Peraduan Maggi Hotcup Extravaganza Eksklusif Di 7-Eleven


Peraduan ini hanya berlangsung eksklusif di 7 Eleven. Dengan pembelian mana-mana MAGGI HOTCUP [semua varian] yang turut serta dari mana-mana kedai 7-ELEVEN yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Peraduan ini memerlukan resit pembelian, jadi kalau anda ada beli MAGGI HOTCUP di 7 Eleven tu, jangan lupa minta resit pembeliannya.

Peraduan ini sesuai disertai oleh mereka yang gemar makan Maggi Hotcup.

Penyertaan dalam peraduan ini boleh dihantar melalui aplikasi Wassap.Tidak perlu pos.

Pemenang pula ditentukan dengan kaedah no. berisir yang dibahagi, kiranya macam lucky draw lah (boleh baca terma dan syarat untuk lebih detail.)

daa2

daa

sumber

Tempoh peraduan dari 15/11/2016 hingga 15/01/2017

p/s Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah yang ditawarkan mesti kecewa dan membazir duit. Beli bila anda memang nak makan atau ada keperluan untuk beli.

Cara

st1 st2 st3

P/s  Before your submit the entry,  save this no. +601151160488 in you smartphone after that, whatsapp icon will appear, Then submit the entry.

Hadiah

prize23

Hadiah Utama mingguanX9 pemenang (1x Pemenang setiap minggu.)

Setiap Pemenang Hadiah Utama mingguan akan memenangi sebuah telefon bimbit pintar berjenama bernilai Ringgit Malaysia Tiga Ribu Dua Ratus [RM3,200].

Hadiah Sagu Hati mingguan x180 pemenang (20 pemenang setiap minggu)
Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati mingguan akan memenangi wang tunai Ringgit Malaysia dua ratus [RM200].

Syarat & Peraturan Peraduan

Penganjur & Kelayakan

1 PERADUAN MAGGI HOTCUP EXTRAVAGANZA eksklusif di 7-ELEVEN [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada of 15/11/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Penganjur berhak untuk meminta dokumen pengenalan sebagai bukti dan untuk tujuan mengesahkan identiti Peserta.

2 Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

[a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau

[b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
1 Peraduan akan diadakan dari 15/11/2016 hingga 15/01/2017 selama sembilan [9] minggu berturut-turut [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan automatik.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan Melalui Aplikasi WhatsApp

1 Untuk menyertai Peraduan, Peserta mesti membeli dalam satu resit, mana-mana MAGGI HOTCUP [semua varian] yang turut serta dari mana-mana kedai 7-ELEVEN yang turut serta sepanjang Tempoh Peraduan. Resit bercetak 7-ELEVEN yang asal tersebut mesti mengandungi bukti pembelian mana-mana produk MAGGI HOTCUP yang turut serta, dengan jumlah pembelian, nama kedai dan tarikh pembelian ditunjukkan dengan jelas pada resit bercetak [“BP”].

2 Nama penuh dan nombor pengenalan [“Butir-Butir Dikehendaki”] mesti ditulis dengan jelas di bahagian atas BP. Tangkap satu [1] gambar BP bersama dengan Butir-Butir Dikehendaki dan kemukakan/hantar gambar melalui WhatsApp ke 011-5116 0488, talian telefon khas yang disediakan oleh Penganjur untuk menerima gambar BP yang dikemukakan oleh Peserta. Memandangkan 011-51160488 adalah talian khas Penganjur, TIADA pesanan perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berhubung dengan semua BP yang dikemukakan/dihantar oleh Peserta melalui WhatsApp.

3 Setiap BP layak untuk satu [1] penyertaan WhatsApp sahaja. Peserta tidak dibenarkan untuk mengemukakan/menghantar lebih dari satu [1] penyertaan WhatsApp dengan BP yang sama kepada Penganjur. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/atau menolak penyertaan WhatsApp jika:

[a] BP yang dikemukakan adalah salinan, tidak betul, tidak jelas, koyak atau rosak; dan/atau

[b] Butir-Butir Dikehendaki tidak diberikan, tidak lengkap, tidak boleh dibaca, tidak jelas dan/atau tidak tepat.

4 Setiap Peserta dikenali pasti dengan Butir-Butir Dikehendaki yang diberikan pada BP dan dikemukakan dalam penyertaan WhatsApp.

Hadiah Mingguan & Proses Pemilihan Pemenang
1 Sepanjang Tempoh Peraduan selama sembilan [9] minggu, Penganjur akan menawarkan satu [1] Hadiah Utama dan dua puluh [20] Hadiah Sagu Hati setiap minggu. Terdapat sejumlah sembilan [9] Hadiah Utama Mingguan dan satu ratus lapan puluh [180] Hadiah Sagu Hati Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan yang dinyatakan di bawah:

Minggu 1: 15/11 – 21/11/2016
Minggu 2: 22/11 – 28/11/2016
Minggu 3: 29/11 – 05/12/2016
Minggu 4: 06/12 – 12/12/2016
Minggu 5: 13/12 – 19/12/2016
Minggu 6: 20/12 – 26/12/2016
Minggu 7: 27/12 – 02/01/2017
Minggu 8: 03/01 – 09/01/2017
Minggu 9: 10/01 – 15/01/2017

2 Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan mingguan, Penganjur akan memperuntukkan satu [1] nombor bersiri untuk setiap BP yang diterima dan diluluskan oleh Penganjur sebagai penyertaan yang berjaya [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”]. Satu set nombor bersiri baru akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak mingguan bermula dari nombor bersiri “1”.

3 Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [“Jumlah Penyertaan Layak Mingguan”]. Andainya Jumlah Penyertaan Layak Mingguan bagi satu minggu tertentu dalam Tempoh Peraduan ialah 1033, Penganjur akan mengira dan memilih peserta untuk memenangi hadiah berdasarkan cara berikut:

[a] Pemilihan senarai pendek satu [1] Pemenang Hadiah Utama mingguan:

1033 ÷ 2 = 516.5

Oleh sebab pembahagian 1033 dengan 2 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 516.5 akan dibulatkan ke bawah kepada 516. Peserta minggu berkenaan dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri 516 akan disenarai pendek untuk menjadi Pemenang Hadiah Utama mingguan.
[b] Pemilihan senarai pendek dua puluh [20] Pemenang Hadiah Sagu

Hati mingguan:
1033 ÷ 20 = 51.6
Oleh sebab pembahagian 1033 dengan 20 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 51.6 akan dibulatkan ke bawah kepada 51. Seramai 20 Peserta dengan Penyertaan Layak yang mendapat nombor bersiri berikut akan disenarai pendek sebagai Pemenang Hadiah Sagu Hati mingguan: 51*, 102*, 153*, 204*, 255, 306, 357, 408, 459, 510, 561, 612, 663, 714, 765, 816, 867, 918, 969, 1020. [*contoh pengiraan: 51, 51+51=102, 102+51=153, 153+51=204]

4 Penganjur akan menghubungi semua Peserta terpilih melalui nombor hubungan/telefon bimbit yang digunakan untuk menghantar Penyertaan Layak kepada Penganjur. Setiap Peserta terpilih akan ditanya satu [1] soalan untuk dijawab. Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya Peserta terpilih tidak dapat dihubungi atas apa sebab sekalipun.

5 Untuk memenangi hadiah, Peserta terpilih mesti menjawab soalan yang ditanyakan oleh Penganjur dengan betul. Sekiranya Peserta terpilih gagal untuk menjawab soalan dengan betul dan/atau jelas, beliau akan disingkirkan oleh Penganjur. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta yang disingkirkan akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah.

6 Setiap Pemenang Hadiah Utama mingguan akan memenangi sebuah telefon bimbit pintar berjenama bernilai Ringgit Malaysia Tiga Ribu Dua Ratus [RM3,200].

7 Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati mingguan akan memenangi wang tunai Ringgit Malaysia dua ratus [RM200].

8 Peserta hanya boleh memenangi satu [1] hadiah setiap minggu. Jika peserta memenangi dua [2] atau lebih hadiah dengan nilai yang berlainan dalam minggu yang sama, maka Peserta hanya layak untuk memenangi hadiah dengan nilai lebih tinggi. Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberi nombor bersiri seterusnya selepas Peserta dengan kemenangan berulang akan menjadi Peserta terpilih berikutnya untuk memenangi hadiah dengan nilai lebih rendah.

9 Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Utama dan maksimum dua [2] Hadiah Sagu Hati sepanjang Tempoh Peraduan.

10 Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam Penyertaan Layak untuk tujuan pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk menunjukkan BP apabila diminta oleh Penganjur akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

Liabiliti dan Tanggungjawab
1 Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Hadiah yang hilang dan/atau rosak semasa proses penghantaran tidak akan diganti dan Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dan semua liabiliti yang timbul dan tidak bertanggungjawab untuk menggantikan hadiah yang hilang dan/atau rosak.

2 Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

3 Pemenang dan/atau waris mereka hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Acara Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

4 Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

5 Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hak Penganjur
1 Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. baca ful terma dan syarat disini sumber

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?