Peraduan Sempurnakan Detik Hidupmu Bersama Indocafe


Berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai Peraduan Sempurnakan Detik Hidupmu Bersama Indocafe.

Dengan setiap pembelian mana-mana produk Indocafe dalam tempoh peraduan (17 Ogos 2015 hingga 31 Oktober 2015) anda layak untuk menyertai peraduan ini.

Dalam peraduan ini, penyertaan boleh dihantar secara Online atau melalui POS.Hadiah pula, terbahagi dua kategori  iaitu hadiah mingguan dan hadiah bulanan.

eMenang tak pasti macam mana pemenang dipilih dalam peraduan ini, sebab tidak dinyatakan. (untuk pertanyaa sila call ditalian 03-7781 9976).

Jika anda ada beli barulah hantar penyertaan, kut-kut termenang hadiah nantikan mana tahu. Pengemar minuman produk Indocafe sesuailah sertai peraduan ni.

eMenang ingin menasihatkan jangan beli produk Indocafe semata-mata untuk menyertai peraduan ini, nanti kalau tak menang hadiah  frust pulak selain membazir duit.

Untuk melihat cara-cara penyertaannya sila lihat seperti dibawah.

Cara Penyertaan

cara-penyertaan-indo-cafe-1.jpg

Klik pada gambar untuk besarkan

cara-penyertaan-indo-cafe-2.jpg

detail form indo cafe

Hantarkan penyertaan melalui secara Online DISINI Untuk penyertaan secara POS, boleh isikan borang peraduan dan kepilkan sekali rsit pembelian.

INGAT, jangan beli semata-mata untuk sertai peraduan ini.

Hadiah

hadiah-indo-cafe.jpg

Terma & Syarat

1. Peraduan “Sempurnakan Detik Hidupmu Bersama Indocafe” bermula pada 17 Ogos 2015 dan berakhir pada 31 Oktober 2015.

2. Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia kecuali kakitangan Regal Marketing & Trading Sdn Bhd (“Penganjur”) dan DKSH Malaysia Sdn Bhd, agensi pengiklanan mereka dan keluarga terdekat mereka.

3. Penggunaan salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti pembelian seperti yang dikehendaki.

4. Peraduan ini berakhir pada 31 Oktober 2015. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur sebelum 11:59 malam pada 1 November 2015 untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Utama.

Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayani. Untuk melayakkan peserta memenangi Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan, penyertaan mesti diterima sebelum 11:59 malam pada hari akhir tempoh peraduan. Penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam akan dirangkumkan dalam peraduan Bulanan dan Mingguan seterusnya.

i) Hadiah Mingguan
Minggu 1 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 23 Ogos 2015
Minggu 2 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 6 September 2015
Minggu 3 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 13 September 2015
Minggu 4 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 20 September 2015
Minggu 5 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 27 September 2015
Minggu 6 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 4 Oktober 2015
Minggu 7 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 11 Oktober 2015
Minggu 8 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 18 Oktober 2015
Minggu 9 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 25 Oktober 2015
Minggu 10 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 1 November 2015

ii) Hadiah Bulanan
Bulan 1 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 27 September 2015
Bulan 2 : Semua penyertaan mesti diterima sebelum 11:59mlm pada 1 November 2015

5. Selain Hadiah Utama, setiap peserta layak untuk memenangi hanya SATU (1) Hadiah Bulanan dan/atau SATU (1) Hadiah Mingguan.

6. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya. Semua hadiah yang diberikan tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai.

7. Baucar penginapan hanya boleh ditebus di agensi pelancongan yang dilantik oleh Penganjur.

8. Penyertaan yang tidak betul, tidak lengkap, tidak jelas atau tidak disertakan dengan bukti pembelian akan dibatalkan dengan serta-merta.

9. SATU (1) resit adalah untuk SATU (1) penyertaan sahaja.

10. Semua keputusan Penganjur adalah muktamad. Penganjur tidak akan melayani sebarang permintaan untuk merayu atau mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat oleh Penganjur. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya membatalkan sebarang penyertaan yang tidak sah.

i) Penganjur berhak membatal, menamat, mengubah suai dan menggantung peraduan atau menukar peraduan ini dan hadiah-hadiahnya.

ii) Penganjur juga berhak mengubah, meminda, menggugurkan atau menambah Syarat dan Peraturan tanpa notis terdahulu.

11. Bukti kiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Penganjur.

12. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan pos.

13. Semua hadiah mesti dituntut atas kos tanggungan sendiri dalam tempoh 30 hari mulai tarikh penerimaan surat pemberitahuan. Tiada tuntutan akan dilayani selepas tarikh tersebut.

14. Untuk penyertaan online, sila simpan resit asal untuk tujuan pengesahan semasa hadiah penuntutan.

15. Semua penyertaan akan menjadi hak milik Regal Marketing & Trading Sdn Bhd.

16. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menyiarkan dan/atau memaparkan butiran dan/atau gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, serta untuk tujuan pengumuman pemenang sama ada dalam media percetakan atau elektronik.

17. Dengan menyertai peraduan ini, peserta-peserta adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Syarat dan Peraturan peraduan.

*Syarat dan Peraturan peraduan boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat sebarang percanggahan antara keduanya, maka versi Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan utama.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?