Peraduan Masak & Menang Nestlé Yogurt Set Asli



Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang pandai memasak yang menggunakan Nestlé Yogurt Set Asli dalam masakan mereka.

Dengan pembelian 1 Nestle Natural Set Yogurt  470gram anda layak untuk sertai peraduan ini.Untuk sertai peraduan ini anda dikehendaki untuk hantarkan resepi menggunakan Nestle Natural Set Yogurt.

Untuk hantarkan penyertaan dalam peraduan ini. Ada 2 cara, pertama melalui pos biasa dan  juga boleh dihantarkan secara online.

Antara kriteria resepi anda yang perlu diikuti:

Peringkat Akhir:
Peserta senarai akhir perlu menghadiri Cabaran Peringkat Akhir *“Peringkat Akhir”+ pada tarikh dan di sebuah lokasi di Lembah Klang yang akan ditentukan oleh Pihak Penganjur di mana peserta perlu memasak satu hidangan mengikut garis panduan resipi yang akan diumumkan pada hari Cabaran Peringkat Akhir. Terma dan syarat Peringkat Akhir akan diberikan kepada peserta yang terlibat pada hari Cabaran Peringkat Akhir

a. Hanya peserta dengan nama dan butiran peribadi yang diberikan dalam Borang Penyertaan yang layak mara ke Peringkat Akhir. Peserta perlu menghadiri sendiri ke Peringkat Akhir dan tidak boleh melantik wakil untuk menghadiri bagi pihak mereka. Semua peserta yang dipilih akan dihubungi melalui nombor telefon yang telah diberikan di dalam Borang Penyertaan Peraduan dan peserta akan diumumkan tentang butiran lanjut bagi Peringkat Akhir.

b. Jika mana-mana peserta tidak berjaya dihubungi selepas tiga [3] kali, menolak panggilan atau gagal untuk menghadiri Peringkat Akhir, peserta akan disingkirkan dan peserta senarai akhir seterusnya akan dipilih untuk menggantikan peserta yang telah disingkirkan.

c. Selepas menyempurnakan Peringkat Akhir, panel pengadil akan memberi markah pada hidangan peserta dari segi: kelazatan, kreativiti resipi, persembahan hidangan, penggunaan Nestlé Yogurt Set Asli sebagai ramuan yang menggantikan hidangan yang berlemak tinggi dan Konsep pemakanan seimbang serta saiz hidangan yang bersesuaian. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan memenangi Hadiah Utama, peserta dengan markah kedua tertinggi akan memenangi Hadiah Pertama dan markah ketiga tertinggi akan memenangi Hadiah Kedua, dan seterusnya

d. Jika berlaku seri, pengadil akan mengundi dan peserta dengan jumlah undian tertinggi akan menjadi pemenang hadiah utama.
3. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman pemenang-pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

4. Untuk pemenang-pemenang yang menyertai Peraduan ini melalui laman web, BP asli dan salinan MyKad pemenang mesti dikemukakan kepada Pihak Penganjur untuk tuntutan hadiah. sumber

Hadiah keseluruhan yang ditawrkan dalam peraduan ini adalah RM40,000.

Tempoh peraduan: 1 April hingga 15 Mei 2017

Cara

cara1

Penyertan secara online boleh dihantar DISINI

Untuk hantar secara offline (pos biasa) anda boleh download borang peraduandan poskan ke alamat yang tertera dalam borang peraduan

 

Hadiah

ht1

Syarat & Peraturan Peraduan

Pihak Penganjur & Kelayakan
1. Peraduan Masak & Menang Nestlé Yogurt Set Asli *“Peraduan”+ ini dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H+ *“Pihak Penganjur”+ dan peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas pada 1/4/17.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:

a. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dengannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan /atau

b. Wakil, kakitangan, pekerja dan / atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan / atau Pihak Penganjur khidmat peraduan [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dengannya], dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh
1. Tempoh penyertaan ini akan bermula dari 1/4/2017 pada jam “00:00:01” hingga 15/5/2017 pada jam “23:59:59” *“Tempoh Penyertaan”+. Pihak Penganjur berhak menunda Tempoh Penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Penyertaan akan dibatalkan secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

 Dengan pembelian mana-mana satu [1] produk Nestlé Yogurt Set Asli 470gm sepanjang Tempoh Peraduan. Anda dikehendaki melampirkan Bukti Pembelian *“BP”+ iaitu resit asli pembelian Nestlé Yogurt Set Asli 470gm dalam tarikh Tempoh Penyertaan Peraduan sebagai tiket untuk menyertai Peraduan ini.

Setiap satu [1] Nestle Yogurt Set Asli 470gm yang dibeli melayakkan anda untuk satu [1] penyertaan Peraduan, sebagai contoh, jika terdapat dua [2] Nestle Yogurt Set Asli tertera di dalam satu [1] resit, anda boleh menghantarkan dua [2] borang penyertaan.

Setiap peserta layak menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan namun setiap penyertaan mesti disertakan dengan BP.
 Peserta boleh menyertai Peraduan ini melalui:

i. Pos Biasa
o Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti lengkap dengan butir-butir berikut:
i) Borang (“Borang Penyertaan Peraduan”) yang lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, yang boleh didapatkan daripada semua pasaraya, pasaraya besar dan kedai runcit umum atau muat turun di laman web kami: www.dearnestle.com.my/contest/masakdanmenang2017
ii) BP yang dikehendaki dan
iii) Salinan resipi yang anda reka mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam bahagian “Garis Panduan Resipi” pada Borang Penyertaan Peraduan.
o Pihak Penganjur berhak untuk menyingkirkan dan / atau menolak penyertaan yang:
i. BP yang dihantarkan adalah salinan, tidak mengikuti garis panduan, tidak jelas, koyak, rosak;
ii. Butir-butir yang diperlukan dalam Borang Penyertaan Peraduan tidak lengkap, tidak sah, tidak jelas, tidak tepat; dan / atau
iii. Resipi yang dihantarkan tidak menepati garis panduan, seperti yang dinyatakan di bahagian ‘Garis Panduan Resipi’ Borang Penyertaan Peraduan dan / atau telah dihantar terlebih dahulu, telah diterbitkan, telah menang dalam peraduan lain dan / atau digunakan terlebih dahulu untuk pengiklanan atau sebarang promosi.

o Semua Borang Penyertaan Peraduan yang dilampirkan dengan BP harus dihantarkan ke alamat yang dinyatakan pada borang penyertaan, melalui kaedah pos biasa. Penyertaan yang diterima melalui kiriman penghantar, perkhidmatan kiriman cepat, penghantaran tangan, Pos Laju dan / atau melalui kaedah-kaedah penghantaran lain selain daripada pos biasa, secara automatik tidak layak. Peserta harus memastikan bahawa setiap sampul surat lengkap dengan setem yang mencukupi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penyertaan yang tidak diterima sebahagian sebab penghantaran tidak lengkap atau alamat tidak sahih. Pihak Penganjur TIDAK akan menerima Bukti penghantaran selepas tamat tarikh penyertaan.

ii. Penyertaan Melalui Laman Web:
o Penyertaan Peraduan harus lengkap dengan butir-butir berikut:
i. Borang Penyertaan laman web yang lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, yang boleh didapati daripada laman web kami www.dearnestle.com.my/contest/masakdanmenang2017
ii. Salinan imbasan gambar BP yang diperlukan; dan
iii. Salinan resipi yang direka menepati garis panduan seperti yang ditetapkan dalam ‘Garis Panduan Resipi’ di laman web Peraduan.

o Pihak Penganjur berhak untuk menyingkirkan dan / atau menolak penyertaan yang:
i. Salinan imbasan gambar BP yang dihantarkan adalah duplikasi, tidak menepati yang dikehendaki, tidak jelas, koyak, rosak;
ii. Butir-butir yang diperlukan dalam Borang Penyertaan Peraduan tidak lengkap, tidak sah, tidak jelas, tidak tepat; dan / atau
iii. Resipi yang dihantarkan tidak menepati garis panduan, seperti yang dinyatakan di bahagian ‘Garis Panduan Resipi’ Borang Penyertaan Peraduan dan / atau bukan asli, telah dihantar terlebih dahulu, telah diterbitkan, telah menang dalam peraduan lain dan / atau digunakan terlebih dahulu untuk pengiklanan atau sebarang promosi.

o Pihak Penganjur berhak untuk meminta BP asli untuk pengesahan. Peserta harus menyimpan BP asli yang dihantarkan dalam penyertaan melalui laman web untuk pengesahan peserta dan penebusan Hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan BP asli akan mengakibatkan penyingkiran kelayakan dan hadiah.

o Pihak Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau
penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan / atau laman web.

Hadiah-Hadiah
1. Terdapat satu [1] Hadiah Utama, satu [1] Hadiah Pertama, satu [1] Hadiah Kedua, satu [1] Hadiah ketiga dan dua [2] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi. Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:
Kategori Hadiah

  • Hadiah Utama x 1 pemenang
    Tunai RM20,000 + resipi pemenang akan disertakan dalam laman web Nestlé
  • Hadiah Kedua x 1 pemenang
    Tunai RM10,000
  • Hadiah Ketiga x 1 pemenang
  • Tunai RM5,000
    Hadiah Sagu Hati x 2 pemenang
    Tunai RM2,5000 Setiap pemenang sagu hati

2. Peringkat Akhir:
Peserta senarai akhir perlu menghadiri Cabaran Peringkat Akhir *“Peringkat Akhir”+ pada tarikh dan di sebuah lokasi di Lembah Klang yang akan ditentukan oleh Pihak Penganjur di mana peserta perlu memasak satu hidangan mengikut garis panduan resipi yang akan diumumkan pada hari Cabaran Peringkat Akhir. Terma dan syarat Peringkat Akhir akan diberikan kepada peserta yang terlibat pada hari Cabaran Peringkat Akhir

a. Hanya peserta dengan nama dan butiran peribadi yang diberikan dalam Borang Penyertaan yang layak mara ke Peringkat Akhir. Peserta perlu menghadiri sendiri ke Peringkat Akhir dan tidak boleh melantik wakil untuk menghadiri bagi pihak mereka. Semua peserta yang dipilih akan dihubungi melalui nombor telefon yang telah diberikan di dalam Borang Penyertaan Peraduan dan peserta akan diumumkan tentang butiran lanjut bagi Peringkat Akhir.

b. Jika mana-mana peserta tidak berjaya dihubungi selepas tiga [3] kali, menolak panggilan atau gagal untuk menghadiri Peringkat Akhir, peserta akan disingkirkan dan peserta senarai akhir seterusnya akan dipilih untuk menggantikan peserta yang telah disingkirkan.

c. Selepas menyempurnakan Peringkat Akhir, panel pengadil akan memberi markah pada hidangan peserta dari segi: kelazatan, kreativiti resipi, persembahan hidangan, penggunaan Nestlé Yogurt Set Asli sebagai ramuan yang menggantikan hidangan yang berlemak tinggi dan Konsep pemakanan seimbang serta saiz hidangan yang bersesuaian. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan memenangi Hadiah Utama, peserta dengan markah kedua tertinggi akan memenangi Hadiah Pertama dan markah ketiga tertinggi akan memenangi Hadiah Kedua, dan seterusnya

d. Jika berlaku seri, pengadil akan mengundi dan peserta dengan jumlah undian tertinggi akan menjadi pemenang hadiah utama.
3. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pengumuman pemenang-pemenang. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

4. Untuk pemenang-pemenang yang menyertai Peraduan ini melalui laman web, BP asli dan salinan MyKad pemenang mesti dikemukakan kepada Pihak Penganjur untuk tuntutan hadiah.

5. Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan akan diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit dan barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

6. Semua pemenang mestilah mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur dan/atau pihak yang menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

Liabiliti & Tanggungjawab
1. Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

2. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini, menyertai Peringkat Akhir dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

Hak Pihak Penganjur
1. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang, resipi yang disertakan dan hadiah-hadiahnya untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti tanpa sebarang notis terlebih dahulu, dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan dan/atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

2. Pihak Penganjur berhak mengubah, menggantung atau membatal Peraduan apabila Pihak Penganjur tidak mampu untuk menjalankan Peraduan seperti yang dirancangkan termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa punca lain yang di luar kawalan Pihak Penganjur, selepas segala usaha Pihak Penganjur.

3. Pihak Penganjur berhak di atas budi bicara mutlaknya untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang disyaki atau terbukti bersalah atas pengubahan proses penyertaan Peraduan atau operasi Peraduan dan Pihak Penganjur berhak untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang mampu menjejaskan Peraduan.

Notis Privasi
1. Dengan menyertai Peraduan, Peserta memberi kebenaran kepada Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat gabungannya, subsidiari atau syarikat berkaitan dengannya seperti dinyatakan dalam Akta Syarikat 1965 (“Nestlé Malaysia Group”) dan penyedia perkhidmatan, ejen dan kontraktor yang menyediakan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan mewakili kami (“Pihak Ketiga yang Sah”) (secara keseluruhan “Penganjur”, “kami”atau “kita” ) untuk memproses maklumat peribadi yang anda berikan dalam borang penyertaan untuk kegunaan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada orang awam apabila anda menjadi pemenang dalam peraduan atau mengambil bahagian dalam acara-acara kami dengan menerbitkan nama, gambar dan butiran peribadi lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2. Pihak Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghubungi dan menhantarkan maklumat pemasaran dan promosi kepada anda, atau sebarang komunikasi jualan tentang produk kami, perkhidmatan, promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan
oleh Pihak Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda dalam borang jika anda bersetuju untuk menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan ini.

3. Jika anda bersetuju untuk kongsikan dan dedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda ingin rujukkan kepada Pihak Penganjur, anda perlu mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan orang tersebut untuk dikongsikan dan didedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan kami akan menghubunginya.

4. Merujuk kepada kanak-kanak atau individu yang tidak kompeten dari segi undang-undang untuk memberi pengesahan, anda harus mengesahkan bahawa mereka telah memilih anda untuk mewakili mereka dan mengesahkan bagi pihak mereka untuk memproseskan maklumat peribadi mereka berdasarkan notis privasi ini.

5. Jika Pihak Penganjur melantik Pihak Ketiha yang Sah untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak Ketiga yang Sah terikat dengan kontrak untuk mengambil langkah yang berpatutan untuk memastikan maklumat selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk kegunaan lain selain daripada yang telah dinyatakan di sini dan dalam polisi privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

6. Pihak Penganjur merupakan syarikat global dan maklumat peribadi anda boleh dipindahkan dari sebuah negara ke negara lain. Pihak Penganjur akan memastikan negara yang memiliki maklumat anda mempunyai undang-undang perlindungan maklumat peribadi yang sama atau seakan sama, seperti yang dinyatakan dalam privasi polisi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

7. Dalam situasi di mana undang-undang membenarkannya, anda berhak untuk memohon akses kepada, memohon salinan, memohon kemas kini atau pembetulan maklumat peribadi yang kami miliki. Semua permohonan atau soalan bertulis harus dihantar ke Nestlé Products Sdn. Bhd. 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810, Petaling Jaya, Selangor. Atau Borang Laman Web: https://www.nestle.com.my/contactus Atau Hubungi kami di: 1-800-88-3433.

8. Pihak Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk proses penyertaan anda dalam Peraduan ini, dan tanpa maklumat tersebut, kami tidak boleh memproses penyertaan anda.

9. Untuk penerangan yang lebih terperinci tentang pengamalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi di Http://nestle.com.my/info/privasi_polisi. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda notis privasi atau polisi privasi ini dari semasa ke semasa.

Terma & Syarat

1. Keputusan Pihak Penganjur dan panel pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.
2. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat ini serta keputusan Pihak Penganjur dan panel pengadil.

3. Pihak Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat peraduan ini dari semasa ke semasa. Sila rujuk www.dearnestle.com.my/contest/masakdanmenang2017 untuk maklumat lanjut.

4. Terma dan Syarat Peraduan telah disediakan dalam beberapa Bahasa. Jika terdapat perbezaan antara versi-versi Terma dan Syarat Peraduan yang diterbitkan, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Peraduan yang terdapat di www.dearnestle.com.my/contest/masakdanmenang2017 menjadi rujukan utama.

sumber

Penyertan secara online boleh dihantar DISINI



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?