Peraduan Tesco Ong Mali


Peraduan Tesco Ong Mali di adakan di seluruh 52 Store Tesco seluruh negara. Pengguna Tesco dengan resit pembelian RM88 dan ke atas dalam SATU resit  semasa “Ong Mali Hour” berlangsung (6 petang – 7 petang, Jumaat – Ahad ) layak utuk menyertai peraduan ini.

Bagi mereka yang berminat, pendafataran penyertaan juga perlu dilakukan dalam tempoh “Ong Mali Hour” iaitu pada pukul 6 petang  hingaa 7 petang (Jumaat – Ahad) dan pendaftaran hanya terhad kepada 100 penyertaan terawal.

Pemenang juga akan dimaklumkan serta-merta selepas Peraduan berakhir dan mereka perlu mengambil Hadiah di kaunter Peraduan sebelum ia ditutup.

Peraduan ini  berlangsung dari 30 Jan 2015 sehingga 15 Feb 2015 di semua store Tesco.

Cara untuk menyertai

  • Untuk melayakkan penyertaan, Peserta dengan resit pembelajaan sekurang-kurangnya RM88.00 dalam SATU (1) resit untuk layak menyertai. Tambah nilai Touch ‘n Go dan tambah nilai lain yang dilakukan di Tesco tidak layak untuk menyertai Peraduan.
  • Peraduan ini hanya sah semasa “Ong Mali Hour” berlangsung (6 petang – 7 petang, Jumaat – Ahad semasa tempoh Peraduan).
  • Peserta perlu mengemukakan resit asal di kaunter Peraduan untuk pendaftaran dan menjawab soalan dengan tepat sewaktu “Ong Mali Hour” yang ditetapkan.
  • Selepas pendaftaran, peserta akan diberikan sekeping kad Peraduan yang mempunyai cetakan nombor. Peserta hanya layak untuk SATU (1) pendaftaran bagi setiap stor/lokasi dan hanya akan diberikan SATU (1) nombor tanpa mengira seberapa banyak resit berjumlah RM88.00 dan ke atas yang dikemukakan.
  • Peraduan terhad kepada 100 peserta terawal bagi setiap stor sehari. Pendaftaran akan ditutup pada jam 7 malam atau apabila pendaftaran telah mencapai 100 peserta, mengikut yang mana terdahulu.
  • Setiap peserta hanya layak untuk SATU (1) penyertaan sehari di setiap store.

Pemilihan Pemenang & Hadiah

  • Setelah “Ong Mali Hour” berakhir, nombor-nombor yang menang akan diumumkan menerusi siaran radio (MY FM dan Melody FM). Pengumuman juga akan disiarkan dan dipamerkan di kaunter Peraduan Ong Mali di setiap stor masing-masing, dan diumumkan di Facebook Tesco Malaysia (www.facebook.com/TescoMY).
  • Sehingga 8 pemenang untuk setiap store sehari. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang tindak-balas tidak akan dilayan.
  • Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama atau lebih nilai atas apa jua alasan.
  • Pemenang akan dimaklumkan serta-merta selepas Peraduan berakhir dan mereka perlu mengambil Hadiah di kaunter Peraduan sebelum ia ditutup.

HADIAH

1888881_812157238822185_3207292135945217

 Baucer TESCO RM 500,000 (Baucer Tesco dari 30 Jan 2015 sehingga 15 Feb 2015) –  8x orang setiap store. (52 store)

Terma & Syarat

Kelayakan

  • Peraduan Tesco ‘Ong Mali 2015’ (“Peraduan”) ini terbuka kepada semua pelanggan Tesco Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 29 Jan 2015, kecuali kakitangan (termasuk ahli keluarga terdekat mereka) Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan divisyen masing-masing, syarikat-syarikat gabungan, pengedar-pengedar/wakil-wakil jualan yang sah, ejen-ejen; pembekal-pembekal Hadiah-hadiah; dan mana-mana syarikat profesional lain yang berkaitan dengan Peraduan ini.
     
  • Peraduan akan berlangsung dari 30 Jan 2015 sehingga 15 Feb 2015 di semua stor Tesco dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Peserta perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM88.00 dalam SATU (1) resit untuk layak menyertai. Tambah nilai Touch ‘n Go dan tambah nilai lain yang dilakukan di Tesco tidak layak untuk menyertai Peraduan.
  • Pembelian dan pendaftaran Peraduan mesti dilakukan pada hari dan di stor yang sama. Gabungan resit yang berasingan adalah tidak dibenarkan.
  • Peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini lebih daripada sekali, dengan syarat penyertaan adalah pada hari
  • Peraduan yang berbeza dan tertakluk pada perbelanjaan minimum dan resit untuk pendaftaran. Peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian lebih daripada SATU (1) penyertaan pada hari yang sama.

Bagaimana untuk menyertai

  • Peraduan ini hanya sah semasa “Ong Mali Hour” berlangsung (6 petang – 7 petang, Jumaat – Ahad semasa tempoh Peraduan).
  • Peserta perlu mengemukakan resit asal di kaunter Peraduan untuk pendaftaran dan menjawab soalan dengan tepat sewaktu “Ong Mali Hour” yang ditetapkan.
  • Selepas pendaftaran, peserta akan diberikan sekeping kad Peraduan yang mempunyai cetakan nombor. Peserta hanya layak untuk SATU (1) pendaftaran bagi setiap stor/lokasi dan hanya akan diberikan SATU (1) nombor tanpa mengira seberapa banyak resit berjumlah RM88.00 dan ke atas yang dikemukakan.
  • Peraduan terhad kepada 100 peserta terawal bagi setiap stor sehari. Pendaftaran akan ditutup pada jam 7 malam atau apabila pendaftaran telah mencapai 100 peserta, mengikut yang mana terdahulu.
  • Setiap peserta hanya layak untuk SATU (1) penyertaan sehari di setiap stor.

Pemilihan Pemenang & Hadiah

  • Setelah “Ong Mali Hour” berakhir, nombor-nombor yang menang akan diumumkan menerusi siaran radio (MY FM dan Melody FM). Pengumuman juga akan disiarkan dan dipamerkan di kaunter Peraduan Ong Mali di setiap stor masing-masing, dan diumumkan di Facebook Tesco Malaysia (www.facebook.com/TescoMY).
  • Sehingga 8 pemenang untuk setiap stor sehari. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang tindak-balas tidak akan dilayan.
  • Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama atau lebih nilai atas apa jua alasan.
  • Pemenang akan dimaklumkan serta-merta selepas Peraduan berakhir dan mereka perlu mengambil Hadiah di kaunter Peraduan sebelum ia ditutup.

Umum

  • Pihak Penganjur berhak untuk meminda, memadam dan/atau menambah terma dan syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan boleh menggantung atau menamatkan Peraduan pada bila-bila masa jika ia mempunyai alasan yang munasabah untuk berbuat demikian.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap bersetuju dan menerima terma dan syarat yang terkandung, dan polisi privasi Tesco yang boleh dirujuk pada laman web www.tesco.com.my
  • Dengan menerima hadiah-hadiah, pemenang-pemenang dianggap memberi kebenaran kepada Tesco untuk menggunakan data peribadi mereka bagi tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau promosi tanpa perlu memberikan pampasan, makluman, memohon kebenaran kepada/daripada pemenang.
  • Tesco, kakitangannya, promoter dan penganjur program tidak bertanggungjawab terhadap apa jua kematian, kerugian, kerosakan, atau apa-apa kecederaan yang mungkin dialami oleh pemenang atau oleh mana-mana individu akibat kaitan dengan Peraduan. Pemenang dianggap menanggung kesemua risiko dan liabiliti untuk kematian, kehilangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang mungkin timbul akibat menyertai Peraduan ini atau menggunakan atau penebusan hadiah.
  • Pihak penganjur dan penaja Peraduan adalah Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang beralamat di Head Office, Tingkat 3A, No. 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara 52200 Kuala Lumpur. Jika anda perlu menghubungi kami mengenai Peraduan ini, sila berbuat demikian di talian 603-6287 5218 atau lisa.seow@my.tesco.com
  • Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dan/atau kelainan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina di dalam terma dan syarat peraduan ini, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?