Peraduan F&N Sejuta Kemeriahan


Peraduan F& N Sejuta Kemeriahan sesuai di sertai oleh pengemar minuman 100Plus, F&N Fun Flavours, F&N Seasons, EST Cola dan Oishi, sebarang perisa.

Dengan pembelian mana-mana LIMA (5) Produk F&N 1.5 Liter yang turut serta (tengok carta dibawah) dalam Tempoh Peraduan anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Setiap LIMA (5) label daripada Produk F&N yang turut serta melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan. Hanya label promosi Hari Raya dan label generik akan diterima. Label-label promosi lain tidak layak untuk Peraduan ini.

Untuk Makluman anda, label generik itu adalah label Normal (label asal yang tiada cetakan sebarang promosi lain). Contohnya macam ni.

Setiap minggu 100 pemenang akan dipilih untuk memenagi hadiah wang tunai RM1000 setiap pemenang.

Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan akan ditentukan dengan cara pemilihan rawak berkomputer daripada semua penyertaan layak yang diterima sepanjang setiap Minggu Peraduan. (boleh baca dalam terma & syarat untuk detail)

**Masa nak pos nanti, pastikan setem anda mencukupi.

Tempoh Peraduan: 1 Mei hingga 9 Julai 2017

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak beli atau memang ada keperluan untuk beli.

Cara

carafn

fn6

gh6

Hadiah

  • Hadiah Mingguan x 100 pemenang x 10 minggu:

• Minggu Peraduan 1: 01 Mei 2017 – 07 Mei 2017
Minggu Peraduan 2: 08 Mei 2017 – 14 Mei 2017
• Minggu Peraduan 3: 15 Mei 2017 – 21 Mei 2017
• Minggu Peraduan 4: 22 Mei 2017 – 28 Mei 2017
• Minggu Peraduan 5: 29 Mei 2017 – 04 Jun 2017
• Minggu Peraduan 6: 05 Jun 2017 – 11 Jun 2017
• Minggu Peraduan 7: 12 Jun 2017 – 18 Jun 2017
• Minggu Peraduan 8: 19 Jun 2017 – 25 Jun 2017
• Minggu Peraduan 9: 26 Jun 2017 – 02 Julai 2017
• Minggu Peraduan 10: 03 Julai 2017 – 09 Julai 2017

Terma & Syarat

1. Peraduan F&N Sejuta Kemeriahan akan berlangsung dari 1 Mei 2017 hingga 9 Julai 2017 (“Tempoh Peraduan”). F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan
Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama sepuluh (10) minggu dan
tempoh Minggu Peraduan adalah seperti berikut:

• Minggu Peraduan 1: 01 Mei 2017 – 07 Mei 2017
• Minggu Peraduan 2: 08 Mei 2017 – 14 Mei 2017
• Minggu Peraduan 3: 15 Mei 2017 – 21 Mei 2017
• Minggu Peraduan 4: 22 Mei 2017 – 28 Mei 2017
• Minggu Peraduan 5: 29 Mei 2017 – 04 Jun 2017
• Minggu Peraduan 6: 05 Jun 2017 – 11 Jun 2017
• Minggu Peraduan 7: 12 Jun 2017 – 18 Jun 2017
• Minggu Peraduan 8: 19 Jun 2017 – 25 Jun 2017
• Minggu Peraduan 9: 26 Jun 2017 – 02 Julai 2017
• Minggu Peraduan 10: 03 Julai 2017 – 09 Julai 2017

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Mei 2017), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3.Produk F&N yang turut serta dalam Peraduan ini adalah minuman botol 1.5L jenama 100Plus, F&N Fun Flavours, F&N Seasons, EST Cola dan Oishi, sebarang perisa (“Produk F&N yang turut serta”).

4. Cara penyertaan:
a) Beli mana-mana LIMA (5) Produk F&N yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Setiap LIMA (5) label daripada Produk F&N yang turut serta melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan. Hanya label promosi Hari Raya dan label generik akan diterima. Label-label promosi lain tidak layak untuk Peraduan ini.

b) Jawab satu soalan: Jenama-jenama F&N yang turut serta dalam Peraduan ini adalah F&N Fun Flavours, 100PLUS, F&N Seasons, EST Cola dan Oishi. Betul atau Salah.

c) Lengkapkan borang penyertaan dan lampirkan seluruh label Produk F&N yang turut serta sebagai bukti pembelian.

d) Hantar penyertaan secara pos biasa
ke: Peraduan F&N Sejuta Kemeriahan, Peti Surat 3279, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

e) Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Peserta boleh menghantar dalam satu (1) sampul surat seberapa banyak penyertaan yang disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan.

f) Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

g) Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik. h) Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa label yang betul atau sah.

5. Cara pemilihan pemenang:

a) Hadiah Mingguan x 100 pemenang x 10 minggu:

i. Pemenang-pemenang Hadiah Mingguan akan ditentukan dengan cara pemilihan rawak berkomputer daripada semua penyertaan layak yang diterima sepanjang setiap Minggu Peraduan.

b) Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk proses pengesahan butiran peribadi dan mungkin dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang layak gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang layak tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama.

Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan pemenang yang layak akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang-pemenang yang layak tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

6. Hadiah-hadiah Peraduan:

a) Hadiah Mingguan x 1,000:
Wang tunai RM1,000 setiap satu.

b) Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Mingguan dalam satu (1) Minggu Peraduan dan maksimum dua (2) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

c)Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

d) Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri dalam bentuk Kad Pengenalan Malaysia sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan.

Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.

e) Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan
hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta.

Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui khidmat pelanggannya di fnbm.support@fn.com.my bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur. 11. Pihak Penganjur berhak untuk
meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut. 12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Borang peraduan Boleh Download dari SINI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?