraduan”) dibuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/05/2017 kecuali kakitangan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (“Penganjur”), syarikat gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanan/Perhubungan Awam dan pembekal Penganjur, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

2. Peraduan bermula dari 01/05/2017 dan berakhir pada 31/07/2017 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

3. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau
penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.

Kriteria Kelayakan & Penghantaran Penyertaan
4. Setiap pembelian mana-mana 100PLUS ACTIVE REPLENISH yang turut serta, dengan penutup promosi khas, akan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan. Dapatkan kod unik angka abjad 8 (lapan) digit yang tercetak dalam penutup promosi khas sebagai bukti pembelian (“BP”) untuk melayakkan penyertaan.

5. Penghantaran penyertaan Peraduan adalah melalui aplikasi WhatsApp dari mana-mana nombor talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 011-5664 4118.

Setiap penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan kod kunci diikuti #, nama seperti dalam MyKad diikuti #, nombor MyKad diikuti # dan kod unik BP secara berterusan.

Contoh:
Taip: FN#970101015202#MARCUS LIEW#FN12345A dan hantar melalui
WhatsApp ke 011-5664 4118.

6. Setiap penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan butir-butir peribadi dan kod unik BP yang dikehendaki. Setiap peserta berhak/layak untuk menghantar lebih daripada 1 (satu) penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan 1 (satu) kod unik BP. Setiap kod unik BP hanya boleh digunakan sekali. Penyertaan
seterusnya yang diterima dengan kod unik BP yang sama akan dibatalkan dan hanya penyertaan pertama layak diterima.

7. Semua penyertaan yang diterima tertakluk kepada pengesahan Penganjur. Penganjur berhak secara mutlak untuk membatalkan secara automatik penyertaan yang tidak lengkap dan/atau penyertaan dengan ulangan kod unik BP dan/atau penyertaan yang lewat diterima (iaitu penyertaan yang diterima selepas 31/07/2017, 23.59mlm).

8. Peserta MESTI menyimpan BP untuk pengesahan pemenang dan tebusan hadiah. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan pembatalan penyertaan dan hadiah yang dimenangi.

9. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan penyertaan tanpa perlu memberikan sebarang notis kepada manamana pihak. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mereka sekiranya Peserta tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan.

10. Semua Penyertaan Layak yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan akan diberi 1 (satu) nombor bersiri. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan bagi Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri “1”.

Hadiah Bulanan
11. Terdapat 100 (satu ratus) Hadiah Bulanan untuk 3 (tiga) bulan berturut-turut. Terdapat sejumlah 300 (tiga ratus) Hadiah Bulanan berupa 1 (satu) Jersi Bola Sepak untuk dimenangi sepanjang Temph Peraduan.

12. 3 (tiga) tempoh bulanan berturut-turut adalah seperti berikut:

  •  Bulan 1: 01/05 – 31/05/2017
  •  Bulan 2: 01/06 – 30/06/2017
  •  Bulan 3: 01/07 – 31/07/2017

13. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap bulan akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan 100 (satu ratus) untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Bulanan setiap bulan. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi bulan tersebut ialah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 8.89, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 8. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 8. Seramai 100 (satu ratus) Peserta bagi bulan tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 8 iaitu , 16, 24, 32, 40 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Bulanan bagi bulan tersebut.

14. Setiap peserta hanya boleh memenangi maksimum 2 (dua) Hadiah Bulanan sepanjang Tempoh Peraduan.

15. Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 1 (satu) bulan dari tarikh Hadiah Bulanan disediakan untuk kutipan. Semua Hadiah Bulanan yang tidak dituntut akan ditarik balik.

Hadiah Asas
16. Terdapat 2 (dua) peringkat Hadiah Utama untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan:

  •  5 (lima) Hadiah Utama berbentuk pakej percutian untuk menyaksikan acara sukan impian anda untuk 2 (dua) orang.
  •  100 (satu ratus) Hadiah Khas berbentuk 1 (satu) Pas VIP SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017.

17. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak sepanjang Tempoh Peraduan akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan:
 5 (lima) untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama.
 100 (satu ratus) untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Istimewa.

Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 18889, maka 18889 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 3777.8, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 3777. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 3777. Peserta yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 3777 iaitu 3777, 7554, 11331, 15108 dan 18885 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

Hadiah Istimewa : Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 18889, maka 18889 akan dibahagikan dengan 100, yang bersamaan dengan 188.89 yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 188. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 188. Seramai 100 (satu ratus) Peserta yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 188 iaitu 188, 376, 564, 752, 940 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Istimewa.

18. Setiap Peserta hanya boleh memenangi 1 (satu) Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan.

19. Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 1 (satu) bulan dari tarikh Hadiah Utama disediakan untuk kutipan. Semua Hadiah Utama yang tidak dituntut akan ditarik balik.

20. Pemenang mesti mematuhi terma & syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah mereka sekiranya Pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan dan Terma dan Syarat Hadiah.

21. Iklan Pengumuman Pemenang akan dipaparkan di laman web
www.100plus.com.my.

Liabiliti & Tanggungjawab
22. Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang penyertaan Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada Terma & Syarat Hadiah yang akan disertakan dengan hadiah dan dinyatakan dalam surat pengakuan pemenang. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.

23. Pemenang dan warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

24. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya. Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

25. Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (“F&N” atau “kami”). Tambahan lagi, dengan mengemukakan borang Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh F&N dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi, nombor hubungan, alamat dan maklumat lain yang kami hendaki daripada anda dalam borang Peraduan ini. F&N akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada F&N, untuk tujuan mengendalikan peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).

26. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut dikemas kini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi dengan menghantar e-mel ke penyedia perkhidmatan di pdpa@omniteam.com.my. Sekiranya terdapat
ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai berbanding versi Bahasa Malaysia.

Hak Penganjur
27. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau
menggantung Hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

28. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah
mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

29. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

30. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua Peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan Hadiah.

31. Penganjur sama sekali tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kesilapan percetakan yang tertera pada Bukti Pembelian yang diedarkan di pasaran.

32. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat.

Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan
mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

33. Terma & Syarat ini disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat percanggahan antara semua versi yang disediakan, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Peraduan yang boleh didapati di www.100plus.com.my atau www.fnbm.com.my akan diguna pakai.

34. Untuk pertanyaan lanjut mengenai Peraduan, sila hubungi Talian Khas di 03-7880 7803 (10 pagi – 5 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum) atau kunjungi www.100plus.com.my atau www.fnbm.com.my .

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?