Peraduan Nestlė Feel Great Challenge


Selepas baca terma & syarat serta cara pemenang dipilih, eMenang berpendapat peraduan ini hanya sesuai disertai oleh mereka yang tinggal di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya kerana calon pemenang yang dipilih ketika proses pemilihan pemenang perlu menyertai satu acara “NESTLÉ Supermarket Sweep” . Acara ini akan diadakan di tempat yang ditentukan oleh Penganjur.

eMenang tak pasti dekat mana acara itu akan diadakan, tapi kebiasaannya akan diadakan disekitar KL atau  Selangor. Atau pun acara akan diadakan mengikut dimana tempat pemenang tu tinggal. Untuk lebih kepastian boleh call talian ni 1 800-88-3433 supaya tidak timbul masalah dikemudian hari.

Jika ada Pemenang terpilih kemudian dia tidak dapat hadir pada hari acara tersebut, hadiahnya akan ditarik balik secara automatik.

Jadi sebelum anda bercadang hendak sertai peraduan ini, anda perlulah bersedia jika terpilih untuk ke acara ini. Tidak boleh ada wakil, kena sertai sendiri.

Untuk menyertai Peraduan Nestlė Feel Great Challenge ini,  dengan pembelian minimum RM5.00 bagi mana-mana produk tenusu sejuk NESTLĖ yang terlibat, anda layak untuk hantar penyertaan peraduan.

Dalam peraduan ini, ada 2 kaedah untuk penghantaran penyertaan, iaitu secara online  dan offline (secara pos). 3 pemenang setiap minggu akan dipilih dari penyertaan secara online dan 3 pemenang lagi dari penyertaan secara POS. Kiranya hadiah mingguan ada 6 pemenanglah. (8 minggu).

Untuk hadiah UTAMA, seorang pemenang akan dipilih dari penyertaan secara online dan seorang pemenang lagi dari penyertaan secara POS. Jadi nanti akan ada 2 orang pemenang.

Peringkat 1 – Hadiah Mingguan:
Tiga [3] Hadiah Mingguan disediakan selama lapan [8] minggu berturut-turut untuk setiap Pos dan Digital. Sejumlah dua puluh empat [24] Hadiah Mingguan boleh dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Tempoh mingguan bagi Pos dan juga Digital adalah seperti di bawah:

Minggu 1: 01/05 – 07/05/2015 Minggu 2: 08/05 – 14/05/2015
Minggu 3: 15/05 – 21/05/2015 Minggu 4: 22/05 – 28/05/2015
Minggu 5: 29/05 – 04/06/2015 Minggu 6: 05/06 – 11/06/2015
Minggu 7: 12/06 – 18/06/2015 Minggu 8: 19/06 – 30/06/2015

Kaedah Pemilihan: Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak Pos dan Digital setiap minggu akan dikira secara berasingan untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan tiga [3] untuk mendapatkan tiga [3] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh
Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak Pos Minggu 1 ialah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 296.3, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 296. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 296. Seramai tiga [3] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri dengan gandaan 296 iaitu 296, 592, 888 akan menjadi Pemenang Hadiah Mingguan Pos Minggu 1. – Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak Digital Minggu 1 ialah 553, maka 553 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 184.3, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 184. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 184. Seramai tiga [3] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri dengan gandaan 184 iaitu 184, 368, 552 akan menjadi Pemenang Hadiah Mingguan Digital Minggu 1.

Pemenang Pos dan Digital mingguan masing-masing akan memenangi Hadiah Mingguan berupa peluang menyertai “NESTLÉ Supermarket Sweep” selama 5 minit dengan nilai pembelian maksimum Ringgit Malaysia tiga ribu [RM3,000].

Peringkat 2 – Hadiah Utama:

Terdapat satu [1] Hadiah Utama untuk dimenangi untuk setiap Pos dan Digital sepanjang Tempoh Peraduan.

Kaedah Pemilihan
Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak Pos dan Digital sepanjang Tempoh Peraduan akan dikira secara berasingan untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk menentukan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
Jika jumlah keseluruhan nombor bersiri Penyertaan Layak Pos ialah 8899, maka 8899 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 4449.5, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 4449. Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri 4449 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama Pos. – Jika jumlah keseluruhan nombor bersiri Penyertaan Layak Digital ialah 5533, maka 5533 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 2766.5, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 2766. Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri 2766 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama Digital.

Pemenang Pos dan Digital masing-masing akan memenangi Hadiah Utama berupa wang tunai Ringgit Malaysia dua puluh lima ribu [RM25,000] dan peluang menyertai “NESTLÉ Supermarket Sweep” selama 5 minit dengan nilai pembelian maksimum Ringgit Malaysia tiga ribu [RM3,000].

Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Terdapat seramai dua [2] Pemenang Hadiah Utama unik dan empat puluh lapan [48] Pemenang Hadiah Mingguan unik sepanjang Tempoh Peraduan.

Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang gantian. Pemenang berulang akan secara automatik memenangi Hadiah bernilai lebih tinggi dan Hadiah bernilai lebih rendah akan dimenangi oleh Pemenang seterusnya.

NESTLÉ Supermarket Sweep
Semua Pemenang yang dipilih daripada kedua-dua penyertaan Pos dan Digital akan menyertai “NESTLÉ Supermarket Sweep” [“Acara”]. Acara ini akan diadakan di tempat yang ditentukan oleh Penganjur.

Tempoh Peraduan: 1 Mei 2015 – 30 Jun 2015

CARA PENYERTAAN

 1. Untuk setiap pembelian mana-mana produk tenusu sejuk NESTLĖ yang ditunjukkan dalam jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] pada borang permohonan dan halaman Facebook dalam Tempoh Peraduan, anda layak menyertai Peraduan.Bukti pembelian [“BP”] bagi setiap penyertaan Pos dan/atau Digital ialah satu [1] resit tunggal bercetak dengan pembelian minimum Ringgit Malaysia lima [RM5.00] bagi mana-mana produk tenusu sejuk NESTLĖ yang turut serta, dengan tarikh di dalam tempoh Peraduan.

 2. Jawap 3 Soalan dan isikan detail penyertaan anda.

Penyertaan secara Online boleh hantar di SINI

Untuk Penyertaan secara POS boleh Print Borang INI  (Nasihat eMenang: jangan beli semata-mata untuk join peraduan ini, kalau anda memang nak beli nak minum atau makan yougurt baru beli.. )

cara2

HADIAH

prizez.png

SYARAT & PERATURAN PERADUAN

Penganjur & Kelayakan

1.NESTLĖ FEEL GREAT CHALLENGE [“Peraduan] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang sah, yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 01/05/2015 [setiap seorang dan secara kolektif “Peserta”]. Bukti dokumen pengenalan mungkin diperlukan.

2.Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

  • [a] Kakitangan Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)]; dan/atau
  • [b] Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan masing-masing] dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)].

3.Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan Peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
1.Peraduan akan diadakan dari 01/05/2015 hingga 30/06/2015 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula dan/atau melanjutkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan
1.Terdapat dua [2] kaedah menyertai Peraduan iaitu dengan menghantar borang penyertaan melalui pos [“Pos”] dan/atau menghantar secara digital menerusi Facebook di fb.com/Nestle [“Digital”].

2.Untuk setiap pembelian mana-mana produk tenusu sejuk NESTLĖ yang ditunjukkan dalam jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] pada borang permohonan dan halaman Facebook dalam Tempoh Peraduan, anda layak menyertai Peraduan. Bukti pembelian [“BP”] bagi setiap penyertaan Pos dan/atau Digital ialah satu [1] resit tunggal bercetak dengan pembelian minimum Ringgit Malaysia lima [RM5.00] bagi mana-mana produk tenusu sejuk NESTLĖ yang turut serta, dengan tarikh di dalam tempoh Peraduan.

3. Setiap Peserta berhak/layak untuk menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan menerusi Pos dan/atau Digital tetapi setiap penyertaan Pos dan/atau Digital mesti disertakan dengan satu [1] BP unik.

Penghantaran Penyertaan Melalui Pos

1.Peserta dikehendaki melengkapkan borang penyertaan dengan butir-butir yang dikehendaki dan menjawab tiga [3] kenyataan seperti yang ditunjukkan dalam borang penyertaan. Borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dengan BP mesti dimasukkan dalam satu sampul surat dan dikirimkan melalui pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan tidak cukup setem pos atau alamat salah. Penyertaan yang diterima melalui khidmat penghantar surat, perkhidmatan kurier, Pos Laju dan/atau apa jua cara lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan oleh Penganjur.

2.Semua borang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca dan/atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau cacat akan dibatalkan. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima.Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan dan/atau BP akan dibatalkan. Salinan foto borang penyertaan diterima.
3.Semua borang penyertaan yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Layak Pos”].

Penghantaran Penyertaan Secara Digital
1.Setiap penyertaan Digital yang dikemukakan mesti dilengkapi dengan butir-butir yang dikehendaki, jawapan betul kepada tiga [3] kenyataan yang ditunjukkan dalam halaman Facebook dan mesti diisi dengan butir-butir dan gambar satu [1] BP. Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak tepat, penyertaan dengan jawapan salah, penyertaan dengan butir-butir BP dan gambar yang tidak betul, tidak lengkap dan/atau rosak dan berbilang penyertaan dengan lebih daripada satu [1] atau butir-butir BP dan gambar yang sama akan dibatalkan.

2.Semua penyertaan Digital yang diterima oleh Penganjur sepanjang Tempoh Peraduan yang lengkap dengan butir-butir dikehendaki, BP dan jawapan betul, jika diluluskan oleh Penganjur, akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berdasarkan BP yang dikemukakan [setiap satu dan secara kolektif “Penyertaan Digital Layak”].

3.Penganjur berhak untuk meminta bukti BP untuk pengesahan. Peserta MESTI menyimpan BP asal yang dikemukakan dalam penyertaan Digital untuk pengesahan Pemenang dan tuntutan Hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan BP apabila diminta akan menyebabkan pembatalan penyertaan dan penarikan balik Hadiah.

4.Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet atau perkhidmatan telekomunikasi.

Hadiah
1.Hadiah Peraduan bagi Pos dan Digital dibahagikan kepada dua [2] peringkat.

2.Peringkat 1 – Hadiah Mingguan:
Tiga [3] Hadiah Mingguan disediakan selama lapan [8] minggu berturut-turut untuk setiap Pos dan Digital. Sejumlah dua puluh empat [24] Hadiah Mingguan boleh dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. Tempoh mingguan bagi Pos dan juga Digital adalah seperti di bawah:
Minggu 1: 01/05 – 07/05/2015 Minggu 2: 08/05 – 14/05/2015
Minggu 3: 15/05 – 21/05/2015 Minggu 4: 22/05 – 28/05/2015
Minggu 5: 29/05 – 04/06/2015 Minggu 6: 05/06 – 11/06/2015
Minggu 7: 12/06 – 18/06/2015 Minggu 8: 19/06 – 30/06/2015

3.Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi Penyertaan Layak Pos dan Digital setiap minggu akan dikira secara berasingan untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan tiga [3] untuk mendapatkan tiga [3] nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan setiap minggu. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh
– Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak Pos Minggu 1 ialah 889, maka 889 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 296.3, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 296. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 296. Seramai tiga [3] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri dengan gandaan 296 iaitu 296, 592, 888 akan menjadi Pemenang Hadiah Mingguan Pos Minggu 1. – Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak Digital Minggu 1 ialah 553, maka 553 akan dibahagikan dengan 3, yang bersamaan dengan 184.3, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 184. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 184. Seramai tiga [3] Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri dengan gandaan 184 iaitu 184, 368, 552 akan menjadi Pemenang Hadiah Mingguan Digital Minggu 1.

4.Pemenang Pos dan Digital mingguan masing-masing akan memenangi Hadiah Mingguan berupa peluang menyertai “NESTLÉ Supermarket Sweep” selama 5 minit dengan nilai pembelian maksimum Ringgit Malaysia tiga ribu [RM3,000].

5.Peringkat 2 – Hadiah Utama: Terdapat satu [1] Hadiah Utama untuk dimenangi untuk setiap Pos dan Digital sepanjang Tempoh Peraduan.

6.Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak Pos dan Digital sepanjang Tempoh Peraduan akan dikira secara berasingan untuk memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan dua [2] untuk menentukan nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan daripada pembahagian tersebut.

Sebagai contoh:
– Jika jumlah keseluruhan nombor bersiri Penyertaan Layak Pos ialah 8899, maka 8899 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 4449.5, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 4449. Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri 4449 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama Pos. – Jika jumlah keseluruhan nombor bersiri Penyertaan Layak Digital ialah 5533, maka 5533 akan dibahagikan dengan 2, yang bersamaan dengan 2766.5, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada 2766. Peserta yang diperuntukkan nombor bersiri 2766 akan menjadi Pemenang Hadiah Utama Digital.

7.Pemenang Pos dan Digital masing-masing akan memenangi Hadiah Utama berupa wang tunai Ringgit Malaysia dua puluh lima ribu [RM25,000] dan peluang menyertai “NESTLÉ Supermarket Sweep” selama 5 minit dengan nilai pembelian maksimum Ringgit Malaysia tiga ribu [RM3,000].

8.Peserta hanya boleh memenangi satu [1] Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Terdapat seramai dua [2] Pemenang Hadiah Utama unik dan empat puluh lapan [48] Pemenang Hadiah Mingguan unik sepanjang Tempoh Peraduan.

9.Sekiranya terdapat Pemenang berulang, nombor bersiri selepas nombor bersiri Pemenang berulang akan diisytiharkan sebagai Pemenang gantian. Pemenang berulang akan secara automatik memenangi Hadiah bernilai lebih tinggi dan Hadiah bernilai lebih rendah akan dimenangi oleh Pemenang seterusnya.

NESTLÉ Supermarket Sweep
1.Semua Pemenang yang dipilih daripada kedua-dua penyertaan Pos dan Digital akan menyertai “NESTLÉ Supermarket Sweep” [“Acara”]. Acara ini akan diadakan di tempat yang ditentukan oleh Penganjur.

2.Hanya Pemenang terpilih dengan nama dan butir-butir yang dikemukakan dalam penyertaan secara digital dan melalui pos boleh menyertai Acara. Kelayakan penyertaan sama sekali tidak boleh dipindahkan. Pemenang akan dihubungi menerusi telefon bimbit, berdasarkan nombor yang diberikan dan akan dimaklumkan tentang butir-butir penyertaan Acara. Sekiranya mana-mana Pemenang tidak dapat dihubungi selepas 3 [tiga] percubaan, atau enggan menyertai Acara, maka penyertaan beliau akan dibatalkan dan nombor bersiri berikutnya yang lebih tinggi daripada nombor bersiri terpilih akan ditetapkan sebagai Pemenang gantian. Dalam apa jua keadaan, selepas pengesahan penyertaan dan Pemenang gagal mengambil bahagian pada hari Acara, Hadiah Pemenang akan ditarik balik secara automatik.

3.Kaedah membeli-belah hanya akan didedahkan kepada Pemenang pada hari Acara. Pada akhir Acara, setiap Pemenang akan memenangi Hadiah yang diperolehi semasa Acara. Semua Hadiah mesti dituntut daripada Penganjur pada hari Acara. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

Liabiliti & Tanggungjawab
1.Pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur Acara dan/atau menyediakan semua Hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua Hadiah berkenaan, jika ada. Senarai Pemenang akan diumumkan di laman web Penganjur [www.nestle.com.my].

2.Pemenang dan warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan dan Acara, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.

3.Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya.

Hak Penganjur
1.Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2.Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana Hadiah dengan Hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua Hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.

3.Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, mengguna, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data

1.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web.

2.Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butiran peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

3.Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

  • [a] hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my dan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta supaya Penganjur boleh mengeluarkan butiran berkenaan.
  • [b] hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai Peserta yang dipegang oleh Penganjur [pihak Penganjur berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].
  • [c] hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh Penganjur.

4.Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di pdpa@omniteam.com.my

5.Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

6.Untuk meneliti sepenuhnya Notis Privasi, anda boleh ke laman http://nestle.com.my…licy/privacy_bm (untuk versi Bahasa Malaysia) dan http://nestle.com.my…/privacy_policy(untuk versi Bahasa Inggeris).

Terma & Syarat
1.Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam borang Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar.

2.Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara mana-mana versi Syarat dan Peraturan Peraduan, versi Bahasa Inggeris yang dipaparkan di laman web Penganjur hendaklah diguna pakai.

3.Syarat dan Peraturan Peraduan dan kaedah penyertaan Peraduan boleh dipinda dari masa ke masa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi Peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web Penganjur dari masa ke masa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

4.Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan, serta keputusan Penganjur.

sumber


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2019 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?