Peraduan Nescafé Rezeki Tahun Baru


Sertai Peraduan Nescafé Rezeki Tahun Baru untuk berpeluang memenangi hadiah mingguan iaitu wang tunai RM36,000 (2 pemenang setiap minggu) atau hadiah harian RM300 (10 pemenang setiap hari).

Setiap pembelian mana-mana produk NESCAFÉ yang turut serta yang tertera di Jadual Bukti Pembelian [lihat dibawah] di borang penyertaan Peraduan, peserta layak untuk menyertai Peraduan ini.

Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan original, dan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki (1 bukti pembelian, 1 sampul, 1 borang. Jangan masukkan lebih dari 1 bukti pembelian untuk satu sampul dan borang).

Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada 1 [satu] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan 1 [satu] BP dalam 1 [satu] sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau BP akan dibatalkan. Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap satu mesti diisi secara individu dan original.

Peraduan ini akan tamat lebih kurang dalam 2 minggu lagi. Jika anda ada atau akan membeli produk Nescafe seperti yang tertera cepat-cepat hantar sekarang.

  • Minggu 1: 01/01 – 07/01/2014
  • Minggu 3: 15/01 – 21/01/2014
  • Minggu 5: 29/01 – 04/02/2014
  • Minggu 7: 12/02 – 18/02/2014
  • Minggu 2: 08/01 – 14/01/2014
  • Minggu 4: 22/01 – 28/01/2014
  • Minggu 6: 05/02 – 11/02/2014
  • Minggu 8: 19/02 – 28/02/2014

Lihat detail penyertaan seperti dibawah;

nescafe
Klik pada gambar untuk besarkan.

Hadiah-Hadiah

pa

 

Syarat dan Peraturan

Penganjur & Kelayakan Mengambil Bahagian

  1. PERADUAN NESCAFÉ REZEKI TAHUN BARU [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang telah berumur 18 tahun dan ke atas pada 01/01/2014.
  2. Golongan individu berikut tidak akan diambil kira sebagai layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
    2. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh

  1. Peraduan ini akan diadakan dari 01/01/2014 hingga 28/02/2014 [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan dan cara penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  1. Setiap pembelian mana-mana produk NESCAFÉ yang turut serta yang tertera di Jadual Bukti Pembelian [“Jadual BP”] di borang penyertaan Peraduan, peserta layak untuk menyertai Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat terkandung. Sila rujuk Jadual BP untuk mendapatkan senarai penuh produk yang turut serta dan bukti pembelian [“BP”] yang diperlukan untuk menyertai Peraduan ini. Hanya produk NESCAFÉ edaran pihak Penganjur sahaja layak diterima.
  2. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu dan original, lengkap dengan butir-butir yang dikehendaki, kiraan tepat jumlah RM yang tertera di ilustrasi yang ditunjukkan dalam borang penyertaan serta memberikan jawapan yang betul bagi 2 [dua] kenyataan betul atau salah dan mesti disertakan dengan BP yang dikehendaki. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca, memberikan jawapan yang salah atau borang penyertaan yang tidak tepat, atau penyertaan dengan BP tidak betul dan/atau rosak akan dibatalkan.
  3. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada 1 [satu] penyertaan tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan 1 [satu] BP dalam 1 [satu] sampul surat. Sampul surat yang mengandungi berbilang penyertaan atau BP akan dibatalkan. Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap satu mesti diisi secara individu dan original.
  4. Setiap penyertaan mesti dikirim melalui pos biasa ke alamat peti surat yang dinyatakan. Penyertaan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POS Laju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan dibatalkan secara automatik. Setiap sampul surat mestilah dilekatkan dengan kos setem yang mencukupi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang dikirim melalui pos yang tidak diterima kerana kekurangan bayaran pos atau alamat tidak tepat. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.
  5. Setiap borang penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diperuntukkan nombor bersiri seperti bilangan nombor-nombor bersiri yang dinyatakan dalam Jadual BP.

Hadiah-hadiah

  1. Hadiah-hadiah bagi Peraduan ini dibahagikan kepada 2 [dua] peringkat.
  2. Peringkat 1: Hadiah Harian:Terdapat sejumlah 10 [sepuluh] Hadiah Harian selama 59 [lima puluh sembilan] hari berturut-turut. Terdapat sejumlah 590 [lima ratus sembilan puluh] Hadiah Harian untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
  3. Jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan setiap hari akan dibahagikan dengan 10 [sepuluh] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Harian. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat lebih rendah yang diperolehi daripada pembahagian tersebut.Contoh:
    Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak untuk hari 1 adalah 888, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan. Pemenang Hadiah Harian untuk hari 1 adalah penyertaan dengan nombor bersiri 88 sebagai nombor bersiri kemenangan yang pertama, ke-176 sebagai nombor bersiri kemenangan yang kedua dan seterusnya.
  4. Nombor-nombor bersiri kemenangan akan memenangi Hadiah Harian berupa wang tunai berjumlah RM300 [Ringgit Malaysia: tiga ratus] setiap satu.
  5. Setiap peserta boleh memenangi hanya 1 [satu] Hadiah Harian setiap hari dan maksima 2 [dua] Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan sahaja. Sekiranya seseorang pemenang yang dipilih telah pun memenangi 2 [dua] Hadiah Harian, maka Hadiah Harian berikutnya akan dimenangi oleh penyertaan dengan nombor bersiri lebih tinggi seterusnya secara berturutan.
  6. Peringkat 2: Hadiah Mingguan:Terdapat sejumlah 2 [dua] Hadiah Mingguan selama 8 [lapan] minggu berturut-turut. Terdapat sejumlah 16 [enam belas] Hadiah Mingguan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
    • Minggu 1: 01/01 – 07/01/2014
    • Minggu 3: 15/01 – 21/01/2014
    • Minggu 5: 29/01 – 04/02/2014
    • Minggu 7: 12/02 – 18/02/2014
    • Minggu 2: 08/01 – 14/01/2014
    • Minggu 4: 22/01 – 28/01/2014
    • Minggu 6: 05/02 – 11/02/2014
    • Minggu 8: 19/02 – 28/02/2014
  7. Jumlah nombor bersiri penyertaan layak yang diperuntukkan setiap minggu akan dibahagikan dengan 2 [dua] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat lebih rendah yang diperolehi daripada pembahagian tersebut.Contoh:
    Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak untuk Minggu 1 adalah 8888, maka jumlah tersebut akan dibahagikan dengan 2 untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan. Pemenang Hadiah Mingguan minggu 1 adalah penyertaan dengan nombor bersiri ke-4444 sebagai nombor bersiri kemenangan yang pertama dan ke-8888 sebagai nombor bersiri kemenangan yang kedua.
  8. Nombor-nombor bersiri kemenangan akan memenangi Hadiah Mingguan berupa wang tunai berjumlah RM36,000 [Ringgit Malaysia: tiga puluh enam ribu] setiap satu.
  9. Setiap peserta boleh memenangi hanya 1 [satu] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan sahaja. Sekiranya seseorang pemenang yang dipilih telah pun memenangi 1 [satu] Hadiah Mingguan, maka Hadiah Mingguan berikutnya akan dimenangi oleh penyertaan dengan nombor bersiri lebih tinggi seterusnya secara berturutan.

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua hadiah-hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama semua hadiah-hadiah berkenaan, jika ada. Semua Hadiah mesti dituntut dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh Hadiah tersebut tersedia untuk diambil. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  2. Pemenang akan diberitahu melalui pos. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  3. Pemenang dan/atau warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah ini dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.

Hak Penganjur

  1. Pihak Penganjur atas budi bicara mutlaknya, berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan menerusi pos kepada pemenang tidak diterima atau lewat diterima. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman web Pihak Penganjur [www.rezekitahunbaru.com].
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelek padanya adalah hak milik pihak Penganjur. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan perdagangan dan/atau publisiti tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data

  1. Dengan menyertai Peraduan, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat gabungannya dan/atau syarikat berkaitannya untuk menggunakan nama, gambar dan imejnya untuk tujuan pengiklanan dan publisiti pada masa depan berhubung dengan Peraduan dalam mana-mana dan semua media tanpa sebarang pampasan tambahan, notis atau kebenaran.
  2. Dengan menyertai Peraduan, Penganjur bersetuju hanya untuk mengumpulkan dan menggunakan data pada Laman Peminat Penganjur dan Laman Web Penganjur dan melindunginya seperti yang ditetapkan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan dengan perlindungan data, dan memberitahu peserta cara untuk menghubungi Penganjur.
  3. Pada masa tertentu, Penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses butiran peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi Peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.
  4. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
    1. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan butiran peribadi anda dengan menghubungi kami di fulfilment@omniteam.com.my dan memberi kami nama dan alamat e-mel Peserta supaya kami boleh mengeluarkan butiran berkenaan.
    2. hak untuk mendapatkan salinan data peribadi mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami [kami berhak untuk mengenakan sedikit yuran untuk menunaikan hak ini].
    3. hak untuk membetulkan data peribadi tidak tepat mengenai anda yang dipegang oleh pihak kami.
  5. Jika Peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di fulfilment@omniteam.com.my.
  6. Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi Peserta terlindung, dan menetapkan syarat kepada pemproses data pihak ketiga untuk berbuat demikian. Perhatian bahawa Penganjur boleh memberikan data peribadi Peserta jika perlu berbuat demikian di bawah undang-undang, menerusi waran geledah, subpoena atau arahan mahkamah.

Terma & Syarat

  1. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  2. Syarat & Peraturan Peraduan ini disediakan dalam beberapa bahasa. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara semua versi tersebut, maka, Syarat & Peraturan Peraduan dalam Bahasa Inggeris yang tertera di laman web akan diguna pakai.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini, serta keputusan pihak Penganjur.

Untuk maklumat lanjut layari SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?