Win A Honda City! Contest


Selepas membaca cara pemenang dipilih, eMenang berpendapat peraduan ini hanya sesuai disertai oleh  tauke kedai dobi atau tauke kedai makan ataupun tauke servis perkhitmatan cleaner..

Ini kerana pemenang dalam peraduan ini dipilih berdasarkan penyertaan layak tertinggi atau terbanyak.

Dalam peraduan ini hanya ada seorang sahaja pemenang hadiah Utama iaitu sebuah kereta Honda City manakala hadiah mingguan akan ada seorang pemenang setiap minggu selama 8 minggu peraduan ini berlangsung.

Kalau tauke kedai Dobi, dia mungkin boleh beli banyak-banyak stok produk Softlan sebab dia boleh guna untuk wangikan dan lembutkan pakaian pelanggan yang menggunakan perkhitmatan basuh pakaian dikedai mereka.

Kalau tauke kedai makan pulak, dia mungkin ada keperluan untuk beli  Axion atau Glo untuk digunakan basuh pinggan yang bertimbun setiap hari tu di kedai mereka.

Bagi tauke servis perkhitmatan cleaner, dia mungkin boleh beli banyak-banyak Ajax Fabuloso tu sebab nak guna buat lap lantai.

Sebagai pengguna biasa produk Ajax Axion, Glo atau Softlan agak sukar nak menang kalau join. Ye lah pengguna biasa bukan ada keperluan nak beli banyak-banyak pun. Kalau beli banyak-banyak pun, siapa nak guna.. kan membazir namanya.

Dengan pembelian sebarang produk Ajax, Axion Glo atau Softlan bernilai RM25 dan keatas dalam 1 resit anda layak untuk sertai peraduan ini.

Bagi tauke-tauke tadi, kalau anda nak hantar penyertaan banyak, masa anda beli stok barang keperluan anda tu, bolehlah  minta cashier tu kira asing bagi setiap pembelian  RM25 produk yg terlibat  .

Jadi kalau anda adalah tauke kedai dobi atau tauke kedai makan ataupun tauke servis perkhidmatan cleaner bolehlah cuba try join peraduan ini selepas membeli produk berkaitan  pekerjaan anda tu.

eMenang amat melarang sama sekali kalau anda beli produk yang terlibat semata-mata untuk join peraduan kerana kalau tak menang hadiah nanti mesti kecewa dan membazir duit.

Tempoh Peraduan: 1 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016

Cara Penyertaan

ajax

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan sebab nanti kalau tak menanghadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang ada keperluan untuk beli, baru beli.

HADIAH

Hadiah Utama
1X Kereta Honda City
 
Hadiah Mingguan

  • 8X  pemenang – Kad Hadiah Petronas bernilai RM888 setiap satu.
  • ( Peraduan ini berlangsung selama 8 minggu. Jadi ada Seorang pemenang setiap minggu. )

 

Terma & Syarat

Untuk besarkan dan baca. Klik SINI

ajax2


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?