Pertandingan Poster Kreatif


Sertai Pertandingan Poster Kreatif untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Dalam pertandingan poster kreatif ni ada beberapa kategori iaitu:

Kategori Umum:

  • A 18 tahun dan ke bawah
  • B. 19 tahun ke atas, dan

Kategori Komuniti Pusat Internet 1Malaysia:

  • C. Terbuka

Setiap 2 minggu ada tema yang berbeza. Tarikh tutup penyerahan hasil karya untuk setiap tema adalah seperti berikut:

  • Tema 1: 15 September 2016
  • Tema 2: 30 September 2016
  • Tema 3: 15 Oktober 2016
  • Tema 4: 30 Oktober 2016
  • Tema 5: 14 November 2016
  • Tema 6: 29 November 2016

Untuk lihat Tema dan penerangannya, boleh tengok DISINI

Untuk penyerhan hantaran penyertaan, boleh ke sini http://www.dakwahdigitalkdb.my/ dan scroll mouse anda ke atas “PENYERAHAN”. (Pilih kategori anda ketika hantar.)

klll

p/s Nasihat dari eMenang: Pastikan karya anda tidak mengandungi imej yang mendedahkan aurat. Setiap Penyertaan yang dihantar adalah tanggungjawab masing-masing.

CARA-CARA

1. Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan jenis-jenis media berikut:

  • a. Infografi
  • b. Typografi
  • c. Fotografi
  • d. Ilustrasi – Digital and lukisan tangan (lukisan tangan hendaklah diimbas (scan) untuk penyerahan)

2. Bahasa pengantara:
a. Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Malaysia di mana penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.

b. Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.

C. ETIKA BERKARYA
1. Peserta harus memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.

2. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang didapati bersifat lucah, jelik atau tidak wajar.

D. PENYERTAAN
1. Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini hendaklah karya asli peserta dan tidak pernah diterbitkan. Ianya hendaklah berdasarkan tema yang telah ditentukan seperti berikut: (klik di sini untuk senarai tema)

2. Penyertaan setiap peserta dihadkan kepada satu (1) hasil karya bagi setiap tema. Peserta boleh menghantar sebanyak enam (6) hasil karya bagi penyertaan iaitu satu bagi setiap tema, bagi keseluruhan pertandingan.

3. Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk jpeg. dan dimuatnaik ke portal pertandingan iaitu di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my

4. Sekiranya hasil karya yang dihantar dipilih sebagai pemenang, peserta yang berkenaan hendaklah menghantar fail hasil karya beresolusi tinggi kepada pihak penganjur. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan hasil karya tersebut tidak termasuk dalam aktiviti tertentu seperti publisiti.

5. Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) adalah seperti berikut:

size

Size: 11” x 17” (28cm x 43cm) (A3)
Resolusi: 150 dpi
Orientasi: Potret
Format: Jpeg
Maksima File Upload: 1MB (1000kb)

6. Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta, diikuti dengan kategori penyertaan, dan tema.
(Contoh: muhammad ahmad_umum_sabar sebelum sebar.)

7. Tarikh tutup penyerahan hasil karya untuk setiap tema adalah seperti berikut:

  • Tema 1: 15 September 2016
  • Tema 2: 30 September 2016
  • Tema 3: 15 Oktober 2016
  • Tema 4: 30 Oktober 2016
  • Tema 5: 14 November 2016
  • Tema 6: 29 November 2016

8. Dengan menghantar hasil karya untuk penyertaan pertandingan, peserta dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat pertandingan.

9. Apa-apa maklumat mengenai penyertaan setiap hasil karya haruslah dinyatakan di bahagian rasional dalam borang penyertaan yang boleh didapati di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my. Sebarang huraian atau maklumat lanjut mengenai karya tersebut yang dihantar kepada pihak penganjur melalui emel atau apa-apa platform media tidak akan dilayan.

 sumber

Hadiah

hadiahjjjj

TERMA & SYARAT

A. KELAYAKAN
1.1  Penyertaan dibuka kepada semua dan dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:

Kategori Umum:

  • A 18 tahun dan ke bawah
  • B. 19 tahun ke atas, dan

Kategori Komuniti Pusat Internet 1Malaysia:

  • C. Terbuka

1.2  Setiap penyertaan hanya layak dipertandingkan dalam satu kategori sahaja.

B. MEDIA
1. Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan jenis-jenis media berikut:

  • a. Infografi
  • b. Typografi
  • c. Fotografi
  • d. Ilustrasi – Digital and lukisan tangan (lukisan tangan hendaklah diimbas (scan) untuk penyerahan)

2. Bahasa pengantara:
a. Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Malaysia di mana penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.

b. Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.

C. ETIKA BERKARYA
1. Peserta harus memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.

2. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang didapati bersifat lucah, jelik atau tidak wajar.

D. PENYERTAAN
1. Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini hendaklah karya asli peserta dan tidak pernah diterbitkan. Ianya hendaklah berdasarkan tema yang telah ditentukan seperti berikut: (klik di sini untuk senarai tema)

2. Penyertaan setiap peserta dihadkan kepada satu (1) hasil karya bagi setiap tema. Peserta boleh menghantar sebanyak enam (6) hasil karya bagi penyertaan iaitu satu bagi setiap tema, bagi keseluruhan pertandingan.

3. Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk jpeg. dan dimuatnaik ke portal pertandingan iaitu di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my

4. Sekiranya hasil karya yang dihantar dipilih sebagai pemenang, peserta yang berkenaan hendaklah menghantar fail hasil karya beresolusi tinggi kepada pihak penganjur. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan hasil karya tersebut tidak termasuk dalam aktiviti tertentu seperti publisiti.

5. Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) adalah seperti berikut:

Size: 11” x 17” (28cm x 43cm) (A3)
Resolusi: 150 dpi
Orientasi: Potret
Format: Jpeg
Maksima File Upload: 1MB (1000kb)

6. Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta, diikuti dengan kategori penyertaan, dan tema.
(Contoh: muhammad ahmad_umum_sabar sebelum sebar.)

7. Tarikh tutup penyerahan hasil karya untuk setiap tema adalah seperti berikut:

  • Tema 1: 15 September 2016
  • Tema 2: 30 September 2016
  • Tema 3: 15 Oktober 2016
  • Tema 4: 30 Oktober 2016
  • Tema 5: 14 November 2016
  • Tema 6: 29 November 2016

8. Dengan menghantar hasil karya untuk penyertaan pertandingan, peserta dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat pertandingan.

9. Apa-apa maklumat mengenai penyertaan setiap hasil karya haruslah dinyatakan di bahagian rasional dalam borang penyertaan yang boleh didapati di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my. Sebarang huraian atau maklumat lanjut mengenai karya tersebut yang dihantar kepada pihak penganjur melalui emel atau apa-apa platform media tidak akan dilayan.

E. PENGUMUMAN PEMENANG
1. Keputusan juri adalah muktamad.
2. Pemenang untuk setiap tema akan diumumkan pada tarikh seperti berikut:

  • Tema 1: 26 September 2016
  • Tema 2: 12 Oktober 2016
  • Tema 3: 25 Oktober 2016
  • Tema 4: 08 November 2016
  • Tema 5: 22 November 2016
  • Tema 6: 07 Disember 2016

F. HAK MENGGUNA
1. Peserta berhak mengekalkan hak milik ke atas hasil karya yang dipertandingkan, namun peserta hendaklah bersetuju untuk memberi hak mutlak kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“SKMM”) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”), dan kesemua entiti, subsidiari atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah SKMM atau JAKIM untuk mengguna, menghasilkan semula, menyunting, mempamer, menyiarkan, menjadikannya sebagai sumber, mengubahsuai, dan menerbit ke seluruh dunia dan untuk apa-apa tujuan, yang tidak boleh ditarik balik, berterusan, dan bebas dari sebarang royalti.

2. Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan melainkan pemenang keseluruhan pertandingan telah diumumkan oleh pihak penganjur.

3. Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

G. PENAFIAN
1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.

2. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.

3. Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.

4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.

5. Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

6. Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
1. Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.

2. Syarat-syarat pertandingan yang telah dipinda akan dimaklumkan melalui portal pertandingan iaitu di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my

Untuk maklumat lanjut layari http://www.dakwahdigitalkdb.my/


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?