Peraduan Marrybrown 2016


Marrybrown sekarang ini sedang mengadakan Peraduan Makan & Menang Marrybrown 2016 sempena ulang tahun mereka yang ke 35 .

Dengan berbelanja RM25 dan keatas di Restoren Marrybrown, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Isi borang Peraduan dan kepilkan bersama resit pembelian dan masukkan kedalam kotak yang disediakan di Restoren Marrybrown. SATU (1) resit adalah untuk SATU (1) penyertaan.

Pemenang dalam peraduan ini eMenang rasa akan dipilih secara cabutan bertuah. Untuk lebih kepastian berkenaan dengan ini, boleh tanya di facebook MarryBrown.

Dalam peraduan ini ada 3 hadiah Utama iaitu wang tunai bernilai RM10,000 setiap pemenang.

Hadiah Mingguan x18 – Wang Tunai bernilai RM1,000 untuk setiap pemenang. (18 pemenang setiap minggu – selama 7 minggu)
Hadiah Sagu Hati x300 – Baucar MB bernilai RM100 untuk setiap pemenang. (300 pemenang setiap minggu – selama 7 minggu)

Jadi nanti kalau anda ada pergi Marrybrown dan berbelanja RM25 dan keatas disana resit pembelian tu bolehlah digunakan untuk sertai peraduan ini.

P/s Peraduan Makan & Menang ini tertakluk dengan terma & syarat, Kalau anda makan belum tentu menang ya.. Jangan salahfaham pulak..

Tempoh Peraduan: 21 November 2016 hingga 8 Januari 2017

Cara

Jika anda berbelanja RM25 dan keatas di Restoren Marrybrown, anda boleh hantarkan penyertaan dalam peraduan ini.

Isi borang Peraduan dan kepilkan bersama resit pembelian dan masukkan kedalam kotak yang disediakan di Restoren Marrybrown.

SATU (1) resit adalah untuk SATU (1) penyertaan sahaja.

Hadiah

mb

Hadiah Utama: x3 – Wang Tunai bernilai RM10,000 untuk setiap pemenang. (3 pemenang)

Hadiah Mingguan x18 – Wang Tunai bernilai RM1,000 untuk setiap pemenang. (18 pemenang setiap minggu – selama 7 minggu)
Hadiah Sagu Hati x300 – Baucar MB bernilai RM100 untuk setiap pemenang. (300 pemenang setiap minggu – selama 7 minggu)

Terma & Syarat

1. Peraduan Makan dan Menang ini dianjurkan oleh Marrybrown Sdn Bhd (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (“Peserta”) kecuali kakitangan Penganjur, syarikat-syarikat sekutu dan agensi pengiklanan serta ahli-ahli keluarga terdekat mereka.

2. Salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti pembelian seperti yang dikehendaki.

3. Penyertaan yang tidak betul, tidak lengkap, tidak jelas, diconteng atau tidak disertakan dengan bukti pembelian akan dibatalkan dengan serta-merta.

4. SATU (1) resit adalah untuk SATU (1) penyertaan sahaja.

5. Peraduan ini berakhir pada 8 Januari 2017. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum 11:59 malam pada 8 Januari 2017 untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Utama. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayani. Untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Mingguan dan Hadiah Sagu Hati, penyertaan mesti diterima sebelum 11:59 malam pada hari akhir tempoh peraduan. Penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam akan dirangkumkan dalam peraduan Mingguan seterusnya.

6. Bukti kiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Penganjur.

7. Selain Hadiah Utama, setiap peserta layak untuk memenangi hanya SATU (1) Hadiah Mingguan dan/atau SATU (1) Hadiah Sagu Hati.

8. Hadiah Utama x3 – Wang Tunai bernilai RM10,000 untuk setiap pemenang. (3 pemenang)

9. Hadiah Mingguan x18 – Wang Tunai bernilai RM1,000 untuk setiap pemenang. (18 pemenang setiap minggu – selama 7 minggu)
10. Hadiah Sagu Hati x300 – Baucar MB bernilai RM100 untuk setiap pemenang. (300 pemenang setiap minggu – selama 7 minggu)

11. Pemenang akan menangung dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang liabiliti, kemusnahan, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat daripada penyertaan mereka dalam peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan membebaskan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

12. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya. Semua hadiah yang diberikan tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai.

13. Semua keputusan Penganjur adalah muktamad. Penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk merayu atau mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat oleh Penganjur. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya membatalkan sebarang penyertaan yang tidak sah.

i) Penganjur berhak membatal, menamat, mengubah suai dan menggantung peraduan atau menukar peraduan ini dan hadiah-hadiahnya.

ii) Penganjur juga berhak mengubah, meminda, menggugurkan atau menambah Syarat dan Peraturan tanpa notis terdahulu.

14. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan pos.

15. Semua hadiah mesti dituntut atas kos tanggungan sendiri dalam tempoh 60 hari mulai tarikh penerimaan surat pemberitahuan. Tiada tuntutan akan dilayani selepas 30 Mac 2017.

16. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik.

17. Semua penyertaan akan menjadi hak milik Marrybrown Sdn Bhd.

18. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menyiarkan dan/atau memaparkan butiran dan/atau gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, serta untuk tujuan pengumuman pemenang sama ada dalam media cetak atau elektronik.

19. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta Peraduan ini mengizinkan penggunaan data peribadi mereka oleh Penganjur untuk menjalankan Peraduan dan/atau sebarang acara dan/atau publisiti Peraduan dalam sebarang bentuk melalui sebarang media.

20. Peserta-peserta Peraduan ini adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan peraduan. 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya DISINI


1 Comment

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?