Promosi ‘Siapa Cepat Dia Menang’ Kopiko


Kopiko sekarang ni sedang mengadakan promosi ‘Siapa Cepat Dia Menang’  . Dalam promosi ini, packing produk KOPIKO yang mengambil bahagian  dilekatkan sticker promosi.

Dalam tu ada Kad Nombor sama ada no. 1, 2, 3, 4, atau 5. Hadiah akan diberikan jika anda dapat mengumpul kombinasi  nombor seperti tertera dibawah:

  • Kalau anda dapat kumpul kad no. 1 dan 2 anda boleh tebus 1 Kopiko LA White 15x 40g.
  • Kalau anda dapat kumpul kad no. 1 ,2  dan 3 anda boleh tebus RM500.

Boleh rujuk carta dibawah:

 

hadiah kopiko

Hadiah tu terhad seperti yang dinyatakan di carta diatas. Sebagai contoh, jika sudah cukup 50 orang yang tebus hadiah wang tunai RM2000 tu, dan anda orang yang ke 51, anda akan diperuntukkan hadiah wang tunai yang lebih kecil seperti diatas, jadi anda boleh tebus RM500. (tertakluk terma & syarat) . Untuk lebih detail sila baca terma & syarat dibawah.

eMenang nak pesan disini, jangan beli semata-mata untuk join promosi sebab nanti kalau tak dapat kad nombor seperti yang diinginkan, anda pasti kecewa selain membazir duit.

Jika anda memang minum atau keluarga anda yang minum baru beli Kopiko ni. Kalau dapat kad nombor seperti yang tertera diatas tu, bolehlah tebus hadiah.

Tempoh Promosi 1 November 2015 hingga 31 Januari 2016

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

Untuk menyertai Promosi ini, peserta perlu membeli pek promosi Kopiko Kopi yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berikut:

  • a. Kopiko L.A. Coffee 24x24g
  • b. Kopiko L.A. Coffee As You Like 24x(15+7)g
  • c. Kopiko L.A. White Coffee 15x40g
  • d. Kopiko 3in1 Coffee 30x20g
  • e. Kopiko Brown Coffee 30x25g

Nombor siri

Para peserta dikehendaki mendapatkan nombor siri dari pek promosi Kopiko yang tertera di atas.

Cara untuk mendapatkan Nombor siri pada pek promosi Kopiko Kopi yang ditetapkan adalah seperti berikut:

 

Nombor siri boleh didapati pada kad nombor yang terdapat di dalam pek promosi berpelekat:

la-coffe.jpg

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan nombor siri yang terdapat pada Kad Nombor yang diperolehi pada pek promosi Kopiko Kopi yang ditetapkan sebagai bukti pembelian.

Setiap SATU (1) Kad Nombor dengan nombor siri sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.

Nasihat dari eMenang: Jangan beli semata-mata untuk join peraduan/promosi sebab nanti kalau tak menang hadiah mesti kecewa dan membazir duit. Kalau anda memang nak beli atau minum atau ada keperluan untuk beli, baru beli.

Cara penyertaan

a. Beli pek promosi Kopiko berpelekat untuk mengumpul nombor 1,2,3,4 atau 5  (Lihat contoh diatas)

b. Jawab soalan di bawah dengan betul:
Kopiko L.A. Coffee berendah asid: A. Benar B. Salah

c. Hantar jawapan melalui sms atau layari laman sesawang.

 Cara 1 – Melalui Sistem Pesanan Ringkas [“SMS”]
Untuk penyerahan penyertaan melalui SMS, para Peserta mesti menghantar penyertaan dengan menaip seperti berikut:

Klik gambar untuk besarkan

cara penyertaan kopiko

Melalui SMS taip WIN <jarak> nombor siri 1 <jarak> nombor siri 2 <jarak> jawapan soalan <jarak> nombor KP BARU <jarak> nama

Contoh SMS:
WIN 4KN23JN 3DGWX9A 9AFC634 A 620111145288 ANI ALI

  • Hantarkan penyertaan melalui SMS ke 36322

Bukti SMS yang dihantar oleh para peserta tidak bermakna bukti bahawa SMS tersebut diterima oleh pihak Penganjur.

 Cara 2 – Melalui laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com

koiko daftar

  •  Peserta perlu memasukkan Nombor siri yang terdapat pada Kad Nombor dan jawapan soalan promosi serta maklumat yang diperlukan.
  • Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan butir-butir termasuk butir-butir peribadi dengan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

Hadiah

kumpul kopiko

Sila baca terma & syarat untuk mengetahui cara pemilihan pemenang

 

 

TERMA DAN SYARAT
Penganjur & Kelayakan

1. Promosi ‘Siapa Cepat Dia Menang’ [“Promosi”] ini dianjurkan oleh PREMIUM UNITED FOODS Sdn. Bhd. (216197-D) (dahulu dikenali sebagai Inbisco Marketing & Sales Sdn. Bhd.) [“Kopiko” / “Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas yang mempunyai MyKad yang sah pada 1 November 2015 [“Peserta”].

 2. Individu daripada golongan berikut tidak layak menyertai Promosi ini:

  • Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan dengannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
  •  Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat SMS, facebook, pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
  • Individu-individu yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu, pengedar dan berkaitannya]

3. Terma dan syarat tambahan untuk penyertaan melalui Sistem Pesanan Ringkas [“SMS”]

  • Promosi ini dibuka kepada semua pelanggan perkhidmatan prabayar dan pascabayar Celcom, DiGi dan/atau Maxis yang juga merupakan warganegara Malaysia, berusia 18 tahun dan ke atas.
  • RM0.30 akan dikenakan bagi setiap SMS yang diterima oleh Peserta dan apa-apa SMS yang dihantar oleh Peserta tersebut adalah tertakluk kepada kadar biasa SMS yang dikenakan oleh Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi yang dilanggani oleh Peserta.
  • Pembayar bil dipertanggungjawabkan oleh Pihak Penganjur terhadap sebarang tindakan yang timbul. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah guna nombor MyKad atau telefon bimbit pembayar bil tersebut oleh mana-mana Peserta semasa menyertai Promosi ini.
  • Dengan memberi kebenaran ke atas penggunaan telefon bimbit mereka – pembayar-pembayar bil mengakui bahawa mereka adalah terikat kepada Terma dan Syarat ini.
  • Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, istilah “Pembayar Bil” bermaksud pihak individu, syarikat atau entiti yang dinyatakan secara khusus dalam borang pendaftaran atau langganan yang mana permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkenaan yang telah diluluskan dan diterima oleh Pemberi Perkhidmatan Telekomunikasi tersebut.

Tempoh Promosi
4. Promosi ini akan berlangsung mulai 1 November 2015, jam 0:00:00 hingga 31 Januari 2016, jam 23:59:59 malam [“Tempoh Promosi”]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Promosi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan SMS atau melalui laman sesawang yang diterima selepas 31 Januari 2016 akan dibatalkan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

5. Untuk menyertai Promosi ini, peserta perlu membeli pek promosi Kopiko Kopi yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berikut:

  • a. Kopiko L.A. Coffee 24x24g
  • b. Kopiko L.A. Coffee As You Like 24x(15+7)g
  • c. Kopiko L.A. White Coffee 15x40g
  • d. Kopiko 3in1 Coffee 30x20g
  • e. Kopiko Brown Coffee 30x25g

Nombor siri
6. Para peserta dikehendaki mendapatkan nombor siri dari pek promosi Kopiko yang tertera di atas.

7. Cara untuk mendapatkan Nombor siri pada pek promosi Kopiko Kopi yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a. Nombor siri boleh didapati pada kad nombor yang terdapat di dalam pek promosi berpelekat:

la-coffe.jpg

8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan nombor siri yang terdapat pada Kad Nombor yang diperolehi pada pek promosi Kopiko Kopi yang ditetapkan sebagai bukti pembelian.
9. Bukti pembelian adalah:

Pek promosi berpelekat DAN Kad Nombor dengan nombor siri

10. Jika gagal berbuat demikian, Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta dengan serta-merta.
11. Setiap SATU (1) Kad Nombor dengan nombor siri sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.

Cara penyertaan

12. Cara penyertaan adalah seperti berikut:
a. Beli pek promosi berpelekat untuk mengumpul nombor 1,2,3,4 atau 5 (seperti yang tertera di atas – poin 7a)
b. Jawab soalan di bawah dengan betul:

Kopiko L.A. Coffee berendah asid: A. Benar B. Salah
c. Hantar jawapan melalui sms atau layari laman sesawang.
d.1 Cara 1 – Melalui Sistem Pesanan Ringkas [“SMS”]
d. 1.1 Untuk penyerahan penyertaan melalui SMS, para Peserta mesti menghantar penyertaan dengan menaip seperti berikut:
Melalui SMS taip WIN <jarak> nombor siri 1 <jarak> nombor siri 2 <jarak> jawapan soalan <jarak> nombor KP BARU <jarak> nama Contoh SMS:
WIN 4KN23JN 3DGWX9A 9AFC634 A 620111145288 ANI ALI

  • Hantarkan penyertaan melalui SMS ke 36322

d. 1.2 Bukti SMS yang dihantar oleh para peserta tidak bermakna bukti bahawa SMS tersebut diterima oleh pihak Penganjur.
d.2 Cara 2 – Melalui laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com

  •  Peserta perlu memasukkan Nombor siri yang terdapat pada Kad Nombor dan jawapan soalan promosi serta maklumat yang diperlukan.
  • Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan butir-butir termasuk butir-butir peribadi dengan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

Hadiah-Hadiah Promosi, Pemilihan Pemenang dan Pengumuman Pemenang

13. Jadual hadiah-hadiah keseluruhan tempoh promosi seperti berikut dan pemenang hadiah promosi akan ditentukan seperti berikut:

 

hadiah-kopiko.jpg

14. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah 51,560 (Lima Puluh Satu Ribu Lima Ratus Enam Puluh sahaja). Hadiah-hadiah ini terhad kepada jumlah seperti yang dilampirkan di jadual ini. Hadiah-hadiah akan diberikan sehingga habis dituntut (di dalam tempoh promosi).

15. Peserta digalakkan untuk menghantar penyertaan mereka secepat mungkin kerana jumlah hadiah adalah terhad kepada siapa cepat, dia menang.
16. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki tetapi setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah wang tunai sahaja. Untuk hadiah LA White Kopi peserta layak memenangi lebih daripada satu hadiah di sepanjang tempoh promosi dilangsungkan.

17. Pemenang hadiah promosi akan ditentukan seperti berikut:

a. Peserta (jumlah pemenang terhad ke 51,560 hadiah sahaja) yang dapat mengumpulkan Kad Nombor mengikut turutan yang telah ditetapkan serta menjawab dengan betul dan berada di dalam lingkungan jumlah hadiah 51,560 akan diisytiharkan sebagai pemenang. Lebih cepat anda menyertai promosi ini, lebih cerah peluang anda untuk memenangi hadiah yang terhad ini.

b.Jika penyertaan melebihi kuota, penyertaan tersebut akan disenaraipendekkan untuk tuntutan hadiah wang tunai yang bernilai lebih rendah sebelumnya. Sebagai contoh: Jika hadiah peraduan wang tunai RM10,000 telah dituntut oleh 10 pemenang terawal, maka penyertaan yang ke-11 akan disenaraipendekkan untuk tuntutan hadiah wang tunai yang bernilai lebih rendah sebelumnya.

c. Pemenang hadiah dikehendaki mengemukakan bukti pembelian dalam tempoh TUJUH (7) hari selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan peserta tersebut.

d. Para pemenang hadiah wang tunai akan diumumkan pada laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com selepas tamat tempoh promosi pada tarikh 15 Februari 2016. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan teknikal pada hos laman web, atau mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna.

18. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah atas dasar “seperti adanya” dan pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi hadiah yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang promosi dan bahan-bahan cetakan yang lain.

19. Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
Kriteria Pengadilan

20. Keputusan pengadilan / pihak penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang

21. HANYA para pemenang sahaja yang akan dimaklumkan melalui cara notifikasi sepertimana di bawah:
a.. Untuk pemenang/tuntutan pek Kopiko LA White pemenang akan mendapat pengesahan melalui SMS.
Contoh SMS

  • (RM0.30) (exclu 6% GST) Tahniah. Hntar salinan MyKad, pek promosi&kad no siri utk hdiah LA White ke PO Box 8866,Pejabat Pos Kelana Jaya,46799 PJ,Sgor dlm 7 hri.

b. Untuk pemenang / tuntutan Hadiah Wang Tunai, pemenang akan mendapat pengesahan melalui SMS dan panggilan telefon.
Contoh SMS

  • (RM0.30) (exclu 6% GST) Penyertaan diterima. Kami akn telefon anda dlm masa 48 jam bekerja. Simpan pek promosi & kad no dgn no siri sbg bukti pembelian.

Panggilan Telefon
c. Pengesahan pemenang Nama dan My Kad
d. Meminta pemenang kurier atau hadir ke pejabat penganjur di D109, Block D, Kelana Square, Jalan SS7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor dengan membawa pek promosi berpelekat DAN kad nombor dengan nombor siri sebagai bukti pembelian dalam tempoh TUJUH hari (7 hari) selepas dihubungi.
e. Selepas bukti pembelian diterima, hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang melalui cek bersama-sama dengan surat tahniah.
22. Pengumuman Pemenang Hadiah Wang Tunai hanya akan diumumkan pada 15 Februari 2016 di laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com.
23. Penganjur akan menunaikan kesemua hadiah sebelum 31 Mac 2016.

24. Laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com akan dipadamkan pada 31 Mac 2016.

25. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal mengikut prosedur penebusan hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan pihak Penganjur.

26. Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.

27. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Promosi serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.

Hak Pihak Penganjur

28. Pihak Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap:

a. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam makluman para pemenang promosi), perkara yang tidak dimasukkan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, pindaan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau tertunda, sama ada timbul semasa operasi atau transmisi atau sebaliknya disebabkan oleh fungsi server, virus, pepijat atau sebab-sebab lain yang di luar kawalannya.

b. Promosi ini disediakan mengikut keadaan “sedia ada”. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat mana-mana penyertaan yang hilang, lewat atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab sekalipun selain daripada kecuaian tunggal di Pihak Penganjur. Bukti penghantaran penyertaan tidak dianggap sebagai bukti penyertaan tersebut telah diterima.

c. Sebarang pertikaian yang berpunca atau berkaitan dengan terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada budi bicaradan keputusan muktamad pihak penganjur.

d. Pihak Penganjur dan penaja-penajanya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat penyertaan yang tidak betul atau tidak tepat, samada berpunca daripada para pelanggannya atau oleh mana-mana peralatan atau pengaturcaraan yang berkaitan dengan atau digunakan dalam promosi ini atau disebabkan sebarang kesilapan teknikal atau manusia yang mungkin berlaku sewaktu pemprosesan penyertaan dalam Promosi ini.

29. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian sah.

30. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah promosi dengan hadiah yang lain tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.

31. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam promosi ini. Peserta dan pemenang bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.

Publisiti

32. Penyertaan dan penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Promosi

33. Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Promosi ini seperti yang dinyatakan pada laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com atau sebaliknya adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Promosi ini.

34. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Promosi ini, terma yang terkandung di laman sesawang www.SiapaCepatDiaMenang.com akan digunapakai.

35. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini serta akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
Perubahan kepada Terma & Syarat

36. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Promosi ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.

Penggantungan

37. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Promosi ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Perlindungan Data

38. Dengan mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan/atau membekalkan data peribadi anda kepada Pihak Penganjur, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi yang dilampirkan pada Terma dan Syarat ini dan anda telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur menurut Polisi Privasi tersebut. Anda bersetuju untuk ganti rugi, membela dan mempertahankan Pihak Penganjur terhadap sebarang kerugian, ganti rugi, kos, tuntutan, tindakan, atau liabiliti yang berlaku disebabkan oleh perlanggaran jaminan yang dinyatakan di atas.
39. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

Untuk hantar secara online sila ke www.SiapaCepatDiaMenang.com


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?