Peraduan “SMS & Menang Glade” Eksklusif Di Giant


Peraduan “SMS & Menang Glade” ini hanya berlangsung Eksklusif di pasaraya Giant dan sesuai disertai oleh mereka yang menggunakan produk wangian Glade.

Dengan pembelian mana-mana produk Glade yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya Giant yang turut serta semasa Tempoh Peraduan anda boleh hantarkan penyertaan untuk peraduan ini.

Penyertaan boleh dihantar mellaui SMS. Setiap SMS yang diterima akan dikenakan cas RM0.30 sen.

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan dengan kaedah no.bersiri  yang dibahagi. Kiranya macam lucky draw lah.

Jadi kalau anda ada beli produk Glade bernilai RM10 & keatas di Pasaraya Giant yang mengambil bahagian, resit tu bolehlah digunkan untuk sertai peraduan ini. Manatau termenang hadiah pulak nanti.

Tempoh Peraduan: 28 April 2016 hingga 31 Mei 2016

*tertakluk terma & syarat

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang ada keperluan untuk beli, baru beli.

CARA-CARA

a. Dengan pembelian mana-mana produk Glade yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya Giant yang turut serta semasa Tempoh Peraduan peserta layak untuk serati peraduan ini. Satu resit tunggal tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS.

b.Jawab satu soalan: “Hadiah Utama untuk Peraduan SMS & Menang Glade @ Giant ialah sebuah iPad mini WiFi 16GB. Betul/Salah”.

c.Taip (WIN)(nombor stor Giant 4 digit)(nombor resit Giant 5 digit)(jumlah pembelian produk Glade yang turut serta RM00.00)(tarikh resit HHBBTT)(nombor KP 12 digit)(jawapan)(nama) dan SMS ke 36266.

Contoh: WIN 1005 12345 RM10.88 280416 820202105678 Betul Farah Ghani

Dan Hantarkan SMS ke 36266.

d.Simpan semua resit bercetak tunggal asal dengan butiran resit Giant (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

e.Hanya resit-resit bercetak asal Giant akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f.Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.

g.Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h.Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

i.Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

HADIAH

hadiah glade

Hadiah-hadiah Peraduan:

  • Hadiah Utama x 1: iPad mini WiFi 16GB.
  • Hadiah Kedua x 2: iPod Touch 32GB setiap satu.
  • Hadiah Sagu Hati x 80: Baucar Giant bernilai RM200 setiap satu.
  • Hadiah Mingguan x 15 x 4 minggu: Kad Touch ‘n Go bernilai RM100 setiap satu.

Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat A atau Peringkat B, dan satu (1) hadiah Peringkat C sepanjang Tempoh Peraduan.

TERMA DAN SYARAT

1. Peraduan SMS & Menang Glade akan berlangsung dari 28 April 2016 hingga 31 Mei 2016 (“Tempoh Peraduan”). S.C. Johnson & Son (M) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan ini akan diadakan selama 4 minggu dan tempoh mingguan Peraduan adalah seperti berikut (“Minggu Peraduan”):

  • Minggu Peraduan 1: 28 Apr 2016 – 08 Mei 2016
  • Minggu Peraduan 2: 09 Mei 2016 – 15 Mei 2016
  • Minggu Peraduan 3: 16 Mei 2016 – 22 Mei 2016
  • Minggu Peraduan 4: 23 Mei 2016 – 31 Mei 2016

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 28 April 2016) yang merupakan pelanggan prabayar dan/atau pasca bayar Celcom, Digi, Maxis dan/atau U-Mobile kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

3. Untuk menyertai Peraduan:
a. Para peserta mesti membeli mana-mana produk Glade yang turut serta bernilai RM10.00 dan ke atas dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya Giant yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Satu resit tunggal tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan SMS.

b. Jawab satu soalan: “Hadiah Utama untuk Peraduan SMS & Menang Glade @ Giant ialah sebuah iPad mini WiFi 16GB. Betul/Salah”.

c. Taip (WIN)(nombor stor Giant 4 digit)(nombor resit Giant 5 digit)(jumlah pembelian produk Glade yang turut serta RM00.00)(tarikh resit HHBBTT)(nombor KP 12 digit)(jawapan)(nama) dan SMS ke 36266.
Contoh: WIN 1005 12345 RM10.88 280416 820202105678 Betul Farah Ghani

d. Simpan semua resit bercetak tunggal asal dengan butiran resit Giant (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan SMS sebagai bukti pembelian.

e. Hanya resit-resit bercetak asal Giant akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.

f. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.
g. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima.

Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika ada.

h. Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.

i. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej SMS dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

4. Cara pemilihan pemenang:
aa

i. Para pemenang yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 3.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 7,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 3.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,000. Maka penyertaan layak ke-2,000, ke-4,000 dan ke-6,000 akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-2,000 adalah penyertaan layak ke-1,999.

ii. Daripada tiga (3) penyertaan pemenang layak yang disenarai pendekkan, penyertaan dengan resit yang mengandungi jumlah pembelian tertinggi akan memenangi Hadiah Utama, manakala dua (2) penyertaan seterusnya akan memenangi Hadiah Kedua setiap satu.

iii. Sekiranya berlaku seri (jumlah pembelian resit yang sama), pemenang layak dengan penyertaan yang lebih awal diterima akan dipilih.

bb

i. Para pemenang Hadiah Sagu Hati yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 80.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 7,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 80.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 86. Maka penyertaan layak ke-86, ke-172, ke-258 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-86 adalah penyertaan layak ke-85.

cc

i. Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dibahagikan dengan 15.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 1,707 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 15.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 110. Maka penyertaan layak ke-110, ke-220, ke-330 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan layak seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-110 adalah penyertaan layak ke-109.

d) Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.

e) Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar semua resit bercetak asal Giant dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan SMS dan salinan kad pengenalan melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

5. Hadiah-hadiah Peraduan:
a) Hadiah Utama x 1: iPad mini WiFi 16GB.
b) Hadiah Kedua x 2: iPod Touch 32GB setiap satu.
c) Hadiah Sagu Hati x 80: Baucar Giant bernilai RM200 setiap satu.

d)Hadiah Mingguan x 15 x 4 minggu: Kad Touch ‘n Go bernilai RM100 setiap satu.

e) Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah Peringkat A atau Peringkat B, dan satu (1) hadiah Peringkat C sepanjang Tempoh Peraduan.

f)Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut 60 hari selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

g) Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan sewaktu atau sebelum tuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan yang diterima pihak Penganjur adalah: Kad Pengenalan/ Lesen memandu Malaysia. Kegagalan untuk mengemukakan bukti pengenalan bermaksud pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang tersebut.

h)Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

6.Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan daripada penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah.

7.Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

8.Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 03-7946 9488 bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

9.Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

10. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

11. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

source

source


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?