Peraduan Rasa & Menang LUVA Lava Kek (Mighty White)


Dengan pembelian mana-mana salah satu LUVA Lava Kek dalam tempoh peraduan, anda layak untuk sertai peraduan ini.

Untuk hantarkan penyertaan anda dikehendaki untuk Selfie dengan kreatif bersama produk LUVA Lava Kek dan hantarkan ke ruangan komen Posting Facebook Mighty White yang disediakan.

Taipkan nombor resit anda sebagai kapsyen. Sila simpan resit anda sebagai bukit pembelian.  

Dalam peraduan ini ada 2 kategori hadiah iaitu Utama dan hadiah Mingguan.

eMenang kurang pasti bagaimana pemenang dipilih dalam peraduan ini sebab tidak dinyatakan secara terperinci. eMenang rasa mungkin dipilih secara gambar kreatif.

luva

LUVA Lava Kek

Tempoh Peraduan: 1 Mac hingga 31 Mei 2017

Nasihat dari eMenang: jangan beli semata-mata untuk join peraduan.

Cara-

16836681_923102831160141_22019825759715857_o

 Langkah 1:
Beli dan rasa mana-mana dari 3 perisa LUVA Lava Kek . Maknanya sekurang-kurangnya satu.

Langkah 2:
Ambil satu (1) selfie dengan kreatif bersama produk tersebut dan hantarkan ke ruangan komen Facebook kami yang disediakan.

Langkah 3:
Taipkan resit nombor anda sebagai kapsyen. Sila simpan resit anda sebagai bukit pembelian.

Penyertaan Boleh di Hantar Di SINI

p/s Pastikan gambar Selfie anda tidak mendedahkan auarat. Setipa penyertaan yang dihantaradalah tanggung jawab masing-masing.

Hadiah

mw

 Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] kategori.

a. Kategori 1

  • Hadiah Utama:
    – HUA WEI P9 x 1 unit (Hadiah Utama hanya untuk seorang pemenang sahaja.)
  • Hadiah Kedua:
    – Bagasi x 1 set (Hadiah Kedua hanya untuk seorang pemenang sahaja.)
  • Hadiah Ketiga:
    – Jam Tangan “G-SHOCK” x 1 (Hadiah Ketiga hanya untuk seorang pemenang sahaja.)

b. Kategori 2
Hadiah minggu: Edisi Terhad Mighty White Touch N’ Go
(Setiap minggu x 10 pemenang)

Terma & Syarat

Penganjur dan Kelayakan
1. “RASA & MENANG” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Mighty Bakery Sdn Bhd [Co. No. 358975-H].

2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Semenanjung Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas (“Peserta”) sahaja.

3. Kategori individu yang tidak layak untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:

  • a. Semua kakitangan Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya), serta ahli keluarga terdekat mereka; dan
  • b. Semua wakil, kakitangan, pekerja, ejen penyedia khidmat pengiklanan atau promosi Penganjur (termasuk semua syarikat berkaitan dengannya), serta ahli keluarga terdekat mereka.

4. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan ini.

Tempoh Peraduan
5. Tempoh Peraduan bermula pada pukul 12:00 tengah malam, 01 March 2017 sehingga pukul 11:59 malam, 31 Mei 2017. Pihak Penganjur berhak untuk melanjutkan, menangguhkan atau menukar tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Kriteria Kelayakan dan Syarat Penghantaran Penyertaan

6. Untuk menyertai peraduan ini, peserta dikehendaki membuat pembelian mana-mana tiga (3) jenis LUVA Lava Kek.

7. Penyertaan Peraduan adalah melalui media sosial, “Facebook”.

8. Untuk menyertai peraduan ini, para Peserta diminta mengikut langkah-langkah berikut bagi penyertaan :

Langkah 1:
Beli dan rasa mana-mana dari 3 perisa LUVA Lava Kek sahaja.

Langkah 2:
Ambil satu (1) selfie dengan kreatif bersama produk tersebut dan hantarkan ke ruangan komen Facebook kami yang disediakan.

Langkah 3:
Taipkan resit nombor anda sebagai kapsyen. Sila simpan resit anda sebagai bukit pembelian.
Hadiah dan Penebusan Hadiah

9. Hadiah untuk peraduan dibahagikan kepada [2] kategori.

a. Kategori 1
Hadiah Utama:
– HUA WEI P9 x 1 unit (Hadiah Utama hanya untuk seorang pemenang sahaja.)
Hadiah Kedua:
– Bagasi x 1 set (Hadiah Kedua hanya untuk seorang pemenang sahaja.)
Hadiah Ketiga:
– Jam Tangan “G-SHOCK” x 1 (Hadiah Ketiga hanya untuk seorang pemenang sahaja.)

b. Kategori 2
Hadiah minggu: Edisi Terhad Mighty White Touch N’ Go
(Setiap minggu x 10 pemenang)

Pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih dalam skop masa seperti berikut:

m1

10. Semua pemenang Hadiah Mingguan perlu mempamerkan resit rasmi dan asal kepada Penganjur bagi tujuan semakan. Resit yang dihantar perlulah bertarikh seperti di dalam skop masa di atas. Manakala, resit yang telah tamat tempoh iaitu bertarikh kurang dari tarikh hadiah mingguan diumumkan dalam skop masa berikut tidak akan diterima dan kelayakkan untuk memenangi hadiah mingguan akan dibatalkan.
11. Pihak Penganjur akan mengumumkan pemenang mingguan pada setiap hari Jumaat minggu berikutnya di laman Facebook Mighty White.
12. Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar atau diganti dengan sebarang hadiah lain atau wang tunai (bagi Hadiah Kategori 1 dan 2), kredit, atau baucar.
13. Para pemenang akan dihubungi melalui panggilan/FB Messanger kepada nombor telefon yang digunakan untuk tujuan Penyertaan Peraduan. Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi/gagal memberi sebarang respon dalam tempoh tiga (3) hari dari pengumuman pemenang, Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan berhak untuk memilih pemenang yang seterusnya.

14. Jangkamasa bagi penyediaan Hadiah Utama, Kedua dan Ketiga adalah LIMA BELAS (15) hari setelah tamatnya tempoh Peraduan, dan bergantung kepada bekalan stok. Pihak Penganjur berhak untuk menukar mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah akan diberikan dengan keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya.
15. Hadiah dalam katogori dua [2] akan dihantar oleh Pihak Penganjur melalui pos pada hari kedua selepas pengumuman pemenang dan Pihak Pengajur berjaya menghubungi pemenang tersebut dalam tempoh berkenaan. Untuk memastikan hadiah-hadiah yang berkenaan selamat dihantar, pemenang diminta untuk memberikan alamat rumah yang sah/tepat supaya pihak Penganjur dapat mengirim hadiah-hadiah tersebut. Pengiriman yang bermasalah, hilang atau tidak sampai, dan rosak tidak akan ditanggung oleh pihak Penganjur.
16. Semua hadiah dalam katogeri satu [1] perlu ditebus oleh pemenang sendiri pada atau sebelum tarikh/tempoh SEPULUH (10) hari dari notis pemberitahuan. Sekiranya gagal, hadiah-hadiah yang tidak ditebus akan dilupuskan.
17. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak atau lewat menerima notis pemberitahuan melalui panggilan/message. Senarai para pemenang akan diumumkan di laman web Mighty White atau Facebook Penganjur(Mighty White) atau mana-mana media lain yang dianggap sesuai oleh Penganjur.

18. Peserta boleh memenangi hanya satu [1] Hadiah Utama, atau satu [1] Hadiah Kedua, atau satu [1] Hadiah Ketiga sepanjang tempoh peraduan. Sekiranya terdapat pemenang berulang, Pihak Penganjur berhak untuk memilih peserta yang lain sebagai pemenang hadiah tersebut.

19. Bagi hadiah mingguan, peserta berpeluang memenangi hadiah setiap minggu sepanjang tempoh peraduan ini.

20. Para pemenang dikehendaki mengemukakan resit/invois asal dan rasmi ketika menebus Hadiah yang terdapat dalam katogeri satu [1], dan penyertaan berganda menggunakan resit asal yang sama akan dibatalkan kelayakannya. Sekiranya resit/invois yang dikemukakan adalah berganda, pihak Penganjur berhak untuk menarik semula hadiah dengan serta merta.

21. Semua cukai, yuran dan kos-kos lain untuk perbelanjaan berkaitan dengan Penyertaan dalam Peraduan ini dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab penuh para Peserta dan pemenang.

Liabiliti & Tanggungjawab:

22. Pemenang akan dipilih berdasarkan selfie yang paling kreatif dan mengikut budi bicara Mighty Bakery Sdn Bhd. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Pihak Penganjur adalah muktamad.

23. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui media sosial, “Mighty White Facebook”. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan di Facebook tidak diterima atau lewat diterima oleh pemenang. Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Penganjur yang mengatur atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai pemenang akan diumumkan di “Mighty White Facebook”.

24. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, dan publisiti, tanpa sebarang notis terdahulu kepada pemenang dan pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.

25. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian, kecederaan, atau kemalangan yang mungkin berlaku akibat penyertaan Peraduan.

26. Penganjur (termasuk segala syarikat berkaitan dengannya) berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang disyaki telah menyalahi atau melanggar sebarang Terma & Syarat, dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau sebarang aktiviti lain yang menjejaskan Peraduan serta Laman Web.

27. Dengan menyertai peraduan, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini.

28. Sebarang percubaan untuk merosakkan Laman Web dengan sengaja atau menjejaskan operasi sah Peraduan ini adalah satu pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil, pihak Penganjur berhak untuk mendapat ganti rugi daripada mereka yang membuat cubaan tersebut setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

29. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara dan mutlak tanpa sebarang notis.

30. Produk dan hadiah-hadiah yang ditunjukkan di dalam bahan cetakan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
PERHATIAN: Sebarang informasi yang dihantar oleh Penganjur kepada para pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran kewangan, kad kredit, atau akaun bank. Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa pengesahan. Jika terdapat sebarang kecurigaan, sila hubungi pihak Penganjur, Mighty Bakery Sdn. Bhd. melalui Talian Peraduan di 603-8945 7889 untuk pengesahan SMS yang diterima. sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?