Peraduan Masak-masak Gempak Raya Maggi




Sertai Peraduan Masak-masak Gempak Raya Maggi untuk berpeluang memenagi hadiah wang tunai RM300 atau Baucar Courts bernilai RM20,000.

Peraduan ini sesuai disertai oleh pengguna produk MAGGI. Dengan pembelian produk Maggi yang megambil bahagian (lihat carta dibawah) anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Sila ambil perhatian ya, 1 bukti pembelian perlu dimasukkan kedalam 1 sampul surat. Tidak boleh masukkan banyak-banyak bukti pembelian dalam satu surat yang sama. Nanti penyertaan anda dibatalkan.

bp

Dalam peraduan ini ada  50 pemenang hadiah saguhati mingguan yang berupa wang tunai RM300 setiap pemenang dan hadiah Utama Mingguan iaitu berupa baucar beli belah Courts bernilai 20,000 untuk seorang pemenang.

Kaedah pemilihan pemenang dalam peraduan ini adalah menerusi kaedah no. bersiri yang dibahagi. Kiranya lebih kurang macam lucky draw lah. Setiap borang penyertaan akan dicop dengan no. bersiri mengikut produk yang dinyatakan seperi diatas.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh Hubungi no ini  1-800-88-3433

Tempoh Peraduan: 1 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017

Cara

cara2

Borang Peraduan Boleh Download & Print dari SINI atau boleh juga daptkan di pasaraya atau kedai yang mengambil bahagian berdekatan rumah anda.

Hadiah

baucar

Syarat & Peraturan Peraduan

Pihak Penganjur & Kelayakan

1.PERADUAN MASAK-MASAK GEMPAK RAYA MAGGI® [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh NESTLÉ Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Semenanjung Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 01/05/2017.

2.Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a] Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka
[anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau Peraduan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1.Peraduan ini akan bermula dari 01/05/2017 hingga 30/06/2017 [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1.Setiap pembelian mana-mana produk MAGGI® yang turut serta melayakkan anda untuk menyertai Peraduan ini. Sila rujuk Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] untuk senarai produk yang turut serta dan bukti pembelian [“BP”] yang diperlukan untuk menyertai Peraduan ini. Hanya produk NESTLÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.

2.Borang penyertaan boleh didapati di kedai-kedai atau hypermarket yang terpilih atau boleh dimuat turun dari laman web www.maggi.com.my. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan asli, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, memberikan jawapan yang betul bagi tiga [3] soalan yang tertera dalam borang penyertaan dan dilampirkan bersama BP yang dikehendaki. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, memberikan jawapan yang salah atau borang penyertaan yang tidak tepat, atau penyertaan dengan BP tidak betul
dan/atau rosak akan dibatalkan.

3.Setiap peserta berhak/layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan
dengan satu [1] BP dan satu [1] borang penyertaan dalam satu [1] sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang borang penyertaan atau BP akan dibatalkan.

4.Setiap penyertaan mesti dikirim melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan. Penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POSLaju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Setiap sampul surat mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang dikirim melalui pos yang tidak diterima kerana kekurangan bayaran pos atau alamat tidak tepat. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.

5.Setiap borang penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diperuntukkan satu [1] nombor bersiri
seperti yang dinyatakan dalam Jadual BP.

Hadiah-Hadiah
1.Pihak Penganjur akan menawarkan Hadiah Utama Mingguan dan Hadiah Saguhati Migguan untuk dimenangi setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan [“Tempoh Peraduan Mingguan”].

2.Tempoh Peraduan Mingguan adalah:

  • Minggu 1: 1 – 7 Mei 2017
  • Minggu 2: 8 – 14 Mei 2017
  • Minggu 3: 15 – 21 Mei 2017
  • Minggu 4: 22 – 28 Mei 2017
  • Minggu 5: 29 Mei – 4 Jun 2017
  • Minggu 6: 5 – 11 Jun 2017
  • Minggu 7: 12 – 18 Jun 2017
  • Minggu 8: 19 – 25 Jun 2017
  • Minggu 9: 26 -30 Jun 2017

3.Dalam proses perlantikan pemenang-pemenang, Pihak Penganjur akan memperuntukkan nombor bersiri mengikut Jadual Bukti Pembelian bagi setiap penyertaan yang diterima dan ditentukan sah oleh Pihak Penganjur [setiap satu “Penyertaan Sah” dan secara kolektif “Penyertaan-Penyertaan Sah”]. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan kepada setiap Penyertaan-Penyertaan Sah bermula dengan nombor bersiri “1” bagi setiap Tempoh Peraduan Mingguan.

4.Hadiah Saguhati Mingguan:
[a] Terdapat sejumlah lima puluh [50] Hadiah Saguhati Mingguan untuk dimenangi setiap Tempoh Peraduan Mingguan selama sembilan [9] minggu. Hadiah Saguhati Mingguan berupa wang tunai bernilai Ringgit Malaysia tiga ratus [RM300].

[b] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan Mingguan akan dibahagikan dengan lima puluh [50] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan Mingguan adalah 50,000, jumlah ini
akan dibahagikan kepada lima puluh [50] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenangpemenangnya
adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-1000 sebagai pemenang nombor bersiri pertama
dan nombor bersiri ke-2000 sebagai pemenang nombor bersiri kedua dan berikutnya.

5.Hadiah Utama Mingguan:
[a] Terdapat sejumlah satu [1] Hadiah Utama Mingguan untuk dimenangi setiap Tempoh Peraduan Mingguan selama sembilan [9] minggu. Hadiah Utama Mingguan berupa baucer tunai Courts bernilai Ringgit Malaysia dua puluh ribu [RM20,000].

[b] Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan Mingguan dan selepas ditolakkan nombor-nombor bersiri yang memenangi Hadiah Saguhati Mingguan akan dibahagikan dengan dua [2] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Nombor bersiri yang terpilih adalah nombor bulat terdekat yang lebih rendah yang didapati selepas pembahagian.

Contoh:
Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Hadiah Mingguan dan selepas ditolakkan nombor-nombor bersiri yang memenangi Hadiah Saguhati Mingguan adalah 49,950, jumlah ini akan dibahagikan
dengan dua [2] bagi menentukan nombor bersiri yang menang. Pemenangnya adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-24,975.

6.Peserta-peserta layak memenangi satu [1] Hadiah Saguhati Mingguan dan satu [1] Hadiah Utama Mingguan sahaja
sepanjang Tempoh Peraduan.

7.Pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah-hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh surat pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima. Senarai pemenangpemenang
juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.nestle.com.my].

8.Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk menilai dan mengubah proses perlantikan pemenangpemenang yang terkandung di sini pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

9.Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masanya tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit dan barangan lain atau
baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

10.Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang
menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab
1.Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk
melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang
berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1.Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah-hadiahnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

2.Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang disyaki atau terbukti bersalah atas pengubahan proses penyertaan Peraduan atau operasi Peraduan dan Pihak Penganjur berhak untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang mampu menjejaskan Peraduan.

3.Pihak Penganjur berhak mengubah, menggantung atau membatal Peraduan ini apabila Pihak Penganjur tidak mampu untuk menjalankan Peraduan seperti yang dirancangkan termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa punca lain yang di luar kawalan Pihak Penganjur, selepas segala usaha Pihak Penganjur.

Perlindungan Data
1.Dengan menyertai Peraduan anda telah bersetuju untuk Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2.Pihak Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, sampel, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pihak Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

3.Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Pihak Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

4.Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

5.Pada masa tertentu Pihak Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

6.Pihak Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Pihak Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

7.Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.

8.Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada:

• Hubungi: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
• Alamat: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Atau

• Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus
Atau
• Hubungi kami : 1-800-88-3433

9.Sila ambil perhatian bahawa Pihak Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Peraduan dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

10.Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

Terma & Syarat
1.Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

2.Pihak Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat Peraduan ini dari semasa ke semasa dan akan mengatasi manamana provisi atau representasi terkandung di dalam mana-mana barangan promosi atau iklan Peraduan ini. Para peserta amat digalakkan untuk mengunjungi laman web Pihak Penganjur dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa
para peserta dimaklumkan tentang sebarang pengemaskinian dan pemindaan yang dibuat.

3.Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan Pihak Penganjur.

sumber

sumber



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?