Peraduan “Build A Backpack” Dugro




Berpeluang memenangi hadiah “Beg Backpack istimewa”  untuk anak anda dengan menyertai Peraduan “Build A Backpack” Dugro.

Dalam peraduan ini akan ada 5 pemenang. 5 pemenang tersebut akan dipilih berdasarkan pengiraan skor mata 20:80 yang merangkumi:

  • i. 20% skor mata berdasarkan jumlah kutipan ‘suka’/’like’ dan ‘kongsi’/’share’ di laman web Facebook; dan
  • ii. 80% skor mata berdasarkan mesej dedikasi peserta yang menarik, menyentuh hati, mencuit hati atau membanggakan.

Jika anda berminat untuk sertai peraduan ini, boleh boleh lihat cara penyertaannya seperti dibawah.

Tempoh peraduan: 15 Februari hingga 28 Februari 2017

Cara

dugro2

a. Setiap peserta mesti mendaftar masuk di laman web Peraduan Dugro® (www.dugro.com.my/backpack/peraduan) menggunakan akaun laman web Facebook dan melengkapkan butiran pengesahan serta memberikan butiran peribadi termasuklah; nama peserta, nama anak, alamat emel dan mesej dedikasi buat anak dengan maksimum 130 huruf termasuk jarak di antara perkataan.

b. Memilih dan menghias beg galas:

i. Lengkapkan butiran peribadi iaitu nama peserta, nama timangan anak, dan alamat emel;

ii. Pilih warna beg galas sama ada merah atau hijau;

iii. Tambahkan sulaman bergambar pada ruang beg yang disediakan;

iv. Sampaikan mesej dedikasi buat anak anda dengan maksimum 130 huruf termasuk jarak di antara perkataan; dan tertakluk kepada perkataan tertentu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan aksara tertentu;

v. Hantarkan penyertaan anda. Peserta dikehendaki untuk kongsi penyertaan yang telah dimuat naik di laman web Peraduan Dugro® ke laman web Facebook untuk mendapatkan undian ‘suka’/’like’.

Hadiah/Pilihan pemenang:
a. Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan pengiraan skor mata 20:80 yang merangkumi:
i. 20% skor mata berdasarkan jumlah kutipan ‘suka’/’like’ dan ‘kongsi’/’share’ di laman web Facebook; dan
ii. 80% skor mata berdasarkan mesej dedikasi peserta yang menarik, menyentuh hati, mencuit hati atau membanggakan.

b. Semua pemenang Promo Peraduan ini akan diumumkan melalui akaun laman web Facebook Penganjur dalam tempoh masa dua (2) minggu selepas tarikh tamat Tempoh Peraduan. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah dan/atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan pengumuman pemenang Promo Peraduan ini.
c. Lima (5) orang pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah beg galas bereka bentuk hiasan yang disertakan di dalam penyertaan.

Penyertaan Boleh Dihantar DISINI

Hadiah

dugro

  • 5x Pemenang: Backpack Istimewa.

Terma dan Syarat

1. Promo Peraduan “Be So Much More” (“Promo Peraduan”) yang dipromosikan di laman web Peraduan Dugro® (www.dugro.com.my/backpack/peraduan) adalah dianjurkan oleh Danone Dumex (M) Sendirian Berhad (“Penganjur”).

2. Promo Peraduan ini akan berlangsung dari 15 Februari 2017, 9.00am hingga 28 Februari 2017 11.59pm (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk mengubah Tempoh Peraduan tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

3. Promo Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas kecuali kakitangan serta ahli keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi yang bersekutu dan/atau berkaitan.

4. Syarat-syarat penyertaan:

a. Setiap peserta mesti mendaftar masuk di laman web Peraduan Dugro® (www.dugro.com.my/backpack/peraduan) menggunakan akaun laman web Facebook dan melengkapkan butiran pengesahan serta memberikan butiran peribadi termasuklah; nama peserta, nama anak, alamat emel dan mesej dedikasi buat anak dengan maksimum 130 huruf termasuk jarak di antara perkataan.

b. Memilih dan menghias beg galas:
i. Lengkapkan butiran peribadi iaitu nama peserta, nama timangan anak, dan alamat emel;

ii. Pilih warna beg galas sama ada merah atau hijau;

iii. Tambahkan sulaman bergambar pada ruang beg yang disediakan;

iv. Sampaikan mesej dedikasi buat anak anda dengan maksimum 130 huruf termasuk jarak di antara perkataan; dan tertakluk kepada perkataan tertentu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan aksara tertentu;

v. Hantarkan penyertaan anda. Peserta dikehendaki untuk kongsi penyertaan yang telah dimuat naik di laman web Peraduan Dugro® ke laman web Facebook untuk mendapatkan undian ‘suka’/’like’.

5. Hadiah/Pilihan pemenang:
a. Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan pengiraan skor mata 20:80 yang merangkumi:
i. 20% skor mata berdasarkan jumlah kutipan ‘suka’/’like’ dan ‘kongsi’/’share’ di laman web Facebook; dan
ii. 80% skor mata berdasarkan mesej dedikasi peserta yang menarik, menyentuh hati, mencuit hati atau membanggakan.

b. Semua pemenang Promo Peraduan ini akan diumumkan melalui akaun laman web Facebook Penganjur dalam tempoh masa dua (2) minggu selepas tarikh tamat Tempoh Peraduan. Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah dan/atau medium lain yang sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan pengumuman pemenang Promo Peraduan ini.
c. Lima (5) orang pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah beg galas bereka bentuk hiasan yang disertakan di dalam penyertaan.

d. Tuntutan hadiah:
i. Wakil Careline Penganjur akan menghubungi pemenang melalui alamat emel atau pesanan peribadi di laman web Facebook yang telah diberikan dalam borang penyertaan peraduan. Para pemenang yang dihubungi dikehendaki menghantar butiran peribadi iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon bimbit untuk tuntutan hadiah.

ii. Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam tempoh masa minimum empat (4) minggu selepas pengesahan butir-butir pemenang oleh Wakil Careline Penganjur.

iii. Hadiah juga boleh dituntut di ibu pejabat Penganjur atas permintaan pemenang dalam tempoh masa minimum empat (4) minggu selepas pengesahan butir-butir pemenang oleh Wakil Careline Penganjur (Alamat: Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Suites 8.01 & 9.01, Level 8 & 9, The Gardens South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur).

iv. Tuntutan hadiah dalam tempoh masa minimum empat (4) minggu selepas pengesahan oleh Wakil Careline Penganjur adalah tertakluk kepada budi bicara Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak dapat dituntut dalam tempoh masa yang dinyatakan.

v. Jika pemenang ingin menghantar wakil untuk menuntut hadiah, wakil Careline Penganjur akan menghantar surat pengesahan dan wakil pemenang wajib mengemukakan salinan surat pengesahan tersebut semasa membuat tuntutan hadiah.

vi. Penganjur akan membuat percubaan untuk menghubungi pemenang sebanyak tiga (3) kali dalam masa seminggu selepas senarai nama pemenang diumumkan, tertakluk pada budi bicaranya. Pemenang juga digalakkan untuk menghubungi terus ke talian Careline (1800 38 1038) bagi mengelakkan sebarang kegagalan telekomunikasi bersama Penganjur. Sekiranya kesemua percubaan untuk menghubungi pemenang gagal, Penganjur berhak untuk memilih pemenang seterusnya sebagai pengganti. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak boleh dihubungi atas apa-apa sebab.

e. Pemenang tidak dibenarkan untuk menuntut hadiah sebagai wang tunai atas apa-apa sebab.

f. Setiap pemenang hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

6. Penganjur dan/atau mana-mana pihak yang terlibat dalam Promo Peraduan ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, gangguan dan/atau ketidaksampaian penyertaan dan/atau sebarang kesilapan, kelewatan, gangguan, pemotongan, kerosakan dalam penghantaran, kegagalan rangkaian komunikasi, kelengkapan komputer, perisian, atau kegagalan disebabkan masalah teknikal Internet dan/atau laman web Peraduan Dugro® dan juga akaun laman web Facebook, atau kesesakan trafik Internet. Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan akaun peserta yang tidak diizinkan bagi Promo Peraduan ini.

7. Penganjur mempunyai hak, dalam budi bicaranya sendiri untuk melaksanakan sebarang penolakan atau, pembatalan penyertaan yang tidak lengkap dan dalam budi bicara Penganjur dianggap sebagai tidak sesuai, mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan plagiarisme, melanggar (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu).

8. Peserta tidak boleh menggunakan sebarang bahasa, perkataan atau kandungan yang sensitif yang boleh menyinggung mana-mana pihak atau kandungan yang berkaitan dengan (termasuk tetapi tidak terhad kepada) keganasan dan/atau pengambilan alkohol, bahan-bahan terlarang atau elemen-elemen yang berpotensi untuk melanggar hak atau merendahkan darjat sesiapa atau sebarang ahli mana-mana kumpulan berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, orientasi seksual atau status minoriti lain, menyatakan jenama-jenama lain, gambaran positif bagi pengambilan minuman berasaskan susu secara am, fitnah atau yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Penganjur.

9. Kesemua penyertaan akan ditapis dalam tempoh dua puluh empat (24) jam (atau lebih) sebelum dimuat naik secara rasmi ke laman web Peraduan Dugro®. Pemilihan pemenang untuk dimuat naik ke laman web Peraduan Dugro® akan ditapis bagi tujuan pengesahan dan pemeriksaan kandungan yang tidak sesuai seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 7 dan 8.

10. Penganjur berhak, dengan budi bicaranya sendiri, untuk menukar beg galas kepada hadiah yang sama nilainya tanpa notis kepada peserta. Semua hadiah tidak dibenarkan untuk dipindah milik, dibayar balik atau ditukar kepada sebarang bentuk atas apa-apa sebab. Nilai hadiah adalah tepat pada masa cetakan terma dan syarat ini. Semua hadiah diberikan dalam keadaan sedia ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang dan semua representasi dan/atau waranti termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, dagangan, kesesuaian atau kelayakan berkenaan dengan hadiah adalah dikecualikan dari Penganjur.

11. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti terhadap sebarang kerugian, kemalangan, kecederaan, kerosakan dan/atau tuntutan yang timbul berhubung dengan penyertaan Promo Peraduan ini.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti yang timbul atau dialami oleh pemenang dan/atau pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecuaian, berkenaan dengan apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan, kemalangan dan/atau kematian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Promo Peraduan ini dan/atau penggunaan hadiah Promo Peraduan ini. Sebarang pertikaian berkenaan dengan apa-apa terma dan syarat berkenaan dengan penggunaan hadiah daripada mana-mana pihak ketiga di dalam Promo Peraduan ini hendaklah diselesaikan secara langsung di antara pemenang dan mana-mana pihak ketiga dan tidak melibatkan Penganjur. Penganjur tidak sama sekali bertanggungjawab atau mempunyai obligasi untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di antara pemenang dengan mana-mana pihak ketiga.

13. Penganjur berhak dalam budi bicaranya, untuk mengubah, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan atas apa-apa sebab, termasuk dan tidak terhad kepada, apa yang dipercayai mengandungi sebarang elemen atau perkara yang berkaitan dengan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

14. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa keingkaran atau kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Penganjur.

15. Dengan menyertai Promo Peraduan ini, peserta dan/atau pemenang bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk memproses, menerbitkan dan menggunakan data peribadi peserta dan/atau pemenang (termasuk nama, dan/atau data peribadi pihak ketiga yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam Promo Peraduan ini) serta salinan penyertaan pemenang termasuk imej beg untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau mana-mana pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan atau ganti rugi bagi penggunaan penyertaan oleh Penganjur. Kegagalan oleh peserta untuk berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan peserta dibatalkan.

16. Dengan menyertai Promo Peraduan ini dan mengemukakan data peribadi peserta, termasuk data peribadi pihak ketiga seperti ahli keluarga peserta/anak, yang boleh dikenal pasti di dalam borang penyertaan peserta bersetuju dan mengesahkan bahawa persetujuan pihak ketiga telah diperolehi untuk Penganjur dan/atau ejen Penganjur yang diberi kuasa menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi peserta serta data peribadi pihak ketiga bagi Promo Peraduan ini termasuk menyediakan perkhidmatan atau berkomunikasi dengan peserta dan tujuan publisiti, pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi pemasaran masa kini dan masa depan berhubung Peraduan ini. Kegagalan untuk memberi keizinan dan/atau memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga akan menyebabkan kegagalan peserta untuk menyertai Promo Peraduan ini. Data peribadi yang diterima oleh Penganjur akan disimpan dalam kaedah yang bersesuaian oleh Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Penganjur juga berkemungkinan akan menggunakan data peribadi pihak ketiga bagi tujuan untuk pemprosesan data peribadi. Peserta boleh memaklumkan Penganjur secara emel (privacy.my@danone.com) jika perserta ingin menarik balik keizinan terhadap penggunaan data peribadi peserta, pemindaan data peribadi peserta atau membuat sebarang pertanyaan berkenaan dengan data peribadi peserta. Bagi tujuan rujukan, sila rujuk kepada Notis Privasi Penganjur di Polisi Privasi Danone Dumex.

17. Dengan menyertai Promo Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat yang tertera dan bersetuju bahawa keputusan Penganjur di dalam Promo ini adalah muktamad. Oleh yang demikian, sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.

18. Terma dan syarat ini boleh diubah atau ditambah oleh Penganjur melalui laman web Peraduan Dugro® atau akaun laman web Facebook Dugro®, atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh Penganjur. Peserta yang mengakses laman web Peraduan Dugro® akan dianggap telah bersetuju terhadap sebarang perubahan dan/atau pindaan terhadap terma dan syarat Promo Peraduan ini.

19. Penganjur berhak untuk mengubah Tempoh Peraduan atau membatalkan, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Peraduan ini dengan notis yang diterbitkan di laman web Peraduan Dugro® atau akaun laman web Facebook Dugro® atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh Penganjur. Peserta yang telah mengakses laman web Peraduan Dugro® atau laman web Facebook Dugro® akan dianggap telah bersetuju dengan apa-apa perubahan atau pindaan kepada terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan, penangguhan atau penggantungan Promo Peraduan ini oleh Penganjur tidak melayakkan peserta untuk membuat tuntutan mahupun permohonan berkaitan apa-apa jenis pampasan terhadap Penganjur bagi sebarang dan/atau semua kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh mana-mana peserta secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan perubahan Tempoh Peraduan atau pembatalan, penamatan atau penggantungan Promo Peraduan ini.

20. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, setiap peserta dianggap bersetuju mengetepikan apa-apa hak yang mungkin ada terhadap Penganjur dan/atau terhadap pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal, atau mana-mana pihak ketiga yang Penganjur mungkin melantik bagi tujuan Promo Peraduan ini), berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada berdasarkan kontrak, tort, kecuaian dan/atau sebaliknya, berkaitan dengan Promo Peraduan ini dan/atau hadiah.

sumber

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya DISINI

Penyertaan Boleh Dihantar DISINI



0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?