Peraduan Pengubahsuaian Dapur Sunquick 2017




Semalam eMenang ada kongsikan Peraduan Kumpul Keratan Air Kotak Sunquick. Hari ini nak kongsikan peraduan dari Sunquick juga.Tapi untuk peraduan ini cara penyertaan lain sikit.

Dengan pembelian minimum RM10 sebarang produk kordial Sunquick yang terlibat dalam satu resit dari kedai-kedai atau pasaraya yang mengambil terlibat, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini. (kecuali keluarga terdekat pihak Sunquick dan penganjur tak boleh join)

Produk-produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 330ml dan 840ml, sebarang perisa (“Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

Penyertaan  boleh dihantar melalui SMS sahaja. Setiap SMS akan dikenakan tambahan cas 30 sen.SMS hanya boleh dihantar menggunakan talian Celcom, Digi, Maxis atau U-Mobile sahaja.

Selepas SMS tu resit pembelian tu jangan buang pulak. Sebab kalau anda terpilih sebagai pemenang nanti, anda dikehendaki untuk tunjuk bukti pembelian (resit pembelian).

Dalam peraduan ini ada 1 hadiah Utama iaitu Ubah suai dapur bernilai RM30,000.00 dan 6x Hadiah Saguhati iaitu Ubah suai dapur bernilai RM10,000.00 setiap pemenang.

Selain itu ada juga hadiah mingguan berupa wang tunai RM500 untuk 30 pemenang setiap minggu (keseluruhan 180 pemenang hadiah mingguan).

Pemenang dalam peraduan ini ditenukan dengan kaedah no. bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky draw lah.

Jadi kalau anda ada beli produk kordial Sunquick yang mengambil bahagian bernilai RM10 atau keatas dalam satu resit, bolehlah hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan peraduan, boleh tanya DISINI

sumber

Tempoh Peraduan: 1 April 2017 hingga 13 Mei 2017 

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peradun  sebab nanti klau tak mennag hadiah mesti kecewa selain membazir duit. Beli jika anda memang nak minum atau ada keperluan untuk beli.

Cara-Cara

bsqbsq2bsq3

 

-sumber

Cara penyertaan

a. Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam satu resit dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Setiap resit tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS. Untuk setiap pembelian RM10.00, peserta akan menerima satu (1) penyertaan Peraduan. Sebagai contoh, untuk pembelian RM36.30, peserta akan menerima 3 penyertaaan Peraduan secara automatik.

  • Produk-produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 330ml dan 840ml, sebarang perisa (“Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

b. Jawab satu soalan: “Hadiah Utama ialah pengubahsuaian dapur bernilai RM30,000.00. Betul atau Salah.”

c. Taip MENANGtarikh resit HHBBTTamaun untuk pembelian Produk jenama Sunquick yang turut serta RM00.00nombor resit 5 digit terakhirnombor KP 12 digitjawapan kepada soalannama dan hantar SMS ke 36266.
Contoh: MENANG 100417 RM13.10 22440 850515105566 Betul Suzi Adam

d. Simpan semua resit bercetak tunggal asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h. Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

i. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

 

Hadiah

  • Hadiah Utama x 1: Ubah suai dapur bernilai RM30,000.00.
  • Hadiah Sagu Hati x 6: Ubah suai dapur bernilai RM10,000.00 setiap satu.

Hadiah Mingguan x 180: Wang tunai RM500.00 setiap satu.

  • Hadiah Mingguan x 6 Minggu Peraduan x 30 pemenang:

Terma & Syarat

Peraduan Pengubahsuaian Dapur Sunquick 2017 akan berlangsung dari 1 April 2017 hingga 13 Mei 2017 (“Tempoh Peraduan”). Barkath Co-Ro Manufacturing Sdn. Bhd. (251079-P) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama enam (6) Minggu Peraduan dan tempohnya adalah seperti berikut:

  • Minggu Peraduan 1: 01 April 2017 – 09 April 2017
  • Minggu Peraduan 2: 10 April 2017 – 16 April 2017
  • Minggu Peraduan 3: 17 April 2017 – 23 April 2017
  • Minggu Peraduan 4: 24 April 2017 – 30 April 2017
  • Minggu Peraduan 5: 01 Mei 2017 – 07 Mei 2017
  • Minggu Peraduan 6: 08 Mei 2017 – 13 Mei 2017

1.Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 April 2017) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar Celcom, Digi, Maxis dan/atau U-Mobile kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

2.Produk-produk jenama Sunquick yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Sunquick 330ml dan 840ml, sebarang perisa (“Produk jenama Sunquick yang turut serta”).

3.Cara penyertaan:

a. Beli sebarang Produk jenama Sunquick yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam satu resit dari kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini. Setiap resit tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS. Untuk setiap pembelian RM10.00, peserta akan menerima satu (1) penyertaan Peraduan. Sebagai contoh, untuk pembelian RM36.30, peserta akan menerima 3 penyertaaan Peraduan secara automatik.

b. Jawab satu soalan: “Hadiah Utama ialah pengubahsuaian dapur bernilai RM30,000.00. Betul atau Salah.”

c. Taip MENANGtarikh resit HHBBTTamaun untuk pembelian Produk jenama Sunquick yang turut serta RM00.00nombor resit 5 digit terakhirnombor KP 12 digitjawapan kepada soalannama dan hantar SMS ke 36266.
Contoh: MENANG 100417 RM13.10 22440 850515105566 Betul Suzi Adam

d. Simpan semua resit bercetak tunggal asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h. Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

i. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

Cara pemilihan pemenang:

a. Hadiah Utama x 1:
i. Pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Peraduan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 20,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 10,000. Maka penyertaan layak ke-10,000 akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Utama. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-10,000 adalah penyertaan layak ke-9,999.

b. Hadiah Sagu Hati x 6:
i. Para pemenang Hadiah Sagu Hati yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Peraduan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 6.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 20,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 6.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 3,077. Maka penyertaan layak ke-3,077, ke-6,154, ke-9231 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Sagu Hati setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-3,077 adalah penyertaan layak ke-3,076.

c. Hadiah Mingguan x 6 Minggu Peraduan x 30 pemenang:
i. Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan Peraduan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dibahagikan dengan 30.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 3,055 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 30.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 100. Maka penyertaan layak ke-100, ke-200, ke-300 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Mingguan setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-100 adalah penyertaan layak ke-99.

d. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

e. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar semua resit bercetak asal dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan SMS dan salinan kad pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Hadiah-hadiah Peraduan:

a. Hadiah Utama x 1: Ubah suai dapur bernilai RM30,000.00.

b. Hadiah Sagu Hati x 6: Ubah suai dapur bernilai RM10,000.00 setiap satu.
i. Hadiah Utama dan Hadiah Sagu Hati akan diaturkan oleh pihak Penganjur dan/atau mana-mana pakar ubah suai atau pembekal yang dinamakan oleh pihak Penganjur.

Hadiah-hadiah termasuk kos upah pakar ubah suai dan sesi perundingan (setiap sesi tidak melebihi 3 jam) dengan pakar ubah suai atau pembekal berserta barangan dan/atau peralatan yang diperlukan untuk proses ubah suai rumah. Tarikh dan waktu ubah suai akan ditentukan oleh pihak Penganjur. Pemenang mestilah mematuhi tarikh dan waktu yang ditetapkan. Pemenang hanya boleh memilih satu (1) dapur untuk diubah suai. Proses ubah suai akan dijalankan di rumah kediaman (tidak termasuk restoran, kedai komersial atau mana-mana properti selain daripada rumah kediaman) pemenang berdasarkan alamat terkini di Malaysia dan pemenang harus mengemukakan bukti pemilikan rumah tersebut.

Tiada ubah suai utama dibenarkan, sebagai contoh, pembuangan dan/atau penempatan jubin, pemecahan dinding, dan lain-lain. Tiada sebarang perabot atau peralatan sedia ada akan dibuang atau dibawa pergi semasa proses ubah suai. Kos membuang atau menghapuskan perabot atau peralatan yang sedia ada akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat proses ubah suai. Semua pemenang mestilah bersetuju dengan terma dan syarat ubah suai serta menandatangani surat pelepasan dengan pihak Penganjur dan sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan pemenang Promosi berkenaan dan mencari pemenang lain sebagai gantian

c. Hadiah Mingguan x 180: Wang tunai RM500.00 setiap satu.

i. Hadiah akan diberikan dalam bentuk cek berpalang dan akan dihantar ke alamat yang diberi oleh peserta dalam masa 6-8 minggu selepas Tempoh Peraduan.

ii. Kesemua cek mestilah dijelaskan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh cek dikeluarkan. Semua cek yang tidak dijelaskan enam (6) bulan selepas tarikh cek dikeluarkan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

iii. Peserta harus memastikan bahawa nama penuh seperti Kad Pengenalan diberikan kepada pihak Penganjur. Sekiranya cek tidak diterima oleh bank peserta atas sebab nama yang diberikan peserta bukan seperti Kad Pengenalan, sebarang kos untuk pelupusan cek tersebut dan pengeluaran cek gantian akan ditanggung oleh peserta.

d. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama atau satu (1) Hadiah Sagu Hati dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.

e. Kesemua hadiah mestilah dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

f. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini.

8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang/dapur serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1 800 88 8332 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

sumber



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?