Peraduan Mahsuri ‘Syokidap’


Bukan main lagi nama peraduan, ‘Syokidap’.. hehe.. Dalam Peraduan Mahsuri ‘Syokidap’ ini hadiah keseluruhan yang ditawarkan ialah berjumlah RM2000.

20 pemenang akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100 setiap seorang.

Untuk menyertai peraduan ini, anda perlulah memasak masakan menggunakan Kicap  Mahsuri.

Selepas siap memasak, ambil gambar  masakan  dan memuatnaik satu foto masakan dengan menggunakan Kicap Manis Pedas Mahsuri, namakan resipi dan menjelaskan bagaimana anda Syokidap masakan tersebut dengan menggunakan #JomSyokidap.

Foto masakan mestilah jelas memaparkan produk Mahsuri.

Pemilihan pemenang-pemenang oleh panel pengadil adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, perkaitan gambar penyertaan dengan Peraduan.

Tempoh Peraduan: 13 Mei  2016 hingga 29 Mei 2016 “23:59:59

Cara Penyertaan

 Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki:-

  •  Peserta dikehendaki menghantarkan penyertaan di ruangan komen catatan dinding (wallpost) yang dipaparkan di Laman Facebook Mahsuri yang menjemput penyertaan untuk Peraduan.
  • Memuatnaik satu foto masakan dengan menggunakan Kicap Manis Pedas Mahsuri, namakan resipi dan menjelaskan bagaimana anda Syokidap masakan tersebut dengan menggunakan #JomSyokidap. Foto masakan mestilah jelas memaparkan produk Mahsuri.

Penyertaan boleh dihantar di ruangan komen ini Link Contest

Hadiah

 20x pemenang: RM100 setiap pemenang

 Sejumlah dua puluh [20] Peserta akan dipilih sebangai pemenang-pemenang dalam tempoh peraduan dan wang tunai bernilai Seratus Ringgit Malaysia [RM100] akan dihadiahkan kepada setiap pemenang.

Terma & Syarat

1. Peraduan Mahsuri ‘Syokidap’ ini dianjurkan oleh Mahsuri dan peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia, yang mempunyai MyKad sah dan alamat kediaman di Malaysia, berumur antara 21 dan ke atas.

2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-

 

  • a. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
  • b. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

3. Peraduan ini akan bermula dari 13 May 2016 “12:00:01” hingga 29 May 2016 “23:59:59” waktu Malaysia [“Tempoh Peraduan”].

 

4. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa.Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
5. Pemenang-pemenang akan dipilih dan diumumkan di Laman Facebook Mahsuri pada 31 May 2016.
6. Peserta dinasihatkan supaya membaca dan memahami Dasar Privasi serta terma dan syarat yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk menyertai peraduan ini.
7. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta dikehendaki:-

  • Peserta dikehendaki menghantarkan penyertaan di ruangan komen catatan dinding (wallpost) yang dipaparkan di Laman Facebook Mahsuri yang menjemput penyertaan untuk Peraduan.
  • Memuatnaik satu foto masakan dengan menggunakan Kicap Manis Pedas Mahsuri, namakan resipi dan menjelaskan bagaimana anda Syokidap masakan tersebut dengan menggunakan #JomSyokidap. Foto masakan mestilah jelas memaparkan produk Mahsuri.

8. Pemilihan pemenang-pemenang oleh panel pengadil adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, perkaitan gambar penyertaan dengan Peraduan.

9. Selepas penilaian oleh Pihak Penganjur, semua penyertaan yang dikemukakan untuk Peraduan ini akan dipaparkan dalam album gambar Laman Facebook Mahsuri jika dikehendaki oleh pihak Mahsuri.

10. Setiap penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan disirikan mengikut waktu penerimaan (tt/bb/hh/jj/mm/ss).

11. Setiap peserta hanya boleh menghantar penyertaan sekali sahaja dan layak untuk memenangi sekali sahaja sepanjang tempoh peraduan.

12. Untuk menyertai Peraduan ini, setiap penyertaan yang dikemukakan mesti melengkapkan semua langkah dalam Peraduan. Mana-mana penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik. Hanya pemenang akan diberitahu melalui laman Facebook Mahsuri atau e-mel.

 

13. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kesilapan, kelewatan atau kekurangan dalam pemberitahuan/pengumuman pemenang melalui laman Facebook Mahsuri atau e-mel.

14. Produk Mahsuri hendaklah jelas dikemukakan dalam foto masakan yang dimuatnaikan. Bukti pembelian tidak diperlukan untuk Peraduan ini.

15. Penganjur berhak menggunakan gambar dan resipi semua untuk tujuan pengiklanan, promosi dan publisiti.

16. Sejumlah dua puluh [20] Peserta akan dipilih sebangai pemenang-pemenang dalam tempoh peraduan dan wang tunai bernilai Seratus Ringgit Malaysia [RM100] akan dihadiahkan kepada setiap pemenang.

17. Pemenang-pemenang juga mesti membenarkan pihak penganjur untuk memaparkan masakan dan resipi yang dimenangi di iklan-iklan, POSMs dan di laman digital Mahsuri yang akan datang.

18. Semua hadiah/wang tunai tidak dibenarkan untuk dipindah milik dan/atau ditukar.

19. Pemenang-pemenang yang terpilih akan diumumkan melalui catatan dinding (wallpost) di Laman Facebook Mahsuri. Pemenang-pemenang akan juga menerima sama ada mesej peribadi, e-Mel atau ditag dalam komen di Laman Facebook Mahsuri oleh Pihak Penganjur. Pemenang-pemenang yang terpilih dikehendaki memberi jawapan kepada Pihak Penganjur berdasarkan arahan yang diberikan dalam masa lima [5] hari dari tarikh pemberitahuan. Jika gagal memberikan jawapan, penyertaan terbaik seterusnya akan dipilih sebagai pemenang.

20. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab selepas sekurang-kurang tiga [3] percubaan oleh Pihak Penganjur atau wakilnya untuk menghubungi pemenang. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh tiga [3] bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan melalui e-Mel kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima.
21. Pemenang yang terpilih dikehendaki melengkapkan proses pengesahan dengan menghantar e-mel kepada fbsupport@mediacliq.com untuk memberikan nombor MyKad/Kad Identiti mereka, Alamat E-mel, Nombor Telefon Bimbit, Alamat Kediaman, dan bersetuju dengan Syarat & Peraturan Peraduan, dan memberi kebenaran menurut Notis Perlindungan Data Peribadi.

22. Pemenang MESTI mengemukakan satu salinan fotostat MyKad dalam masa lima [5] hari kerja, selepas menerima pemberitahuan, melalui E-mel ke fbsupport@mediacliq.com bagi tujuan pengesahan untuk menuntut Hadiah mereka. Kegagalan untuk memberikan salinan fotostat MyKad/ akan mengakibatkan pembatalan Hadiah. Bukti pos bukan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur. Sebarang penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.

23. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.

24. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini.

Untuk baca terma & Syarat penuh, sila baca di SINI

Penyertaan boleh Dihantar Di SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?