Peraduan ‘Chill-Lah Dengan Frozz’ 2013


Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori (Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan). Hadiah Utama iaitu tempoh dari 01 Disember 2013 – 28 Februari 2014 akan memenangi hadiah Wang Tunai RM5,000. Hanya seorang pemenang sahaja akan memenangi hadiah ini.

Hadiah Bulanan (tempoh untuk Bulan Pertama: 1 Disember 2013 – 20 Januari 2014 dan tempoh untuk Bulan Kedua: 21 Januari 2014 – 28 Februari 2014)

  • Hadiah PERTAMA – SAMSUNG Galaxy Note lll x 1 pemenang setiap bulan
  • Hadiah KEDUA – SAMSUNG Galaxy Note 8 (16GB) x 1 pemenang setiap bulan
  • Hadiah KETIGA – CASIO G-Shock x 6 pemenang setiap bulan.

Setiap penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan DUA kod bar produk FROZZ yang sah (pembelian sebarang DUA [2] produk FROZZ) akan diterima sebagai penyertaan yang layak.

  • SATU (1) Mata akan diberikan kepada jawapan yang betul (bersertaan dengan DUA kod bar produk FROZZ yang sah)
  • Sekiranya berlaku di mana markah di antara pemenang adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul) tertinggi; yang terawal (di dalam tempoh peraduan) akan diumumkan sebagai pemenang.

Nampak sukar untuk memenangi hadiah utama kerana peserta perlu mengumpul Mata terkumpul yang tinggi. Jadi tidak digalakkan bersungguh sangat untuk join peraduan ini. Sebagai cadangan, kalau anda ada beli produk FROZZ barulah join, kut-kut ada rezeki menang hadiah ketiga.

Cara-cara menyertai peraduan CHILL-LAH DENGAN FROZZ:

LANGKAH 1: Dapatkan borang penyertaan dari kedai-kedai yang mengambil bahagian atau muat turun dari laman Facebook Frozz (kemudian print).

LANGKAH 2: Isi borang penyertaan.

LANGKAH 3: Lampirkan 2 kod bar produk Frozz

LANGKAH 4: Jawab satu soalan mudah.

LANGKAH 5: Masukkan borang penyertaan anda ke dalam sampul surat.Alamat peraduan seperti berikut.

Peraduan “Chill-lah dengan FROZZ” 2013
Peti Surat 8866,
Pejabat Pos Kelana Jaya,
46799 Petaling Jaya, Selangor.

LANGKAH 6: Letak setem di sampul surat.

LANGKAH 7: Pos sampul surat.
froz1

Hadiah-Hadiah

hadiah

Terma & Syarat

Penganjur& Kelayakan

  • Peraduan ‘Chill-lah dengan FROZZ’ 2013 [“Peraduan”] ini dianjurkan oleh Delfi Marketing Sdn Bhd, Malaysia (15872-P) [“Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah pada 01 Disember 2013 [“Peserta”].
  • Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
    • Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
    • Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].

Tempoh

  • Peraduan ini akan berlangsung mulai 01 Disember 2013 hingga 28 Februari 2014 [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas 28 Februari 2014 akan dibatalkan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  • Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli produk FROZZ (sila lihat “Jadual Pembelian”) atau sila rujuk ke laman web www.Facebook.com/FrozzMalaysia untuk senarai produk-produk yang mengambil bahagian.
  • Jadual Pembelian
    • FROZZ Mint Regular – 15gm
    • FROZZ Mint Barley – 15gm
    • FROZZ Mint Blueberry – 15gm
    • FROZZ Mint Cherry – 15gm
    • FROZZ Mint Lime – 15gm
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mestilah disertakan dengan DUA (2) kod bar produk FROZZ (sila rujuk CONTOH KOD BAR dan SAIZ di borang peraduan) dari kedai-kedai yang mengambil bahagian:
    • DUA kod bar produk FROZZ yang sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
    • Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap mesti diisi secara individu.
  • Peserta boleh menyertai Peraduan ini seperti yang diterangkan di bawah:
    • Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan borang peraduan dengan lengkap dan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
    • Borang Peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke:Peraduan “Chill-lah dengan FROZZ” 2013
      Peti Surat 8866,
      Pejabat Pos Kelana Jaya,
      46799 Petaling Jaya,
      Selangor.
    • Penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.
    • Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
    • Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  • Setiap penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan DUA kod bar produk FROZZ yang sah (pembelian sebarang DUA [2] produk FROZZ) akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
    • SATU (1) Mata akan diberikan kepada jawapan yang betul (bersertaan dengan DUA kod bar produk FROZZ yang sah)
    • Sekiranya berlaku di mana markah di antara pemenang adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul) tertinggi; yang terawal (di dalam tempoh peraduan) akan diumumkan sebagai pemenang.
  • Peraduan dibahagikan kepada DUA (2) bulan iaitu:
    • Peraduan Hadiah Utama (tempoh dari 01 Disember 2013 – 28 Februari 2014), semua penyertaan yang layak, yang diterima di dalam tempoh peraduan adalah layak untuk diadili dan dipilih sebagai pemenang hadiah utama. Pemenang hadiah utama akan ditentukan oleh jumlah jawapan yang betul dengan jumlah markah yang diperolehi di sepanjang Tempoh Peraduan.
    • Peraduan Hadiah Bulanan (tempoh untuk Bulan Pertama: 1 Disember 2013 – 20 Januari 2014 dan tempoh untuk Bulan Kedua: 21 Januari 2014 – 28 Februari 2014). Semua penyertaan yang layak, yang diterima di dalam tempoh peraduan (bulanan) adalah layak untuk diadili dan dipilih sebagai pemenang bulanan. Pemenang hadiah bulanan akan ditentukan oleh jumlah jawapan yang betul dengan jumlah markah yang diperolehi disepanjang Tempoh Peraduan (Bulanan).
  • Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah Utama dan SATU (1) hadiah Bulanan di sepanjang Tempoh Peraduan.

Hadiah-Hadiah

  • Peraduan dibahagikan kepada dua kategori (Hadiah Utama dan Hadiah Bulanan) yang merupakan:
  • Hadiah Utama (tempoh dari 01 Disember 2013 – 28 Februari 2014)
    • Wang Tunai RM5,000 x 1 pemenang

    Hadiah Bulanan (tempoh untuk Bulan Pertama: 1 Disember 2013 – 20 Januari 2014 dan tempoh untuk Bulan Kedua: 21 Januari 2014 – 28 Februari 2014)

    • Hadiah PERTAMA – SAMSUNG Galaxy Note lll x 1 pemenang setiap bulan
    • Hadiah KEDUA – SAMSUNG Galaxy Note 8 (16GB) x 1 pemenang setiap bulan
    • Hadiah KETIGA – CASIO G-Shock x 6 pemenang setiap bulan
  • Hadiah-hadiah ini diberikan atas dasar “seperti adanya”. Pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan cetakan yang lain.
  • Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk hadiah-hadiah daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
  • Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang berusia 18 tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh ibu bapa / penjaga.

Kriteria Pengadilan

  • Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang

  • Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas dan/atau telefon. Semua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh DUA (2) bulan dari tempoh notis. Tuntutan hadiah tidak sah dan akan ditarik balik jika pemenang gagal menuntut hadiah di dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah.
  • Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang.
  • Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur pada tempoh 60 hari selepas tarikh peraduan. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
  • Pihak penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.

Hak Pihak Penganjur

  • Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
  • Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian dan bar kod yang sah.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.
  • Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanngungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau penggunaan hadiah/hadiah dan bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.

Publisiti

  • Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

  • Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Peraduan ini seperti yang dinyatakan pada www.Facebook.com/FrozzMalaysia atau sebaliknya adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini
  • Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung di www.Facebook.com/FrozzMalaysia akan diguna pakai.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.

Perubahan kepada Terma & Syarat

  • Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.

Penggantungan

  • Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Perlindungan Data

  • Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta yang selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

Untuk maklumat layari SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?