Peraduan Bijirin Sarapan Nestlé




Nestle sekarang ini sedang mengadakan Peraduan  Bijirin Sarapan  Nestlé.  Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang suka makan bijiran sarapan Nestle seperti Koko Krunch, Honey Star, Milo Creal.

Dengan pembelian minimum RM5 produk BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ® yang turut serta dari kedai yang mengambil bahagian dalam satu resit, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Peraduan ini ini hanya terbuka untuk 18 tahun keatas sahaja, jadi kalau ada adik-adik yang nak join peraduan ini, bolehlah mnta emak, ayah yang hantarkan atau abang atau kakak yang berumur 18 tahun dan keatas.

Dalam peraduan ini hadiah yang ditawarkan adalah loket Emas Tulen 999.9 Koko Krunch 5g (Hadiah Utama Mingguan) dan baucar beli belah bernilai RM200 (Hadiah saguhati Mingguan).

Setiap minggu selama peraduan ini berlangsung ada 5 pemenang hadiah Utama mingguan dan 10 pemenang hadiah saguhati mingguan.

Pemilihan pemenang dalam peraduan ini adalah dipilih berdasarkan kaedah no berisiri yang dibahagi. kiranya macam lucky draw lah.

Untuk lebih detail berkenaan peraduan ini boleh lihat disini sumber

Tempoh Peraduan: 7 April hinggal 21 Mei 2017.

Nasihat dari eMenang: jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah yang ditawarkan mesti kecewa selain membazir duit. beli jika anda memang nak makan atau ada keperluan untuk beli.

Cara-Cara Penyertaan:

Langkah 1: Beli minimum RM5 produk BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ® yang turut serta dari kedai yang mengambil bahagian dalam satu resit. Produk-produk yang turut serta:

  • Nestlé® Koko Krunch® 500g
  • Nestlé® Honey Stars® 500g
  • Nestlé® Milo® Cereals 500g
  • Nestlé® Koko Krunch® 330g
  • Nestlé® Honey Stars® 300g
  • Nestlé® Milo® Cereals 330g
  • Nestlé® Koko Krunch® Duo 330g
  • Nestlé® Cookie Crisp® 330g
  • Nestlé® Koko Krunch® 170g
  • Nestlé® Honey Stars® 150g
  • Nestlé® Milo® Cereals 170g
  • Nestlé® Koko Krunch Duo® 170g
  • Nestlé® Koko Krunch® 80g
  • Nestlé® Honey Stars® 80g
  • Nestlé® School Pack (20 x 140g)
  • Nestlé® Koko Krunch® Multipack (6 x 25g)

Langkah 2: Tuliskan Nama Penuh & Nombor Pengenalan anda di atas resit dan tandakan ✔ pada produk BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ® yang dibeli.

Langkah 3: Tangkap gambar resit anda yang telah dilengkapkan dengan jelas dan hantarkan gambar melalui WhatsApp atau MMS ke 017-2823155.

Note / Nota:
NO acknowledgement messages will be sent by the Organiser in respect of all entries submitted/sent by the Participants.
Tiada sebarang mesej pengesahan yang akan dihantar oleh pihak Penganjur berkaitan dengan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta.

Hadiah

peraduan-menangi-emas-kokokrunch-prizes_400x300

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan
1.PERADUAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 07/04/2017 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

2.Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a]Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3.Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
Peraduan akan diadakan dari 07/04/2017 hingga 21/05/2017 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS

1.Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mesti membeli mana-mana produk BIJIRIN SARAPAN NESTLE [“NBC”] yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Lima [RM5] dari mana-mana kedai yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan. Produk NBC yang turut serta adalah semua saiz pek-pek NESTLÉ KOKO KRUNCH, NESTLÉ HONEY STARS, NESTLÉ MILO, NESTLÉ KOKO KRUNCH DUO, NESTLÉ COOKIE CRISP dan NESTLÉ KOKO KRUNCH CHOCO CARAMEL. Satu resit bercetak yang asal [“BP”] mesti menunjukkan produk NBC turut serta yang dibeli, dengan jumlah pembelian, nama kedai, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas pada resit bercetak [“Butir-Butir BP”].

2.Setiap Peserta mesti menulis nama penuhnya, nombor Kad Pengenalan dan membulatkan produk NBC turut serta yang dibeli pada BP [“Butir-butir Dikehendaki”]. Tangkap satu [1] gambar BP bersama dengan butir-butir BP dan Butir-Butir Dikehendaki yang dinyatakan dengan jelas pada BP.

3.Gambar BP [“Penyertaan”] mesti dikemukakan/dihantar melalui aplikasi WhatsApp atau MMS dari mana-mana talian mudah alih tempatan yang berdaftar ke 017-2823155, iaitu talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima penyataan yang dihantar oleh Peserta.

4.Memandangkan 017-2823155 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua Penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp atau MMS.

5.Setiap BP layak untuk satu [1] Penyertaan WhatsApp atau MMS sahaja. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan/menghantar lebih daripada satu [1] Penyertaan WhatsApp atau MMS dengan BP yang sama kepada Penganjur. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau menolak Penyertaan WhatsApp atau MMS dengan:

[a] BP yang dikemukakan adalah salinan, tidak betul, tidak jelas, koyak atau rosak; dan/atau

[b]Butir-Butir Dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak jelas dan/atau tidak tepat.

6.Setiap Peserta dikenal pasti dengan Butir-Butir Dikehendaki yang dikemukakan dalam Penyertaan WhatsApp.

7.Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hadiah & Proses Pemilihan Pemenang
1.Sepanjang Tempoh Peraduan, Penganjur akan menawarkan lima [5] Hadiah Utama dan sepuluh [10] Hadiah Sagu Hati setiap minggu. Tempoh mingguan adalah seperti berikut:

Minggu 1: 07/04/2017 – 13/04/2017 Minggu 2: 14/04/2017 – 20/04/2017
Minggu 3: 21/04/2017 – 27/04/2017 Minggu 4: 28/04/2017 – 04/05/2017
Minggu 5: 05/05/2017 – 11/05/2017 Minggu 6: 12/05/2017 – 21/05/2017

2.Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan pemenang, Penganjur akan memperuntukkan satu [1] nombor bersiri untuk setiap pembelian Ringgit Malaysia Lima [RM5] produk NBC yang turut serta seperti yang dinyatakan dalam setiap Penyertaan yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sebagai penyertaan yang berjaya [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”]. Satu set nombor bersiri akan diperuntukkan bagi Penyertaan-Penyertaan Layak bermula dengan nombor “1”.

3.Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [“Jumlah Penyertaan Layak”] bagi setiap minggu, sepanjang Tempoh Peraduan.

Andainya Jumlah Penyertaan Layak sepanjang Minggu 1 ialah 1889, Penganjur akan mengira dan memilih peserta untuk memenangi hadiah berdasarkan cara berikut:

[a] Pilih lima [5] Pemenang Hadiah Utama:
1889 ÷ 5 = 377.8 Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 5 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 377.8 akan dibulatkan ke bawah kepada 377. Seramai 5 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Utama: 377*, 754*, 1131*, 1508 dan 1885.

[*contoh pengiraan: 377, 377+377=754, 754+377=1131].

[b] Pilih sepuluh [10] Pemenang Hadiah Sagu Hati:
1889 ÷ 10 = 188.9 Oleh sebab pembahagian 1889 dengan 10 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 188.9 akan dibulatkan ke bawah kepada 188. Seramai 10 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan dipilih sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati: 188*,376*, 564*, 752, 940, 1128, 1316, 0031504, 1692 dan1880.

[*contoh pengiraan: 188, 188+188=376, 376+188=564].

4.Penganjur akan menghubungi semua Peserta terpilih melalui nombor hubungan/talian mudah alih yang digunakan untuk menghantar Penyertaan Layak kepada Penganjur. Setiap Peserta terpilih akan ditanya satu [1] soalan untuk dijawab. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa sebab sekalipun.

5.Untuk memenangi hadiah, Peserta terpilih mesti menjawab soalan yang dikemukakan oleh Penganjur dengan betul. Sekiranya Peserta terpilih gagal untuk menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, beliau akan disingkirkan oleh Penganjur. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta yang disingkirkan akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah.

6.Setiap Pemenang Hadiah Utama mingguan akan menerima satu loket Emas Tulen 999.9 Koko Krunch 5g.

7.Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati mingguan akan menerima Baucar Beli-Belah bernilai Ringgit Malaysia Dua Ratus [RM200].

8.Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu [1] hadiah setiap minggu. Jika seorang Peserta mempunyai dua [2] atau lebih Penyertaan sah yang melayakkannya menerima dua [2] atau lebih hadiah dengan nilai yang berlainan, bermakna Peserta ini hanya layak untuk memenangi hadiah yang bernilai lebih tinggi. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta yang memenangi hadiah berulang akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah dengan nilai lebih rendah. Setiap Peserta hanya layak untuk memenangi satu [1] Hadiah Utama dan satu [1] Hadiah Sagu Hati sepanjang Tempoh Peraduan.

9.Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam Penyertaan Layak untuk tujuan pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan BP apabila diminta oleh Penganjur akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

Liabiliti dan Tanggungjawab
1.Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah serta terma dan syarat yang disertakan dengan semua Hadiah, jika ada. Hadiah yang hilang dan/atau rosak semasa dalam proses penghantaran tidak akan diganti dan Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dan semua liabiliti yang timbul dan tidak bertanggungjawab untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/atau rosak.

2.Nama Pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

3.Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Acara Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

4.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

5.Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hak Penganjur
1.Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2.Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3.Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

4.Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki membega proses penghantaran penyertaan Peraduan atau pengendalian Peraduan dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan.

5.Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Peraduan sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Peraduan seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik Penganjur.

Notis Privasi

1.Dengan menyertai Peraduan, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan maklumat peribadi lain anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2. Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.
3. Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

4. Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

5. Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

6.Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

7.Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Atau Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus. Atau Hubungi kami : 1-800-88-3433.

8.Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Peraduan, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

9.Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Dasar Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa.

Terma dan Syarat
1.Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang penyertaan Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada barangan sebenar. Harga yang ditunjukkan adalah betul pada tarikh percetakan.

2.Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3.Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4.Dengan menyertai Peraduan dan Cabaran, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, dan keputusan Penganjur.

sumber sumber



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?