Promosi Penebusan MAGGI 2017


Anda boleh menebus barangan elektrik seperti Periuk Nasi Faber, Pengisar Panasonic, Cerek Elektrik Sharp dengan bungkusan barangan MAGGI.

Setiap bungkusan atau penutup botol ada mata-mata berbeza. Dengan mengumpul seperti yang dinyatakan dalam borang penebusan, anda boleh menebus barangan tersebut.

Tempoh Penebusan: 01/12/2016 hingga 28/02/2017 .

Untuk detail sila lihat seperti dibawah:

Cara Penebusan

oat-mee

oat-mee6

oat-mee2

Download Borang Penebusan Untuk ISI

oat-mee3

Terma & Syarat

Penganjur, Kelayakan & Tempoh

1.Promosi Penebusan MAGGI GONG XI RIA [“Penebusan”] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”].

2.Penebusan dibuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada 01/12/2016 dan mempunyai
dokumen pengenalan yang sah [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen
pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

3. Penebusan akan dijalankan dari 01/12/2016 hingga 28/02/2017 [“Tempoh Penebusan”]. Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan Tempoh Penebusan dan/atau membatalkan/menamatkan Penebusan dan/atau menukar, meminda, menggugurkan dan/atau menambah Syarat & Peraturan Penebusan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Cara Penebusan
1.Untuk membuat Penebusan, Peserta perlu membeli produk MAGGI yang turut serta bagi mengumpulkan mata untuk ditebus. Sila rujuk kepada Jadual Bukti Pembelian & Mata pada Borang Penebusan [“Borang”] untuk senarai produk MAGGI yang turut serta, bukti pembelian [“POP”] yang diperlukan dan mata [“Mata”] yang boleh dikumpulkan untuk setiap produk MAGGI yang dibeli.

Sebagai contoh: Untuk setiap bungkusan yang dibeli bagi satu (1) pek MAGGI Mi 2 Minit, Peserta layak mengumpulkan satu (1) Mata.

2.Semua Peserta boleh menebus Mata yang dikumpulkan dalam Tempoh Penebusan. Sila rujuk kepada tiga [3] peralatan dapur [“Premium”] yang disediakan untuk penebusan dan bilangan Mata yang diperlukan untuk penebusan seperti yang ditunjukkan pada Borang. Setiap Peserta layak menebus HANYA SATU [1] Premium sepanjang Tempoh Penebusan. Sebarang percubaan oleh Peserta untuk menebus lebih daripada satu (1) Premium dalam tempoh Penebusan tidak akan dilayan oleh
Penganjur.

3.Setiap Borang yang dikemukakan mesti diisi dengan butir-butir lengkap yang diperlukan dan mesti disertakan dengan POP
yang dikehendaki dan bersamaan Mata yang mencukupi untuk menebus Premium yang dikehendaki. Mata yang terkumpul sepanjang Tempoh Penebusan tidak boleh dipindah kepada orang lain dan tidak boleh ditukar dengan tunai secara sebahagian atau sepenuhnya. Mata berlebihan yang dikemukakan tidak akan dikembalikan. Borang yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak tepat, disertakan dengan POP/Mata tidak betul dan/atau cacat/rosak akan dibatalkan.

Sebagai contoh: Bagi setiap Borang Penebusan yang dikemukakan dengan pembungkusan produk MAGGI yang bersamaan lapan puluh (80) Mata yang dikumpul, Peserta layak menebus satu (1) Cerek Elektronik Sharp.

4.Semua Borang mesti dihantar ke alamat yang dinyatakan melalui pos, penghantar surat, perkhidmatan kurier atau Pos Laju, atas risiko Peserta sendiri. Salinan fotostat Bukti pos Borang tidak bermakna bukti penerimaan Penganjur. Borang Penebusan yang diterima selepas 28/02/2017 tidak akan dilayan.

5.Semua Premium yang ditebus mesti dikutip daripada mana-mana gedung Senheng di seluruh negara. Satu baucar Senheng [“Baucar”] untuk Premium yang ditebus akan dihantar ke alamat penghantaran yang dinyatakan oleh Peserta dalam Borang 4 – 6 minggu selepas 28/02/2017. Penganjur tidak bertanggungjawab jika Baucar tersebut tidak diterima, rosak dan/atau diterima lewat oleh Peserta. Semua Baucar yang diterima mesti digunakan dan Premium mesti dikutip
sebelum tarikh akhir yang dinyatakan pada Baucar. Semua Baucar yang tidak digunakan selepas tarikh akhir hendaklah dianggap luput dan tidak sah. Senheng tidak akan melayan sebarang tuntutan/kutipan Premium oleh Peserta menggunakan Baucar yang luput.

6.Semua Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengaturkan dan/atau membekalkan Premium dan terma dan syarat yang dikenakan untuk Premium, jika ada.

7.Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Premium yang ditunjukkan dalam Borang dengan Premium lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua Premium ditebus dalam “keadaan sedia ada” dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

Liabiliti & Tanggungjawab
1.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Penebusan dan untuk menebus Premium adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya.

2.Peserta hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Penebusan, menuntut dan/atau menggunakan Premium dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

Hak Penganjur
1.Dengan turut serta, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Penebusan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Penebusan. Peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan lain untuk bahan tersebut.

2.Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki membega proses penyerahan Penebusan atau pengendalian Penebusan dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menjejaskan Penebusan.

3.Penganjur berhak untuk meminda, menggantung atau membatalkan Penebusan sekiranya Penganjur tidak dapat mengendalikan Penebusan seperti yang dirancang termasuk tetapi tidak terhad kepada campur tangan tidak sah, penipuan, kegagalan teknikal atau sebarang sebab lain di luar kawalan Penganjur, walaupun dengan usaha terbaik
Penganjur.

Notis Privasi
1. Dengan menyertai Promosi, anda telah bersetuju Nestlé Products Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”) dan pembekal pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) (secara kolektif “Penganjur” atau “kami”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan bagi tujuan Promosi.

Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda menjadi pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2.Penganjur juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk kami, perkhidmatan, apa-apa promosi, acara atau pertandingan yang dianjurkan oleh Penganjur. Sila nyatakan pilihan anda pada borang sekiranya anda bersetuju kepada penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini.

3.Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh kami.

4.Berkenaan dengan golongan bawah umur atau individu-individu yang tidak layak di bawah undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk bersetuju bagi pihak mereka kepada pemprosesan maklumat peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.

5.Pada masa tertentu Penganjur mungkin melantik Pihak-Pihak Ketiga Lantikan untuk memproses maklumat peribadi anda. Semua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

6.Pihak Penganjur adalah sebuah syarikat global dan maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan merentasi sempadan. Penganjur akan memastikan bahawa data anda hanya akan dipindahkan ke negara yang mempunyai tahap undang-undang perlindungan data yang sama atau setara, seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy.

7.Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.Semua permintaan atau pertanyaan bertulis anda hendaklah dialamatkan kepada: Nestlé Products Sdn. Bhd., 22-1, Tingkat 22,
Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau Borang Web : https://www.nestle.com.my/contactus. Atau Hubungi kami : 1-800-88-3433.

8. Sila ambil perhatian bahawa Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses penyertaan anda dalam Promosi, dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

9. Untuk penerangan terperinci mengenai amalan privasi kami, sila rujuk kepada Polisi Privasi kami di http://www.nestle.com.my/info/privacy_policy. Kami berhak untuk mengemaskini dan meminda Notis Privasi ini atau Polisi Privasi kami dari semasa ke semasa.

Terma & Syarat
1.Gambar Premium yang ditunjukkan dalam Borang adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada
barangan sebenar.

2.Syarat dan Peraturan Penebusan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Penebusan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3.Syarat dan Peraturan Penebusan dan kaedah penyertaan Penebusan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Penebusan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa
untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4.Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

5.Dengan menyertai Penebusan ni, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan Penganjur.

Download Borang Penebusan Untuk ISI

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?