Peraduan Pos Laju Prepaid Craze


Peraduan Pos Laju Prepaid Craze ini sesuai disertai oleh pelanggan  Pos Laju Pra-Bayar seperti Kotak & Sampul Prabayar Pos Laju atau Pelekat Prabayar Pos Laju .

Dengan pembelian mana-mana produk Prabayar Pos Laju sekurang-kurangnya RM50 dan ke atas dalam satu resit melayakan anda untuk sertai peraduan ini.

Setiap pembelian bernilai RM50 akan dikira sebagai satu (1) penyertaan. Contoh transaksi seperti dibawah:

  • RM50= 1 Penyertaan
  • RM150 = 3 Penyertaan
  • RM1000 = 20 Penyertaan

Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai peraduan ini.

Borang peraduan yang lengkap hendaklah dihantar kepada penganjur melalui laman sesawang Pos Laju di www.prepaidcraze.poslaju.com.my pada atau sebelum tarikh dalam jadual seperti dibawah. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

cp

Cara Pemenang Dipilih
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh sistem, bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon untuk mengesahkan maklumat diri. Kegagalan untuk menghubungi bakal pemenang dalam tiga (3) kali percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal.

Hadiah dalam peraduan ini adalah Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju.

Jadi kepada peniaga online tu, yang selalu beli Kotak , Sampul Prabayar Pos Laju atau Pelekat Prabayar Pos Laju bernilai RM50 dan keatas, bolehlah join peraduan ini.

Mana tau rezeki anda ‘termenang baucar Pos Laju’, jadi jimatlah kos penghantaran anda nanti.

Tempoh Peraduan: 1 Disember 2016 hingga 28 Februari 2017

sumber

Cara

rm50

Penyertaan boleh dihantar DISINI

Hadiah

jki

Hadiah terbahagi kepada 4 kategori:

a. HADIAH BONANZA x 1

  • •Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM9,000.

b. HADIAH UTAMA x 3

  • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM6,000.

c. HADIAH SAGUHATI x 5

  • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM3,000.

d. HADIAH BULANAN x 60

  • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM 1,000.
  • Cabutan akan dibuat pada Januari 2017, Februari 2017 dan Mac 2017
  • Untuk cabutan bulan Februari, terdapat satu (1) “Special Draw” khas untuk pelanggan-pelanggan Lembah Klang sahaja yang berpeluang memenangi Baucar Penghantaran Pos Laju bernilai RM222.

Terma & Syarat

1.Peraduan “Pos Laju Prepaid Craze” ini dianjurkan sebagai penghargaan dan ganjaran kepada pelanggan setia Pos Laju. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan termasuk kakitangan Pos Malaysia, kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung dalam kempen dan keluarga mereka yang terdekat. Peserta harus mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor yang boleh dihubungi. Peserta yang gagal mengemukakan butiran seperti yang diperlukan akan terbatal kelayakannya secara automatik.

2.Peraduan ini bermula dari 1 Disember 2016 hingga 28 Februari 2017 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk melanjutkan, menukar, membatalkan atau menamatkan peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Pihak Penganjur tidak akan menanggung atau bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk apa-apa kekurangan atau kerugian secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh peserta disebabkan perubahan, penyambungan, pembatalan atau penamatan peraduan ini.

3.Penyertaan yang diterima lewat atau selepas tamat tempoh peraduan tidak layak untuk menyertai peraduan ini. Peraduan ini hanya sah untuk pembelian produk Prabayar Pos Laju iaitu Kotak & Sampul Prabayar Pos Laju atau Pelekat Prabayar Pos Laju yang dibeli di cawangan Pos Laju, Pusat Servis Pos Laju, Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos, Pos Laju Go2u, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Mini dan Pos-on-Wheels.

4.Pelanggan perlu mengisi borang secara atas talian dan perlu menyimpan resit sebagai bukti pembelian.

5.Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Prabayar Pos Laju sekurang-kurangnya RM50 dan ke atas dalam satu resit. Pelanggan perlu memasukkan nombor resit dan jumlah transaksi pada borang pendaftaran.

6.Lebih tinggi jumlah pembelian, maka lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Setiap pembelian bernilai RM50 akan dikira sebagai satu (1) penyertaan. Contoh transaksi seperti dibawah:

• RM150 = 3 Penyertaan
• RM1000 = 20 Penyertaan

7.Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai peraduan ini.

8.Borang peraduan yang lengkap hendaklah dihantar kepada kami melalui laman sesawang Pos Laju di www.prepaidcraze.poslaju.com.my pada atau sebelum tarikh dalam jadual seperti dibawah. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

cp

9.Pemilihan pemenang adalah berdasarkan pemilihan secara rawak oleh sistem. Bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon. Kegagalan untuk dihubungi dalam tiga (3) percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal dan bakal pemenang seterusnya akan dihubungi.

10.Pemenang yang telah dipilih mesti menunjukan resit sebagai bukti pembelian.

11.Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (staf) sebagai pemenang. Gagal berbuat sedemikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan bakal pemenang seterusnya akan dipilih.

12.Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar kepada bentuk hadiah yang lain.

13.Pihak penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

14.Hadiah mesti dituntut pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengambil semula hadiah sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.

15.Para pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan / atau program publisiti lain pada masa dan tempat yag ditetapkan oleh penganjur untuk tujuan menuntut hadiah mereka dan segala kos yang terlibat perlu ditanggung sendiri.

16.Dengan menyertai peraduan ini, penganjur berhak untuk menerbitkan dan memaparkan nama dan alamat pemenang, gambar pemenang dan audio / atau rakaman visual bagi mana-mana media massa atau bahan pemasaran untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa notis terlebih dahulu dan / atau pampasan.

17.Keputusan pihak penganjur berkenaan dengan peraduan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.

18.Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan juga pihak juri. Pihak penganjur berhak untuk menukar atau meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu

Hak harta intelektual dengan ini adalah milik Penganjur dan Penaja. sumber

Untuk baca lebih detail lagi berkenaan peraduan ini, boleh baca DISINI

Untuk menyertai peraduan ini, penyertaan bolehlah dihantar di Laman Rasmi Peraduan Pos Laju INI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?