Peraduan Nestlé Dapur Idaman Untuk Ibu


Nestle sekarang ini sedang menganjurkan Peraduan Nestlé Dapur Idaman Untuk Ibu dimana peserta berpeluang memenangi hadiah Pengubahsuaian Dapur Signature Kitchen bernilai RM50,000.

Dengan pembelian produk Nestle yang mengambil bahagian bernilai sekurang-kurangnya RM30, anda layak sertai peraduan ini.

Peraduan ini  sesuai disertai oleh mereka yang mempunyai anak kecil yang minum susu tepung atau makanan bayi keluaran Nestle seperti Cerelac, Lactokid, Nan Grow, Mom & Me (lihat dibawah  senarai poduk yang terlibat).

Selain hadiah Pengubahsuaian Dapur, ada juga hadiah Thermomix TM5 bernilai RM6000 lebih untuk 8 pemenang.

500 pemenang hadiah saguhati akan memenangi hadiah Pengisar Philips HR1600/00 setiap seorang.

Dalam peraduan ini juga ada hadiah Mingguan. Setiap minggu akan ada 55 pemenang hadiah mingguan. (Terdapat sejumlah  [495] Hadiah Mingguan)

Setiap pemenang Hadiah Mingguan yang terpilih akan memenangi Pengisar Panasonic MX-GM1011HSL

Pemenang dalam peraduan ini ditentukan dengan kaedah no. bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky draw lah.

Untuk detail sila baca dibawah:

Tempoh Peraduan: 01 April 2016 hingga 31 Mei 2016

p/s Jangan beli sebrang produk semata-mta untuk join peraduan, sebab nati kalau tak menang hadiah mesti kecewa & membazir duit. Kalau ada keperluan untuk beli baru beli.

Cara-Cara

cara 1

Borang peraduan boleh didapati dikedai-kedai atau pasaraya berhampiran anda atau bolehjuga download & print dari sini Contest Form

Penghantaran hanya boleh di POS dengan Pos Biasa sahaja. (sila baca terma & syarat untuk lebih faham)
mom
cara 2cara 3

Hadiah

hadiah nescha

Terma & Syarat

Syarat & Peraturan Peraduan
Penganjur & Kelayakan
1. PERADUAN NESTLÉ DAPUR IDAMAN UNTUK IBU [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas pada 01/04/2016 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”].

2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini: [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau [b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat
pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/ atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
1. Peraduan akan diadakan dari 01/04/2016 hingga 31/05/2016 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak atas budi bicaranya yang mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/ menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan
1. Setiap pembelian mana-mana produk LACTOKID, NAN, NANKID,CERELAC dan NESTLÉ MOM & ME yang turut serta bernilaiRinggit Malaysia Tiga Puluh [RM30.00] dan ke atas dalam saturesit cetakan rasmi yang menunjukkan dengan jelas produk turutserta yang dibeli dalam Tempoh Peraduan sebagai Bukti Pembelian [“BP”] akan melayakkan Peserta mengambil bahagian dalam Peraduan. Sila rujuk Jadual Bukti Pembelian [Jadual “BP”] yang ditunjukkan pada borang penyertaan untuk senarai produk turut serta.

2. Peserta dikehendaki melengkapkan setiap borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki, menjawab dengan betul empat [4] kenyataan Betul atau Salah yang ditunjukkan dalam borang penyertaan. Borang penyertaan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan ke dalam sampul surat dan dihantar melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.

3. Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan.

4. Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan, lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak”].

Hadiah
1. Hadiah untuk Peraduan dibahagikan kepada [2] peringkat.
2. Peringkat 1 – Hadiah Mingguan:

Terdapat lima puluh lima [55] Hadiah Mingguan untuk Sembilan [9] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah empat ratus sembilan puluh lima [495] Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Sembilan [9] minggu berturut-turut adalah seperti berikut:

  • Minggu 1: 01/04 – 07/04/2016
  • Minggu 2: 08/04 – 14/04/2016
  • Minggu 3: 15/04 – 21/04/2016
  • Minggu 4: 22/04 – 28/04/2016 
  • Minggu 5: 29/04 – 05/05/2016
  • Minggu 6: 06/05 – 12/05/2016
  • Minggu 7: 13/05 – 19/05/2016
  • Minggu 8: 20/05 – 26/05/2016
  • Minggu 9: 27/05 – 31/05/2016

3. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak setiap minggu akan disusun kira untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan lima puluh lima [55] untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak bagi minggu tersebut ialah 887, maka 887 akan dibahagikan dengan 55, yang bersamaan dengan 16.1, dan seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 16. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 16. Seramai lima puluh lima [55] Peserta bagi minggu tersebut yang ditetapkan nombor bersiri dengan gandaan 16 iaitu 16, 32, 48, 64 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Mingguan bagi minggu tersebut.

4. Setiap pemenang Hadiah Mingguan yang terpilih akan memenangi Pengisar Panasonic MX-GM1011HSL bernilai Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Tiga [RM93].

5. Peserta boleh menang hanya satu [1] Hadiah Mingguan setiap minggu dan maksimum dua [2] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Mingguan tersebut.

6. Peringkat 2 – Hadiah-hadiah Utama:

Terdapat satu [1] Hadiah Utama, lapan [8] Hadiah Pertama dan lima ratus [500] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

7. Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagikan sewajarnya untuk mendapatkan nombor bersiri kemenangan bagi setiap Hadiah Besar. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
• Untuk Hadiah Utama, jika nombor bersiri Penyertaan Layak berjumlah 21689, angka 21689 ini akan dibahagi dengan dua [2] yang bersamaan 10844.5 dan akan dibundarkan ke bawah kepada 10844. Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri 10844 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama.

• Untuk Hadiah Pertama, jumlah 21689 akan dibahagi dengan lapan [8] yang bersamaan 2711.1 dan akan dibundarkan ke bawah kepada 2711. Lapan [8] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri gandaan 2711 iaitu 2711, 5422, 8133, 10844 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Pertama.

• Untuk Hadiah Sagu Hati, Jumlah 21689 akan dibahagi dengan lima ratus [500] yang bersamaan 43.3 dan akan dibundarkan ke bawah kepada 43. Lima ratus [500] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri gandaan 43 iaitu 43, 86, 129, 172 dan seterusnya akan menjadi Pemenang Hadiah Sagu Hati.

8. Pemenang Hadiah Utama yang terpilih akan memenangi pakej Pengubahsuaian Dapur oleh Signature Kitchen bernilai Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu [RM50,000].

9. Setiap seorang Pemenang Hadiah Pertama yang terpilih akan memenangi Thermomix TM5 bernilai Ringgit Malaysia Enam Ribu Tiga Ratus Lapan Puluh Lapan [RM6,388].

10. Setiap Pemenang Hadiah Sagu Hati yang terpilih akan memenangi Pengisar Tangan Philips HR1600/00 bernilai Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Sembilan [RM189].

11. Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah Utama dengan nilai lebih tinggi sepanjang tempoh peraduan. Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama tersebut.

sumber

Contest Form

Baca Full Terms & Conditions Di Sini ENG | BM


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?