Peraduan Gores & Menang Nivea Men


Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd  kini sedang mengadakan Peraduan Gores & Menang Nivea Men. Jadi kepada mana-mana pengguna produk Nivea Men ini, alang-alang guna/beli produk tu joinlah sekali peraduan ini. Mungkin boleh menang hadiah produk-produk penjagaan Nivea Men ni selama satu tahun. Jimat duit lepas ni.

cara

nivea

Syarat – Syarat & Peraturan:-

  • Peraduan NIVEA Men akan bermula dari 1 Mei 2013 hingga 30 Jun 2013 (“Tempoh Peraduan”). Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan.
  • Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Mei 2013) kecuali kakitangan pihak Penganjur (dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka), pengedar-pengedar, peruncit-peruncit, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  • Hadiah-hadiah dibahagikan kepada tiga (3) jenis:                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               HADIAH PERTAMA: Satu tahun keahlian gimnasium X 20 pemenang

    HADIAH KEDUA: Satu tahun produk penjagaan NIVEA MEN bernilai RM250 setiap satu X 1,000 pemenang

    HADIAH SAGUHATI: Produk NIVEA MEN bernilai RM20 setiap satu X 3,000 pemenang

  • Untuk hadiah satu tahun keahlian gimnasium, segala kos sampingan harus ditanggung oleh pemenang. Gimnasium yang terpilih adalah tertakluk kepada keputusan peganjur. Tawaran ini merangkumi keahlian gym untuk 12 bulan sahaja. Akses tanpa had ke semua club True Fitness di Malaysia.
  • Simpan resit asal pembelian produk NIVEA Men yang turut serta bertarikh dalam Tempoh Peraduan sebagai bukti pembelian.
  • Pemenang-pemenang layak dikehendaki untuk menjawab satu soalan mudah dengan betul sebelum disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang layak gagal menjawab soalan mudah dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang layak tersebut.
  • Kesemua hadiah mestilah dituntut atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut 60 hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
  • Bukti kiriman tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
  • Pihak Penganjur memiliki hak untuk mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik atau ditukar untuk wang tunai.
  • Serentak dengan penerimaan hadiah, para pemenang turut memberi kebenaran kepada pihak Penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan.
  • Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan-keputusan pihak Penganjur. Keputusan para pengadil adalah muktamad. Sebarang perihal surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Pihak Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  • Untuk penebusan hadiah, hantarkan pelekat asli peraduan dan resit pembelian asal bertarikh dalam tempoh Peraduan melalui Pos Berdaftar atau Pos Laju ke: Peraduan Nivea Men, 26-2 Jalan USJ 9/5P, Subang Business Centre, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kesemua pelekat dan resit pembelian harus diterima selewat-lewatnya 8 Julai 2013. Penyertaan yang diterima selepas 8 Julai 2013 akan dibatalkan kelayakannya dengan serta-merta.

0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?