Peraduan Revive Padan Dan Menang Eksklusif Di Petronas Mesra


Sorry ye, lambat sikit update hari ni, ada hal outstation tadi. He He… Malam ni nak share satu peraduan ni, nampak macam best sebab hadiah dia menarik dan banyak pulak tu. Tapi yang peliknya peraduan ni, Dekat depan borang peraduan tulis macam ni : Pemenang -pemenang akan dipilih berdasrkan jawapan dan bukti pembelian yang tepat dan terbanyak daripada mana-mana kedai” PETRONAS”.

Dekat syarat-syarat (belakang borang peraduan), tulis macam ni: Pemenang-pemenang akan dipilih secara rawak dan berdasarkan semua soalan yang dapat dijawab dengan tepat.

Anda boleh join peraduan jika ada membeli mana-mana minuman keluaran/edaran PERMANIS di Petronas Mesra. Boleh lihat gambar rajah dibawah untuk melihat minuman yang terlibat dalam peraduan ni.

Sebelum join dan untuk kepastian anda tanyalah dulu pihak PETRONAS masa pergi sana atau telefon talian khitmat pelanggan: 1300 30 1300. (9 pagi- 6 ptg) . Kalau dia kata pemenang ditentukan berdasarkan pembelian yang tepat dan terbanyak, jangan joinlah kalau memang tak minum air tu.

Tapi kalau anda memang ada keperluan nak beli banyak-banyak air Isotonik sekarang ni, contohnya macam bulan ni ada kejohanan sukan ditempat anda, macam futsal ,badminton , merentas desa atau lain-lain lagi, bolehlah beli air isotonik REvive tu banyak-banyak untuk dibagi dekat peserta kejohanan sukan tu. Masa nak beli tu pulak, beli 2 botol dalam 1 resit. Lepas tu resit bolehlah guna untuk join peraduan ni. Dan jangan lupa pergi kutip label botol yang anda bagi dekat peserta kejohanan ditempat anda tu. Sebab kena hantar resit dan 2 label sekali.

Update info dari Customer service 1300 30 1300– Pemenang Hadiah Utama dan Pertama ditentukan  berdasarkan jawapan yang tepat dan penyertaan terbanyak. Pemenang Hadiah Kedua hingga saguhati ditentukan ditentukan  berdasarkan jawapan yang tepat dan secara rawak

isorevive

HADIAH-HADIAH

sliderevive


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?