Hantar Cerpen Untuk Berpeluang Memenangi RM1000


Anda berbakat mengarang cerpen? Hantarkan cerpen anda ke email Utusan Malaysia untuk dipertandingkan dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM 1000.

Sebanyak dua cerpen akan disiarkan pada setiap minggu dalam Utusan Malaysia Sabtu. Ini bermakna terdapat lapan cerpen keseluruhannya dalam sebulan.

Daripada jumlah itu, satu cerpen akan dipilih sebagai cerpen terbaik dan layak menerima hadiah wang tunai bernilai RM 1,000.

Tema untuk cerpen anda adalah bebas selagi tidak melanggar tata susila dan undang-undang negara. Panjang cerpen adalah maksimum 1,000 patah perkataan.

Jadi jika anda berminat bolehlah mula mengarang cerpen anda sekarang atau kalau dah karang sebelum ni, boleh terus hantar.

Tarikh Mula hebahan pertandingan cerpen ini di facebook Utusan Malaysia adalah pada 22 Mei 2016.

Tarikh Tutup:  tidak dinyataan.

Cara Penyertaan:

Hantarkan cerpen anda ke email berikut beserta Biodata dan Gambar Penulis .

  • Emelkan cerpen berserta biodata dan gambar penulis ke alamat e-mel:

cerpen.s2@gmail.com

Hadiah

cerpen rm1000

Wang tunai RM1,000

Terma & Syarat

  • Tema adalah bebas selagi tidak melanggar tata susila dan undang-undang negara.
  • Panjang cerpen adalah maksimum 1,000 patah perkataan.
  • Penggunaan bahasa yang mudah diutamakan.
  • Keputusan juri untuk memilih cerpen terbaik termasuk melalui undian dalam Utusan Malaysia Online adalah muktamad.
  • Emelkan cerpen berserta biodata dan gambar penulis ke alamat e-mel: cerpen.s2@gmail.com

Jika ada pertanyaan boleh tanya DISINI atau PM Facebook Utusan Malaysia

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?