Peraduan Langgan & Menang Karangkraf


Dengan nilai langganan RM150.00 ke atas majalah-majalah terbitan Karangkraf, anda boleh menyertai Peraduan Langgan & Menang Karangkraf ini dan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Alza 1.5 Ezi Auto, barangan elektrik bernilai RM 100 000.

Peraduan ini terbuka kepada pembaca persendirian/individu yang melanggan Apartmen Impiana, Dapur Impiana, Dara.Com, E-baca, Fokus SPM, Hijabista, Impiana, Klik, Laman Impiana, Libur, Majalah I, Majalah PC, Maskulin, Media Hiburan, Midi, Mingguan Wanita, Nona, Nur, Pa&Ma, Pesona Pengantin, Rapi, Rasa, Remaja, Seri Dewi & Keluarga, dan Umpan.

Tempoh peraduan bermula 4hb Oktober 2013 sehingga 4hb Mei 2014. Penyertaan diterima selepas 4hb Mei 2014 dianggap terbatal. Semua penyertaan boleh menggunakan borang langganan asal atau salinan (fotostat). Pemenang akan ditentukan melalui cabutan.

Hadiah

langgan hadiah

TERMA DAN SYARAT PERADUAN

1- Peraduan ini terbuka kepada pembaca persendirian/individu yang melanggan Apartmen Impiana, Dapur Impiana, Dara.Com, E-baca, Fokus SPM, Hijabista, Impiana, Klik, Laman Impiana, Libur, Majalah I, Majalah PC, Maskulin, Media Hiburan, Midi, Mingguan Wanita, Nona, Nur, Pa&Ma, Pesona Pengantin, Rapi, Rasa, Remaja, Seri Dewi & Keluarga, dan Umpan.

2- Jumlah nilai langganan mesti RM150.00 ke atas.

3- Kakitangan Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. (KMKSB), serta anak-anak syarikatnya tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

4- Tempoh peraduan bermula 4hb Oktober 2013 sehingga 4hb Mei 2014. Penyertaan diterima selepas 4hb Mei 2014 dianggap terbatal.

5- Pembaca boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diinginkan tetapi setiap borang penyertaan hendaklah beserta bukti bayaran berlainan sebagai bukti langganan.

6- Semua penyertaan boleh menggunakan borang langganan asal atau salinan.

7- Pemenang akan ditentukan melalui cabutan.

8- Keputusan para juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Pemenang akan diumumkan melalui akhbar Sinar Harian dan majalah-majalah terbitan KMKSB.

9- Hadiah adalah muktamad. Tidak boleh ditukar dengan hadiah lain atau ditukar dengan wang tunai.

10- Illustrasi hadiah adalah untuk tujuan promosi. Warna, aksesori dan/atau spesifikasi pada model yang akan dimenangi mungkin berbeza daripada model yang dipaparkan secara grafik.

11- Harga kenderaan yang dipamerkan adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans, bayaran pendaftaran, cukai jalan dan kos penghantaran.

12- KMKSB berhak menukar hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

13- KMKSB berhak menyimpan semua borang penyertaan dan sebarang maklumat tambahan yang diberikan. Maklumat ini secara automatik akan menjadi milik KMKSB dan seterusnya berhak menggunakan nama atas sebarang maklumat lain bagi tujuan publisiti.

14- Dengan memilih untuk menyertai peraduan ini, peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas dan keputusan yang dibuat oleh KMKSB

Jika ada sebarang soalan tanya di SINI
Untuk maklumat lanjut layari SINI


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2017 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?