Peraduan Jom Beramah Mersa Bersama Personaliti Safi

Istimewa untuk 800 pengguna Safi yang bertuah. Jemputan Eksklusif ke Rumah Terbuka SAFI, Beg Goodies Eksklusif SAFI & Berpeluang Beramah Mesra Bersama Jurucakap & Duta-duta SAFI!

Cara Penyertaan

Langkah 1
Beli mana-mana produk SAFI bernilai RM25 dan ke atas.
Langkah 2
Jawab soalan dan lengkapkan slogan mudah.
Langkah 3
Lengkapkan butiran peribadi serta maklumat bukti pembelian di ruangan yang disediakan dan hantarkan penyertaan sebelum 15 OGOS 2012

Terma & Syarat

  • Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali kakitangan WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD., atau ahli keluarga terdekat dan/atau agensi pengiklanan dan promosi, pengedar yang dilantik dan syarikat pengelola peraduan termasuk syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat mereka.
  • Anda boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang anda mahu.
  • SATU bukti pembelian asal (fotokopi tidak diterima) hanya sah untuk SATU penyertaan.
  • Penyertaan yang tidak lengkap, tidak menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, mengandungi singkatan perkataan, kesilapan ejaan, bahasa pasar atau kesat akan dibatalkan secara automatik. WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya tidak menepati kriteria atau spesifikasi penyertaan.
  • Tempoh penyertaan melalui Facebook mula dibuka dari 10 Julai dan mestilah dihantar sebelum 15 OGOS 2012. WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD. berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan atau meminda Tempoh Peraduan tanpa sebarang notis.
  • WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD. tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyertaan yang tidak diterima disebabkan masalah sistem, rangkaian internet dan sebagainya.
  • Setiap pemenang akan menerima SATU (1) jemputan ke Rumah Terbuka SAFI dan BOLEH MEMBAWA SEORANG LAGI RAKAN untuk turut serta ke majlis ini.
  • Sekurang-kurangnya 2 Personaliti SAFI akan berada di setiap lokasi Rumah Terbuka SAFI yang telah dinyatakan.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Pengadil akan membuat pemilihan berdasarkan slogan yang paling kreatif.
  • Senarai nama pemenang akan diumumkan pada 17 OGOS 2012 dan dipaparkan di Facebook SAFI, laman web rasmi SAFI iaitu safi.com.my atau dihubungi melalui telefon/e-mel.
  • WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD. tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak/lewat menerima maklumat tentang pemberitahuan senarai pemenang.
  • WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD. berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana maklumat, hadiah-hadiah, terma dan syarat tanpa sebarang notis.
  • Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat dan semua keputusan yang dibuat oleh WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD.
  • Penyertaan hanya sah dihantarkan melalui pos berserta bukti pembelian yang telah dikepilkan bersama borang peraduan atau melalui laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY
  • WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD. berhak untuk menggunakan mana-mana perkataan, gambar, video, suntingan audio yang mungkin diambil atau dirakam sebelum/semasa/selepas peraduan ini untuk tujuan pengiklanan dan promosi.
[button color=”eg. black, red, blue, orange, green, light” link=”” target=””]Join Now[/button]
0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2014 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?