Peraduan Empayar Sajian Nestum


Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang pandai memasak.Resepi masakan anda mestilah menggunakan produk Nestle Nestum All Family Cereal atau Nestle Nestum Grains & More.

Penyertan peraduan boleh dihantar menerusi Messegger Facebook  http://m.me/NestumMalaysia

Tempoh peraduan ini adalah dari 01/04/2017 (Sabtu) 12:00:01 hingga 30/04/2017 (Ahad) 11:59:59.

Cara-Cara

4

1

 

2

Penyerahan & Kriteria Kelayakan
1. Untuk menyertai peraduan ini, Peserta perlu memenuhi kriteria yang dinyatakan:

(i) Beli mana-mana produk Nestlé® Nestum® All Family Cereal atau Nestlé® Nestum® Grains & More™ semasa Tempoh Peraduan.

(ii) Cipta resipi asli dan hasilkan resipi (“Sajian”) tersebut dengan menggunakan sekurang-kurangnya 50gm Nestlé® Nestum® All Family Cereal atau Nestlé® Nestum® Grains & More™ sebagai salah satu ramuan.

(iii)Sertakan nama kreatif untuk Sajian yang tidak lebih dari empat [4] patah perkataan dan dalam lingkungan dua puluh lima [25] kiraan watak / huruf.

(iv)Sajian mesti dimasak didalam jangka masa satu [ 1 ] jam, dari persiapan untuk memasak sehingga akhir penyediaan makanan.

(v) Ambil gambar Sajian bersama dengan produk Nestum® dan muat naik gambar Sajian bersama dengan resipi Sajian kepada Facebook Messenger Nestum® Malaysia. Gambar dan resipi Sajian mestilah jelas dan mudah dibaca. Hanya Sajian yang menggunakan produk Nestlé® Nestum® All Family Cereal atau Nestlé® Nestum® Grains & More™ akan diterima.

Penyertaan boleh dihantar di http://m.me/NestumMalaysia

Hadiah

Pemenang Peraduan ini layak memenangi satu [ 1 ] x Hadiah Utama bernilai RM28,000 seperti berikut:
(i) Baucar perkakas rumah dan pasar raya
(ii) Produk / barangan ekslusif dari Nestum®
(iii)Duta Nestum® untuk tempoh setahun
(iv)Pelajaran masakan di sebuah sekolah masakan diiktiraf
(v) Buku resipi terbitan sendiri

[4] x Hadiah Sagu Hati bernilai RM22,000 seperti berikut:
(i) Baucar perkakas rumah
(ii) Produk / barangan ekslusif dari Nestum®

Peringkat Peraduan dan Hadiah
Recruitment Stage
1. Peraduan terdiri daripada tiga [ 3 ] peringkat ; Recruitment Stage, Tasting Stage dan peringkat Finale Cook -Off.

(i) Sebanyak dua belas [ 12 ] peserta yang layak di peringkat Recruitment Stage akan dipilih untuk mara ke Tasting Stage. Pemilihan akan dibuat oleh panel hakim yang dipilih oleh pihak Penganjur berdasarkan elemen praktikal, kemudahan untuk menyediakan, penerangan yang jelas, kreativiti, pertimbangan yang sihat dan relevan kepada tema yang diperuntukkan bagi Peraduan ini.

(ii) Kesemua peserta terpilih akan diumumkan di Facebook dan di laman web www.nestum.com.my. Peserta terpilih juga akan dihubungi melalui telefon dan akan diberi taklimat mengenai maklumat lanjut mengenai Finale Cook -Off.

(iii) Dengan menghantar penyertaan untuk Peraduan ini, semua peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua resipi dipilih semasa peringkat Tasting Stage dan peringkat Finale Cook-Off akan / mungkin digunakan untuk komunikasi pemasaran Penganjur pada masa depan dan di aset digital.

Tasting Stage
1. Chef profesional akan dipilih oleh pihak Penganjur untuk menyediakan dua belas [ 12 ] resipi yang disenarai pendek yang dikemukakan oleh peserta dalam pematuhan kepada polisi halal NESTLÉ®

2. Sajian mestilah mampu dimasak oleh Chef professional mengikut resipi yang disertakan oleh peserta di dalam tempoh memasak yang ditetapkan.

3. Pemilihan akan dibuat oleh panel hakim yang dipilih oleh pihak Penganjur berdasarkan:

  • (i) Pembentangan dan rupa Sajian / Visual Appeal
  • (ii) Nutrisi / Nutrition
  • (iii) Kemudahan Bahan / Ease of Preparation
  • (iv) Kreativiti / Creativity
  • (v) Rasa / Taste
  • (vi) Hanya lima [ 5 ] peserta dari Tasting Stage akan dipilih untuk mara ke

Finale Cook Off berdasarkan kriteria di atas. Jika mana-mana peserta tidak berjaya dihubungi selepas tiga [ 3 ] percubaan atau tidak dapat hadir semasa cabaran peringkat Finale Cook Off, peserta akan disingkirkan dan peserta dari Tasting Stage dengan markah kedua tertinggi akan dipilih untuk mengambil tempat peserta yang tersingkir.
Finale Cook-Off Stage

1) Finale Cook-Off akan diadakan di Kuala Lumpur. Pihak Pengunjur akan menghubungi peserta-peserta untuk memaklumkan lokasi Finale Cook-Off. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah tempat Finale Cook-Off Stage di atas budi bicaranya sendiri untuk memastikan kelancaran acara Finale Cook-Off.

2) Bagi lima [ 5 ] peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat Finale Cook-Off yang kini menetap di luar Selangor atau Wilayah Persekutuan, kos perbelanjaan perjalanan untuk ke Finale Cook-Off Stage dan penginapan untuk satu [1] malam akan ditanggung oleh pihak Penganjur.

3) Bagi lima [ 5 ] peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat Finale Cook-Off yang menetap di luar Selangor atau Wilayah Persekutuan, HANYA kos perbelanjaan berikut akan ditanggung oleh pihak Penganjur mengikut budi bicaranya sendiri:

(i) Kos perbelanjaan perjalanan pergi balik ke lokasi Finale Cook-Off, termasuk petrol kereta, pengangkutan awam atau tiket kapal terbang kelas ekonomi. (Sila simpan semua resit sebagai bukti pembelian).
(ii) Kos perbelanjaan penginapan di hotel bertaraf sehingga 3 bintang untuk satu [1] malam

4) Kesemua Lima [ 5 ] peserta peringkat Finale Cook-Off dikehendaki membawa bersama mereka pek Nestlé® Nestum® All Family Cereal atau Nestlé® Nestum® Grains & More™ yang dibeli dan digunakan dalam penyertaan peraduan ini semasa Finale Cook-Off Stage.

5) Panel hakim akan menilai Sajian yang disediakan menggunakan Nestlé® Nestum® All Family Cereal atau Nestlé® Nestum® Grains & More™. berdasarkan aspek-aspek berikut :

  • (i) Pembentangan dan rupa SAJIAN / Visual Appeal
  • (ii) Nutrisi / Nutrition
  • (iii) Kemudahan Bahan / Ease of Preparation
  • (iv) Kreativiti / Creativity
  • (v) Rasa / Taste

6) Peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan memenangi Hadiah Utama

Terma & Syarat boleh baca disini http://bit.ly/2nSx14Q


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?